0
Comment
Biodata Iblis Laknatullah
9:46 PM
Azmi Khan
PENGENALAN DIRI
Namanya : Iblis laknatullah
Tarikh lahirnya : Sejak enggan sujud pada Adam a.s.
Status diri : Fasik kelas pertama
Agama : Kufur
Tempat tinggal : hati-hati mereka yang lalai dari mengingati ALLAH
Daerah : Semua tempat yang tiada usaha mengingati ALLAH
Arah perjalanan : Bengkang bengkok(tiada arah tujuan)
Tempat tinggal tetap : Neraka
Isteri didunia : Wanita tidak menutup aurat
Kaum kerabatnya : Semua kaum Taghut
Jawatan : General Manager Gol.Al-Maghdubi Alaihin & Ad Dhalin
STATUS PERNIAGAAN
Modal pusingan : Angan-angan kosong
Tempat pertemuan : Pasar
Musuh : Orang Islam terutama yang Bertaqwa.
Dalil/hujjah : Fatamorgana
Motto kerja : “Hipokrasi asas hidup”
Uniform kerja : Segala warna (seperti sesumpah)
Kesukaanya : Mereka yang lalai dari menginganti ALLAH dan Muzik
Yang ditakutinya : Mu’min yang bertaqwa
Yang melemahkan : Istighfar/ Mendengar bacaan Al-Qur’an
Lambang korporat : Tatu
Pejabat tetap : Tandas
Rakan kongsinya : Munafik/ Syaitan dikalangan manusia
Sumber rezekinya : Harta Haram
Bilik operasinya : Tempat najis dan maksiat
Jenis perkhidmatan : Mengajak kearah mungkar
Tempoh perkhidmatan : Sampai Kiamat
Hala Tuju : Neraka
Laba Perniagaan : Masuk angin keluar asap
Teman sejawat : Orang yang tidak berani menyatakan kebenaran
Jenis tunggangan : Pembohongan
Ganjaran : Dosa dan segala sesuatu yang sewaktu dengannya
Daya tahan : “Sesungguhnya tipu daya syaitan adalah lemah”
Perangkapnya : Wanita
Kegemaranya : Menggoda dan menyesatkan
Cita-citanya : Semua Anak cucu Adam sesat dan masuk Neraka
Kerja paling disukai : Homosex/Lesbian/arak/dadah/judi/bertenum nasib
Kod Isyarat pengikut : AKU(sebutan egoistik)
Para penghiburnya : Seniman dan Seniwati
Akan menangis : Bila Mukmin sujud kepada ALLAH( Solat Taubat)
2
Comment
Cara Menghalau Jin @ Sihir
9:08 PM
Azmi Khan
Sihir atau jin boleh dihalau melalui beberapa cara seperti berikut sebagai penawar atau pengahalau jin :
1. Membaca Ayat Kursi
2. Membaca 4 Qul ( Surah Al-Kafirun, Al-Ikhlas,Al-Falaq dan An-Nas)
3. Membaca Surah Yaasin
4. Membaca Surah Al-Baqarah Ayat 284 – 286
5. Ayat Ruqyah (klik disini Untuk Download)
6. Surah Al-Mulk
7. Surah At-Taubah
Jika tidak berkesan bawa berubat dengan mana – mana ustaz yang tahu untuk melakukannya…….
0
Comment
Solat Jamak
8:22 PM
Azmi Khan
Solat jamak merupakan satu kelonggaran bagi orang yang musafir ialah dengan cara menghimpunkan atau mengumpulkan dua solat dalam satu waktu, iaitu menghimpunkan solat Zohor dengan Asar, atau Maghrib dengan Isyak dalam satu waktu yang sama, sama ada dalam waktu yang pertama atau yang kedua.
Solat jamak itu merupakan satu kelonggaran yang dikhususkan kepada orang yang musafir sahaja. Subuh tidak boleh diqasarkan, dan perlu ditunaikan dengan sempurna seperti biasa.
Orang yang musafir yang memenuhi syarat-syarat sebagaimana yang diharuskan solat jamak, harus juga solat qasar. Maksud solat jamak ialah menghimpunkan atau mengumpulkan dua solat dalam satu waktu, iaitu menghimpunkan solat Zohor dengan Asar, atau Maghrib dengan Isyak dalam satu waktu yang sama, sama ada dalam waktu yang pertama atau yang kedua. Solat Subuh tidak boleh dijamakkan.
Menurut pendapat imam Syafi’i, mengatakan bahwa jika seseorang berniat hendak mukim lebih dari empat hari, harus mencukupkan shalat, dan kalau kurang, boleh mengqashar dan jamak. Tempoh masa ini berbeza daripada satu mazahab dengan mazahab yang lain.
Hanya dalam salah satu pendapat imam Syafi’i, bahwa kalau keadaannya seperti kalau bermukimnya seseorang itu karena ada sesuatu keperluan yang harus diselesaikan, dan selama menunggu itu ia mengatakan: “Saya akan pulang hari ini atau esok”, maka maka dibolehkannya mengqasar dan jamak itu terbatas tujuhbelas atau delapanbelas hari, dan jika lebih dari itu, maka harus mencukupkan.
Syarat-syarat solat jamak dan qasar
- Tujuan ia musafir bukannya untuk tujuan maksiat.
- Perjalanannya hendaklah melebihi dua marhalah.
- Solat yang diqasarkan itu hanya bagi solat Zohor, Asar, dan Isyak sahaja, dan dilaksanakan secara tunai. Tidak dibolehkan qasar solat qada bagi solat yang ditinggalkan semasa musafir apabila telah tiba di dalam kawasan kediaman. Solat yang ditinggalkan dalam musafir boleh diqasarkan apabila diqadakan di masih dalam musafir.
- Hendaklah diniatkan qasar di dalam masa takbiratul ihram.
- Tidak boleh berimamkan orang yang bersolat tamam (sempurna ).
- Hendaklah tempat yang dituju itu tertentu. Jika sekiranya tempat yang dituju itu tidak tentu, maka tidak boleh qasar.
- Berkekalan perjalanannya sehingga sempurna solat.
- Ia tahu bahawa orang yang musafir itu harus mengerjakan solat qasar.
Solat Jamak terbahagi kepada dua:
- Jamak Taqdim
- Jamak Takkhir.
Solat Jamak Taqdim
Solat Jamak Taqdim dilakukan dengan mengumpulkan solat Zohor dan solat Asar pada waktu Zohor, atau solat Maghrib dan solat Isya’ pada waktu Maghrib. Dinamakan solat ini dengan Jamak Taqdim kerana solat yang kedua yang belum masuk waktunya dibawa ke solat yang pertama.
Syarat-syarat Jamak Taqdim:
- Hendaklah didahulukan solat yang empunya waktu dengan tertib, ertinya mendirikan dahulu solat Zohor atau Maghrib yang dikira solat yang pertama, kemudian barulah diikuti dengan solat yang dijamakkan iaitu Asar atau Isya’ yang dikira solat kedua.
- Hendaklah diniatkan jamak pada solat yang pertama atau yang empunya waktu itu dalam mana-mana juzud sembahyang sebelum salam tetapi yang afdal disyaratkan niat semasa takbiratulihram.
- Hendaklah berturut-turut (mu'alat) antara dua solat itu dengan tidak diselangi dengan penceraian yang dikira panjang uruf.
- Hendaklah berkekalan musafirnya daripada permulaan solat yang pertama hingga sempurna takbiratul-ihram solat kedua, kerana batal solat jamaknya apabila ia jadi mukim di antara dua solat itu.
Solat Jamak Takkhir:
Jamak Takkhir dilakukan solat Zohor dan solat Asar pada waktu Asar, atau solat Maghrib dan solat Isya’ dilakukan dalam waktu Isya’. Dinamakan solat ini dengan Jamak Takkhir kerana solat pertama yang telah tamat waktunya itu dibawa ke solat yang kedua.
Syarat-syarat Jamak Takkhir:
- Hendaklah berniat Jamak Takkhir sebelum habis waktu solat yang pertama (umpamanya berniat Jamak Takkhir untuk solat Zohor bersama solat Asar, sebelum tamat waktu Zohor). Jika ia tidak berbuat demikian hukumnya haram mentakkhirkan solat yang pertama itu daripada waktunya dan solat itu jadi qada’ pada waktu yang kedua.
- Hendaklah berkekalan musafirnya itu sehingga diselesaikan solat yang kedua, dan sekiranya ia telah jadi mukim sebelum selesai solat yang kedua nescaya yang pertama itu jadi solat qada’.
0
Comment
Jenis - Jenis Sihir
1:27 PM
Azmi Khan
Jenis-jenis Sihir:
1. Patung-Tukang sihir akan menggunakan bahan-bahan yang didapati daripada tubuh badan mangsa seperti rambut, kuku dan sebagainya yang kemudian diikat pada patung. Seterusnya patung itu dicucuk dengan jarum. Pada masa yang sama jampi mantera dibaca oleh tukang sihir tersebut dan dipercayai mangsa akan berasa sakit dan boleh membawa maut.
2. Santau-Nama ini sudah begitu popular di kalangan masyarakat Melayu. Santau merupakan bahan campuran antara kaca yang ditumbuk halus dan ia akan dimasukkan ke dalam makanan atau minuman mangsa dengan membaca ayat-ayat tertentu oleh tukang sihir.
3. Telur Layang-Tukang sihir akan mengambil sebiji telur yang telah dijampi yang lalu dibalut dengan kain kuning. Kemudian sebatang jarum akan dicucuk ke dalam telur tersebut sambil jampi mantera dibaca. Akibatnya mangsa akan berasa sakit serta boleh membawa maut.
4. Tangkal Dan Azimat-Tukang sihir akan menulis ayat azimat dengan lidi daun pokok kabong berserta dakwat merah yang dicampur dengan bedak za'faran dan air ros. Dakwat merah tersebut ialah darah seseorang yang telah mati dibunuh dengan kejam atau darah ayam jantan. Kemudian tangkal atau azimat tadi diperasap dengan kemenyan yang dilakukan pada malam jumaat atau malam khamis yang ditujukan kepada mangsanya.
5. Sihir Pembenci Dan Kasih Sayang-Sihir pembenci bertujuan memisahkan sepasang kekasih atau suami-isteri. Manakala sihir kasih-sayang boleh dilakukan oleh tukang sihir dengan menulis ayat-ayat jampi di atas kertas kemudian dibakar dan habuknya dimasukkan ke dalam minuman yang disertakan dengan jampi tiga kali sambil menyebut nama orang yang dihajati.






( Gambar Hiasan Sahaja )

