What I Want To Share

0
Comment
Kelebihan Puasa Ramadhan

Ibadah puasa merupakan sebaik-baik ibadah dan seagung-agung ketaatan kepada Allah Taala. Ia dinyatakan di dalam nas sama ada al-Quran mahupun As-Sunnah. Di antara kelebihan ibadah puasa di bulan Ramadan ialah:

Pertama: Ia difardukan ke atas semua umat sepanjang zaman. Firman Allah SWT yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Difardukan atas kamu berpuasa sebagaimana difardukan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa. (al-Baqarah : 183)

Kedua: Ia adalah merupakan penyebab kepada keampunan daripada dosa dan kemaksiatan yang dilakukan. Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW telah bersabda: Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan pengharapan, maka diampunkan dosanya yang telah lalu. (riwayat Imam Bukhari dan Muslim).

Apa yang dimaksudkan dengan berpuasa sepenuh keimanan ialah reda sepenuhnya dengan apa yang diperintahkan oleh Allah, manakala pengharapan pula bermaksud mengharapkan ganjaran pahala dari-Nya dan tidak ada perasaan syak terhadap janji-janji Allah SWT tersebut. Dengan itu orang yang berpuasa akan diampun dosanya yang telah dilakukan.

Abu Hurairah r.a juga meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: Solat lima waktu, solat Jumaat hingga solat Jumaat berikutnya dan Ramadan (puasa) hingga Ramadan berikutnya adalah merupakan penebus dosa di antara selagi mana dosa-dosa besar dijauhi. (riwayat Imam Muslim).

Ketiga: Puasa Ramadan juga tidak terhad pahalanya atau terikat dengan kadar tertentu kerana orang yang berpuasa akan diberi ganjaran yang hanya ditentukan oleh Allah.

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda bahawa Allah SWT berfirman (Hadis Qudsi): Setiap amalan anak Adam adalah baginya (pahala menurut kadar yang ditentukan) kecuali puasa, sesungguhnya ia bagi-Ku dan Aku yang mengganjarinya secara khusus.

Puasa itu adalah benteng, oleh itu apabila kamu berpuasa maka janganlah kamu berkata keji dan berbuat nista, jika ada orang mencela kamu atau mengajak kamu bergaduh maka katakanlah kepadanya, “Saya sedang berpuasa”. Demi Tuhan yang nyawa Muhammad dalam genggaman tangan-Nya (kuasa-Nya), sesungguhnya bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah dari bau kasturi. Bagi orang yang berpuasa ada dua kegembiraan, pertama; kegembiraan ketika berbuka dan kedua; kegembiraan ketika bertemu dengan Tuhannya kelak. (riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim).

Hadis di atas menjelaskan dua kelebihan yang diperolehi dari ibadah puasa Ramadan iaitu:

1) Allah SWT mengkhususkan ibadah puasa dibandingkan dengan semua ibadah yang lain kerana kemuliaan-Nya dan kesukaan-Nya kepada ibadah puasa.

Ini kerana ibadah puasa adalah merupakan kerahsiaan yang membuktikan sejauhmana keikhlasan dan keimanan seorang hamba terhadap Allah.

Orang yang berpuasa boleh sahaja melakukan apa yang diharamkan oleh Allah seperti makan minum di siang hari kerana orang ramai tidak mengetahuinya, tetapi ia tidak melakukannya kerana yakin akan pengawasan Allah dan bimbang akan kemurkaan-Nya.

Oleh itu Allah SWT amat menghargai sikap ini maka ibadah puasa menjadi satu-satunya ibadah yang dikhususkan pahalanya oleh Allah.

2) Allah sendiri yang menegaskan bahawa, “Aku yang memberikan pahala ibadah puasa dan menisbahkan ganjaran kepada-Nya”. Sedangkan amal soleh yang lain dinyatakan ganjarannya iaitu dengan bilangan. Yakni setiap kebaikan dibalas dengan 10 pahala ganjaran hingga 700 kali ganda dan seterusnya.

Namun, ibadah puasa Allah SWT yang menentukannya tanpa diketahui jumlah atau bilangan pahala seperti mana ibadah-ibadah lain. Ini bermakna pahala puasa pastinya begitu besar dan tidak terhitung banyaknya.

Ini kerana puasa adalah merupakan latihan kesabaran di dalam mentaati Allah dan kesabaran di dalam menjauhi larangan-Nya serta kesabaran di dalam menanggung lapar, dahaga, kelemahan tubuh badan.

Dengan puasa juga ketiga-tiga bentuk kesabaran iaitu lapar, dahaga dan keletihan tubuh bergabung hingga melayakkan orang yang berpuasa termasuk di kalangan hamba Allah yang benar-benar sabar.

Sumber : serikasih.blogspot.com/

0
Comment
FACEBOOK: Photos & Tagging Yang Mengundang Dosa

Ketika mula-mula saya mendaftar dan menyertai laman rangkaian sosial Facebook, saya tertarik dengan satu fungsi dalam aplikasi ‘Photos‘ yang dikenali sebagai ‘Tagging‘. Mungkin dalam Bahasa Melayu boleh diterjemahkan sebagai ‘penandaan’.

Fungsinya, pengguna Facebook yang muat naik gambar ke dalam album fotonya boleh melakukan ‘tagging‘ iaitu menanda pengguna-pengguna lain yang ada dalam gambar tersebut. Aturannya ringkas, semudah ABC, dan hasilnya gambar-gambar yang ditanda itu secara automatik akan masuk dalam senarai ‘Photos of‘ bagi pengguna lain yang ditanda.

Menariknya fungsi ‘tagging‘ dalam aplikasi ‘Photos‘ ini, ialah semua gambar-gambar yang dilakukan tagging kepada seseorang pengguna akan terkumpul di bahagian ‘Photos‘ di profile nya. Mungkin pengguna tersebut tidak pernah mempunyai atau melihat gambar yang ditagkan itu. Tetapi ‘tagging‘ membantu pengguna mendapatkan dan mengumpulkan gambar-gambarnya yang ada pada orang lain. Itu dari sudut positifnya.

Dari sudut yang lain, tagging adalah satu operasi penyebaran gambar kepada khlayak pengguna Facebook secara berleluasa. Lagi banyak nama-nama yang ditag pada satu-satu gambar, bererti makin ramai pengguna yang dapat melihat gambar tersebut. Contohnya, satu gambar ditagkan kepada 10 pengguna, dan setiap pengguna secara purata mempunyai 200 orang kawan atau ‘friends‘. Bererti sekurang-kurangnya 2000 pengguna dapat menatap gambar tersebut.

Jadi apa masalah dengan penyebaran gambar ini? Masalahnya ialah apabila gambar yang ditagkan kepada ramai pengguna itu mengandungi unsur yang tidak baik. Contohnya, pendedahan aurat atau lain-lain kandungan yang mengaibkan dan menjatuhkan maruah.

Saya sedih melihat sebahagian rakan-rakan pengguna Facebook yang makin terhakis rasa malunya. Tidak segan memuat naikkan gambar-gambar yang mendedahkan aurat lagi mengaibkan. Yang lelaki meletakkan gambarnya tanpa berbaju, memperagakan pusatnya, berseluar pendek, menampakkan pehanya. Yang perempuan meletakkan gambar sekumpulan anak dara waktu di asrama wanita dengan masing-masing berpakaian tidur mendedahkan rambut dan aurat lain.

Kemudian, gambar-gambar mengaibkan ini disebarkan pula dengan cara tagging kepada pengguna lain seberapa ramai yang boleh. Sekurang-kurangnya dia telah melakukan dua kesalahan.

Pertama: Memuat naikkan gambar yang mendedahkan aurat, dan memberi peluang kepada pengguna lain dari kalangan rakan-rakannya menatap gambar-gambarnya yang mendedahkan aurat. Hukumnya, rata-rata ahli fatwa berautoriti pada zaman kini berpendapat memperlihatkan gambar mendedahkan aurat kepada orang lain adalah haram. Ia termasuk dosa bantu-membantu dalam perkara maksiat.

Kedua: Menyebarkan gambar tersebut kepada rakan-rakan pengguna lain melalui fungsi ‘tagging‘, mendedahkan lagi gambar tersebut kepada khalayak pengguna yang lebih ramai. Dosanya lebih besar, kerana dia menjadi penyebab kepada berleluasanya satu maksiat kepada Allah. Kaedah dalam agama menyatakan orang yang menunjukkan kepada satu kejahatan, akan dibebankan dengan dosa tersebut dan dosa orang yang melakukannya.

Amat malang orang yang dibebankan dengan dosa yang banyak lagi berterusan, disebabkan oleh perbuatannya menyebarkan gambar yang demikian.

Saya menyeru kepada semua rakan-rakan pengguna Facebook, jika ada gambar-gambar yang dimuat naikkan mengandungi unsur yang mendedahkan aurat dan mengaibkan, wajarlah ia dipadam. Jangan memandang perkara ini satu isu remeh. Kerana resam orang beriman, melihat satu dosa umpama gunung yang hampir menghempapnya. Sebaliknya resam orang kafir, melihat satu dosa umpama lalat yang hinggap di batang hidungnya.

Sumber : http://abuumair1.wordpress.com/

1
Comment
Adakah Esok Untuk Kita?

“Esok-esok aku taubat la…”
                Pernahkah kita menuturkan ayat di atas?atau
                “Banyaknya kerja ni…esok je la sambung…”
                hurm,,apakah kita yakin masih ada hari esok untuk kita?
                Setiap malam kita tidur setelah penat menyelesaikan urusan diwaktu siang…kita tidur dengan penuh keyakinan bahawa kita akan bangun semula keesokan paginya untuk menyambung semula kerja-kerja kita yang tertangguh…
Bayangkan,,macamana pula if kita tidur dan esok bukan untuk kita lagi?macamana dengan dosa-dosa kita semalam?hutang-hutang yang tertunggak…rakan-rakan yang pernah kita sakiti hatinya…? Peluang untuk bertaubat dan meminta maaf terhidang di depan mata namun tak pernah di hiraukan…
Dan andainya…tuLip suka gunakan perkataan andainya…hehehe…
Dan andainya,,,Esok masih milik kita,,ketika bangun dari tidur,,pernahkah kita rasa sesal walaupun sedikit setelah kita meninggalkan hari kelmarin?segala kejahatan,,dosa-dosa kita, keburukan kita melekat pada hari kelmarin..jika kita nak padamkannya,,mampukah kita?
Kita takkan pernah mampu kerana masa kelmarin telah jauh meninggalkan kita…harta-harta yang kita peroleh pada hari kelmarin pun tak mampu membeli masa yang telah kita tinggalkan…
Jangan kita pandang ringan dengan kehidupan yang telah Allah kurniakan pada kita…Maka andai Allah izinkan kita hidup lagi pada hari esok,,haruslah kita tempuhi hari baru itu dengan penuh bijaksana dengan mengambil pengajaran dari penyesalan hari kelmarin…jangan lagi membazirkan masa yang kita ada tika ini kerana masa yang berlalu takkan kembali…dan apa yang ada pada kita hanya hari ini…corakkannya sebaik mungkin…
Kejayaan sebenar kita bukanlah ketika kita menggenggam segulung ijazah tetapi hanyalah ketika kita dilepaskan dari api neraka dan melalui perjalanan menuju ke syurga…sebagaimana firman Allah S.W.T,
 “Setiap yang bernyawa akan merasai kematian, dan di akhirat sana akan disempurnakan pembalasan, siapa yang diselamatkan dari neraka, dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya dia telah berjaya. Tiadalah kehidupan di dunia itu, melainkan kesenangan yang menipu daya” Surah Ali-Imran ayat 185.
Mati itu pasti,,namun adakah kita telah bersedia...?jadi,,gunakanlah masa yang ada...bersegeralah dan jangan bertangguh...sentiasalah menghargai dan jangan dibuang-buang....

Sebelum mata terlena
Di buaian malam gelita
Tafakurku di pembaringan
Mengenangkan nasib diri

Yang kerdil lemah yang bersalut dosa
Mampukah ku mengharungi titian sirat nanti
Membawa dosa yang menggunung tinggi
Terkapai ku mencari limpahan hidayah Mu

Agar terlerai kesangsian hati ini
Sekadar air mata tak mampu membasuhi dosa ini

Sebelum mata terlena
Dengarlah rintihan hati ini
Tuhan beratnya dosa ku
Tak daya ku pikul sendiri

Hanyalah rahmat dan kasih sayang Mu
Yang dapat meringankan hulurkan  maghfirah Mu
Andainya esok bukan milik ku lagi
Dan mata pun ku tak pasti akan terbuka lagi

Sebelum berangkat ke daerah  sana
Lepaskan beban ini
Yang mencengkam jiwa dan raga ku

Selimut diri ku
Dengan sutra kasih sayang Mu
Agar lena nanti ku mimpikan
Syurga yang indah abadi

Pabila ku terjaga
Dapat lagi ku rasai
Betapa harumnya
Wangian syurga firdausi oh Ilahi

Disepertiga malam
Sujud ku menghambakan diri
Akan ku teruskan pengabdian ku pada Mu

p/s : hayatilah bait-bait lirik nasyid ini…

Credit To : anjungfriends.net

2
Comment
Hukum Bersanggul Tinggi Menurut Islam

SAYA ada dua kemusykilan. Pertama mengenai sanggul tinggi kerana sejak kebelakangan ini ramai wanita muslimah gemar mengenakan fesyen tudung bersanggul tinggi.Adakah ia dibolehkan dalam Islam dan apakah hukumnya? Soalan kedua, saya menjalankan perniagaan menerusi blog, namun pernah saya ditegur berkaitan gambar model yang mengenakan pakaian ketat. 

Saya sedar, sebagai muslimah kita harus menutup aurat dan mengelak memakai pakaian seperti itu. Apakah hukum bagi saya selaku penjual? Saya hanya berniaga untuk mencari duit, namun bimbang jika saya juga mendapat dosa. 

NWM 
Kulim, Kedah 

Tidak ada salahnya bagi wanita hendak bersanggul tinggi atau rendah. Bagaimanapun, harus hukumnya bagi wanita berambut panjang untuk bersanggul. Saya tidak melihat bersanggul tinggi menampakkan seorang wanita berlebihan dalam penampilannya. 

Yang penting ialah auratnya ditutup kerana Allah mewajibkan wanita menutup aurat untuk menjaga kecantikan mereka. 

Dalam menutup aurat, syarat yang mesti dipenuhi ialah pakaian tidak terlalu ketat kerana boleh menimbulkan fitnah dan persepsi negatif.

sumber: harian metro

0
Comment
Aurat Sesama Wanita (Muslim & Non Muslim) Dari Persektif Islam

Perempuan merupakan makhluk kejadiaan Ilahi yang amat unit, ia dijadikan daripada tulang rusuk Nabi Adam A.S. Rupa bentuk yang rumit ini berhajat kepada penjagaan yang baik serta terurus supaya tidak terdedah kepada bahaya. Cara pengurusan dan penjagaan yang tepat serta bersesuaian dengan naluri perempuan, pastinya yang Maha Pencipta lebih mengetahui.

Aurat sesama wanita (Muslim & Non Muslim) dari persektif Islam

Pada dasarnya pandangan wanita kepada wanita, sama sahaja pandangan lelaki kepada lelaki, kerana adanya persamaan jenis dan kebiasaannya tidak membangkitkan syahwat. Kadang-kadang dalam keadaan terdesak, mereka (wanita) terpaksa mendedahkan aurat sesama mereka ketika tinggal serumah, satu bilik, "se-asrama" sebagai contoh. Kerana disana pastinya terdapat kerumitan dan kesukaran yang timbul kalaulah mereka dituntut untuk memeliharanya sampai begitu sekali. Dalam keadaan begitu, Islam telah menetapkan batasan dan garis panduan yang mana aurat mereka pada ketika itu ialah diantara pusat dan lutut. Manakala dibahagian yang selain dari itu boleh didedahkan dengan syarat tidak membangkitkan syahwat rakan(sewanita) yang tinggal serumah. Dan ia akan menjadi haram sekiranya boleh menimbulkan syahwat dan berlaku fitnah.

Dalam perbahasan yang ringkas ini saya akan kemukakan beberapa pandangan ulama' supaya menjadi panduan ringkas kepada kita semua insya' Allah.

Pertama:
Yang paling nyata disisi Jamhur Ulama' kecuali Hambali ialah, haram perempuan non Muslim (zimmi atau selainnya) yang bukan mahram melihat aurat perempuan Muslim kecuali muka dan dua telapak tangan sahaja. Dan diwajibkan kepadanya memakai hijab serta melabuhkan tudung dihadapan perempuan non Muslim sebagaimana lelaki. Ini berdasarkan Firman Allah SWT dalam surah al-Nur ayat 31.........dan jelaslah daripada Umar r.a telah melarang ahli-ahli kitab (perempuan) masuk ke dalam bilik mandi bersama perempuan-perempuan Islam. Boleh jadi dia akan menceritakan sifat-sifat atau rupa bentuk kepada orang kafir (lelaki). Rujuk kitab al-Fiqh al- Islami wa Adillatihi - karangan Prof. Doktor Wahbah al- Zuhaili ms/2656

Kedua ;
Harus bagi perempuan Islam menzohirkan atau mendedahkan perhiasannya kepada perempuan-perempuan non Muslim sebagaimana yang dibolehkan kepada perempuan Islam disisi mazhab Hambali. Rujuk kitab al-Fiqh al- Islami wa Adillatihi - karangan Prof. Doktor Wahbah al- Zuhaili ms/2656 

Kesimpulannya, dengan apa yang berlaku hari ini dan suasana yang mendesak dengan percampuran lebih-lebih lagi mahasiswi-mahasiwi Islam yang tinggal serumah atau "se-asrama" bersama-sama siswi-siswi non Muslim saya lebih cenderung kepada pandangan yang kedua selagimana tidak menimbulkan fitnah. Ini juga menjadi satu peluang dan kesempatan untuk menyebarkan dakwah Islam dan menerapkan nilai-nilai Islam kepada mereka. Lagi pun Islam itu mudah dan bukannya untuk dipayah-payahkan dan juga bukan untuk dipermudah-mudahkan.

Di petik dr : http://tokselehor.blogspot.com/

Renungkan dan selamat beramal.......

0
Comment
Kenyataan Di Sebalik Permainan Ini

Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka katalah "Pemadam!"

Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti.

Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya. "Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh-musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya. Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya.

Musuh-musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan ketika. "Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian *sencored* menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain." 

"Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Paham?" tanya Guru kepada murid-muridnya. "Paham cikgu..."

"Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan. "Cikgu ada Qur'an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri di luar karpet. Permainannya adalah bagaimana caranya mengambil Al-Qur'an yang ada di tengah tanpa memijak karpet?" Murid-muridnya berpikir.Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat dan lain-lain.

Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Al-Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet."Murid-murid, begitulah umat Islam dan musuh-musuhnya...Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang...Kerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina di hadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sedar.

"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak Yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, almari dibuang dulu satupersatu, baru rumah dihancurkan..."

"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda. Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehinggan meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara mereka... Dan itulah yang mereka inginkan." "Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh-musuh kita..."

"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya murid-murid. "Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi." "Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang serentak terang-terangan, mereka akan bangkit serentak, baru mereka akan sadar".

"Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mariKita berdoa dahulu sebelum pulang..." Matahari bersinar terik tatkala anak-anak itu keluar meninggalkan tempat belajar mereka dengan pikiran masing-masing di kepalanya...

 RENUNGILAH SAHABAT SEMUA..

 TOLONG SEBARKAN PADA SAUDARA2 ISLAM KITA..MOGA ALLAH MEMBERI TAUFIQ
DAN HIDAYAH PADA KITA DAN KELUARGA KITA... MARILAH KITA SAMA2 SEDAR
BAHAWA AGAMA,BANGSA DAN TANAHAIR KITA SEMAKIN TERANCAM!
UMAT ISLAM SEMAKIN MUDAH DIBELI DENGAN WANG RINGGIT, DILALAIKAN DENGAN KEINDAHAN DAN MEMUJA KESERONOKAN HIDUP, HINGGA HILANG MARUAH DAN HARGA DIRI!!

JUSTERU, MARILAH, KITA BETULKAN APA YG TERMAMPU BERSAMA2..USAH HANYA BILA SEGALANYA SUDAH TERJADI, SAMA SEPERTI SAUDARA KITA DI NEGARA2 LAINNYA, BARU KESEDARAN ITU TIMBUL, MUNGKIN MASIH BELUM TERLAMBAT
TAPI KITA SUDAH TERLEWAT UTK MERUBAH DAN MEMBAIKI KEROSAKAN YG DIALAMI. YA ALLAH, SATUKANLAH UMAT ISLAM...AMIIINN... 

sekadar untuk renungan kita bersama..

 
Powered by Blogger