What I Want To Share

3
Comment
OST Ustaz Amirul Slot Zehra TV3

Ehsan Gua.com




Ustaz Amirul, sebuah siri drama baru hasil terbitan Excellent Pictures Sdn. Bhd. yang diarah oleh Ahmad Idham Ahmad Nadzri dan penulisan skrip oleh Siti Jasmina Ibrahim, akan membawa anda menyelami perjalanan emosi seorang ustaz, yang dicabar oleh pelbagai rintangan dan dugaan realiti, cinta, keluarga dan diri sendiri.

Bakal ke udara pada 7 Januari 2011, Ustaz Amirul akan menemui penonton selepas berakhirnya Ahmad Durrah, sebanyak 13 episod di slot Zehra, setiap hari Jumaat pada jam 9.00malam. Antara barisan pelakon yang membintangi drama ini adalah Ashraf Muslim, Eira Syazira, Siti Saleha, Lydiawati, Safura, Kuna, Zarynn Min, Allana Amir, Hafidzuddin Fazil, Rahim Omar, Fauzi Nawawi, Roslan Saleh, Zoey Rahman dan ramai lagi.

Ustaz Amirul mengisahkan tentang cabaran dan dugaan yang perlu diharungi oleh seorang lelaki berusia 30 tahun bergelar Ustaz Amirul (Ashraf Muslim) yang baru tamat pengajian peringkat sarjana dalam bidang Usuluddin dari Universiti Islam di Mesir. Dengan dikelilingi pelbagai kepura-puraan dan manipulasi budaya moden, Ustaz Amirul akan diduga keteguhannya sebagai pemegang amanah Allah, dalam melaksanakan niatnya untuk memulakan kelas agamanya sendiri.
Ustaz Amirul juga telah berjanji kepada ibunya, jika sekiranya dia tidak mempunyai seorang calon isteri setiba dia di usia 30, ibunya berhak untuk memilih mana-mana calon untuk dijadikan teman hidup Ustaz Amirul.

Walaubagaimanapun, pada masa yang sama, keluarga Ustaz Amirul tahu, kepulangannya itu sebenarnya untuk mencari Adawiya (Eira Syazira), punca sebenar mengapa sehingga kini Ustaz Amirul sukar mencari cinta di hatinya. Adawiya merupakan gadis pertama pilihan hatinya sejak di sekolah menengah. Apabila mereka tamat sekolah menengah, mereka sudah merancang untuk diijabkabulkan namun ayah Ustaz Amirul ada impian lain buat anak lelakinya itu.

Setelah Ustaz Amirul mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di Mesir, ayahnya mengharapkan segulung ijazah sebelum melangsungkan perkahwinan. Oleh kerana tidak mahu mengecewakan keluarganya, Ustaz Amirul terpaksa meninggalkan Adawiya yang pada ketika itu begitu dalam cintanya pada Ustaz Amirul.

Adawiya yang berasa kecewa serta merana, membawa diri ke bandar seterusnya mengikut sepupunya kerja di bandar sebagai kerani. Malang tidak berbau, dia ditipu dan dipermainkan sehingga terjerumus ke dunia gelap pelayan kelab malam (GRO). Hatta, Adawiya terus menjauhkan diri daripada keluarganya dengan merahsiakan perkara sebenar, dan ini membuatkan keluarga Adawiya kecewa terhadap Ustaz Amirul.

Manakala di kampung, Anita (Zarynn Min) seorang gadis lincah yang sangat menyukai Ustaz Amirul sanggup melakukan apa sahaja untuk memiliki beliau, termasuklah memfitnah Ustaz Amirul yang konon cuba menodainya. Secara tidak langsung, tuduhan Anita mampu menggugat prestasi dan imej Ustaz Amirul yang dianggap sebagai seorang yang bersifat baik oleh keluarga dan penduduk.

Setelah gagal mencari Adawiya, Ustaz Amirul akur dengan ketentuan takdir dan telah bersetuju untuk menikahi Munirah (Siti Saleha), seorang gadis ayu yang bekerja untuk ayahnya. Menjelang hari pertunangan, segala persiapan telah tersedia rapi, tetapi tiba-tiba, Adawiya kembali muncul dalam hidup Ustaz Amirul.

Sebagai seorang Ustaz Muda yang berpegang teguh kepada amanah Allah, mampukah Ustaz Amirul menangani dugaanNya sebagai seorang manusia yang sentiasa diuji untuk berlawan dengan nafsu. Segala persoalan akan terjawab dalam drama baru Ustaz Amirul ini, yang bakal menemui penonton pada 7 Januari 2011, pada setiap hari Jumaat, jam 9.00 malam, di slot Zehra, hanya di TV3!

OST Ustaz Amirul - Doa nyanyian Aishah dan Zubir Ali (lagu nie ada 2 versi)

Versi Zubir Ali




Versi Aishah tidak ditemui buat masa ini. akan saya update jika jumpa.

Lirik Lagu Doa

Tuhanku
Dalam termanggu
Ku sebut nama-Mu
Biar susah sungguh
Mengingati Kau
Penuh seluruh


Tuhanku cahaya-Mu panas suci
Bagai kerdip lilin
Di kelam sunyi


Tuhanku
Aku hilang bentuk
Kembara di negeri asing
Tuhanku
Pintu-Mu ku ketuk
Aku tak bisa berpaling

Sumber : Gua.Com

Ade 2 lagi lagi menjadi OST drama ini iaitu lagu nyanyian Eira Syazira yg tajuknye tak silap Disisi Duka dan Di Hati Ini. Puas sy cari tak jumpa pun. so korang cari sendiri la ye. tp seperti biasa la lagu die akan kuar bila citer dekan nak abis je. kedua2 lagu tu tak silap Adam Ahmad yg buat.


0
Comment
Sampai Bila 'Filem Ringan' Terus Jadi Pilihan Ramai?

INDUSTRI filem tempatan masa kini semakin rancak jika melihat dari segi jumlah penerbitan filem cereka, selain sokongan padu diberikan terhadap kebanyakan karya yang memasuki pawagam serta mencapai kutipan box-office yang baik, malah luar biasa.
Click Here
Tahun ini, satu catatan sejarah kutipan filem tempatan berlaku apabila filem komedi, Adnan Sempit berjaya mencecah kutipan RM7.8 juta. Ketika ini juga satu lagi filem terbitan MIG Productions, Ngangkung sehingga kelmarin dikatakan hampir mencecah RM7.4 juta. Ia masih terus ditayangkan dan produsernya tidak menolak kemungkinan mampu mencapai sasaran RM8.5 juta.
Trend sambutan filem box-office tempatan selalunya ialah filem yang dikategorikan sebagai ‘filem ringan’, iaitu kisah dipaparkan adalah cerita biasa yang mudah, ringkas dan padat elemen hiburan jenaka, kisah cinta dan ada elemen komersial seperti genre seram atau aksi lasak.

Ini dibuktikan menerusi filem lain yang mencapai box-office apabila memasuki pawagam sepanjang tahun ini seperti Evolusi KL Drift 2 (RM6 juta), Santau (RM4.3 juta), Lagenda Budak Setan (RM4.4 juta), Jangan Pandang Belakang Congkak 2 (RM4.5 juta) dan V3: Samseng Jalanan (RM3.8 juta).

Ketika ini juga, filem Hantu Kak Limah Balik Rumah yang mula ditayangkan sejak Khamis lalu, turut dilaporkan mencapai sambutan memberangsangkan. Magika yang dijulang sebagai Filem Terbaik pada Festival Filem Malaysia Ke-23 turut mencapai kejayaan box-office dengan catatan RM3.5 juta.

Dari satu aspek, sambutan box-office yang bagus ini penting kerana mampu membuktikan filem tempatan juga boleh berdaya saing dari segi pasaran dan memeriahkan pawagam di negara sendiri. Ini penting supaya pawagam masih boleh bernafas seterusnya menyuburkan kegiatan perfileman yang membuka peluang kepada bakat baru muncul, selain peluang pekerjaan dalam industri berkembang secara konsisten.
Namun, filem yang mendapat sambutan itu tidaklah dalam kategori ‘filem hampas’ seperti dilabelkan pihak tertentu kerana ia masih mempunyai makna dan mesej untuk disampaikan. Seperti Ngangkung, walaupun ia sekadar komedi biasa dengan lakonan selamba Shaheizy Sam dan Angah Raja Lawak, mesejnya tetap ada dengan mengingatkan penonton supaya tidak terpengaruh perbuatan nombor ekor atau tahi judi kerana kesannya buruk terhadap diri dan keluarga.

Meninjau semula pada era 1970-an dan 1980-an, filem box-office juga adalah filem dikategori sebagai filem ringan atau sekadar memuatkan pengisian yang tidak mencabar minda, tetapi ia tetap diberi sokongan padu penonton seperti filem Si Badul terbitan 1979, filem Panglima Badul, Gila-Gila, Prebet Lapok, Adik Manja, Mat Tenggek, Da Di Du, Penyamun Tarbus, Sikit Punya Gila, Mekanik, Ali Setan dan Azura.

Tetapi tempoh itu sambutannya tetap seimbang dengan filem genre drama atau heavy drama yang cenderung untuk mengajak penonton menghayati dan berfikir secara berat apabila filem sedemikian mendapat sambutan baik seperti Detik 12 Malam, Esok Masih Ada, Tiada Esok Bagimu, Hapuslah Air Matamu, Sumber Ilhamku, Abang, Dia Ibuku, Langit Petang, Potret Maria, Pemburu, Raja Laut dan Pertentangan.

Era 1990-an juga walaupun ada filem lambakan yang cuba mencabar minda penonton seperti Bintang Malam, Abang 92, Wanita Bertudung Hitam, Azizah The Legenda, Perempuan Isteri Dan.... serta Amuk, ia mula menyaksikan sambutan filem sedemikian sukar mendapat keyakinan penonton. Sebaliknya, buah tangan Datuk Yusof Haslam dan Aziz M Osman seperti Sembilu, Sembilu 2, Maria Mariana, XX Ray, Senario The Movie dan banyak lagi mula mencipta trend filem komersial.

Justeru, suasana dan sentimen penonton ke pawagam yang menggemari filem ringan bukan satu perkara baru kerana ia diwarisi sejak dulu. Sambutan terhadap filem jenis sedemikian masih meningkat, walaupun pada zaman makin mencabar menerusi ledakan ilmu dan maklumat.

Menyalahkan penonton yang mempunyai cita rasa sedemikian adalah tidak wajar kerana mereka berhak menentukan cita rasa mereka. Mereka mempunyai pilihan... jika tidak menonton filem tempatan, mereka masih berpeluang memilih filem import khususnya dari Hollywood, Hong Kong dan Bollywood.

Persoalannya, sampai bila kita mahu membiarkan trend sokongan seperti ini hanya menjurus kepada filem ringan yang tidak mencabar minda? Industri filem harus mencari dan menambah penonton baru yang boleh meraikan filem lebih serius pada pemikiran, nilai budaya dan isu disampaikan. Industri kini sedang menanti tayangan untuk menguji selera penonton baru dan sedia ada seperti Hanyut arahan U-Wei Saari dan Hikayat Merong Mahawangsa arahan Yusry Abdul Halim.

Pandangan ini turut disokong pensyarah filem dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Megat Al Imran Yassin, yang akur kehendak penonton hingga sanggup berpusu-pusu ke pawagam untuk membeli tiket bagi memenuhi cita rasa mereka berhibur dengan filem tempatan.

Katanya, kegiatan filem harus difahami mempunyai dua aspek, iaitu sebagai seni untuk mendidik dan medium hiburan.

Dr Megat yang juga Pensyarah Kanan Jabatan Komunikasi, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi UPM, berkata kecenderungan ramai penonton memilih filem ringan sebagai bahan hiburan bukan untuk berfikir dengan mendalam ketika berada dalam pawagam.

“Mereka tidak boleh dipersalahkan atau dianggap tidak suka berfikir sebab bukan saja remaja yang pergi pawagam, malah ada mereka berpendidikan tinggi juga menonton filem ringan bersama ahli keluarga. Ini kena balik pada pembikin filem sendiri untuk lebih kreatif mendidik menerusi filem. P Ramlee pun buat filem lawak nampak bodoh, tetapi bijak mendidik penonton atas nama komedi dan hiburan.

Bekas pensyarah filem dari Universiti Sains Islam Malysia (USIM), Dr Naim Ahmad pula berkata, jika filem dibuat sekadar untuk hiburan, ia tidak membawa apa-apa perkembangan dari segi mutu dan kejayaan dari sudut seni dan pemikiran meskipun ada mesej cuba disampaikan secara ringkas.

“Dari sudut seni perfileman, sebaliknya ia bagus untuk industri filem supaya pawagam kita meriah dengan filem tempatan. Namun, sampai bila-bila pun kita tidak membangun minda penonton, walaupun kita bercakap kita mahu melangkah ke negara maju.

“Penerbit filem penting untuk bangunkan industri filem kita. Mereka harus utamakan perniagaan mereka, jadi menggunakan pendekatan menghasilkan filem yang boleh memberi keuntungan juga tidak salah. Cuma, kita mahu wujudkan suasana seimbang supaya industri filem kita dihormati dan mampu bersaing di pentas dunia,” katanya.

Sumber : Berita Harian Online - Rencana

0
Comment
5 Cara Pilih Sahabat


Nasihat al-Qamah:

NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya: 

Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.
Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungka n (menyebutnya) .

Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu. Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.

RENUNG-RENUNGKANLAH ..

0
Comment
Ucapan Ustaz Hj. Akhil Hayy - Sangat Menarik Lagi Benar!!

Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.
Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat. Apabila
masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat. Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi
hormat.
Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat. Apabila permusuhan tersekat,
pembangunan pun meningkat.

Apabila pembangunan pun meningkat,
kemajuan menjadi pesat.
TETAPI AWAS, apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat,
kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.

Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat.
Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat, KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat.

Apabila manusia telah mengubah tabiat,
ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.
Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat.
Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat.

Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.
Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat.
Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jerla minyak gamat.

Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat.
Semua nak tunjuk kuat.
Bila berjudi, percaya unsur kurafat.
Tapi hidup pula yang melarat.
Tali kasut dah tak berikat.
Rambut pun jarang sikat.

Yang perempuan, pakai mini sekerat.
Suka pakai baju ketat..
Suka sangat menunjukkan pusat.
Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.
Pakai pulak yang singkat-singkat.
Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'.
Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.

Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.
Duduk jauh berkirim surat .
Bila berjumpa, tangan berjabat.
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.

Usah peduli agama dan adat.
Usah takut Allah dan malaikat.
Yang penting apa kita nak buat?
Kita 'bukti' lah kita buat.

Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah
pula anak-anak yang tak cukup sifat.
Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di
merata tempat.

MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.

Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.
Habis manusia telah tersesat.

Inilah dia fenomena masyarakat.
Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,
Marilah kita pakat mengingat,
Bahawa dunia hari ini makin singkat,
Esok atau lusa mungkin kiamat,
Sampai masa kita semua akan berangkat! .
Berangkat menuju ke negeri akhirat.
Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
Masa tu, sindri mau ingat.

Umur mu banyak mana mu buat ibadat...?
Zaman muda mu, apa yang telah mu buat...?
Harta benda anta, dari mana anta dapat...?
Ilmu anta, adakah anta manafaat...?

Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera
meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat.


(Petikan ucapan Ustaz Hj. Akil Hayy Rawa)

Sebarkanlah ini kepada ahli keluarga, saudara-mara, rakan-rakan dan sahabat handai kita agar masyarakat kita akan menjadi sebuah masyarakat yang bukan sahaja maju dari segi duniawi malah ukhrawi.

Tekan2 la butang share tu ye........

Sumber : IsuHangat

0
Comment
Oja - Pintu Taubat ( OST Pintu Taubat Astro Oasis )



Lirik lagu Pintu Taubat OST - Oja

Oja ( Daninas Huza )
Lirik OST Pintu Taubat :

Hatiku bergetar menggigil tubuh ku
di kala namamu disebut diangin
ketika bahagia di saat berduka
kepadamu cinta ku kan tetap setia

ya tuhanku terimalah penyerahanku

kesal diriku dikisah yang dulu
titik hitam yang menyeliputiku
di tikar yang usang kepadamu ku bersujud
dan tak bisa kuungkapkan betapaku bersyukur

ya tuhan ku ku serah jiwa ragaku
kau bukalah pintu2 taubat mu

hapuskanlah segunung dosa-dosa
ku sangga diriku pada kasih sayangmu

la ilaha illallah

ya tuhan ku ku serah jiwa dan ragaku
kau bukalah pintu2 taubat mu

0
Comment
7 Tips to Avoid Holiday Weight Gain

by: Chalene Johnson

1. Drink less. Avoid calorie-laden beverages like alcohol, egg nog, peppermint lattes and hot chocolate. Permanently attach a bottle of water to your hand from Thanksgiving until January 1st. One cocktail is fine. But keep in mind, alcohol usually makes you less attractive, less articulate, less responsible, and more likely to overeat. Cheers!

2. Bake less. One of the sneakiest ways calories creep up on us is via the mixing bowl! Avoid volunteering to bake your famous snicker doodle cheesecake and you’ll instantly cut down on unneeded stress and calories.

3. Be fashionably late. This accomplishes two things. One, the less time you spend at the party, the less time you spend with a plate of cheese stuffed mini-quiche and uncomfortable small talk with the boss. Two, the more guests there before you, the less food available when you arrive.

4. Throw away leftovers. I know your Mother would “gasp” at such a wasteful suggestion. I’ll let you in on a little secret, that half-eaten pumpkin pie is not exactly what the local food bank had in mind. Toss it and get over it. Your neighbor brings over a delicious plate of cookies. Take a nibble and toss the rest! She’ll never know the difference and your thighs will thank you.

5. Amp up your workouts. Many Americans excuse themselves from healthy eating and regular workouts because, “it’s that time of year”. Poor choice. Rather than skipping workouts, intensify yours. Holidays are when you really need the mood enhancing, stress busting effects of exercise more than ever. You deserve it. You’ll be more proficient because of it, so make time to do it!

6. Enjoy a taste. Some do well by swearing off “forbidden” foods, but for many of us that notion only leads to bingeing or a feeling of deprivation. If that’s the case, allow yourself the treat, just make it a small portion and account for it during your next Cardio Party!.

7. Scrap the “dieters mentality”. I forbid you to say these 5 little words ever again, “I’m starting my diet tomorrow.” This mentality leads people to believe that healthy eating is all or nothing. Have a cookie or two, but catch yourself before you slip into the “Oh, I’ve blown it so now I might as well have 10 more!” way of thinking. That mentality is the root of all yo-yo dieting. Think of your eating as a way of life, not a diet. Enjoy the occasional treat, but do so in moderation.

Sumber : http://kitasihat.blogspot.com/

0
Comment
Syaitan Kuasai Manusia Melalui 10 Pintu

1. Melalui sifat sombong dan angkuh.
Ia berpunca daripada keegoan manusia yang lazimnya mudah hanyut ketika dilimpahi kemewahan dan kesenangan.

2. Melalui sifat bakhil dan kedekut.
Setiap harta benda dan kemewahan yang diperoleh adalah kurniaan Allah swt yang seharusnya dibelanjakan ke jalan yang hak.

3. Melalui sifat takbur dan bongkak.
Allah swt berfirman bermaksud “ Sesungguhnya Dia (Allah) tidak menyukai orang yang takbur. (Surah an-Nahl, ayat:23).

4. Sifat khianat.
Khianat yang dimaksudkan bukan saja melalui perbuatan merosakkan sesuatu yang menjadi milik orang lain, malah mengkhianati hidup orang lain dengan tidak mematuhi apa-apa bentuk perjanjian, perkongsian dan sebagainya.

5. Sifat tidak suka menerima ilmu dan nasihat.

6. Melalui sifat hasad.
Baginda Rasulullah SAW pernah bersabda bermaksud: “Hindarilah kamu daripada sifat hasad kerana ia akan memakan amalan kamu sebagaimana api memakan kayu yang kering’. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

7. Melalui sifat suka meremehkan orang lain.
Abu Umamah pernah meriwayatkan bahawa Baginda Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “ Tiga kelompok manusia yang tidak boleh dihina kecuali orang munafik, ialah orang tua Muslim, orang yang berilmu dan imam yang adil’. (Hadis riwayat Muslim).

8. Melalui sifat ujub atau bangga diri.
Menurut Imam Ahmad, Baginda Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Jangan kamu bersenang lenang dalam kemewahan kerana sesungguhnya hamba Allah itu bukan orang yang bersenang-senang saja’. ( Hadis riwayat Abu Naim daripada Muaz bin Jabal).

9. Melalui sifat suka berangan-angan.
Islam adalah anti kemalasan. Orang yang berat tulang untuk berusaha bagi mencapai kecermerlangan dalam hidup akan dipandang hina oleh Allah swt dan manusia.

10. Melalui sifat buruk sangka.
Seseorang yang suka menuduh orang lain melakukan sesuatu kejahatan tanpa diselidiki terlebih dulu amat dicela oleh Islam. Baginda Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: ‘ Nanti akan ada seseorang berkata kepada orang ramai bahawa mereka sudah rosak. Sesungguhnya orang yang berkata itulah sebenarnya yang telah rosak dirinya.’ (Hadis Riwayat Muslim)

Sumber : http://ansas04.blogspot.com/

0
Comment
Cantiknya Lelaki Hebatnya Wanita

Nak tahu dimana Kecantikan Lelaki?

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.

2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.

3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.

4) Lelaki yang tenang dan lapang dada.

5) Lelaki yang sentiasa berbaik sangka.

6) Lelaki yang tak pernah putus asa.

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki…

Dan dimana Kegagahan Wanita?

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.

2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.

3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.

4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Sabda Rasulullah SAW:

“Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat ”

Surah Al-Ahzab : Ayat 71

“Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.” 

Sabhi Saddi - Jalan Pulang (TVAlhijrah : Telah Dihalalkan Epal Itu)




Lirik Lagu 

Apa yang telah ku ingkari
Bukan seperti yang ku janji
Hilanglah percaya dikau tentang kejujuranku
Alpa telah berkuasa meracuni minda
Kau ku tinggalkan jua..

Kemanisan yang dikau impi
Keperitan yang aku beri
Henghiris satu persatu hatimu jadi halus
Tiada pun sedetik waktu senyum akan lupus
Dari wajah yang tulus..

KORUS:
Hujan dihatimu takkan pernah padam
Telah ku nyalakan api kemarahan
Sendirian kau membunuh..
Semua kesepian..

Kini kutemui satu jalan pulang
Mendekatimu zahir dan kemaafan
Andai ada ruang untuk ku bertahan
Dalam dosa silam

Jalan Pulang lyric found on www.lirik.my


Sinopsis Drama Telah DiHalalkan Epal Itu
Mengisahkan seorang remaja lelaki yang menebus kesalahannya dengan berkhidmat secara sukarela kepada seorang lelaki. Akhirnya, atas segala kejujuran dan nilai murni yang ditunjukkan, orang tua itu telah memberikan kembali sesuatu yang berharga. Satu kisah yang simbolik yang dekat dengan sebuah kisah sufi lama yang terkenal dan sering menjadi cerita masyarakat.

Sumber Sinopsis : http://ezany-kun.com/ 

 

0
Comment
Jangan Berbangga... Kerana...

Jangan Berbangga dengan Calvin Klein & Armani Exchange anda kerana….
Pakaian Terakhir anda adalah Seikat Kain Putih… & perfume anda adalah kapur barus.. ''

Jangan Berbangga dengan fesyen terbaru dan jenis kain mahal yang menyarung tubuh anda kerana….
Kain Terakhir anda adalah Kain Kafan yang tidak Berjahit Tepi….

Jangan Berbangga dengan Evo10, BMW & Caldina GTfour anda kerana….
Kenderaan terakhir anda adalah Keranda yang akan diusung…''

Jangan Berbangga dengan Banglo dan Kondo anda kerana…..........
Tempat Pe... ri... sti... rehatan anda yang terakhir adalah Kubur….

Jangan Berbangga dengan Kehenseman atau Kecantikan anda kerana…..
Akhirnya Hanya menjadi santapan si Cacing dan Ulat....

Jangan Berbangga dengan Kekayaan dan Duit Anda yang Banyak kerana….
Akhirnya Semua Itu Menjadi Milik Kerabat yang Ditinggalkan…

Jangan Berbangga dengan Jawatan dan Gelaran Kebesaran anda kerana….
Akhirnya Anda Dipanggil Oleh Munkar & Nakir Dengan Nama Sebenar anda…

Jangan Berbangga dengan Jasa dan Kebaktian yang anda tabur kerana....
Akhirnya, Jangankan Segala Jasa Anda, Dengan anda-anda sekali Semua Orang akan Lupakan....

Sumber : Syok.org

0
Comment
Job Camp Untuk Bekas Pelajar PUO

 Demi  memenuhi keperluan industri yang tinggi di dalam bidang “ CREATIVE MULTIMEDIA GAMES TECHNOLOGY”, MDEC telah melantik beberapa training providers untuk memberikan kursus secara percuma kepada sesiapa yang berminat.

PUO memanjangkan tawaran ini  kepada semua bekas pelajar program Diploma Teknologi Maklumat yang telah tamat pengajian Sesi Jun 2010 (belum konvo) untuk menyertai Job Camp ini.

Berikut adalah maklumat mengenai program tersebut:

1. Tempoh kursus selama 2 bulan
2. Insentif sebanyak RM1,500 diberikan kepada setiap pelajar dalam tempoh berkursus
3. CGPA > 2.5

Sumber : Laman Rasmi PUO

0
Comment
Gangguan Seksual - Utusan Malaysia Online : Keluarga

Jika anda menganggap gangguan seksual di tempat kerja hanya wujud apabila pelaku menggunakan teknik sentuhan dan percakapan terhadap mangsanya, anda silap.

Kebanyakan orang tidak memahami secara tepat atau menyeluruh apa yang dimaksudkan dengan istilah gangguan seksual di tempat kerja.

Tidak keterlaluan dikatakan, ada individu yang menganggap gangguan seksual di tempat kerja hanya membabitkan mangsa wanita. Tetapi sebenarnya ia turut ‘menyerang’ lelaki.

Kod Amalan Untuk Mencegah dan Membasmi Gangguan Seksual Di Tempat Kerja menerangkan, gangguan seksual adalah sebarang perlakuan berunsur seksual yang tidak diingini penerima atau mangsa.

Dikeluarkan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM), kod amalan itu turut menggariskan bahawa gangguan seksual boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu berbentuk ugutan seks dan ancaman seks.

Penolong Pengarah Tenaga Kerja Kanan JTKSM Putrajaya, Johana Bakar berkata, berdasarkan kod amalan yang ada, gangguan seksual berbentuk ugutan seks bermaksud apabila seseorang pegawai atasan yang mempunyai kuasa menentukan gaji dan pangkat misalnya, cuba mengugut pekerja bawahan supaya memberi layanan seksual kepadanya.

Katanya, pekerja itu perlu mengikut jika ingin memperoleh faedah berkaitan kerja dan jika menolak ugutan berkenaan, faedah akan dinafikan.

Manakala gangguan seksual berbentuk ancaman adalah apabila tingkah laku yang ditunjukkan pelaku dilihat mangsa sebagai ancaman, ugutan atau penghinaan tetapi ia tiada kaitan langsung dengan faedah pekerjaan.

Bagaimanapun, tingkah laku itu menimbulkan suasana yang tidak tenteram kepada mangsa untuk terus bekerja.

“Gangguan seksual di tempat kerja juga bukan hanya berlaku dalam pejabat atau organisasi, malah ia turut membabitkan gangguan seksual di luar tempat kerja yang wujud daripada hubungan dan tanggungjawab berkaitan pekerjaan.

“Misalnya melalui majlis-majlis sosial berhubung pekerjaan, menjalankan tugas di luar tempat kerja, persidangan atau latihan berkaitan pekerjaan, ketika dalam perjalanan berkaitan tugasan, telefon dan media elektronik.

“Ingin ditekankan di sini, gangguan seksual itu sendiri bermakna tingkah laku seksual yang tidak diingini dan tidak disenangi mangsa serta tanpa diminta atau dibalas balik mangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di gerai pameran dan maklumat JTKSM pada sambutan Hari Wanita Kebangsaan 2010 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi, baru-baru ini.

Menurut Johana, gangguan seksual merangkumi bermacam-macam tingkah laku seksual yang boleh dibahagikan kepada lima jenis.

Ujarnya, satu daripadanya adalah gangguan secara lisan yang mana pelaku menggunakan kata-kata, komen, gurauan, usikan, bunyi dan soalan berbentuk ancaman atau cadangan seksual.

Jelasnya, gangguan seksual jenis bukan lisan pula wujud apabila pelaku memandang atau mengerling yang membayangkan niat, menjilat bibir, memegang sesuatu secara menggoda, membuat isyarat tangan, menggunakan bahasa isyarat yang menunjukkan perlakuan seks atau tingkah laku mengurat yang berterusan.

Bagi gangguan seksual jenis visual, katanya, pelaku menunjukkan bahan lucah, melukis gambar lucah, menulis surat berunsur seksual, menayangkan bahagian sulit badan yang tidak sepatutnya didedahkan dan sebagainya.

Selain itu, ujarnya, jika pelaku mengulangi jemputan sosial yang telah ditolak, memujuk rayu berterusan untuk keluar bersama atau ingin bercumbuan, ia digelar gangguan seksual psikologi.

Tambahnya, bagi gangguan seksual jenis fizikal, pelaku akan menggunakan cara sentuhan seperti memegang, menepuk, mencubit, mengusap, menggesel badan, memeluk, mencium atau serangan seksual tanpa kerelaan mangsa.

Johana berkata, kes gangguan seksual di tempat kerja perlu dilaporkan sama ada kepada pegawai atasan, polis atau kementerian bagi memastikan pesalah dikenakan tindakan sewajarnya.

Laporan itu juga perlu dibuat bagi mengekang masalah sosial itu daripada terus melarat di kalangan masyarakat sehingga menimbulkan suasana tidak selamat sepanjang berada di tempat kerja atau menjalankan urusan pejabat.

“Namun, kebanyakan mangsa enggan melaporkan gangguan yang diterima kerana malu, tiada tempat mengadu, bimbang disindir atau takut diberhentikan kerja.

“Di Malaysia, mangsa kes ini menghadapi masalah membuat laporan kerana tiada prosedur jelas untuk dijadikan panduan bagaimana dan di mana untuk mengadu.

“Maka, saya menggesa mangsa membuat laporan kepada polis, majikan atau kementerian dan mendapatkan maklumat lengkap berhubung gangguan seksual termasuk di tempat kerja melalui laman web kementerian atau maklumat di Internet supaya tidak terus ditindas,” katanya.

Sumber : http://www.utusan.com.my/Keluarga : Gangguan Seksual

0
Comment
Gadis Melampau Menerima Padah

Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walau pun tinggal dibumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.

Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun.

Di dalam bas itu ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya. "Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki...." nasihat orang tua itu.

Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan mengejek. "Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga?

Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?"

Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata kata yang lebih dahsyat.

"Ambil hanphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahannam untukku," katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan dari si gadis manis. Sayang wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk.


Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis yang masih muda itu yang tidak menghormati hukum hakam itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.

Sepuluh minit kemudian bas pun tiba perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut di dapati tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri.

Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis.

Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu.

Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya.

Mayatnya menjadi hitam seolah olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat.

Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu. Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut.

Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Nauzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu.

Sangat baik kita jadikan ikhtibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai muslim sejati. Jangan sekali sekali kita mempertikaikan hukum Allah dan mahupun sunnah RasulNya saw dengan mempersendakan atau ejekan.

Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam. Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi bagi kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh.

Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodohitu? Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan.

Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang di lakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda.

Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu hingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang itu. Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang menjadikan bumi ini. Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah swt. Taman laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini.

Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yang benar dan kekuatan agar sentiasa dapat menjaga lidah kita.

*Dipetik dari majalah Iskandariah Mesir 'MANAR ISLAM'

0
Comment
Keajaiban Molekul Air Benar Atau Tidak



"Penemuan ini sungguh menakjubkan dan wajib dikongsi bersama, kenapa dgn keizinanNYA air penawar blh menyembuhkan penyakit, baca dan hayatilah petikan dibawah:

Pada 10/10/02 , Pihak Surau Wisma Telekom Semarak telah menjemput Ustaz Abdullah Mahmud untuk menyampaikan ceramah beliau.

Diantaranya :

Air merupakan salah satu rahmat Allah kepada manusia, Manusia tidak boleh hidup tanpa air, dan manusia tidak boleh hidup tanpa rahmat dari Allah.

Ustaz kemudian bercerita bahawa dia telah berkesempatan menghadiri satu seminar mengenai AIR yang berlangsung di Hotel Istana baru-baru ini yang mana kebanyakan hadirin yang hadir terdiri daripada orang bukan Islam kecuali 2 orang (Ustaz Abdullah dan seorang Pensyarah dari UM).

Penceramahnya seorang Profesor yg pakar tentang air dari Jepun. Beliau menunjukkan hasil kajiannya mengenai air, beberapa slide ditunjukkan dan dipancarkan dilayar putih kepada hadirin sekelian. Sampel-sampel air yang diambil dari berbagai sumber air (sungai, laut, perigi dan bermacam lagi).

Maka terpancarlah berbagai-bagai rupa bentuk susunan molekul-molekul air tersebut. Ada yang berupa seolah-olah seperti jin tetapi samar-samar, tidak begitu jelas (dengan telinga yang besar, bertanduk dan sebagainya)rupa yang menggerunkan dan menakutkan. Lalu Profesor itu berkata "banyak lagi sampel-sampel air yang lain tetapi rupa molekul-molekulnya hampir sama, sekarang saya nak tunjukkan sampel air yang berlainan dari sampel-sampel air yang saya tunjukkan tadi"

Profesor itu pun tunjukkan, maka terpancarkan satu rupa bentuk molekul air yang tersusun cantik berupa seolah-olah seperti berlian (bersegi-segi),bersinar-sinar dan sinarannya mengeluarkan warna-warna yang menarik melebihi 12 warna. MasyaAllah, cantik. Lalu profesor bertanya "Siapakah di antara kamu semua yang tahu sampel air apakah ini". Hadirin semua senyap, dan kemudian, Pensyarah dari UM mengangkat tangan dan menjawab "saya rasa itu adalah sampel air zam-zam".

Profesor berkenaan memanggil Pensyarah tersebut naik ke atas dan bertanya "Berikan saya sebab kenapa awak berkata air itu adalah air zam-zam. "Kerana air zam-zam adalah air yang termulia didunia ini" Jawab Pensyarah. Profesor berkata "Saya tak tahu samada betul atau tidak air zam-zam itu mulia tetapi memang betul ini adalah sampel air zam-zam."

Kemudian Professor mengatakan bahawa, kata-kata juga dapat mempengaruhi rupa bentuk molekul-molekul air. Lalu didalam dewan itu mereka membuat experiment bagaimanakah yang dikatakan kata-kata dapat menpengaruhi rupa bentuk molikul-molikul air. Semua hadirin dikehendaki membaca sesuatu kepada air mineral masing-masing. Lalu seorang volunteer bangun untuk menguji bagaimana rupa air yang telah dibaca. Bila ditunjukkan diskrin, nampak molikul air membentuk seolah-olah seperti tokong cina (dengan janggut yg panjang dan perut yg buncit).

Bila tiba giliran Ustaz, air yang dibaca dengan Al-Fatihah, Selawat dan Ayat Kursi maka nampaklah rupa molikul air seperti berlian dan berkilau-kilau.... Subhanallah. Lalu Ustaz disuruh oleh Profesor menbaca sebarang ayat/kata-kata yang tidak baik...maka nampaklah diskrin molikul air berupa seperti sel-sel barah.

Subhanallah..... daripada ceramah yang Ustaz sampaikan ini marilah kita sama-sama mengambil iktibar daripadanya. Ini adalah kata-kata dari Ustaz Abdullah : "Jika hendak air itu merasa manis maka masukkanlah gula, jika hendak air itu berwarna maka masukkanlah pewarna dan jika hendak air itu mulia maka masukanlah ayat-ayat yang mulia kepadanya".
Wallahhuallam

Suumber :  http://planet.time.net.my/TechnologyPark/dimnoth/ZamZamAjaib.html"

0
Comment
Awas memilih kosmetik - Utusan Malaysia Online : Kesihatan

NANI ingin mendapatkan kulit muka yang cerah. Sahabatnya Siti menggunakan sejenis produk pencerah dan mencadangkan kepada Nani agar turut mencuba. Menurut Siti selepas menggunakan produk itu selama tiga minggu hasil yang ketara akan terlihat.

Selepas mencuba selama beberapa minggu kulit Nani menjadi gatal gatal dan kemerahan. Dia alah dengan produk tersebut dan terpaksa berjumpa doktor bagi rawatan alahan.

Namun Nani tidak putus asa. Setelah kulit mukanya pulih semula dia mencuba pula produk yang lain. kali ini kulitnya cerah dan tidak ada sebarang masalah.

Oleh itu Nani terus menggunakan produk itu selama setahun. Selepas setahun Nani bertukar pula ke produk baru yang disyorkan oleh temannya. Nani terpengaruh lantaran melihat kulit temannya yang halus dan licin. Namun selepas dua bulan Nani mendapati kulitnya kusam. Dia juga melihat kesan pigmentasi mula terjadi dan membuatkan hatinya risau.

Nani berjumpa saya kerana dia telah membaca berkenaan produk kecantikan yang beracun bakal mencetus masalah kanser dan pigmentasi kulit jika di gunakan terlalu lama. Dia meminta saya memberi nasihat berkenaan pemilihan produk kecantikan yang sesuai pada kulit. Beliau juga ingin tahu apakah yang dilakukan oleh produk tersebut kepada kulit kita.

Saya mendapati ramai daripada kita mengalami pigmentasi akibat penggunaan bahan kosmetik yang tidak terkawal. Untuk membaik pulih kes seperti ini adalah rumit. Ini kerana ia memerlukan rawatan bersiri termasuklah suntikan vitamin dan transeminic ke dalam kulit bagi mengurangkan angiogenesis pada sel sel melanocyte itu.

Bahan-bahan pencerah boleh didapati daripada alam semulajadi dan juga menerusi proses sintetik.

Berikut dihuraikan serba sedikit mengenai bahan pencerah dalam kosmetik.

Arbutin

Sejenis hidroquinone yang sudah mengalami proses glycosylated. Ini bermakna struktur kimianya adalah sama seperti hydroquinone namun mempunyai molekul glukosa yang melekat padanya. Arbutin terdapat secara semulajadi di dalam buah-buahan seperti kranberi, pear, bluberi dan buah-buahan jenis beri yang lain. Arbutin menghalang tindakan tyrosinase (sejenis enzim yang menggalakkan pembentukan melanin iaitu pigmen pada kulit). Apabila arbutin disapukan kepada kulit ia meresap jauh ke dalam dan menentang pembentukan melanin. Hasilnya kulit menjadi cerah perlahan-lahan.

Asid kojik

Bahan semulajadi yang terhasil daripada sejenis kulat. Ia sering digunakan dalam proses membuat tapai di Jepun. Ia terbentuk dari aspergillus oryzae iaitu spesies kulat yang sering digunakan dalam proses pembuatan sake di negara Matahari Terbit. Pada awalnya kojik digunakan sebagai pengawet bagi bahan makanan dan kosmetik. Penggunaan kojik menyebabkan warna makanan dan kosmetik kekal cantik dan tidak kusam. Kajian saintifik menunjukkan kojik sesuai untuk kulit manusia dan pigmentasi seperti melasma dan bintik-bintik hitam. Oleh kerana sifatnya yang berasid, anda mungkin berasa gatal sedikit di peringkat awal penggunaannya. Ia bertindak menghalang pembentukan melanin melalui proses oksidasi.

Hidroquinon

Hidroquinne merupakan agen penting dalam menangani pigmentasi. Ia mampu menyerang sel-sel melanocyte dan merosakkan DNA dan RNA pada sel tersebut. Ini menjadikan sel-sel itu rosak dan tidak mampu menghasilkan pigmen. Namun begitu sifat hydroquinione yang toksik tidak terhad pada sel melanocyte sahaja. Sekiranya digunakan dalam kuantiti berlebihan ia turut merosakkan sel-sel lain juga. Oleh itu penggunaannya haruslah terhad kepada empat bulan dan mengikut nasihat doktor sahaja. Selepas empat bulan anda harus merehatkan kulit beberapa bulan sebelum menggunakannya semula. Penggunaan hydroquinone membuatkan kulit kita menjadi berubah dari segi sifat semulajadinya. Sel-sel seolah olah menjadi mutant dan berubah dari segi komposisi semulajadinya. Ini mewujudkan keadaan bergantung kepada hydroquinone. Tanpa hydroquinone kulit gelap semula.

Asid azelaic

Bahan semulajadi di dalam pyhtosporum ovale yang merupakan sejenis yis atau kulat. Fungsi asid azelaic adalah bagi membunuh melanocytes melalui sifatnya yang menghalang thioredoxin reductase sejenis enzim dalam mitokondria sel melanocytes.

Azelaic asid turut berguna dalam rawatan jerawat, lentigines, rosacea dan pigmentasi yang disebabkan keradangan.

Retinoids

Retinoids seperti trenitoin dan adapalene adalah derivatif kepada vitamin A. Ia turut menghalang aktiviti tyrosinase menyebabkan pigmentasi tidak terjadi.

Niacinamide

Vitamin B3 yang aktif dan menghalang proses warna terjadi pada sel kulit.

Protein soya

Mengandungi enzyme serine protease yang menghalang pembentukan melanin. Namun kesannya agak lambat. Dengan menyapu sebanyak dua kali sehari ke muka kesan pencerahan dapat dilihat selepas 12 minggu.

Pengelupasan dengan asid buah buahan atau asid lembut

Fungsinya ialah meningkatkan proses pembentukan epidermis baru dan membuang melanin yang lama. Jenis asid yang sering digunakan adalah alfa hydroxyl asid, glycolic asid, trichloroacetik asid.

Aleosin

Sejenis molekul glycoprotein yang terdapat di dalam tumbuhan aloevera. Ia menghalang tyrosinase tanpa menunjukkan sebarang sifat toksik seperti hydroquinone.

Asid tranexamic

Menghalang cahaya UV daripada merosakkan kulit. Ia juga menghalang daripada pembentukan melanosit.

Sumber : http://www.utusan.com.my - Kesihatan :   Awas memilih kosmetik

0
Comment
10 Jenis Wanita Yang Harus Dihindari

Ayuh lelaki!! bangun dari lamunan dan jangan sengaja membuang masa dengan melayan karenah sesetengah wanita yang hanya pandai bermain kata. belajar dari pengalaman. Selidik, teliti dan kaji betul-betul sebelum membuat keputusan untuk memilih pasangan hidupmu. Awasi 10 ciri-ciri wanita mengapa perlu di hindari.

1. Wanita Feminis
Wanita yang tersenari dalam golongan ini beranggapan bahwa seglanya penyakit dalam masyarakat berpunca dari lelaki dan mereka mendabik dada kononya wanita adalah makhluk paling mulia. wanita yang mempunyai nalusri seperti ini selalu ebrfantasi dan memberi layanan yang cukup buruk kepada lelaki. kamu boleh cuba untuk mengenali wanita jenis ini dengan mudah melalui sifat anti lelakinya yang tidak berkesudahan

2. Wanita kaki kikis
Wanita ini hanya mahukan wang kamu semudah mereka mendapatkan ABC. Wanita pengikis ini memerlukan mainyenance yang tinggi. Mereka mengharapkan lelaki menaja keseluruhan kos hidupnya dengan alasan mereka hanyalah wanita. bagi golongan ini. lelaki mesti membayar makan minum, percutian, bunga dan perhiasan diri mereka dan mereka seolah-olah tidak pernah rasa bersalah mengikis harta benda lelaki. mereka di saluti emas, jadi lelaki perlu membayar harga yang setimpal dengannya.

3. Wanita berangan
Kelompok wanita jenis ini hidup dalam dunia penuh fantasi dan angan-angan seperti dalam layar perak atau cerita dongeng. Setiap malam mereka akan menghabiskan masa membaca novel atau menonton filem dan berkhayal atau berangan mengenainya. Kadang kadang imaginasi. mereka tidak berpijak di bumi nyata. mereka mahi di layan seperti seorang puteri raja dan di belai manja persis seekor kucing parsi sepanjang masa

4. Wanita ilusi
Golongan ini hampir sama dengan wanita yang suka berangan tetapi dalam sudut lebih gelap. Mereka ini seperti mayat hidup iaiti seseorang yang pernah terluka pada masa silam dan cuba melalukan sesutau untuk membalas dendam serta sabotaj perhubungan masa kini. perhubungan kamu dan wanita ini akan menjadi satu tragedi kerana pada mulanya dia akan menunjukkan minat yang membuak-buak tetapi dalam masa yang singkat dia boleh lenyap begitu sahaja dan cinta ini akan berulang dan terus berulang

5. Wanita Perasan bagus
Sama mcm wanita feminis, wanita jenis ini juga tidak sukakan lelaki. Mereke mengeji golongan lelaki dan sentiasa menyalahkan lelaki dalam segenap perkara. bagi wanita perasan bagus, tidak ada satu pun perkara yang baik mengenai lelaki. teruk, kejam, tak berhati perut dan perosak makhluk, itulah andaian mereka. Perasaan mereka sentiasa mendidih terhadap lelaki dan kemarahan mereka boleh diibaratkan seperti letusan gunung berapi

6. Wanita keliru
Pada permulaannya semua kelihatan cukup sempurna dan wanita ini mampu melayan lelaki dengan cukup baik. tetapi kebimbangan dalamnnya lambat laun pasti akan terserlah. lama-kelamaan dia akan menelefon kamu 10 kali sehari bertanya soalan yang remeh-temeh mengenai hubungan kamu berdua. Mereka sentiasa ragu0ragu dengan penempulan dan daya penarik tersendiri yang di miliki. Dia selalu bimbang kamu akan angkat kaki dan mencari wanita yang lebih daripadanya

7. Wanita terdesak
Matlamat wanita golongan ini hanya satu iaitu berkahwin dan mahukan seks. Dia tidak kisah jenis lelaki dan apa perkerjaannya, asalkan apa yang mereka mahukan dapat dipenuhi segera

8. Wanita tamak haloba
Wanita ini penuh dengan helah dan tipu muslihat. pada awalnya dia hanya mengikut apa sahaja permintaan dan syart kamu. Namun apabila hubungan antara kamu sudah terlalu intim ataupun apabila kamu sudah berkahwin dengannya. barulah taringnya mula keluar. Dia menjadi begitu tamak haloba dan dia akan cuba membolot harta kamu dengan apa cara sekalipun.

9. Wanita pengoda
Biasanya kamu boleh mengesan wanita jenis ini dari jauh lagi kerana dia akan cuba memikat kamu dengan apa cara sekalipun termasuk menggunakan unsur seksual. Biasanya sasaran mereka adalah warga emas. lelaki gatal dan ada kalanya mereka menggunakan keseksian mereka untuk memancing lelaki seperti lebah menghurung madu

10. Wanita QC
Wanita ini akan menjajah setiap inci kehidupan kamu. DIa akan tentukan apa yang akan kamu pakai, makan. kemana perlu pergi dan segala-galanya. Dan apabila kamu cuba pertahankan hak kamu, dia akan mula menangis, meraung, mencebik atau menggunakan segala taktik wanita sehingga kamu mengalah dan menurut kehendaknya
Sumber : http://www.esempoi.com/

 
Powered by Blogger