Loading...
Wednesday, January 12, 2011

Psikologi Kognitif


Psikologi kognitif adalah salah satu cabang dari psikologi dengan pendekatan kognitif untuk memahami perilaku manusia. Psikologi kognitif mempelajari tentang cara manusia menerima, mempersepsi, mempelajari, menalar, mengingat dan berpikir tentang suatu informasi. Ia juga adalah satu disiplin dalam psikologi yang menyiasat proses-proses mental dalaman pemikiran seperti pemprosesan visual, ingatan, penyelesaian masalah, atau bahasa. Psikologi Kognitif juga merupakan perspektif secara teori yang memfokuskan pada dunia persepsi pemikiran ingatan manusia. Ia menggambarkan pelajar sebagai proses maklumat yang aktif menyerupai metafora dunia komputer.

Psikologi kognitif menggambarkan manusia sebagai pemproses maklumat, pembentukan kontekstual bersama-sama mekanik, ahlifalsafah, psikologi kognitif juga menekankan kepentingan aktiviti pelajar dan struktur mental dalam pemahaman dan menghasilkan makna semakin matang psikologi kognitif, ia bertambah dalam memfokuskan bagaimana perkembangan kognisi dalam konteks sosial dan interaksi antara kepercayaan dan kognisi. Dalam hubungan antara manusia dan mesin juga perlu mempunyai interaksi antara kepercayaan dan kognisi supaya setiap kerja atau tugas dapat dilakukan dengan baik.

Selain itu, Psikologi kognitif memberikan impak penting dalam pendidikan. Matlamat di sini adalah untuk menghasilkan konsep, prinsip dan perspektif psikologi kognitif semasa dengan terperinci dan membantu menjelajahi implikasinya untuk praktik pendidikan.

ERA KOGNITIF

Bermula revolusi kognitif dimana ahli psikologi menjadi semakin kecewa tentang batasan teori dan cara behaviourisme. Kajian ahli linguistik dalam semulajadi perkembangan bahasa memberikan bukti bertentangan perspektif persekitaran yang dikemukakan oleh ahli behaviourisme.

Faktor lain yang penting adalah kemunculan komputer dimana ia memberikan kebolehpercayaan metafora manusia memproses maklumat dan alat penting sebagai model dan penjelajahan proses kognitif manusia. Banyak kerja dilakukan oleh individu jelas sebagai pangsi dalam mewujudkan revolusi kognitif.

Dalam keluaran Ulrich Neisser “ Cognitive Psychologi” pada tahun 1967 telah memberikan definisi awal kepada bidang baru psikologi kognitif. Jerome Bruner atau David Ausubel menekankan struktur mental dan organisasi rangka kerja. JJ Jenkins (1974) menyebut dalam artikel psikologi Amerika bahawa perbezaan asas antara bilangan besar kajian pembelajaran penghafalan, dimana dia dan rakannya telah merancang generasi dengan tugasan mereka dalam paradigma kognitif. Marvin Minsky (1975) dimana menggariskan keperluan cirri-ciri sistem visi yang dapat mengenali objek mudah. Kertas kajiannya menekankan peranan kritikal struktur mental dalam pemikiran manusia, membuat keputusan, tema yang ditiru oleh orang lain dalam konsep berkaitan tentang skrip dan skemata. Pada masa kini, psikologi kognitif adalah aliran utama psikologi. Dalam pendidikan, aplikasinya adalah dijelajahi sepenuhnya.

TEMA KOGNITIF

-Psikologi kognitif membantu kita melihat pembelajaran sebagai proses pembinaan dan bukan proses terbuka.
-Psikologi kognitif menekankan kepentingan menstrukturkan pengetahuan.
-Psikologi kognitif mementingkan kognisi kesedaran diri dan pengawalan diri. 
-Psikologi kognitif menekankan peranan interaksi sosial dalam perkembangan kognitif. 
-Psikologi kognitif menekankan kontekstual semula jadi pengetahuan, strategi dan kemahiran. 
 
Sumber : Tugasan Human Computer Interaction Semester 4 

1 comments:

  1. thanks for the info...i damn really need this

    ReplyDelete

Adab Meninggalkan Komen :

1. Bahasa Sopan

2. Tiada Unsur Menghina

3. Jgn gatal nak spam. Spam sy delete

Terima Kasih Kerana Meninggalkan Komen Di Entri ini

Ping Blog



 
TOP