Assalamualaikum……
Entri hari nie bersesuaian dengan tajuk dia la kan. Bakat Terpendam sy. Oh yeah. Ok secara seriusnya sy sebenarnya memang tak nak cerita bakat terpendam saya ini sebab saya dah boleh agak mulut2 yang bakal mengata nanti (dah pernah kena). Tapi lepas difikir2kan sy rasa saya patut cerita bakat saya. Mesti korang tanye nak cerita wat pe? Nak belagak ke? Ok disini saya bercakap secara jujur dan terus terang saya takde niat nak belagak atau nak tunjuk2 bakat saya. Tapi lebih kepada berkongsi kurniaan Allah SWT kepada saya. Mana la tau satu masa nanti korang memerlukan bakat terpendam saya ini untuk keperluan korang. Ops… termelalut sebentar. Just untuk mukaddimah. Oo… ok dah cukup mukaddimahnya. Nanti orang malas baca.
Oh sebelum itu ini IC Blogger saya ye adik admin.
![]() |
| No. Blogger Card - A06fiQ'Ra02 |
Dan ini pula banner untuk aktiviti ke-4.

Straight to the highway sy nak bagi tahu bakat terpendam saya. Mungkin orang yg rapat2 dengan saya boleh menjadi saksi kepada bakat saya ini. Berikut adalah bakat2 terpendam dan yg tak terpendam (macam ada byk je). Huhu…..
1. Saya suka mendengar masalah orang dan akan memberi jalan terbaik dengan cara memotivasikan seseorang mengikut teori berlandaskan islam. Normally orang boleh terima tp takde la saya 100% cakap pasal agama je. Sy akan bagi contoh2 logik juga sbb mereka yg cerita masalah kat saya terdiri dari mereka yg sy kenal dan sy tahu latar belakang mereka. Jadi saya tahu nasihat macam mana yang saya perlu berikan. Sy suka juga bg kata2 yg membuat org terfikir2 dan berhenti sejenak. Bukti? Tiada bukti yg dpt dikemukakan. Harap maaf. Kalau kata2 perangsang atau kata2 motivasi mungkin boleh tgk kat FB Official Page blog nie (jgn lupa like sekali). Bakat saya ini terasah semasa saya di Politeknik Sabak Bernam. Sy join Pebimbing Rakan Siswa Politeknik. Sy suka dengar masalah org sbb ia menambahkan pengetahuan saya dan mengelakkan sy melakukan masalah yang sama.
2. Kalau yang kedua ni mungkin biasa kot kat GENG fiQ'Ra ada tengok saya bantu org dalam IT dan sebagainya. Berbekalkan bakat dan minat yang mendalam kepada IT jadi sy sambung study pun dalam bidang IT pengkhususan pengaturcaraan computer. Bab repair2, virus2, itu semua minat + ingin tahu + tanye orang = menjadi kelebihan. Semasa saya tingkatan 3 kalau tak silap, saya dah boleh baiki computer yg basic2 la. Bukti? Juga tetap tiada bukti.
3. Ok yang ketiga saya suka mencipta. Nak kata lirik lagu tak mcm lirik lagu. Nak kata puisi tak macam puisi. Tapi minat ini terbantut sebab semua ciptaan saya hilang bersama2 dengan external hard disk yg rosak. Jadi dengan itu saya masih mencipta untuk entri2 yg memerlukannya. Bukti? Ok kali nie sy ada bukti. Sy sertakan salah satu ciptaan saya yg sebenarnya berkaitan dengan entri yg akan sy post dlm masa terdekat ini. Tapi untuk GENG fiQ'Ra sy keluarkan ia awal cikit.
Tajuk : Kau Yang Bernama Cinta
Kau yang bernama cinta,
Begitu mudah untuk diungkapkan,
Begitu mudah untuk dilafazkan,
Tapi amat sukar untuk dilaksanakan.
Kau yang bernama cinta,
Adakah kau memberi bahagia,
Atau mengundang derita,
Adakah kau memberi cahaya,
Atau mencampakkan aku dalam gelita.
Kau yang bernama cinta,
Hadirlah kau untukku mencintaiNya,
Hadirlah kau sebagai kekuatan minda,
Hadirlah kau sebagai pelengkap jiwa.
Kau yang bernama Cinta,
Jangan kau biarkan aku terleka,
Sehingga lupa hakikat penciptaan,
Sehingga lupa cinta yang kekal abadi hanya kepadaNya.
p/s : maaf la kalau tak best tapi saya berbangga kerana sy yg menciptanya. Kalau tak best maknanya ia bakat saya tidak sesuai untuk tatapan anda.
Cukup tak 3? Ke nak tambah lagi. Oh dah la malas nak taip lak. Tengok kalau esk2 rajin sy taip lagi. Sy becerita bukan untuk menang tapi untuk berkongsi. Sekian untuk kali ini. Jangan hanya tahu merunggut dengan kekurangan yg kita ada tp sebaliknya bersyukurlah dengan kelebihan yg dianugerahkan kerana bukan semua orang memiliki kelebihan yang kita miliki. Salam persahabatan dari saya.
Wassalam…..
“Usik-usiklah hati untuk menyentuh iman demi mengenali hakikat kehidupan”
p/s : sedang berusaha dgn gigih untuk buat header menggunakan Flash. Kalau blog tak berat boleh kekalkan kat blog. Kalau berat jawapannya simpan dalam tang sampah komputer.

terbaik
ReplyDeleteBakat yg ada haruslah digunakan sebaik mungkin :)
ReplyDeletehuhhh, tak sangka rupanya awk bakat awk memang tak semua orang boleh lakukan.. tahniah.. semua bakat awak hebat, seorang motivator, seorang yg celik IT, seorang yang puitis.. tapi yang paling mas tertarik, mas suka yang pertama tu.. bukan mudah nak membisik dorongan pada orang yang memerlukan bimbingan.. :)
ReplyDeleteteruskan guna semua bakat yg awk ada ;)
alhamdulillah . seriously, sy mmg suke dgn bakat awk ni . hee hee .
ReplyDeleteGudluck tao .
teroskan berkarya .
blogwalking here.bagusnya ada bakat terpendam boleh membantu kawan2.keep it up!
ReplyDeletemmg berbakat..eh, prs gak ea?? agaknya ada join aktiviti semalaysia tu tak kat pulau jerjak??
ReplyDeletemmg berbakat awk ni..leh la dok tnya kan..
wah..sungguh berbakat.......teruskan berkarya..
ReplyDeleteberbakat la.. syieda suke dengar orang berpuisi.. @_@
ReplyDeletejom ke blog syieda =.= lovestory313.blogspot.com/2011/12/saya-ada-bakat-terpendamhehe.html
kpah tak de bakat yg terpendam..sebab semua bakat dah timbul dah...heeee...YG pertama tu..tahniah azmi..kamu seorang pendengar yg baik...
ReplyDeletebuleh jadi lirik lagu..buleh jadi puisi..
ReplyDeletebagus...seorang celik IT dan jugak seorang motivater.. gunakan sebaiknyer..untuk orang laen jugak...hee
Terima kasih semua....
ReplyDeleteAlhamdulillah bakat yg dianugerahkan oleh Allah SWT merupakan ujian bagi kita sbg manusia. sama ada kita bersyukur @ kita kufur dgn nikmat yg tidak terhingga. semoga sy dpt mempergunakan bakat yg saya ada untuk kebaikkan agama, bangsa dan negara. semoga hati sy sentiasa di landasan yg betul. Amin.....
gud luck.,suka lirik/puisi.,teruskan., :)nx hasilkn satu rangkap pon susah sebenrnyer.,
ReplyDeletegood luck , yang pasal IT tu sukaaa. banyak sangat membantu, ermm nia pun suka main reka2 cenggitu tp kadang2 rasa mcm nothing benda tu , and tk pernah tau samada itu saja atau apa. hahah ,
ReplyDeletegood luck tau awk.
x der bakat la Sop :)
ReplyDeletemacam lirik lagu la...:) hurm yang pertama tu PM suka
ReplyDeletebakat yg unik..hehe
ReplyDeleteni memang berbakat betui...susah cari senang dpt...he he...:)
ReplyDelete