What I Want To Share

2
Comment
Khurafat

DEFINISI KHURAFAT

Kamus Bahasa Arab:
(al-Mujam al-Wasit) Cerita-cerita yang mempesonakan yang dicampuradukkan dengan perkara dusta
(al-Marbawi) Cerita karut (karut marut)

Kamus Dewan:
Kepercayaan karut yang diada-adakan berpandukan kepada perbuatan-perbuatan dan kejadian-kejadian alam yang berlaku.

Kesimpulannya
Semua cerita sama ada rekaan atau khayalan, ajaran-ajaran, pantang larang, adat istiadat, ramalan-ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang dari ajaran Islam

Khurafat adalah bidah akidah

Apa saja kepercayaan kepada sesuatu perkara yang menyalahi ajaran Rasulullah sallallahu alaihi wasallam.

CIRI-CIRI KHURAFAT

1. Tidak didasarkan pada nas-nas syarak (al-Quran atau hadis Nabi sallallahu alaihi wasallam.
2. Cerita-cerita rekaan, dongeng, khayalan atau karut.
3. Bersumberkan kepada kepercayaan-kepercayaan lama dan bercanggah dengan Islam.
4. Menggunakan objek-objek tertentu seperti kubur, pokok dan sebagainya.
5. Mempunyai unsur-unsur negatif dari segi akidah dan syariah.
6. Berbentuk pemujaan dan permohonan kepada makhluk halus .

HUKUM BERAMAL DENGAN KHURAFAT

Segala amalan dan kepercayaan yang tidak berdasarkan kepada sumber-sumber yang asal seperti al-Qur'an, al-Hadis, Ijma' dan Qiyas adalah ditolak oleh Islam. Sabda Rasulullah

من أحدث فى أمرنا هذا ما ليس منه فهو رد

Maksudnya: Barangsiapa mengada-adakan di dalam agama kami sesuatu yang tidak ada di dalamnya, maka yang dikerjakannya itu adalah tertolak.

Percaya kepada benda-benda yang dijadikan keramat seperti pokok, kubur, telaga dan sebagainya, serta memuja, memohon pertolongan dan melepaskan nazar pada benda-benda berkenaan dan percaya ianya mempunyai kuasa selain dari Allah Subhanahu wa Ta'ala, adalah membawa kepada syirik dan bertentangan dengan kepercayaan tauhid kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala.

ولا تدع من دون الله ما لا ينفعك ولا يضرك فان فعلت فانك إذا من الظلمين

Dan janganlah menyembah atau memuja yang lain dari Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat memberi mudharat kepadamu. Sekiranya engkau mengerjakan yang demikian maka jadilah engkau orang-orang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu)


أوسحر أو سحر له


Bukan dari golongan kami sesiapa yang merasa sial atau meminta diramalkan kesialannya atau merenung nasib atau minta ditenungkan atau mensihirkan atau meminta disihirkan.

Sabda Rasulullah

إن الرقى والتمائم والتولة شرك

Sesungguhnya jampi mentera, tangkal dan guna-guna itu syirik.

من علق تميمة فقد أشرك

Sesiapa yang memakai tangkal, maka ia telah melakukan kesyirikan.

KESAN KHURAFAT TERHADAP UMAT ISLAM
1. MEROSAKAN AKIDAH
2. MENAMBAHKAN AMALAN BID'AH
3. HILANG KEPERCAYAAN KEPADA QADA DAN QADAR
4. HILANG SIKAP BERUSAHA
5. MUDAH BERPUTUS ASA

TIDAK BERTAWAKKAL KEPADA ALLAH
Bahaya yang paling besar akan dihadapi umat Islam jika mempercayai khurafat dan beramal dengannya ialah terjerumus ke lembah kesyirikan.

Petikan Filem Khurafat - Perjanjian Syaitan


SINOPSIS Khurafat - Perjanjian Syaitan

“KHURAFAT-Perjanjian Syaitan” mengisahkan perjanjian terlarang, persekongkolan antara manusia & syaitan.Satu bentuk penyelewengan yang nyata dalam Aqidah Islam dan amat ditegah dalam Agama.Manusia, disogok dengan nafsu serakah dan dendam membara, tanpa mengira akibat dan bahana, rela membelakangkan Allah untuk memperoleh apa yang dicita walau dengan apa cara, akhirnya hanyut dengan bisikan dan tipu daya syaitan durjana.

Kisah bermula dengan Johan, seorang pemuda yang bekerja sebagai Pembantu Perubatan di sebuah hospital kerajaan. Dia sudah berkahwin dan mempunyai seorang isteri bernama Ayshah. Seawalnya pasangan ini hidup aman & bahagia, namun tanpa disangka ujian melanda di pertengahan jalan, kesan daripada ‘gangguan misteri’ yang berterusan.

Dalam pada masa gangguan-gangguan itu, hadir pula seorang perempuan tua yang tidak Johan kenali namun sering menyapa dan cuba mendekati Johan sewaktu di tempat kerja. Tanda tanya dan trauma yang melanda Johan & Ayshah tidak habis di sana, malah ditambah dengan munculnya bekas teman wanita Johan yang bernama Anna.Walaupun setelah mengetahui Johan sudah berumah tangga dan bergelar suami yang sah pada Ayshah, Anna masih terus mengganggu dan merayu untuk menerimanya semula. Ini menyebabkan Johan bertambah runsing dan bertekad untuk mempertahankan rumah tangganya dengan segala daya.

Tidak lama setelah berkali-kali ditolak cintanya, Anna ditemui mati;bunuh diri. Kematian Anna adalah kemuncak bagi segala siri kejadian misteri yang berlaku dalam hidup Johan & Ayshah.

Trailer Khurafat - Perjanjian Syaitan

OST Filem Khurafat - Ya Robbi

Lirik Lagu Ya Rabbi

Kadangkala kita lupa
Kadangkala kita leka
Kadangkala kita buta
DIA memerhatikan kita

Ya ALLAH..

Verse 1

Manusia sifatnya pelupa
Walau disogok seribu nasihat setiapa masa
Hati tetap sukar ditembusi kerana dosa-dosa
Menjadi dinding pemisah antara aku dan DIA

Uh' dulu dalam gelap zulmat dunia
Walau lampu lagu rancak buatku berdansa
Bersama mereka yang sebahtera
Dalam bah peluh oh' penuh nista
Yah' yah' ku terlupa..

*Pre-chorus

Aku khayal..
Leka gembira walau sementara
Tapi nikmatnya..
Kala itu tak terkata
Kerana apa?
Kerana aku tiada pegangan nyata
Aku hanyut dengan arus dunia
Dunia oh' dunia!

**Chorus

Aku hanyalah manusia
Yang sering lupa
Yang selalu leka
Dengan tipu daya oh' dunia

Ya ROBBI (8x)
Kuserahkan segala
Terimalah doaku

Verse 2

Jika kau tanya aku jujur uh' mengapa
Dunia seperti ahli silap mata
Bermain ilusi mengkaburkan minda
Semua di depan mata indah oh' tampaknya
Walau hakikat oh' sebaliknya

KitabNYA, kalamNYA yang dulu kulupa
Kumula baca walau merangkak seperti kura-kura
Kerana kutahu hanya ini buku jawapan pada
Teka silang kata dunia!

*Pre-chorus

Aku khayal..
Leka gembira walau sementara
Tapi nikmatnya..
Kala itu tak terkata
Kerana apa?
Kerana aku tiada pegangan nyata
Aku hanyut dengan arus dunia
Dunia oh' dunia!

**Chorus

Aku hanyalah manusia
Yang sering lupa
Yang selalu leka
Dengan tipu daya oh' dunia

Ya ROBBI (8x)
Kuserahkan segala
Terimalah doaku

Bridge

Aku tidak berdaya
Ampunilah,ampunilah (Ya ALLAH ya Tuhanku)
Berikanku cahaya
Ampunilah,ampunilah (Ampunilah diriku)
Aku tidak bertenaga
Ampunilah,ampunilah
Tempatkanlah ku di syurgamu..

**Chorus

Ya ROBBI (8x)
Kuserahkan segala
Terimalah doaku

Outtro (V.O)

Dulu bila orang kata solat itu tiang Agama
Aku ragui, tetapi kini kupasti..
Alhamdulillah..

YA ROBBI (English translation)
by Khad Frances


Intro (V.O)

Sometimes we forget
Sometimes we're idle
Sometimes we're blind
HE's watching us

Ya ALLAH..

Verse 1

Indeed humans are forgetful by nature
Even if overwhelmed by a thousand advice every time
Still hard to penetrate the heart because of sins
That form a barrier between me and HIM

Uh' back then in the dark gloomy world
Although lights,fast songs made me dance
Together with them on the same ark
Drenched in sweat oh' filled with shame
Yah' yah' I forgot

*Pre-Chorus

I'm day dreamin..
Happily engrossed even for awhile
But the pleasure..
Can't be expressed
Why?
Because I have no grasp of reality
I'm lost amidst the worldliness
World oh' world

**Chorus

I am only human
Who often forget
Who are always idle
With the lies and deceit oh' world

Ya ROBBI (8x)
I submit everything
Accept my prayer

Verse 2

If you ask me honestly uh' Why is the world like a magician
Playing the illusion and blurring the mind
Everything in front of our eyes looks oh' so good
But in actual fact oh' it's the opposite

HIS book,HIS words which I'd once forgotten
I start to recite even if I'm slow as a turtle
For I know this is the book of answers to
The world's crossword puzzle

*Pre-Chorus

I'm day dreamin..
Happily engrossed even for awhile
But the pleasure..
Can't be expressed
Why?
Because I have no grasp of reality
I'm lost amidst the worldliness
World oh' world


**Chorus


I am only human
Who often forget
Who are always idle
With the lies and deceit oh' world

Ya ROBBI (8x)
I submit everything
Accept my prayer

Bridge

I'm helpless
Please forgive..Please forgive..(Ya ALLAH,my LORD)
Give me the light
Please forgive me..Please forgive me..(Please forgive me)
Place me in your paradise

**Chorus

Ya ROBBI (8x)
I submit everything
Accept my prayer

Outtro (V.O)

Back then when someone said that prayer is the pillar of faith
I had my doubts..
But now I'm certain
Alhamdulillah..

1
Comment
Tangani Tekanan Di Pejabat

DUNIA pekerjaan memberi pengaruh yang cukup terkesan dalam kehidupan. Apa tidaknya satu pertiga daripada kehidupan seharian diluangkan di tempat kerja.

Keadaan ini, jika bijak dikawal akan meningkatkan produktiviti dan motivasi kepada seseorang, tetapi jika sebaliknya akan memberi impak negatif kepada diri sendiri.

Pakar Psikiatris di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Dr. Muhammad Muhsin Ahmad Zahari menjelaskan, tekanan sebenar yang dihadapi di tempat kerja merupakan tindak balas fizikal, emosi dan juga mental seseorang terhadap sebarang perubahan atau tuntutan kerja.

Biarpun ia bukan satu penyakit kronik, namun begitu, jika tekanan adalah tinggi dalam jangka masa yang panjang ia boleh menjejaskan kesihatan dan kreativiti.

''Banyak implikasi negatif berlaku apabila seseorang tidak dapat mengawal tekanan kerjanya. Panas baran, murung, gelisah, kelesuan, resah, ketakutan dan hilang tumpuan adalah antara kesannya.

"Keadaan ini jika dibiarkan akan memudaratkan diri sendiri serta kesihatan," katanya.

Ujarnya, kebiasaan pekerja yang tertekan akan menunjukkan ciri-ciri negatif kepada dirinya, malah dari sudut produktiviti kerja pula turut terjejas sehingga boleh menjejaskan motivasi seseorang itu.

Dalam laporan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, tekanan di pejabat dilabel sebagai 'Penyakit' abad ke-20 dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga melaporkan bahawa tekanan ialah Epidemik Dunia.

Malah WHO juga menjangkakan bahawa tekanan di tempat kerja merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada semua lima penyakit utama di dunia iaitu penyakit jantung, kemurungan melampau, kemalangan jalan raya, strok dan penyakit paru-paru yang kronik menjelang tahun 2020.

Di Malaysia, Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (1996) menunjukkan kadar prevalen kemurungan ialah pada 11 peratus, kejadian bunuh diri yang tinggi iaitu 2,000 orang setahun dengan purata 7 orang sehari dan 13.7 peratus remaja Malaysia khususnya pelajar menghadapi masalah kesihatan berkaitan mental.

Ditanya apakah punca utama sehinggakan berlaku tekanan di tempat kerja, Dr. Muhammad Muhsin menjelaskan pelbagai faktor boleh mendorong seseorang itu menjadi tertekan. Antaranya suasana kerja, persekitaran yang bising, interaksi dan pelbagai lagi.

Selain itu, situasi tekanan dengan tugasan yang diberikan oleh majikan juga mendorong seseorang itu lebih tertekan.

''Keadaan ini menyebabkan pekerja berasa bosan untuk datang bekerja sehingga menyebabkan dia suka mengasingkan diri daripada pekerja-pekerja lain,'' ujarnya.

Situasi ini juga akan mendorong untuk pekerja itu menjadi malas ke pejabat sehinggakan merasakan dirinya tidak sesuai dengan tugasan yang diberikan kerana terlalu rendah taraf atau terlalu terbeban.

Bagaimanapun ketika ditanya mengenai strategi untuk mengurangkan tekanan di pejabat, beliau menjelaskan, pelbagai cara boleh digunakan, bagaimanapun ia bergantung kepada diri seseorang itu.

''Bagi sesetengah individu bersukan boleh melegakan tekanan yang dihadapi namun bagi sesetengah orang pula meluah atau berkongsi cerita kepada seseorang adalah cara terbaik untuk melegakan tekanan yang di hadapi.

''Semua ini bergantung kepada diri seseorang bagaimana dirinya untuk melepaskan perasaan itu," jelasnya.

Katanya lagi, bercuti juga mampu memberikan kelegaan kepada pekerja itu kerana melupakan seketika masalah yang dihadapi.

Bagaimanapun dalam masa sama, cubalah berkongsi cerita dengan orang yang paling rapat dengan kita antaranya seperti suami, ibu bapa atau rakan.

Katanya, melalui perkongsian cerita itu ia mampu mengalihkan perasaan tertekan dan juga marah itu menjadi reda.

Bagaimanapun, bagi yang beragama Islam digalakkan juga untuk bermunajat kepada Allah dengan berdoa atau melakukan solat-solat sunat.

Selain itu, tegasnya, kehidupan yang sihat adalah sesuatu cara yang paling baik untuk menyelesaikan masalah tekanan.

''Tidak salah kalau kita bahagikan masa antara kerjaya dan juga diri sendiri kerana pengurusan masa yang betul mampu memberikan ketenangan pada seseorang,'' ujarnya serius.

Sumber : Utusan Online

4
Comment
Kisah Nabi Nuh a.s


Nabi Nuh a.s adalah nabi keempat sesudah Adam, Syith dan Idris dan keturunan kesembilan dari Nabi Adam. Ayahnya adalah Lamik bin Metusyalih bin Idris.

Berlalulah beberapa tahun dari kematian Nabi Adam. Bunga-bunga berguguran di sekitar kuburannya dan pohon-pohon dan batu-batuan tampak tidak bergairah. Banyak hal berubah di muka bumi. Dan sesuai dengan hukum umum, terjadilah kealpaan terhadap wasiat Nabi Adam. Kesalahan yang dahulu kembali terulang. Kesalahan dalam bentuk kelupaan, meskipun kali ini terulang secara berbeza.

Sebelum lahirnya kaum Nabi Nuh, telah hidup lima orang saleh dari datuk-datuk kaum Nabi Nuh. Mereka hidup selama beberapa zaman kemudian mereka mati. Nama-nama mereka adalah Wadd, Suwa', Yaghuts, Ya'uq dan Nasr. Setelah kematian mereka, orang-orang membuat patung-patung dari mereka, dalam rangka menghormati mereka dan sebagai peringatan terhadap mereka. Kemudian berlalulah waktu, lalu orang-orang yang memahat patung itu mati. Lalu datanglah anak-anak mereka, kemudian anak-anak itu mati, dan datanglah cucu- cucu mereka. Kemudian timbullah berbagai dongeng dan khurafat yang membelenggu akal manusia di mana disebutkan bahawa patung-patung itu memiliki kekuatan khusus.

Di sinilah iblis memanfaatkan kesempatan, dan ia membisikkan kepada manusia bahawa berhala-berhala tersebut adalah Tuhan yang dapat mendatangkan manfaat dan menolak bahaya sehingga akhirnya manusia menyembah berhala-berhala itu. Kami tidak mengetahui sumber yang terpecaya berkenaan dengan bagaimana bentuk kehidupan ketika penyembahan terhadap berhala dimulai di bumi, namun kami mengetahui hukum umum yang tidak pernah berubah ketika manusia mulai cenderung kepada syirik. Dalam situasi seperti itu, kejahatan akan memenuhi bumi dan akal manusia akan kalah, serta akan meningkatnya kelaliman dan banyaknya orang-orang yang teraniaya. Yang kaya semakin kaya dan yang miskin semakin miskin. Alhasil, kehidupan manusia semuanya akan berubah menjadi neraka Jahim. Situasi demikian ini pasti terjadi ketika manusia menyembah selain Allah SWT, baik yang disembah itu berhala dari batu, anak sapi dari emas, penguasa dari manusia, sistem dari berbagai sistem, mazhab dari berbagai mazhab, atau kuburan seorang wali. Sebab satu-satunya yang menjamin persamaan di antara manusia adalah, saat mereka hanya menyembah Allah SWT dan saat Dia diakui sebagai Pencipta mereka dan yang membuat undang-undang bagi mereka. Tetapi saat jaminan ini hilang lalu ada seorang yang mengklaim, atau ada sistem yang mengklaim memiliki wewenang ketuhanan maka manusia akan binasa dan akan hilanglah kebebasan mereka sepenuhnya.

Penyembahan kepada selain Allah SWT bukan hanya sebagai sebuah tragedi yang dapat menghilangkan kebebasan, namun pengaruh buruknya dapat merembet ke akal manusia dan dapat mengotorinya. Sebab, Allah SWT menciptakan manusia agar dapat mengenal-Nya dan menjadikan akalnya sebagai permata yang bertujuan untuk memperoleh ilmu. Dan ilmu yang paling penting adalah kesadaran bahawa Allah SWT semata sebagai Pencipta, dan selain-Nya adalah makhluk. Ini adalah poin penting dan dasar pertama yang harus ada sehingga manusia sukses sebagai khalifah di muka bumi.

Ketika akal manusia kehilangan potensinya dan berpaling ke selain Allah SWT maka manusia akan tertimpa kesalahan. Terkadang seseorang mengalami kemajuan secara materi kerana ia berhasil melalui jalan-jalan kemajuan, meskipun ia tidak beriman kepada Allah SWT, namun kemajuan materi ini yang tidak disertai dengan pengenalan kepada Allah SWT akan menjadi siksa yang lebih keras daripada siksaan apa pun, kerana ia pada akhirnya akan menghancurkan manusia itu sendiri. Ketika manusia menyembah selain Allah SWT maka akan meningkatlah penderitaan kehidupan dan kefakiran manusia. Terdapat hubungan kuat antara kehinaan manusia dan kefakiran mereka, serta tidak berimannya mereka kepada Allah. Allah SWT berfirman:

"Seandainya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi. " (QS. al-A'raf: 96)

Demikianlah, bahawa kufur kepada Allah SWT atau syirik kepada-Nya akan menyebabkan hilangnya kebebasan dan hancurnya akal serta meningkatnya kefakiran, serta kosongnya kehidupan dari tujuan yang mulia. Dalam situasi seperti ini, Allah SWT mengutus Nuh untuk membawa ajaran-Nya kepada kaumnya. Nabi Nuh adalah seorang hamba yang akalnya tidak terpengaruh oleh polusi kolektif, yang menyembah selain Allah SWT. Allah SWT memilih hamba-Nya Nuh dan mengutusnya di tengah-tengah kaumnya.

Nuh membuat revolusi pemikiran. Ia berada di puncak kemuliaan dan kecerdasan. Ia merupakan manusia terbesar di zamannya. Ia bukan seorang raja di tengah-tengah kaumnya, bukan penguasa mereka, dan bukan juga orang yang paling kaya di antara mereka. Kita mengetahui bahawa kebesaran tidak selalu berhubungan dengan kerajaan, kekayaan, dan kekuasaan. Tiga hal tersebut biasanya dimiliki oleh jiwa-jiwa yang hina. Namun kebesaran terletak pada kebersihan hati, kesucian nurani, dan kemampuan akal untuk mengubah kehidupan di sekitarnya. Nabi Nuh memiliki semua itu, bahkan lebih dari itu. Nabi Nuh adalah manusia yang mengingat dengan baik perjanjian Allah SWT dengan Nabi Adam dan anak-anaknya, ketika Dia menciptakan mereka di alam atom. Berdasarkan fitrah, ia beriman kepada Allah SWT sebelum pengutusannya pada manusia. Dan semua nabi beriman kepada Allah SWT sebelum mereka diutus. Di antara mereka ada yang "mencari" Allah SWT seperti Nabi Ibrahim, ada juga di antara mereka yang beriman kepada-Nya dari lubuk hati yang paling dalam, seperti Nabi Musa, dan di antara mereka juga ada yang beribadah kepada-Nya dan menyendiri di gua Hira, seperti Nabi Muhammad saw.

Terdapat sebab lain berkenaan dengan kebesaran Nabi Nuh. Ketika ia bangun, tidur, makan, minum, atau mengenakan pakaian, masuk atau keluar, ia selalu bersyukur kepada Allah SWT dan memuji-Nya, serta mengingat nikmat-Nya dan selalu bersyukur kepada-Nya. Oleh kerana itu, Allah SWT berkata tentang Nuh:

"Sesungguhnya dia adalah hamba (Allah) yang banyak bersyukur." (QS. al-Isra': 3)

Allah SWT memilih hamba-Nya yang bersyukur dan mengutusnya sebagai nabi pada kaumnya. Nabi Nuh keluar menuju kaumnya dan memulai dakwahnya:

"Wahai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali tidak ada Tuhan bagimu selain-Nya. Sesungguhnya (kalau kamu tidak menyembah Allah), aku takut kamu akan ditimpa azab hari yang besar. " (QS. al-A'raf: 59)

Dengan kalimat yang singkat tersebut, Nabi Nuh meletakkan hakikat ketuhanan kepada kaumnya dan hakikat hari kebangkitan. Di sana hanya ada satu Pencipta yang berhak disembah. Di sana terdapat kematian, kemudian kebangkitan kemudian hari kiamat. Hari yang besar yang di dalamnya terdapat siksaan yang besar.

Nabi Nuh menjelaskan kepada kaumnya bahawa mustahil terdapat selain Allah Yang Maha Esa sebagai Pencipta. Ia memberikan pengertian kepada mereka, bahawa setan telah lama menipu mereka dan telah tiba waktunya untuk menghentikan tipuan ini. Nuh menyampaikan kepada mereka, bahawa Allah SWT telah memuliakan manusia: Dia telah menciptakan mereka, memberi mereka rezeki, dan menganugerahi akal kepada mereka. Manusia mendengarkan dakwahnya dengan penuh kekhusukan. Dakwah Nabi Nuh cukup mengguncangkan jiwa mereka. Laksana tembok yang akan roboh yang saat itu di situ ada seorang yang tertidur dan engkau meng-goyang tubuhnya agar ia bangun. Barangkali ia akan takut dan ia marah meskipun engkau bertujuan untuk menyelamatkannya.

Akar-akar kejahatan yang ada di bumi mendengar dan merasakan ketakutan. Pilar-pilar kebencian terancam dengan cinta ini yang dibawa oleh Nabi Nuh. Setelah mendengar dakwah Nabi Nuh, kaumnya terpecah menjadi dua kelompok: Kelompok orang-orang lemah, orang-orang fakir, dan orang-orang yang menderita, di mana mereka merasa dilindungi dengan dakwah Nabi Nuh, sedangkan kelompok yang kedua adalah kelompok orang-orang kaya, orang-orang kuat, dan para penguasa di mana mereka menghadapi dakwah Nabi Nuh dengan penuh keraguan. Bahkan ketika mereka mempunyai kesempatan, mereka mulai melancarkan serangan untuk melawan Nabi Nuh. Mula-mula mereka menuduh bahawa Nabi Nuh adalah manusia biasa seperti mereka:

"Maka berkatalah pemimpin-pemimpin yang kafir dari kaumnya: 'Kami tidak melihat kamu, melainkan (sebagai) seorang manusia (biasa) seperti kami.'" (QS. Hud: 27)

Dalam tafsir al-Quturbi disebutkan: "Masyarakat yang menentang dakwahnya adalah para pembesar dari kaumnya. Mereka dikatakan al- Mala' kerana mereka seringkali berkata. Misalnya mereka berkata kepada Nabi Nuh: "Wahai Nuh, engkau adalah manusia biasa." Padahal Nabi Nuh juga mengatakan bahawa ia memang manusia biasa. Allah SWT mengutus seorang rasul dari manusia ke bumi kerana bumi dihuni oleh manusia. Seandainya bumi dihuni oleh para malaikat nescaya Allah SWT mengutus seorang rasul dari malaikat.

Berlanjutlah peperangan antara orang-orang kafir dan Nabi Nuh. Mula- mula, rezim penguasa menganggap bahawa dakwah Nabi Nuh akan mati dengan sendirinya, namun ketika mereka melihat bahawa dakwahnya menarik perhatian orang-orang fakir, orang-orang lemah, dan pekerja- pekerja sederhana, mereka mulai menyerang Nabi Nuh dari sisi ini. Mereka menyerangnya melalui pengikutnya dan mereka berkata kepadanya: "Tiada yang mengikutimu selain orang-orang fakir dan orang- orang lemah serta orang-orang hina."

Allah SWT berfirman:

"Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Nuh kepada kaumnya, (dia berkata): 'Sesungguhnya aku adalah pemberi peringatan yang nyata bagi kamu, agar kamu tidak menyembah selain Allah. Sesungguhnya aku khawatir kamu akan ditimpa azab (pada) hari yang sangat menyedihkan. Maka berkatalah pemimpin-pemimpin yang kafir dari kaumnya: 'Kami tidak melihat kamu, melainkan (sebagai) seorang manusia (biasa) seperti kami, dan kami tidak melihat orang-orang yang mengikutimu, melainkan orang-orang yang hina dina di antara kami yang lekas percaya saja, dan kami tidak melihat kamu memiliki sesuatu kelebihan apa pun atas kami, bahkan kami yakin bahawa kamu adalah orang-orang yang berdusta. " (QS. Hud: 25-27)

Demikianlah telah berkecamuk pertarungan antara Nabi Nuh dan para bangsawan dari kaumnya. Orang-orang yang kafir itu menggunakan dalih persamaan dan mereka berkata kepada Nabi Nuh: "Dengarkan wahai Nuh, jika engkau ingin kami beriman kepadamu maka usirlah orang-orang yang beriman kepadamu. Sesungguhnya mereka itu orang-orang yang lemah dan orang-orang yang fakir, sementara kami adalah kaum bangsawan dan orang-orang kaya di antara mereka. Dan mustahil engkau menggabungkan kami bersama mereka dalam satu dakwah (majelis)." Nabi Nuh mendengarkan apa yang dikatakan oleh orang-orang kafir dari kaumnya. la mengetahui bahawa mereka menentang. Meskipun demikian, ia menjawabnya dengan baik. Ia memberitahukan kepada kaumnya bahawa ia tidak dapat mengusir orang-orang mukmin, kerana mereka bukanlah tamu-tamunya namun mereka adalah tamu-tamu Allah SWT. Rahmat bukan terletak dalam rumahnya di mana masuk di dalamnya orang-orang yang dikehendakinya dan terusir darinya orang-orang yang dikehendakinya, tetapi rahmat terletak dalam rumah Allah SWT di mana Dia menerima siapa saja yang dikehendaki-Nya di dalamnya. Allah SWT berfirman:

"Berkata Nuh: 'Hai kaumku, bagaimana pikiranmu, jika aku mempunyai bukti yang nyata dari Tuhanku, dan diberinya aku rahmat dari sisi-Nya, tetapi rahmat itu disamarkan bagimu. Apa akan kami paksakankah kamu menerimanya, padahal kamu tidak menyukainya? Dan (dia berkata): 'Hai kaumku, aku tidak meminta harta benda kepada kamu (sebagai upah) bagi seruanku. Upahku hanyalah dari Allah dan aku sekali-kali tidak akan mengusir orang-orang yang telah beriman. Sesungguhnya mereka akan bertemu dengan Tuhannya, akan tetapi aku memandangmu suatu kaum yang tidak mengetahui.' Dan (dia berkata): 'Hai kaumku, siapakah yang dapat menolongku dari (azab) Allah jika aku mengusir mereka. Maka tidakkan kamu mengambil pelajaran?' Dan aku tidak mengatakan kepada kamu (bahawa): 'Aku mempunyai gudang-gudang rezeki dan kekayaan dari Allah, dan aku tidak mengetahui hal yang ghaib, dan tidak pula aku mengatakan: 'Sesungguhnya aku adalah malaikat,' dan tidak juga aku mengatakan kepada orang-orang yang dipandang hina oleh penglihatanmu: 'Sekali-kali Allah tidak akan mendatangkan kebaikan kepada mereka. Allah lebih mengetahui apa yang ada pada mereka. Sesungguhnya aku kalau begitu benar-benar termasuk orang-orang yang lalim.'" (QS. Hud: 28-31)

Nuh mematahkan semua argumentasi orang-orang kafir dengan logik para nabi yang mulia. Yaitu, logik pemikiran yang sunyi dari kesombongan peribadi dan kepentingan-kepentingan khusus. Nabi Nuh berkata kepada mereka bahawa Allah SWT telah memberinya agama, kenabian, dan rahmat. Sedangkan mereka tidak melihat apa yang diberikan Allah SWT kepadanya. Selanjutnya, ia tidak memaksakan mereka untuk mempercayai apa yang disampaikannya saat mereka membenci. Kalimat tauhid (tiada Tuhan selain Allah) tidak dapat dipaksakan atas seseorang. Ia memberitahukan kepada mereka bahawa ia tidak meminta imbalan dari mereka atas dakwahnya. Ia tidak meminta harta dari mereka sehingga memberatkan mereka. Sesungguhnya ia hanya mengharapkan pahala (imbalan) dari Allah SWT. Allahlah yang memberi pahala kepadanya. Nabi Nuh menerangkan kepada mereka bahawa ia tidak dapat mengusir orang-orang yang beriman kepada Allah SWT. Meskipun sebagai Nabi, ia memiliki keterbatasan dan keterbatasan itu adalah tidak diberikannya hak baginya untuk mengusir orang-orang yang beriman kerana dua alasan. bahawa mereka akan bertemu dengan Alllah SWT dalam keadaan beriman kepada-Nya, maka bagaimana ia akan mengusir orang yang beriman kepada Allah SWT, kemudian seandainya ia mengusir mereka, maka mereka akan menentangnya di hadapan Allah SWT. Ini berakibat pada pemberian pahala dari Allah SWT atas keimanan mereka dan balasan-Nya atas siapa pun yang mengusir mereka. Maka siapakah yang dapat menolong Nabi Nuh dari siksa Allah SWT seandainya ia mengusir mereka?

Demikianlah Nabi Nuh menunjukkan bahawa permintaan kaumnya agar ia mengusir orang-orang mukmin adalah tindakan bodoh dari mereka. Nabi Nuh kembali menyatakan bahawa ia tidak dapat melakukan sesuatu yang di luar wewenangnya, dan ia memberitahu mereka akan kerendahannya dan kepatuhannya kepada Allah SWT. Ia tidak dapat melakukan sesuatu yang merupakan bahagian dari kekuasaan Allah SWT, yaitu pemberian nikmat-Nya kepada hamba-hamba-Nya yang dikehendaki-Nya. Ia tidak mengetahui ilmu ghaib, kerana ilmu ghaib hanya khusus dimiliki oleh Allah SWT. Ia juga memberitahukan kepada mereka bahawa ia bukan seorang raja, yakni kedudukannya bukan seperti kedudukan para malaikat. Sebahagian ulama berargumentasi dari ayat ini bahawa para malaikat lebih utama dari pada para nabi (silakan melihat tafsir Qurthubi).

Nabi Nuh berkata kepada mereka: "Sesungguhnya orang-orang yang kalian pandang sebelah mata, dan kalian hina dari orang-orang mukmin yang kalian remehkan itu, sesungguhnya pahala mereka itu tidak sirna dan tidak berkurang dengan adanya penghinaan kalian terhadap mereka. Sungguh Allah SWT lebih tahu terhadap apa yang ada dalam diri mereka. Dialah yang membalas amal mereka. Sungguh aku telah menganiaya diriku sendiri seandainya aku mengatakan bahawa Allah tidak memberikan kebaikan kepada mereka."

Kemudian rezim penguasa mulai bosan dengan debat ini yang disampaikan oleh Nabi Nuh. Allah SWT menceritakan sikap mereka terhadap Nabi Nuh dalam flrman-Nya:

"Mereka berkata: 'Hai Nuh, sesungguhnya kamu telah berbantah dengan kami, dan kamu telah memperpanjang bantahanmu terhadap kami, maka datangkanlah kepada kami azab yang kamu ancamkan kepada kami, jika kamu termasuk orang-orang yang benar.' Nuh menjawab: 'Hanyalah Allah yang akan mendatangkan azab itu kepadamu jika Dia menghendaki, dan kamu sekali-kali tidak dapat melepaskan diri. Dan tidaklah bermanfaat kepadamu nasihatku jika aku hendak memberi nasihat kepada kamu, sekiranya Allah hendak menyesatkan kamu. Dia adalah Tuhanmu, dan kepada-Nyalah kamu dikembalikan. " (QS. Hud: 32-34)

Nabi Nuh menambahkan bahawa mereka tersesat dari jalan Allah SWT. Allahlah yang menjadi sebab terjadinya segala sesuatu, namun mereka memperoleh kesesatan disebabkan oleh ikhtiar mereka dan kebebasan mereka serta keinginan mereka. Dahulu iblis berkata:

"kerana Engkau telah menghukum saya tersesat..." (QS. al-A'raf: 16)

Secara zahir tampak bahawa makna ungkapan itu berarti Allahlah yang menyesatkannya, padahal hakikatnya adalah bahawa Allah SWT telah memberinya kebebasan dan kemudian Dia akan meminta pertanggungjawapannya. Kita tidak sependapat dengan pandangan al- Qadhariyah, al-Mu'tazilah, dan Imamiyah. Mereka berpendapat bahawa keinginan manusia cukup sebagai kekuatan untuk melakukan perbuatannya, baik berupa ketaatan maupun kemaksiatan. kerana bagi mereka, manusia adalah pencipta perbuatannya. Dalam hal itu, ia tidak membutuhkan Tuhannya. Kami tidak mengambil pendapat mereka secara mutlak. Kami berpendapat bahawa manusia memang menciptakan perbuatannya namun ia membutuhkan bantuan Tuhannya dalam melakukannya.

Alhasil, Allah SWT mengerahkan setiap makhluk sesuai dengan arah penciptaannya, baik pengarahann itu menuju kebaikan atau keburukan. Ini termasuk kebebasan sepenuhnya. Manusia memilih dengan kebebasannya kemudian Allah SWT mengerahkan jalan menuju pilihannya itu. Iblis memilih jalan kesesatan maka Allah SWT mengarahkan jalan kesesatan itu padanya, sedangkan orang-orang kafir dari kaum Nabi Nuh memilih jalan yang sama maka Allah pun mengarahkan jalan itu pada mereka.

Peperangan pun berlanjut, dan perdebatan antara orang-orang kafir dan Nabi Nuh semakin melebar, sehingga ketika argumentasi-argumentasi mereka terpatahkan dan mereka tidak dapat mengatakan sesuatu yang pantas, mereka mulai keluar dari batas-batas adab dan berani mengejek Nabi Allah.

"Pemuka-pemuka dari kaumnya berkata: 'Sesungguhnya kami memandang kamu berada dalam kesesatan yang nyata." (QS. al-A'raf: 60)

Nabi Nuh menjawab dengan menggunakan sopan-santun para nabi yang agung.

"Nuh menjawab: 'Hai kaumku, tak ada padaku kesesatan sedikit pun tetapi aku adalah utusan dari Tuhan semesta alam. Aku sampaikan kepadamu amanat-amanat Tuhanku dan aku memberi nasihat kepadamu, dan aku mengetahui dari Allah apa yang tidak kamu ketahui." (QS. al-A'raf: 61-62)

Nabi Nuh tetap melanjutkan dakwah di tengah-tengah kaumnya, waktu demi waktu, hari demi hari, dan tahun demi tahun. Berlalulah masa yang panjang itu, namun Nabi Nuh tetap mengajak kaumnya. Nabi Nuh berdakwah kepada mereka siang malam, dengan sembunyi-sembunyi dan terang-terangan, bahkan ia pun memberikan contoh-contoh pada mereka. Ia menjelaskan kepada mereka tanda-tanda kebesaran Allah SWT dan kekuasaan-Nya di dunia. Namun setiap kali ia mengajak mereka untuk menyembah Allah SWT, mereka lari darinya, dan setiap kali ia mengajak mereka agar Allah SWT mengampuni mereka, mereka meletakkan jari-jari mereka di telinga-telinga mereka dan mereka menampakkan kesombongan di depan kebenaran. Allah SWT menceritakan apa yang dialami oleh Nabi Nuh dalam firman-Nya:

"Nuh berkata: 'Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah menyeru kaumku malam dan siang, maka seruanku itu hanyalah menambah mereka lari (dari kebenaran). Dan sesungguhnya setiap kali aku menyeru mereka agar Engkau mengampuni mereka, mereka memasukkan anak jari mereka ke dalam telinganya dan menutupkan bajunya (ke mukanya) dan mereka tetap (mengingkari) dan menyombongkan diri dengan keterlaluan. Kemudian sesungguhnya aku telah menyeru mereka dengan cara yang terang-terangan, kemudian aku menyeru mereka lagi dengan terang-terangan dan dengan diam-diam, maka aku katakan kepada mereka: 'Mohonlah ampun kepada Tuhanmu. Sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun. Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak- anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai.'" (QS. Nuh: 5-12)

Namun apa jawapan kaumnya?

"Nuh berkata: 'Ya Tuhanku, sesungguhnya mereka telah mendurhakaiku, dan telah mengikuti orang-orang yang harta dan anak-anaknya tidak menambah kepadanya melainkan kerugian belaka. Mereka telah melakukan tipu-daya yang amat besar. Dan mereka berkata: 'Janganlah sekali-kali kamu meninggalkan (penyembahan) tuhan-tuhan kamu dan jangan pula sekali-kali meninggalkan (penyembahan) wadd, suwa, yaghuts, yauq, dan nasr. Dan sesudahnya mereka telah menyesatkan kebanyakan (manusia); dan janganlah Engkau tambahkan bagi orang-orang lalim itu selain kesesatan,'" (QS. Nuh: 21-24)

Nuh tetap melanjutkan dakwah di tengah-tengah kaumnya selama 950 tahun. Allah SWT berfirman:

"Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Nuh kepada kaumnya, maka ia tinggal di antara mereka seribu tahun kurang lima puluh tahun. " (QS. Ankabut: 14)

Sayangnya, jumlah kaum mukmin tidak bertambah sedangkan jumlah kaum kafir justru bertambah. Nabi Nuh sangat sedih namun ia tidak sampai kehilangan harapan. la senantiasa mengajak kaumnya dan berdebat dengan mereka. Namun kaumnya selalu menghadapinya dengan kesombongan, kekufuran, dan penentangan. Nabi Nuh sangat bersedih terhadap kaumnya namun ia tidak sampai berputus asa. la tetap menjaga harapan selama 950 tahun. Tampak bahawa usia manusia sebelum datangnya taufan cukup panjang. Dan barangkali usia panjang bagi Nabi Nuh merupakan mukjizat khusus baginya.

Datanglah hari di mana Allah SWT mewahyukan kepada Nabi Nuh bahawa orang-orang yang beriman dari kaumnya tidak akan bertambah lagi. Allah SWT mewahyukan kepadanya agar ia tidak bersedih atas tindakan mereka. Maka pada saat itu, Nabi Nuh berdoa agar orang-orang kafir dihancurkan. la berkata:

"Ya Tuhanku, janganlah Engkau biarkan seorang pun di antara orang- orang kafir itu tinggal di atas bumi." (QS. Nuh: 26)

Nabi Nuh membenarkan doanya dengan alasan:

"Sesungguhnya jika Engkau biarkan mereka tinggal, nescaya mereka akan menyesatkan hamba-hamba-Mu, dan mereka tidak akan melahirkan selain anak yang berbuat maksiat dan kafir. " (QS. Nuh: 27)

Allah SWT berfirman dalam surah Hud:

"Dan diwahyukan kepada Nuh, bahawasannya sekali-kali tidak akan beriman di antara kaummu, kecuali orang-orang yang telah beriman saja, kerana itu janganlah kamu bersedih hati tentang apa yang selalu mereka kerjakan. Dan buatlah bahtera itu dengan pengawasan dan petunjuk wahyu Kami, dan janganlah kamu bicarakan dengan Aku tentang orang-orang yang lalim itu. Sesungguhnya mereka itu akan ditenggelamkan. (QS. Hud: 36-37)

Kemudian Allah SWT menetapkan hukum-Nya atas orang-orang kafir, yaitu datangnya angin taufan. Allah SWT memberitahu Nuh, bahawa ia akan membuat perahu ini dengan "pengawasan Kami dan wahyu kami," yakni dengan ilmu Allah SWT dan pengajaran-Nya, serta sesuai dengan pengarahan-Nya dan bantuan para malaikat.

Allah SWT menetapkan perintah-Nya kepada Nuh:

"Dan janganlah kamu bicarakan dengan Aku tentang orang-orang yang lalim itu. Sesungguhnya mereka itu akan ditenggelamkan. (QS. Hud: 37)

Allah SWT menenggelamkan orang-orang yang lalim, apa pun kedudukan mereka dan apa pun kedekatan mereka dengan Nabi. Allah SWT melarang Nabi-Nya untuk berdialog dengan mereka atau menengahi urusan mereka. Nabi Nuh mulai menanam pohon untuk membuat perahu darinya. Ia menunggu beberapa tahun, kemudian ia memotong apa yang ditanamnya dan mulai merakitnya. Akhirnya, jadilah perahu yang besar, yang tinggi, dan kuat.

Para mufasir berbeza pendapat tentang besarnya perahu itu, bentuknya, masa pembuatannya, tempat pembuatannya dan lain-lain. Berkenaan dengan hal tersebut Fakhrur Razi berkata: "Ketahuilah bahawa pembahasan ini tidak menarik bagiku kerana ia merupakan hal-hal yang tidak perlu diketahuinya. Saya kira mengetahui hal tersebut hanya mendatangkan manfaat yang sedikit." Mudah-mudahan Allah SWT merahmati Fakhrur Razi yang menyatakan kebenaran dengan kalimatnya itu. Kita tidak mengetahui hakikat perahu ini, kecuali apa yang telah Allah SWT ceritakan kepada kita tentang hal itu. Misalnya, kita tidak mengetahui dimana ia dibuat, berapa panjangnya atau lebarnya, dan kita secara pasti tidak mengetahui selain tempat yang ditujunya setelah ia berlabuh.

Allah SWT tidak memberikan keterangan secara detail berkenaan dengan hal tersebut yang tidak memberikan kepentingan pada kandungan cerita dan tujuannya yang penting. Nabi Nuh mulai membangun perahu, lalu orang-orang kafir lewat di depannya saat ia dalam keadaan serius membuat perahu. Saat itu, cuaca atau udara sangat kering, dan di sana tidak terdapat sungai atau laut yang dekat. Bagaimana perahu ini akan berlayar wahai Nuh? Apakah ia akan berlayar di atas tanah? Di manakah air yang memungkinkan bagi perahumu untuk belayar? Sungguh Nuh telah gila! Orang-orang kafir semakin tertawa terbahak-bahak dan semakin mengejek Nabi Nuh.

Puncak pertentangan dalam kisah Nabi Nuh tampak dalam masa ini. Kebatilan mengejek kebenaran dan cukup lama menertawakan kebenaran. Mereka menganggap bahawa dunia adalah milik mereka dan bahawa mereka akan selalu mendapatkan keamanan dan bahawa siksa tidak akan terjadi. Namun anggapan mereka itu tidak terbukti. Datangnya angin taufan menjungkirbalikkan semua perkiraan mereka. Saat itu, orang-orang mukmin mengejek balik orang-orang kafir dan ejekan mereka adalah kebenaran. Allah SWT berfirman:

"Dan mulailah Nuh membuat bahtera itu. Dan setiap kali pemimpin kaumnya berjalan metewati Nuh, mereka mengejeknya. Berkatalah Nuh: 'Jika kamu mengejek kami, maka sesungguhnya kami (pun) akan mengejekmu sebagaimana kamu sekalian mengejek kami. Kelak kamu akan mengetahui siapa yang akan ditimpa oleh azab yang menghinakan dan yang akan ditimpa azab yang kekal." (QS. Hud: 38- 39)

Selesailah pembuatan perahu dan duduk menunggu perintah Allah SWT. Allah SWT mewahyukan kepada Nabi Nuh bahawa jika ada yang mempunyai dapur, maka ini sebagai tanda dimulainya angin taufan. Di sebutkan bahawa tafsiran dari at-Tannur ialah oven (alat untuk memanggang roti) yang ada di dalam rumah Nabi Nuh. Jika keluar darinya air dan ia lari maka itu merupakan perintah bagi Nabi Nuh untuk bergerak. Maka pada suatu hari tannur itu mulai menunjukkan tanda- tandanya dari dalam rumah Nabi Nuh, lalu Nabi Nuh segera membuka perahunya dan mengajak orang-orang mukmin untuk menaikinya. Jibril turun ke bumi. Nabi Nuh membawa burung, binatang buas, binatang yang berpasang-pasangan, sapi, gajah, semut, dan lain-lain. Dalam perahu itu, Nabi Nuh telah membuat kandang binatang buas.

Jibril menggiring setiap dua binatang yang berpasangan agar setiap spesies binatang tidak punah dari muka bumi. Ini berarti bahawa angin taufan telah menenggelamkan bumi semuanya, kalau tidak demikian maka buat apa ia harus mengangkut jenis binatang-binatang itu. Binatang-binatang mulai menaiki perahu itu beserta orang-orang yang beriman dari kaumnya. Jumlah orang-orang mukmin sangat sedikit. Allah SWT berfirman:

"Hingga apabila perintah Kami datang dan tannur telah memancarkan air, Kami berfirman: 'Muatkanlah ke dalam bahtera itu dari masing- masing binatang sepasang (jantan dan betina), dan keluargamu kecuali orang yang terdahulu ketetapan terhadapnya dan (muatkanlah pula) orang-orang yang beriman.' Dan tidak beriman bersama Nuh itu kecuali sedikit. " (QS. Hud: 40)

Istri Nabi Nuh tidak beriman kepadanya sehingga ia tidak ikut menaiki perahu, dan salah satu anaknya menyembunyikan kekafirannya dengan menampakkan keimanan di depan Nabi Nuh, dan ia pun tidak ikut menaikinya. Mayoritas manusia saat itu tidak beriman sehingga mereka tidak turut berlayar. Hanya orang-orang mukmin yang mengarungi lautan bersamanya. Ibnu Abbas berkata: "Terdapat delapan puluh orang dari kaum Nabi Nuh yang beriman kepadanya."

Air mulai meninggi yang keluar dari celah-celah bumi. Tiada satu celah pun di bumi kecuali keluar air darinya. Sementara dari langit turunlah hujan yang sangat deras yang belum pernah turun hujan dengan curah seperti itu di bumi, dan tidak akan ada hujan seperti itu sesudahnya. Lautan semakin bergolak dan ombaknya menerpa apa saja dan menyapu bumi. Perut bumi bergerak dengan gerakan yang tidak wajar sehingga bola bumi untuk pertama kalinya tenggelam dalam air sehingga ia menjadi bola air. Allah SWT berfirman:

"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit dengan (menurunkan) air yang tercurah. Dan Kami jadikan bumi memancarkan mata air-mata air maka bertemulah air-air itu untuk satu urusan yang sungguh telah ditetapkan. Dan Kami angkut Nuh ke atas (bahtera) yang terbuat dari papan dan paku. (QS. al-Qamar: 11-13)

Air meninggi di atas kepala manusia, dan ia melampaui ketinggian pohon, bahkan puncak gunung. Akhirnya, permukaan bumi diselimuti dengan air. Ketika mula-mula datang taufan, Nabi Nuh memanggil-manggil puteranya. puteranya itu berdiri agak jauh darinya. 

Nabi Nuh memanggilnya dan berkata:
"Hai anakku, naiklah (ke kapal) bersama kami dan janganlah kamu berada bersama orang-orang yang kafir." (QS. Hud: 42)

Anak itu menjawab ajakan ayahnya:
"Aku akan mencari perlindungan ke gunung yang dapat memeliharaku dari air bah." (QS. Hud: 43)

Nabi Nuh kembali menyerunya:
"Tidak ada yang melindungi hari ini dari azab Allah selain orang yang dirahmati-Nya." (QS. Hud: 43)

Selesailah dialog antara Nabi Nuh dan anaknya.

"Dan gelombang menjadi penghalang antara keduanya; maka jadilah anak itu termasuk orang-orang yang ditenggelamkan. " (QS. Hud: 43)

Perhatikanlah ungkapan AI-Qur'an al-Karim: Dan gelombang menjadi penghalang antara keduanya. Ombak tiba-tiba mengakhiri dialog mereka. Nabi Nuh mencari, namun ia tidak mendapati anaknya. Ia tidak menemukan selain gunung ombak yang semakin meninggi dan meninggi bersama perahu itu. Nabi Nuh ddak dapat melihat segala sesuatu selain air. Allah SWT berkehendak - sebagai rahmat dari-Nya - untuk menenggelamkan si anak jauh dari penglihatan si ayah. Inilah kasih sayang Allah SWT terhadap si ayah. Anak Nabi Nuh mengira bahawa gunung akan mencegahnya dari kejaran air namun ia pun terkejar dan tenggelam. Angin taufan terus berlanjut dan terus membawa perahu Nabi Nuh. Setelah berlalu beberapa saat, pemandangan tertuju kepada bumi yang telah musnah sehingga tiada kehidupan kecuali sebahagian kayu yang darinya Nabi Nuh membuat perahu di mana ia menyelamatkan orang-orang mukmin, begitu juga berbagai binatang yang ikut bersama mereka. Adalah hal yang sulit bagi kita untuk membayangkan kedahsyatan taufan itu. Yang jelas, ia menunjukkan kekuasaan Pencipta. Perahu itu berlayar dengan mereka dalam ombak yang laksana gunung. Sebahagian ilmuwan meyakini bahawa terpisahnya beberapa benua dan terbentuknya bumi dalam rupa seperti sekarang adalah sebagai akibat dari taufan yang dahulu.

taufan yang dialami oleh Nabi Nuh terus berlanjut dalam beberapa zaman di mana kita tidak dapat mengetahui batasnya. Kemudian datanglah perintah Ilahi agar langit menghentikan hujannya dan agar bumi tetap tenang dan menelan air itu, dan agar kayu-kayu perahu berlabuh di al-Judi, yaitu nama suatu tempat di zaman dahulu. Ada yang mengatakan bahawa ia adalah gunung yang terletak di Irak. Dengan datangnya perintah Ilahi, bumi kembali menjadi tenang dan air menjadi surut. taufan telah menyucikan bumi dan membasuhnya. Allah SWT berfirman:

"Dan difirmankan: 'Hai bumi telanlah airmu, dan hai langit (hujan) berhentilah,' dan air pun disurutkan, perintah pun diselesaikan dan bahtera itu pun berlabuh di atas bukitjudi. Dan dikatakan: 'Binasalah orang-orang yang alim. " (QS. Hud: 44)

Dan air pun disurutkan, yakni air berkurang dan kembali ke celah-celah bumi. Segala urusan telah diputuskan dan orang-orang kafir telah hancur sepenuhnya. Dikatakan bahawa Allah SWT me-mandulkan rahim-rahim wanita selama empat puluh tahun sebelum datangnya taufan, kerana itu tidak ada yang terbunuh seorang anak bayi atau anak kecil.

Firman-Nya: Dan bahtera itu pun berlabuh di atas bukit judi, yakni ia berlabuh di atasnya. Di sebutkan bahawa hari itu bertepatan dengan hari Asyura' (hari kesepuluh dari bulan Muharam). Lalu Nabi Nuh berpuasa dan memerintahkan orang-orang yang bersamanya untuk berpuasa juga.

Dikatakan: 'Binasalah orang-orang yang lalim, 'yakni kehancuran bagi mereka. taufan menyucikan bumi dari mereka dan membersihkannya. Lenyaplah peristiwa yang mengerikan dengan lenyapnya taufan. Dan berpindahlah pergulatan dari ombak ke jiwa Nabi Nuh. Ia mengingat anaknya yang tenggelam. Nabi Nuh tidak mengetahui saat itu bahawa anaknya menjadi kafir. Ia menganggap bahawa anaknya sebagai seorang mukmin yang memilih untuk menyelamatkan diri dengan cara berlindung kepada gunung. Namun ombak telah mengakhiri percakapan keduanya sebelum mereka menyelesaikannya. Nabi Nuh tidak mengetahui seberapa jauh bahagian keimanan yang ada pada anaknya. Lalu bergeraklah naluri kasih sayang dalam hati sang ayah. Allah SWT berfirman:

"Dan Nuh berseru kepada Tuhannya sambil berkata: 'Ya Tuhanku, sesungguhnya anakku termasuk keluargaku, dan sesungguhnya janji Engkau itulah yang benar. Dan Engkau adalah Hakim yang seadil- adilnya. " (QS. Hud: 45)

Nuh ingin berkata kepada Allah SWT bahawa anaknya termasuk dari keluarganya yang beriman dan Dia menjanjikan untuk menyelamatkan keluarganya yang beriman. Allah SWT berkata dan menjelaskan kepada Nuh keadaan sebenarnya yang ada pada anaknya:

"Hai Nuh, sesungguhnya dia bukanlah termasuk keluargamu (yang dijanjikan akan diselamatkan). Sesungguhnya perbuatannya tidak baik. Sebab itu, janganlah kamu memohon kepada-Ku sesuatu yang kamu tidak mengetahui (hakikatnya). Aku memperingatkan kepa- damu supaya kamu jangan termasuk orang-orang yang tidak berpengetahuan.'" (QS. Hud: 46)

Al-Qurthubi berkata - menukil dari guru-gurunya dari kalangan ulama - ini adalah pendapat yang kami dukung: "Anaknya berada di sisinya (yakni bersama Nabi Nuh dan dalam dugaannya ia seorang mukmin). Nabi Nuh tidak berkata kepada Tuhannya: "Sesungguhnya anakku termasuk keluargaku," kecuali kerana ia memang menampakkan hal yang demikian kepadanya. Sebab, mustahil ia meminta kehancuran orang-orang kafir kemudian ia meminta agar sebahagian mereka diselamatkan."

Anaknya menyembunyikan kekufuran dan menampakkan keimanan. Lalu Allah SWT memberitahukan kepada Nuh ilmu ghaib yang khusus dimiliki- Nya. Yakni Allah SWT memberitahunya keadaan sebenarnya dari anaknya. Allah SWT ketika menasihatinya agar jangan sampai ia menjadi orang-orang yang tidak mengerti. Dia ingin menghilangkan darinya anggapan bahawa anaknya beriman kemudian mati bersama orang-orang kafir.

Di sana terdapat pelajaran penting yang terkandung dalam ayat-ayat yang mulia itu, yang menceritakan kisah Nabi Nuh bersama anaknya. Allah SWT ingin berkata kepada Nabi-Nya yang mulia bahawa anaknya bukan termasuk keluarganya kerana ia tidak beriman kepada Allah SWT. Hubungan darah bukanlah hubungan hakiki di antara manusia. Anak seorang nabi adalah anaknya yang meyakini akidah, yaitu mengikuti Allah SWT dan nabi, dan bukan anaknya yang menentangnya, meskipun berasal dari sulbinya. Jika demikian seorang mukmin harus menghindar dari kekufuran. Dan di sini juga harus di teguhkan hubungan sesama akidah di antara orang-orang mukmin. Adalah tidak benar jika hubungan sesama mereka dibangun berdasarkan darah, iras, warna kulit, atau tempat tinggal.

Nabi Nuh memohon ampun kepada Tuhannya dan bertaubat kepada-Nya. Kemudian Allah SWT merahmatinya dan memerintahkannya untuk turun dari perahu dalam keadaan dipenuhi dengan keberkahan dari Allah SWT dan penjagaan-Nya:

"Nuh berkata: 'Ya Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari memohon kepada Engkau sesuatu yang aku tiada mengetahui (hakikatnya). Dan sekiranya Engkau tidak memberi ampun kepadaku, dan (tidak) menaruh belas kasihan kepadaku, nescaya aku akan termasuk orang-orang yang rugi. " (QS. Hud: 47)

Difirmankan: "'Hai Nuh, turunlah dengan selamat dan penuh keberkatan dari Kami atasmu dan atas umat-umat (yang beriman) dari orang-orang yang bersamamu.'" (QS. Hud: 48)

Nabi Nuh turun dari perahunya dan ia melepaskan burung-burung dan binatang-binatang buas sehingga mereka menyebar ke bumi. Setelah itu, orang-orang mukmin juga turun. Nabi Nuh meletakkan dahinya ke atas tanah dan bersujud. Saat itu bumi masih basah kerana pengaruh taufan. Nabi Nuh bangkit setelah solatnya dan menggali pondasi untuk membangun tempat ibadah yang agung bagi Allah SWT. Orang-orang yang selamat menyalakan api dan duduk-duduk di sekelilingnya. Menyalakan api sebelumnya di larang di dalam perahu kerana dikhuatirkan api akan menyentuh kayu-kayunya dan membakarnya. Tak seorang pun di antara mereka yang memakan makanan yang hangat selama masa taufan.

Berlalulah hari puasa sebagai tanda syukur kepada Allah SWT. Al-Qur'an tidak lagi menceritakan kisah Nabi Nuh setelah taufan sehingga kita tidak mengetahui bagaimana peristiwa yang dialami Nabi Nuh bersama kaumnya. Yang kita ketahui atau yang perlu kita tegaskan bahawa Nabi Nuh mewasiatkan kepada putera-puteranya saat ia meninggal agar mereka hanya menyembah Allah SWT.

Pengajaran Dari Kisah Nabi Nuh A.S.

Bahawasanya hubungan antara manusia yang terjalin kerana ikatan persamaan kepercayaan atau penamaan aqidah dan pendirian adalah lebih erat dan lebih berkesan drp hubungan yang terjalin kerana ikatan darah atau kelahiran. Kan'aan yang walaupun ia adalah anak kandung Nabi Nuh, oleh Allah s.w.t. dikeluarkan dari bilangan keluarga ayahnya kerana ia menganut kepercayaan dan agama berlainan dengan apa yang dianut dan didakwahkan oleh ayahnya sendiri, bahkan ia berada di pihak yang memusuhi dan menentangnya.

Maka dalam pengertian inilah dapat difahami firman Allah dalam Al- Quran yang bermaksud: "Sesungguhnya para mukmin itu adalah bersaudara."

Demikian pula hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:"Tidaklah sempurna iman seseorang kecuali jika ia menyintai saudaranya yang beriman sebagaimana ia menyintai dirinya sendiri." Juga peribahasa yang berbunyi:"Adakalanya engkau memperolehi seorang saudara yang tidak dilahirkan oleh ibumu.

Sumber : harmoni-my.org

4
Comment
Fakta Mengenai Kutu


Fakta Asas
* Untuk mendapat jangkitan kutu memerlukan sentuhan dari kepala ke kepala.
* Sesetengah orang tidak menunjukkan sebarang gejala, sesetengah pula berasa gatal kulit kepala.
* Hanya satu cara sahaja untuk mendapat kepastian tentang jangkitan iaitu dengan membasahkan     rambut, membubuh perapi pada rambut dan menyikatnya dengan sikat bergigi halus untuk mengesan kutu hidup (saiz dalam lingkungan 1-3 mm panjang).
* Rawatan yang paling selamat ialah ‘penghapusan kutu’, iaitu satu regim penyikatan.


Tanda-tanda
Walaupun sangat kecil, kutu masih boleh dilihat dengan mata kasar. Tanda-tanda kutu:

Telur kutu: Telur kutu kelihatan kecil kekuningan, atau coklat sebelum ia menetas. Setelah menetas, kulitnya yang terlekat pada rambut berwarna putih atau jernih. Kutu bertelur pada rambut dekat dengan permukaan kulit, di mana suhunya adalah sesuai untuk mengekalkan haba sehingga ia menetas. Telur kutu senang dilihat pada rambut kanak-kanak. Telur kutu menetas dalam masa 1 hingga 2 minggu selepas ia dihasilkan.

Kutu dewasa dan anak kutu: Kutu dewasa tidak besar, tidak sampai sebesar beras pun dan berwarna kelabu dan coklat. Kutu menghisap darah beberapa kali dalam sehari tetapi ia boleh kekal hidup sehingga 2 hari selepas terjatuh dari kulit kepala.

Menggaru: Menggaru dan kegatalan datang dengan gigitan kutu. Namun kegatalan mungkin tidak terus bermula – ia bergantung kepada kesensitifan kulit kepala kanak-kanak, mungkin datang setelah berminggu-minggu jangkitan. Kanak-kanak mungkin menyatakan ada benda bergerak dan rasa geli di atas kepala mereka.

Benjolan kecil kemerahan atau sakit akibat dari menggaru: Bagi sesetengah kanak-kanak, kegatalan mungkin sederhana, bagi yang selebihnya mungkin menyebabkan bintik merah dan kudis timbul. Menggaru terlalu kuat boleh menyebabkan jangkitan kuman.

Adakah Kutu Boleh Berjangkit?
Kutu adalah sangat boleh berjangkit dan boleh tersebar dengan cepat dari orang ke orang, terutamanya dalam keadaan berkumpulan (sekolah, tadika, aktiviti sukan, perkhemahan). Kutu tidak boleh melompat atau terbang. Kutu hanya boleh berjangkit dengan sentuhan kepala ke kepala, tetapi berkongsi pakaian, topi, sikat, cadar, selimut dan bantal juga boleh menyebarkan kutu.

Adakah kucing, arnab dan haiwan peliharaan lain boleh menyebarkan kutu juga? Jangan risau, haiwan peliharaan tidak boleh mendapat kutu kepala (kutu manusia) dan menyebarkan kepada manusia, dan manusia tidak boleh memberi jangkitan kutu kepala kepada mereka.

Rawatan
Doktor anda mungkin memberi rawatan syampu berubat, bilasan krim atau losyen untuk membunuh kutu. Rawatan-rawatan ini boleh membunuh kutu dengan segera, tetapi kegatalan hanya hilang selepas beberapa hari. Adalah penting untuk menurut arahan dari doktor kerana rawatan ini adalah racun. Sekiranya anak anda adalah 2 tahun dan ke bawah, anda tidak sepatutnya menggunakan rawatan ubat kutu. Anda perlu membuang kutu dengan tangan (menggunakan sikat).

Berikut adalah cara mudah untuk membunuh kutu dan telurnya, dan membantu mencegah jangkitan semula kutu:

* Basuh semua cadar dan pakaian yang telah dipakai oleh sesiapa sahaja yang telah terkena jangkitan kutu di rumah anda dalam air panas, dan keringkannya di tempat panas.
* Cuci kering sebarang pakaian dan permainan yang tidak boleh dibasuh dengan mesin. Atau, masukkannya dalam beg kedap udara selama 2 minggu.
* Bersihkan dengan pembersih hampagas karpet dan perabot upholsteri anda (di rumah atau kereta).
* Rendam barang penjagaan rambut seperti sikat, pengikat rambut dan berus dalam syampu berubat atau alcohol selama satu jam. Anda juga boleh membasuhnya dengan air panas atau buangkan sahaja ia.
* Oleh kerana kutu mudah berjangkit dari seorang keseorang dalam rumah yang sama, ahli rumah juga perlu dirawat untuk mengelak dari kutu hadir semula.

Perkara Yang Anda Jangan Buat:
* Jangan gunakan alat pengering rambut pada rambut anak anda selepas menyapu atau mengenakan sebarang rawatan kulit kepala kerana sesetengahnya mengandungi bahan boleh terbakar.
* Jangan gunakan bilasan krim atau kombinasi syampu/perapi sebelum membubuh ubat kutu.
* Jangan basuh rambut anak anda selama satu atau dua hari selepas menggunakan rawatan berubat.
* Jangan gunakan ubat yang sama lebih dari tiga kali ke atas orang yang sama. Sekiranya ia tidak berkesan, doktor anda akan menyarankan ubat lain.
* Jangan gunakan lebih dari satu ubat kutu pada masa yang sama.

Sumber : E - Kesihatan

4
Comment
Hak Suami Dan Isteri Dalam Islam


Kesempatan kali ini, ingin saya kongsikan isi perbincangan di dalam Tanyalah Ustaz bertajuk “Hak Suami Dan Isteri Dalam Islam”

Di dalam al-Quran Allah menyebutkan (Surah ar-Rum ayat 21):-

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untuk mu pasangan suami isteri dari antara kamu, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram antara satu sama lain dan dijadikanka di antara mu kasih sayang dan belas kasihan; sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir."

ENAM KELEBIHAN ORANG YANG BERKAHWIN

1. Telah menyempurnakan sebahagian dari agamanya[1]

Dari Sahl bin Muaz al-Juhaini dari ayahnya dia telah berkata, telah bersabda Rasullullah Saw, sesiapa yang memberi kerana Allah dan menegah kerana Allah dan mencintai kerana Allah dan membenci kerana Allah dan bernikah kerana Allah maka sempurnalah imannya

2. Mengikuti sunnah Nabi-Nabi yang terdahulu.[2]

Dari Abu Ayyub dia telah berkata, telah bersabda Rasulullah Saw "Empat perkara daripada perlakuan (sunnah) para Rasul: bersifat malu, berwangi, bersugi dan bernikah."

3. Menghindari larangan agama[3]

Bahawasanya Nabi S.A.W. melarang hidup membujang.

4. Menjadi umat yang dibanggai oleh Rasullullah SAW[4]

Dan berkahwinlah, kerana aku akan berbangga dengan kamu sebagai umat yang ramai bilangannya.

5. Melaksanakan sunnah Rasullullah SAW[5]

Dari Aisyah dia telah berkata, telah bersabda Rasullullah Saw "Nikah itu adalah daripada sunnah (perlakuan) ku, maka barangsiapa tidak beramal dengan sunnah ku dia bukanlah daripada ku.

6. Mengelakkan maksiat [6]

“Hai golongan pemuda! Barangsiapa di antara kamu mampu bernikah, hendaklah ia bernikah, kerana yang demikian itu amat menundukkan pemandangan dan amat memelihara kehormatan, barangsiapa tidak mampu, maka hendaklah ia berpuasa, kerana puasa itu menahan nafsunya.”

Hak Isteri Yang Perlu Di Tunaikan Suami

TANGGGUNG JAWAB PERTAMA : BERGAUL DENGAN CARA YANG BAIK
Allah S.W.T berfirman: (Surah an-Nisa ayat 19)

“Pergaulilah isteri mu dengan cara yang baik; kemudian bila tidak menyukai mereka (maka bersabarlah), kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, pada hal Allah menjadikan padanya kebaikan yang sangat banyak.”

Selain itu Rasullullah SAW bersabda: [7]:-

"Orang yang baik di antara kamu ialah orang yang baik perangainya kepada ahli rumahnya (isterinya). Dan aku (sendiri) orang yang paling baik di kalangan kamu terhadap isteriku."

TANGGUNGJAWAB KEDUA : BERLAKU ADIL
Selain itu, suami hendaklah berlaku adil terhadap apa sahaja yang berkaitan dengan hak isteri. Allah S.W.T berfirman: [8]:-

"Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada taqwa."

Perintah ini memerlukan suami bersikap adil, menghormati perasaan, berbaik hati dan bertimbang rasa terhadap isteri. Suami tidak boleh menunjuk sebarang kebencian atau menzahirkan perbuatan yang boleh menyinggung perasaan isteri.

TANGGUNGJAWAB KETIGA: MENASIHATI DAN MENDIDIK ISTERI
Sudah menjadi tugas suami agar sentiasa memberi nasihat dan panduan terhadap isteri dan anak. Oleh yang demikian, suami hendaklah mendidik dirinya dan mendidik keluarganya dengan ajaran agama. Di dalam al-Quran Allah S.W.T berfirman: (Surah at-Tahrim ayat 6)

Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya manusia dan batu

SISIPAN SATU : TEGAHAN MEMUKUL ISTERI


Rasullullah S.A.W bersabda: [9]:-

“Kamu tidak jumpai mereka itu (orang yang memukul isteri) sebagai orang yang baik antara kamu.”

Rasullullah S.A.W bersabda lagi [10]:-

"Dari Aisyah dia telah berkata, Rasulullah S.A.W. tidak pernah memukul isteri mahu pun khadamnya sama sekali; dan beliau sama sekali tidak pernah memukul dengan tangannya sendiri, melainkan dalam peperangan (sabilillah)  

SISIAPAN DUA : HUKUM MENGABAIKAN TANGGUNGJAWAB DI DALAM ISLAM

Rasullullah S.A.W bersabda [11]:-

" Dari Abdullah bin Amru, dia telah berkata, sabda Rasullullah S.A.W, Cukup berdosalah seseorang yang mengabaikan orang yang di bawah tanggungannya.”

TANGGUNGJAWAB KEEMPAT : MEMBERI NAFKAH
Di dalam ajaran Islam ada menyatakan bahawa seorang suami berasaskan daya kekuatan mental dan fizikalnya dipertanggungjawabkan memberi nafkah zahir dan batin demi untuk kelangsungan hayat keluarga.[12]

Allah S.W.T berfirman :- (surah at-Talaq ayat 7)

Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya

Inilah tanggung jawab suami yang perlu ditunaikan pada isterinya. Semoga perbahasan ini memberi manafaat pada kita semua.

[1] Hadith riwayat Ahmad
[2] Hadith riwayat at-Tarmizi
[3] Hadith riwayat at-Tarmizi
[4] Hadith riwayat Ibn Majah
[5] Hadith riwayat Ibn Majah
[6] Hadith riwayat al-Bukhari
[7] Hadith riwayat Ibn Majah
[8] Surah al-Maidah ayat 8
[9] Hadtih riwayat Ibn Majah
[10] Hadith riwayat Muslim
[11] Hadith riwayat Abu Daud
[12] Raja Rohana Raja Mamat, The role and status, hlm 60.

Sumber : Blog Ustaz Muhammad Bin Abdullah @ Ustaz Amin

1
Comment
Maulidur Rasul

Seperti kelaziman tahunan, umat Islam di Malaysia akan menyambut hari sempena keputraan Rasulullah saw pada 12 Rabiulawal setiap tahun.Umat Islam di Malaysia akan mengadakan berbagai aktiviti dalam acara sambutan Maulidur Rasul. Kerajaan Malaysia mengisyhtiharkan 12 Rabiulawal setiap tahun adalah cuti umum. Diantara acara-acara dalam sambutan Maulidur Rasul ialah Perarakan, Syarahan, Forum, Marhaban dan Jamuan di peringkat kampung sehinggalah ke peringkat kebangsaan.

Dalam menentukan tarikh kelahiran Rasulullah saw, ahli-ahli sejarah Islam berbeza pendapat. Pendapat pertama dan masyhur ialah Rasulullah saw lahir pada malam Isnin 12 Rabiulawal dalam Tahun Gajah sebelum subuh. Ini adalah pendapat Ibnu Ishaq yang dipetik oleh Ibnu Hisham dalam kitabnya yang terkenal, Sirah Ibnu Hisham. Dan pendapat yang kedua ialah pendapat yang mengatakan bahawa Rasulullah saw memang lahir pada malam Isnin, sebelum subuh Rabiulawal tahun Gajah tapi tarikh sebenarnya ialah pada 9 haribulan.

Diantara tokoh ulamak-ulamak yang sependapat mengatakan Rasulullah saw lahir pada 9 Rabiulawal ialah Yunus bin Yazid, Ibnu Hazam, Muhammad bin Musa Al-Khawarizmi dan Ibnu Taimiyyah. Dan diantara tokoh-tokoh falak moden yang membuat kajian semula tentang perbezaan pendapat ini ialah Mahmud Pasya seorang ahli falak Mesir dan Dr.(H) Hj. Kassim Bahali, Persatuan Falak Syarie Malaysia. Mereka menyatakan bahawa Rasulullah saw lahir pada 9 Rabiulawal. Ini adalah berdasarkan kepada Taqwim Qamariah tulen tanpa Nasi' dan dikebelakangkan 53 tahun dari tahun pertama Hijrah.

Moga ada pihak lain yang dapat membuat kajian lebih lanjut dalam menetapkan tarikh kelahiran Rasulullah saw. Kajian-kajian lanjut itu sebenarnya akan lebih memajukan lagi perkembangan ilmu Sejarah dan Falak. Malah tarikh-tarikh peristiwa penting Islam yang lain juga wajar dibuat hitungan semula. Kita umat Islam di alaf baru sekarang telah banyak melahirkan ahli-ahli Sejarah Moden, Falak / Astronomi dan ahli-ahli Sains yang lain yang pastinya akan mengembang dan menyumbang kepada penguasaan ilmu pengetahuan kepada pembangunan ummah, InsyaAllah.

Objektif diadakan sambutan Maulidur Rasul ialah untuk mengembalikan ingatan kita umat akhir zaman terhadap junjungan besar kita Muhammad Rasulullah saw. Dengan mengingatinya akan menambahkan lagi perasaan cinta kasih kepadanya serta mengenang, menghargai serta mengambil iktibar kisah suka duka perjuangannya. Walaupun sambutan Maulidur Rasul ini adalah satu adat sahaja tapi ia adalah adat yang bersifat ibadah dan wajar diteruskan, InsyaAllah.

Hukum Sambutan Maulidur Rasul

Upacara sambutan Maulidur Rasul adalah harus selagi ia tidak melibatkan unsur-unsur pembaziran dan tiada aktiviti yang melanggar syariat. Malah jika perisian sambutan itu ada unsur ilmu dan ibadah ia tetap diberi ganjaran pahala oleh Allah Subhanahu Wa Taala.

Adalah tidak tepat pendapat yang mengatakan bahawa sambutan Maulidur Rasul adalah bid'ah dhalalah dan bertentangan dengan syariat.

Upacara memperingati hari kelahiran Rasulullah saw ini telah dilakukan sejak 300 tahun sesudah Rasulullah wafat. Diantara pembesar yang menganjurkan sambutan ini ialah Malik Muzhaffar Abu Sa'id penguasa Irbil, Iraq. Dan seterusnya ia terus berkembang sehinggalah sekarang. Diantara ulamak besar yang mengatakan bahawa sambutan Maulidur Rasul ini adalah harus dan digalakkan ialah;

1. Said Ahmad Zaini Dahlan dalam kitabnya `Siratun Nabawiyah'. Antara lain beliau menyatakan bahawa; "masyarakat telah terbiasa berdiri tegak ketika mendengar riwayat kelahiran Rasulullah saw. Berdiri tegak menghormati kelahiran baginda adalah baik dan cara-cara seperti ini telah ditiru oleh cerdik cendikiawan lainnya."

2. Imam Jalaluddin As-Sayuti lebih jauh menerangkan dalam kitabnya `Al-Wasail Fi Syarhisy Syamail' , menyatakan; "Apabila diadakan peringatan Maulidur Rasul di sebuah rumah, masjid atau tempat lain maka malaikat mengawal dan mengawasi tempat tersebut sampai upacara selesai dan semua hadhirin mendapat rahmat dari Allah subhanahu wa taala."

3. Ust. Hj. Harun Muhammad Al-Kelantani (1953) dalam kitabnya Senjata Syariat, Pakaian Ahli Sunnah Wal Jamaah menyatakan bahawa "dapat pahala bagi orang yang berdiri yang adalah niat mereka membesarkan Nabi saw.

Selawat


Sumber : Al Azim.Com

Sila tinggalkan komen anda selepas membaca........ Terima Kasih.......

1
Comment
Indah Dewi Pertiwi - Di Atas Satu Cinta (OST Surga Untukmu Astro Oasis)

 

Sinopsis
Kepulangan Fahmi ke tanah air sangat ditunggu-tunggu oleh keluarga Kyai Hasan Al Habsyi. Selain karena Fahmi anak satu-satunya dari keluarga itu, dia juga merupakan kebanggaan keluarga karena berhasil menyelesaikan beasiswa di Kairo. Ia diharapkan bisa menjadi penerus pesantren Al Muarofah yang dipimpin ayahnya.

Namun dalam perjalanan pulang menuju kampungnya, Fahmi bertemu dengan Halimah, seorang janda beranak 3 yang sedang diusir dari rumah kontrakannya. Halimah juga dikejar-kejar oleh rentenir, karena belum melunasi utangnya. Fahmi segera menolong dan membawa Halimah dan anak-anaknya ke rumah. Terjadilah kegemparan dalam keluarga Kyai Hasan. Kyai Hasan menyuruh Fahmi memulangkan Halimah, namun Fahmi menolak karena dia merasa wajib menolong dan menampungnya di pesantren.

Sang rentenir yang marah akhirnya memanasi warga kampung dengan memfitnah Halimah dan Fahmi. Halimah makin terpojok, hidupnya penuh hinaan dan penderitaan. Fahmi yang melihat itu akhirnya memutuskan menikahi Halimah, agar hidup Halimah dan anak-anaknya menjadi terhormat dan terjamin. Tentu saja Kyai Hasan tidak setuju dengan keputusan itu. Ia sudah menjodohkan Fahmi dengan Ranun, yaitu anak dari kyai Syaripudin, sahabat Kyai Hasan, yang juga pemilik pesantren.

Namun Fahmi bersikukuh. Baginya menikahi Halimah adalah ibadah, lagipula dia berpegangan pada sunnah rosul. Sejalan dengan waktu, rasa kasihan dan iba Fahmi pada Halimah berubah menjadi sayang dan cinta. Fahmi pun akhirnya menolak menikahi Ranun, karena dia sudah jatuh cinta pada Halimah. Ranun yang diam-diam mencintai Fahmi pun sangat kecewa, dia jatuh sakit. Kyai Syaripudin, ayahnya, lalu menyalahkan Kyai Hasan.

Apakah yang akan terjadi dengan pernikahan Fahmi dan Halimah? Akankah Kyai Hasan diam saja akan keputusan Fahmi?

OST Surga Untukmu : Indah Dewi Pertiwi - Di Atas Satu Cinta



Lirik
jejak-jejak langkahku bagaikan lembaran waktu
apakah ku masih bisa terus melangkah
serpihan hidupku kan ku bangun di atas satu cinta

subhanallah aku mencintainya
subhanallah aku menyayanginya
dari ufuk timur hingga ke barat
selalu di hatiku
selalu di hatiku
selalu di hatiku


Sila tinggalkan komen anda selepas membaca........ Terima Kasih.......

1
Comment
Masalah Imej Diri

Perubahan diri
Anda akan mengalami perubahan-perubahan badan apabila anda menujui kedewasaan.Tanpa anda sedari, beberapa bahagian badan anda telah mula membesar dan terdapat pertumbuhan rambut di bahagian yang anda tidak sangka akan berlaku, dan banyak lagi perubahan lain:
* Dengan banyaknya perubahan kepada diri anda, anda akan lebih peka terhadap rupa paras anda dan kadang-kala menjadi kurang yakin tentang rupa paras anda
* Perubahan tubuh badan menjadi kebimbangan kepada ramai remaja. Ini akan menjadi masalah apabila kebimbangan ini bertukar menjadi satu obsesi

Apakah masalah imej diri?
Apabila anda rasa tidak gembira mengenai paras rupa anda, dan anda sangat teringin untuk kelihatan berlainan, maka anda mempunyai masalah imej diri.

Jika anda mempunyai masalah ini, anda akan merasa tidak gembira dengan:
* Keseluruhan rupa anda : (Contohnya, "Saya sangat gemuk, punggung saya terlalu besar !!")
* Anda tidak berpuas hati dengan salah satu bahagian tubuh anda (contohnya : "Saya berharap mempunyai dagu seperti Anuar Zain")

Apabila anda tidak berpuas hati dengan tubuh badan anda, ia sangat normal bagi anda mahu menukarnya, dan mencuba sedaya-upaya untuk mendapatkan perubahan ini.

Mencari perubahan boleh menjadi satu obsesi sehingga anda tidak mampu untuk menumpukan fokus pada aktiviti harian anda.

Jika anda mempunyai masalah imej diri anda akan menumpukan perhatian kepada berat badan dan takut menjadi gemuk. Masalah ini sering terjadi di kalangan remaja perempuan.

Remaja lelaki menumpukan perhatian untuk menjadi lelaki "macho" supaya nampak menarik kepada remaja perempuan.

Apakah jenis-jenis masalah imej diri?
Terdapat dua jenis iaitu:

1. Masalah Pemakanan - makan terlalu sedikit atau terlalu banyak disebabkan persepsi yang salah mengenai bentuk badan sendiri.
* Anorexia Nervosa
* Bulimia Nervosa
* Binge-eating Disorder

2. Body Dysmorphic Disorder (disebut : dis-mor-fik) - ini ialah terma klinikal di mana anda mempunyai pandangan yang serong dan negatif terhadap tubuh badan anda sehingga anda mahu menukarnya

Akibat masalah imej diri?
Jika anda mempunyai masalah imej diri, anda akan mendapati anda terlalu obsesi dengan cara untuk mengubah tubuh anda.
Anda mungkin:
* Mengamalkan diet yang tidak sesuai
* Senaman berlebihan
* Mencuba pelbagai cara untuk meningkatkan atau melindungi beberapa bahagian
* Punya keyakinan diri yang rendah
* Merasa sensitif dengan pandangan orang lain terhadap anda
* Memikirkan bagaimana rupa paras anda dan mahu kelihatan yang berlainan

Anda akan mati sebelum anda menjadi cukup kurus!!!

Apakah Anorexia Nervosa?
* Anoreksia Nervosa adalah penyakit di mana anda tidak mahu makan kerana takut menjadi gemuk
* Anda akan merasakan yang anda lebih gemuk dari yang sebenarnya, walaupun anda sebenarnya mempunyai kurang berat badan. Anda akan merasakan yang anda tidak cukup kurus
* Merasa anda tidak cukup kurus
* Senaman yang berlebihan merupakan satu tingkah laku yang biasa

Akibat Anoreksia Nervosa?
Anda akan merasa murung.
Anda tidak mendapat zat/ nutrisi yang cukup, maka dengan itu akan kelihatan dan merasa tidak sihat.
* Gigi dan kulit bertukar menjadi warna kekuningan
* Rambut dan kuku menjadi rapuh dan pecah
* Rambut akan gugur
* Rambut halus (dikenali sebagai rambut lanugo) akan tumbuh di seluruh badan anda supaya tubuh anda dapat memanaskan badan (kerana tiadanya lemak di tubuh anda)

Remaja perempuan akan lewat datang haid. Anda mungkin mati kerana kegagalan organ.

Apakah Bulimia Nervosa?
Masalah yang berlaku apabila anda cuba untuk mengekalkan berat badan yang rendah dengan mengeluarkan kembali apa yang anda makan sama ada dengan memuntahkannya atau membuang air besar.
Seperti anoreksia nervosa, anda fikir yang anda tidak cukup kurus dan akan mengurangkan pemakanan anda.

Akibat Bulimia Nervosa
Anda akan mengalami:
* Berat badan anda akan kerap berubah-ubah
* Mengalami kekurangan nutrisi dan mungkin mendapat masalah kesihatan
* Mengalami hakisan gigi dan ulser mulut mula terbentuk disebabkan asid dalam perut yang dimuntahkan keluar
* Bengkak kelenjar air liur dan dan menyebabkan muka anda kelihatan membengkak
* Masalah perut dan usus (termasuk ulser, penyakit gastrik dan sembelit)
* Kelewatan haid bagi remaja perempuan
* Serangan sawan

Apakah Binge-eating disorder?
Satu masalah bila anda makan berlebihan dan tidak dapat mengawal apa yang anda makan pada satu-satu masa.
"Binge" bermaksud makan secara gelojoh dan tanpa kawalan.
Anda mungkin sedar yang anda mempunyai masalah pemakanan
Walaupun anda sedar, anda masih tidak dapat mengawal cara pemakanan anda kerana makan dalam kuantiti yang banyak sudah menjadi kebiasaan anda

Kegemukan bukanlah satu jenaka!

Akibat Binge-Eating Disorder
Anda akan:
* Menjadi gemuk (lebih berat badan) dan sangat gemuk (obes)
* Merasa tertekan kerana tidak dapat melakukan aktiviti-aktiviti yang anda lakukan sebelum anda gemuk
* Menghidap beberapa penyakit yang berkaitan dengan Obesiti seperti diabetes, kanser, tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan masalah pernafasan
* Mendapat sakit perut kerana makan terlalu banyak dan cepat

Apakah "Body Dysmorphic Disorder"?
Anda menjadi sangat muram dan sentiasa risau tentang salah satu kekurangan pada rupa paras anda. Contohnya "Hidung saya terlalu besar", "Muka saya terlalu senget", "Payudara saya terlalu kecil", "Rambut saya kelihatan pelik". Kerisauan ini menyebabkan susah untuk anda menumpukan perhatian kepada aktiviti harian dan pelajaran anda. Anda cenderung untuk menukar paras rupa dan sentiasa tidak berpuas hati dengan bahagian tubuh badan anda. Pembedahan plastik adalah satu kaedah yang digemari bagi menyelesaikan masalah ini.

Akibat "Body Dysmorphic Disorder"
Anda mungkin:
* Mencederakan diri anda apabila mencuba untuk mengubah bahagian badan yang anda tidak suka
* Bersenaman berlebihan untuk menegangkan otot atau mengubah bahagian-bahagian badan
* Berasa risau apabila berada di khalayak ramai dan akan mengurangkan aktiviti sosial anda
* Cuba sedaya upaya untuk menyembunyikan bahagian badan yang anda tidak suka


Bagaimana menghadapi masalah konsep diri yang tidak rasional?
* Tumpukan perhatian pada konsep "Kesihatan Itu Harta" - Lebih baik MEMPUNYAI daripada mendapatkan paras rupa yang dikehendaki.
* Orang yang sihat secara semula jadinya akan nampak menarik dan mempunyai lebih ramai rakan
* Makan secara sederhana dan makanlah makanan yang seimbang
* Bersenam selalu dan dengan cara selamat
* Belajar cara untuk gembira dan menerima rupa paras anda sendiri
* Belajar cara mencintai diri anda dan memperbaiki keyakinan diri
* Lebih berfikiran positif dan belajar menukarkan fikiran negatif kepada positif tidak kira betapa teruknya situasi yang dihadapi
* Bersahabat dengan mereka yang boleh menerima anda dengan seadanya dan bukan kerana rupa paras anda


Di manakah boleh mendapatkan bantuan?
Anda boleh dapatkan bantuan daripada:
* Kaunselor sekolah
* Doktor keluarga
* Pakar Psikologi

Sumber : Imej Diri

7
Comment
Majalah Hiburan Yang Terlampau


Assalamualaikum.......
hari ini saya ingin berkongsi pendapat saya mengenai majalah hiburan pada masa kini yang semakin hari semakin galak menerbitkan kisah2 artis. Itu tidak mengapa tapi apa yg ingin saya kongsikan disini adalah gambar di dalam majalah hiburan yang semakin galak dan semakin lama semakin berani. Apa yang saya perhatikan majalah hiburan bukan nak menerbitkan kisah artis sangat tapi nak menonjolkan gambar2 yang terdapat di dalam majalah tersebut. Mungkin sahaja gambar2 ini dijadikan alat untuk melariskan lagi majalah2 mereka. agak lama saya perhatikan hingga saya terpanggil untuk menulis entri ini. bukan apa, saya sebagai seorang muslim wajib la menegur mana yang tidak betul dimata saya kerana jika saya tidak tegur dah dikira subahat. Bukan saya nak kata yang saya ni sempurna tapi sekadar ingatan bersama. Kita semua di dunia mana ada yang sempurna betul tak.

Ok berbalik pada tajuk entri ini. Terdapat sesetengah majalah yang memaparkan gambar artis yang berpakaian seperti tiada pakaian dan mejoritinya artis yang beragama ISLAM. dimana silapnya.untuk apakah semua ini? Untuk melariskan jualan majalah atau untuk menaikkan nama artis? apa yang cuba dibuktikan oleh mereka dengan gambar2 sebegini? Atau memang ini yang menjadi minat rakyat negara ini? klu gambar2 itu hanya untuk menaikkan nama artis saya rasa itu sesuatu yang silap. bukan dengan cara berpakaian dah rupa bertelanjang itu yang menjadi pilihan. kita ambil contoh aritis yang popular tanpa berpakaian seksi. Artis tersohor negara dan terkenal di Asia, Datin Seri Siti Nurhaliza yang setahu saya sepanjang karier dia tak pernah berpakaian seksi. Tapi tetap popular bukan saja di Malaysia tapi Di Asia.

Dalam konteks ini mari kita lihat mana siapnya hingga benda sebegini tidak dapat dibendung. Bagi pendapat saya benda ini semua berpunca dari keinginan untuk melariskan majalah yang gambar je lebih tp cerita sekerat dua je. Untuk berjaya jangan guna jalan yang mengheret kita ke neraka. Adakah mungkin mereka kejar syurga dunia semata2 tanpa memikir impaknya di dalam kubur dan di akhirat kelak? Nauzubillah tak dapat saya bayangkannya. Artis yang mempunyai kuasa untuk  menentukan pemakaian mereka. mereka boleh demand semasa fotoshoot. tapi apa dah jadi? mereka seolah2 merelakan tubuh mereka di tatapi oleh semua manusia dan mungkin satu dunia tengok. apa yang mereka dapat? Syurga dunia iaitu kekayaan, popular, publisiti murahan. Di akhirat nak dapat apa?

Jadi apa pula impaknya pada masyarakat? yang paling ketara kita boleh lihat ialah kes2 jenayah pasti akan meningkat. bukan saya kata 100% salah majalah hiburan. bukan begitu. tapi ironinya mereka merupakan salah satu penyumbang terbesar untuk menaikkan nafsu manusia. Itu lah jadinya kes rogol dan sebagainya. kesan negetif lebih kita lihat berbanding kesan positif yang ada pada majalah hiburan tersebut. kita sibuk boikot majalah luar negara yang gambarnya seksi2 tapi dalah negara sendiri dah menjadi barah.

Kalau boleh kita sama2 berganding bahu membanteras majalah2 yang merosakkan akidah, iman dan minda kita. jika perlu diharamkan sahaja majalah2 tersebut. kita perlu ingat yang Malaysia merupakan negara ISLAM. cuba kita pamerkan ciri2 negara ISLAM itu sendiri. perlu di ingat bahawa ia akan menjadi suatu beban buat kita ketika menghadap Allah nanti. Saya pasti ramai yang tidak bersetuju dengan saya tapi percayalah apa yang cuba saya utarakan ini untuk kebaikkan kita bersama. jika anda ada pendapat anda sendiri bolehlah berikan melalui komen2 anda. Saya lakukan apa yang perlu saya lakukan. ingatlah bahawasanya kita mempunyai hak sebagai pengguna dan sebagai rakyat Malaysia. Sekian........

Kalau anda tidak percaya atau buat2 tidak percaya atau tidak tahu atau buat2 tak tahu boleh la dapatkan majalah hiburan yang ada kat pasaran terutama majalah Playboy Malaysia.......

5
Comment
Anda Ingin Cantik Tertarik Dan Menarik? Sila Ikut Pertua Ini.......

# Jadikanlah "Ghadhdul Bashar" (menundukkan pandangan) sebagai "Hiasan Mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.

# Oleskan "Lipstik Kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.

# Gunakanlah "Pemerah Pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa "Malu" yang dibuat dari salon "Iman"
.
# Pakailah "Sabun Istighfar" yang menghilangkan semua "Dosa" dan "Kesalahan" yang anda lakukan.


# Rawatlah rambut anda dengan "Selendang Islami" yang akan menghilangkan kelemumur "Pandangan Lelaki" yang merbahayakan.

# Hiasilah kedua tangan anda dengan "Gelang Tawadhu" dan jari-jari anda dengan "Cincin Ukhuwwah".

# Sebaik-baiknya kalung anda adalah "Kalung Kesucian"
.
# Bedaklah wajah anda dengan "Air Wudhu'" nescaya akan bercahaya di akhirat.


Sumber : Murabbi

2
Comment
Obesiti Pengaruhi Fungsi Hati

Soalan :
Saya dikategori dalam golongan obes yang memungkinkan saya mendapat masalah hati berlemak. Sedikit maklumat mengenai masalah ini serta pemakanan berkaitan mungkin boleh membantu saya.

Jawapan : 
Kebanyakan daripada kita mengambil mudah aspek penjagaan kesihatan, tidak terkecuali kesihatan hati. Ini mungkin juga disebabkan ia tidak dapat dilihat dengan mata kasar akan peranannya. Namun ketahuilah bahawa ia menjalankan pelbagai fungsi penting tubuh dan membolehkan kita kekal sihat.

Antara fungsi penting hati termasuklah menapis dan menyahtoksik darah, protein, membantu dalam pembekuan darah, menyimpan sesetengah vitamin, mineral, mengawal atur hormon dan pelbagai lagi. Oleh yang demikian, janganlah mengabaikan penjagaan atau menunggu hingga sudah terlewat. Dengan nutrisi dan suplemen yang betul kita masih mampu mengelak kerosakan hati serta mencegah kerosakan yang lebih parah kepada masalah yang sedia ada.

Kekalkan diet rendah lemak. Penyakit hati berlemak kini kian menjadi isu kesihatan yang digeruni. Alkohol kini bukan lagi bahan utama dikaitkan dengan kerosakan hati. Pengumpulan lemak dalam hati adalah penyumbang utama kepada Non-alcoholic fatty liver disease (NAFLD) atau hati berlemak bukan akibat alkohol. Hati berlemak lazimnya tidak mempamerkan simptom, namun lama-kelamaan, masalah ini boleh menjurus kepada komplikasi yang lebih parah seperti keradangan, hati berparut, pengerasan hati dan juga kegagalan fungsi hati.

Kajian mendapati bahawa sindrom metabolik di kalangan pesakit hati berlemak bukan alkohol berkait dengan berat badan berlebihan atau obesiti di bahagian abdomen, paras kolesterol baik (HDL) yang rendah, paras trigliserida yang tinggi dan intoleransi glukosa. Oleh itu, mengawal kriteria-kriteria ini bermanfaat dalam mencegah dan merawat penyakit hati berlemak bukan alkohol.

Berdasarkan hasil kajian ke atas silymarin, iaitu komponen dalam milk thistle mampu memperbaiki fungsi hati dan mencegah kerosakan hati pada pesakit hati berlemak. Silybin yang merupakan komponen paling aktif dalam silymarin pula mampu menstabil membran-membran sel terhadap bahan toksik. Bahan aktif yang juga bertindak sebagai antioksida ini juga boleh meningkatkan aktiviti enzim penentang radikal bebas dalam sel-sel tubuh manusia, memperbaiki fungsi menyahtoksik hati dan menggalakan pemulihan hati.

Menurut laporan dalam the Journal of Alternative and Complimentary Medicine tahun 2003, dos harian silymarin lazim dalam ujian klinikal adalah antara 280mg hingga 800mg, iaitu bersamaan dengan 400mg hingga 1140mg ekstrak Milk thistle.

Kerosakan akibat radikal bebas, sama ada yang terhasil daripada tubuh itu sendiri mahupun daripada faktor luaran akan menyebabkan kerosakan kepada sel-sel tubuh termasuk hati. Salah satu cara untuk mencegah atau melawan kerosakan ini adalah dengan anti oksida seperti vitamin E Tokotrienol. Vitamin E tokotrienol terbukti 40 hingga 60 kali lebih poten sebagai antioksida berbanding vitamin E biasa (tokoferol) dan bermanfaat kepada pelbagai masalah kesihatan.

Berdasarkan kajian, pengambilan vitamin E Tokotrienol memberi manfaat kepada penghidap hati berlemak. Hasil kajian ini mendapati 66 peratus pesakit yang mengamalkan pengambilan vitamin E tokotrienol memperolehi hasil yang ketara dalam memperbaiki masalah hati berlemak. Dengan ini pengambilannya dicadangkan kepada mereka yang mengalami masalah ini.

Vitamin B kompleks memberi sumbangan tersendiri kepada kesihatan hati. Ia terlibat dalam banyak aktiviti tubuh, termasuk metabolisme lemak dan juga nutrien kepada sel-sel otak. Vitamin B komplek ini juga sangat diperlukan untuk kesihatan jantung dan juga hati.

 
Powered by Blogger