What I Want To Share

11
Comment
Bahayanya Bronkitis : Saluran Udara Sempit


Usah pandang ringan jika batuk yang anda alami berterusan dengan menganggapnya perkara biasa yang tidak perlu dirisaukan kerana lama- kelamaan akan pulih sendiri. Batuk yang berlarutan, sama ada terdapat kahak atau tidak, mungkin petanda anda mengalami bronkitis.

Bronkitis ialah radang selaput lendir bronkus iaitu saluran udara yang membawa aliran udara daripada trakea ke dalam paru-paru.

Ia menyebabkan saluran pernafasan sempit serta hilang fungsi mengembang dan menguncup. Penyakit ini sering berlaku pada kanak-kanak, terutama yang ada sejarah keluarga menghidap lelah.

Bronkitis boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu akut dan kronik. Bronkitis akut mungkin dialami dalam tempoh tiga hari hingga tiga minggu, manakala bronkitis kronik boleh berlarutan hingga tiga bulan dan menyerang kembali selama dua tahun atau lebih.

Gejala umum bronkitis akut ialah batuk dengan kahak atau tidak, demam ringan (kurang daripada 38° Celsius), hidung tersumbat, sakit tekak, radang selaput dada, sakit otot dan lesu. Kira-kira 90 peratus penyebab bronkitis akut ialah virus, manakala selebihnya disebabkan bakteria.

Bronkitis kronik berpunca daripada tabiat merokok, pencemaran udara dan alahan pada udara sejuk. Penyakit ini menyebabkan pesakit mengalami batuk berkahak tidak mengira masa, tetapi lebih kerap berlaku pada waktu pagi.
Individu terbabit juga sukar bernafas dan sesak dada selain berbunyi ketika menarik nafas.

Batuk terhasil daripada tekanan bagi mengusir lebihan lendir dalam paru-paru. Bronkitis kronik diubati mengikut gejala ditunjukkan pesakit.

Ubat bronkodilator akan diberi untuk merawat bronkitis yang seharusnya membuka saluran pernafasan bagi memudahkan pesakit bernafas.

Ubat antipiretik-analgesik yang ringan akan diberi doktor bagi melegakan sakit otot, manakala aspirin atau parasetamol untuk mengubati demam. Ubat batuk diperlukan untuk melegakan batuk dan mengeluarkan kahak.

Selepas mendapat rawatan doktor, pesakit dinasihatkan supaya mendapatkan rehat dan tidur secukupnya. Bagi mengelak dehidrasi dan mencairkan rembesan dalam paru-paru, minum lebih banyak air iaitu lapan hingga 10 gelas sehari.


FAKTOR
-Tabiat merokok — perokok paling mudah terdedah kepada bronkitis
-Pencemaran udara — udara kotor yang dikeluarkan daripada kilang, habuk dari kawasan pembinaan dan asap kenderaan turut menyumbang punca penyakit ini
-Jangkitan paru-paru berulang seperti pneumonia, virus dan tibi boleh menyebabkan pesakit lebih mudah mengalami penyakit ini
-Penyakit lelah juga boleh menjadi faktor penyakit ini
-Alahan dan rentetan dari radang hidung atau resdung
-Genetik


GEJALA
-Sesak nafas
-Batuk berpanjangan berserta kahak
-Tidak lena tidur
-Bibir, mulut dan jari menjadi biru
-Sakit kepala
-Pengsan kerana keracunan dalam darah


LANGKAH PENCEGAHAN


-Jika anak anda mempunyai gejala bronkitis, elak memelihara haiwan berbulu seperti kucing atau arnab di rumah
-Hindari menggunakan permaidani di rumah kerana ia boleh memerangkap habuk yang menjadi punca alahan pada anak terbabit
-Henti merokok
-Hidup dalam persekitaran bersih

KOMPLIKASI
-Mudah mendapat jangkitan paru-paru dan pneumonia
-Kegagalan jantung berfungsi
-Kekurangan oksigen dalam darah menyebabkan jantung, hati, buah pinggang dan otak gagal berfungsi dengan sempurna
-Pengsan


RAWATAN
-Rawatan bronkodilator dan antibiotik
-Ujian X-ray
-Ujian pernafasan
-Ujian CT Scan
-Ujian kandungan oksigen dan karbon dioksida dalam darah


Sila tinggalkan komen anda selepas membaca........ Terima Kasih.......

26
Comment
Kisah Ainul Mardhiah


Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari-bidadari yang lain .Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad pada agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia shahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari2 syurga. Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya sangat muda teringin sangat nak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut.... tetapi dia malu nak bertanyakan kepada nabi kerana malu pada sahabat-sahabat yang lain. Namun dia tetap beri nama sebagai salah sorang yang akan keluar/pergi.Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah tadi... tidur bersama-sama....

Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri2 lalu ditanyanya dimanakah dia... lalu lelaki itu menjawab inilah syurga. Lalu dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah... lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalan dia... di suatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan begitu... tak pernah dilihat didunia ini... lalu diberi salam dan dia bertanya andakah ainul mardhiah... wanita itu menjawab ehh tidakk... saya khadamnya ainul mardhiah ada di dalam singgahsana sana.

Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai.... lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah dia ainul mardiah lalu wanita itu menjawab...eh tidakkk saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini... ainul mardiah ada di atas mahligai sana,..... lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu kecantikkannya sungguh mengkagumkan... lalu dia sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua.... dan tak pernah dia lihat di dunia.... lalu wanita itu berkata... akulah ainul mardhiah, aku diciptakan untk kamu dan kamu diciptakan untk aku.... bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab... nantiii kamu belum syahid lagiiii......tersentak itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada satu sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada nabi SAW... tapi sekiranya dia shahid barulah ceritakan kepada nabi.

Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi di dalamnya telah keluar berperang lalu ditakdirkan pemuda tadi telah shahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang shahid tadi telah bangun dan merapati nabi SAW dan menceritakan perihal sahabat nabi yang sahaid tadi... dalam menceritakan itu nabi menjawab benar...benar...benar... dalam sepanjang cerita tersebut.
Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga....
waallahua'alam..

Sumber : MuJahiDaLQuluB

UNIC - Ainul Mardhiah



Lirik
-----
Dirimu pembakar semangat perwira
Rela berkorban demi agama
Kau jadi taruhan berjuta pemuda
Yang bakal dinobat sebagai syuhada'
Itulah janji pencipta yang Esa

Engkaulah bidadari dalam syurga
Bersemayam di mahligai bahgia
Anggun gayamu wahai seorang puteri
Indahnya wajah bermandi seri
Menjadi cermin tamsilan kendiri
Untuk melakar satu wacana
Buatmu bernama wanita

Ainul Mardhiah
Kau seharum kuntuman di taman syurga
Menanti hadirnya seorang lelaki
Untuk menjadi bukti cinta sejati

Oh Tuhan
Bisakah dicari di dunia ini
Seorang wanita bak bidadari
Menghulurkan cinta setulus kasih
Di hati lelaki bernama kasih
 
Sila tinggalkan komen anda selepas membaca........ Terima Kasih.......

28
Comment
(Update) Pendrive Unik - Boleh Letak Gambar Sendiri


Hari ini saya nak promosikan satu benda yang unik yang pada saya sukar ditemui. Anda ada pendrive? adakah pendrive anda itu mempunyai gambar anda sendiri? di sini saya akan review kepada anda bagaimana untuk membuat pendrive dengan design sendiri. Berikut contoh pendrive yang dihasilkan dari design salah satu pendrive unik :


best tak? tu salah satu design untuk pendrive. saiz die mmg saiz segi empat mcm 2.

adakah anda juga inginkan pendrive yang mempunyai design anda sendiri? kalau nak mudah je. anda boleh menempah pendrive tersebut dengan harga yang berpatutan. Berapa haraganya?

2GB - RM 32.00
4GB - RM 40.00
8GB - RM 55.00
berminat tak? kalau anda berminat apakata anda membuat tempahan sekarang.... ada warranty 1 tahun. ingat tarikh tutup dan nak dekat dah iaitu pada 25 September 2011. 

Update : Jadi kepada sesiapa yang tak berkesempatan membuat tempahan, bolehlah berbuat demikian selewat-lewatnya Khamis ini 29.092.2011 sebelum jam 9pagi (waktu terakhir membuat bayaran).


Sila tinggalkan komen anda selepas membaca........ Terima Kasih.......

18
Comment
Tekanan Emosi Punca Jerawat


Muka saya banyak ditumbuhi jerawat sejak akhir-akhir ini. Rakan saya memberitahu, ia berpunca daripada aturan tidur saya yang tidak menentu. Adakah perkara ini benar atau ia berpunca daripada makanan berminyak? Apakah yang perlu saya lakukan doktor.

Jerawat adalah masalah anak remaja tetapi ia juga melibatkan orang dewasa. Jerawat terjadi bila kelenjar minyak mengeluarkan terlalu banyak minyak dan sebum di kulit terutamanya di muka, dada dan belakang. Punca jerawat boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Faktor hormon adalah penyebab utama jerawat bagi wanita dalam lingkungan umur subur.

Majoritinya adalah dalam lingkungan belasan tahun dan awal 20-an. Faktor seperti ahli keluarga yang banyak jerawat juga memainkan peranan. Penggunaan pil perancang, ubat steroid, vitamin B12, kosmetik, pakaian yang ketat atau apa saja yang menutup liang minyak menyebabkan masalah jerawat.

Sebahagian jerawat timbul dari ketegangan dan tekanan emosi yang dihadapi setiap hari. Ini mungkin dari penghasilan minyak dan sebum di kulit yang bertambah dan terdedah kepada asap dan bahan kimia atau faktor alam sekitar seperti cuaca panas. Kebanyakan jerawat akan hilang sendiri jika kulit sentiasa bersih dan sihat.

Tetapi sesetengahnya boleh menjadi teruk dan kronik.

Jerawat juga disebabkan oleh masalah gula dalam darah, radang kulit yang kronik dan juga stres yang melampau. Untuk pengetahuan anda, banyak jenis makanan yang boleh memburukkan lagi keadaan kulit anda yang sedia bermasalah dan seterusnya menyebabkan pertumbuhan jerawat.

Contohnya, jerawat akan tumbuh jika anda kekurangan tidur, menyedut udara yang tercemar dan juga menghadapi tekanan yang teruk akibat kerja dan hal peribadi. Jadi elok adik dapatkan rehat yang secukupnya kerana jerawat mungkin timbul dari perasaan tertekan dan bermasalah yang juga secara tak langsung boleh menganggu aturan tidur seseorang.
Sumber : Utusan Malaysia Online

Sila tinggalkan komen anda selepas membaca........ Terima Kasih.......

45
Comment
Kalau Rasa Diri Anda Seorang Wanita @ Ada Ahli Keluarga Wanita Sila Baca Ini

Pada suatu hari, terdapat seorang wanita yang berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak. Setelah selesai memenuhkan tangki minyak selepas membayar menggunakan kad kredit di pam dan ingin meninggalkan stesen tersebut, atendan di dalam kedai lantas bercakap menerusi speaker dan memberitahu sesuatu yang berlaku dengan kad itu dan meminta wanita itu masuk ke dalam untuk membayar tunai.

Wanita itu keliru kerana dia telah selesai mengisi minyak dan pembayaran menggunakan kad kredit telah diluluskan. Dia menunjukkan isyarat tangan kepada atendan tersebut dan bersiap sedia untuk meninggalkan tetapi atendan tersebut sekali lagi menggesa wanita tersebut masuk ke dalam kaunter kedai untuk membayar tunai.

Dengan perasaan sedikit marah, wanita itu terus masuk ke dalam kedai dan mempertikaikan tindakan petugas tersebut dan menuduh dia menipu. Atendan tersebut memberitahu supaya wanita itu bertenang dan mendengar dengan teliti

Atendan memberitahu ketika wanita tersebut sedang mengisi minyak, dia telah melihat seorang lelaki telah masuk ke dlm kereta dan bersembunyi dikerusi belakang . Dengan segera beliau telah menghubungi pihak polis. Wanita tersebut terus menjadi takut dan segera melihat pintu keretanya terbuka dan lelaki itu telah menyusup keluar dan meninggalkan kereta itu dengan tergesa-gesa.

Kes baru-baru ini didapati mempunyai kaitan dengan ujian untuk permulaan geng jenayah terbaru dimana memerlukan seseorang untuk membawa balik bahagian badan seorang wanita ..

Salah satu cara yang mereka lakukan adalah dengan merangkak perlahan-lahan dan menyusup masuk ke dalam kereta wanita manakala sasaran utamanya adalah stesen minyak atau di kedai runcit pada waktu malam. Kemudian, mereka akan potong kaki / buku lali mangsa menculik mereka dan kemudiannya membunuh dan mencerai-beraikan mereka.

Kaedah lain adalah dengan memaksa wanita itu masuk ke dalam kereta kemudian menculik mereka,

Sila sebarkan ini kepada wanita lain, orang muda dan tua.

Pertama, wanita seharusnya lebih berhati-hati apabila ingin masuk ke dalam kereta pada waktu malam.

Kedua, Jangan letakkan kereta di tempat sunyi atau terpencil semata-mata ingin mendapatkan tempat letak kereta percuma!

Ketiga, Jika boleh, elakkan memandu seorang diri pada waktu malam!

Ini adalah situasi sebenar! Penculikan! Pembunuhan! Putus dan anggota badan dicerai-ceraikan! Ini semua berlaku di Malaysia !

Jadikan amalan :

1. Pastikan kereta berkunci setiap masa walaupun anda meninggalkan kereta sebentar.

2. Periksa sekeliling kereta sebelum masuk ke dalam kereta.

3. Sentiasa peka terhadap sebarang tanda-tanda pelik dari persekitaran anda dan individu lain di dalam sekitar umum, terutama pada waktu malam!

Sumber : Facebook Rakan2

Saya tak pasti sama ada cerita ini benar atau tidak tapi ia dari rakan facebook saya yang bekerja di Kementerian Pertahanan. sekarang nak merompak bukan duit je tapi dengan orang2 sekali dirompaknya. kepada rakan2 blogger yang prihatin boleh la share di blog anda untuk peringatan semua. Jika benar maka berhati2 la. jika ianya rekaan maka tak mustahil jadi kenyataan. Kun fayakun( Jadi Maka Jadilah). Tiada yang mustahil bagi Allah.......

Sila tinggalkan komen anda selepas membaca........ Terima Kasih.......

16
Comment
Memberi Dan Menerima

Assalamualaikum……

Dalam kehidupan kita semua, kita sentiasa inginkan yang terbaik untuk diri kita. Sesempurna yang kita mampu lakukan. Hari ini saya ingin kongsikan mengenai konsep memberi dan menerima. Apakah yang dimaksudkan dengan memberi dan menerima? Memberi merupakan sesuatu yang kita bagi pada orang lain dan menerima pula merupakan sesuatu yang kita terima dari orang. Agak bosan jugak jika kita belajar maksud – maksud ni. Tapi ini sekadar mukkadimah sahaja.

Kita sering inginkan sesuatu yang kita terima itu bernilai dan berguna untuk kehidupan kita dan juga yang boleh dijadikan kenangan. Sebelum kita nak memperkatakan tentang sesuatu yang kita terima dari orang cuba kita muhasabah diri kita. Layakkah kita menerimanya? Apakah sesuai dengan kita? Sebelum kita nak kutuk pemberian orang pada kita apa kata kita fikirkan sejenak. Adakah kita ni layak untuk memperlekehkan pemberian orang pada kita? Cuba kita renungkan sedalamnya. Tanya pada diri kita sendiri apa yang kita beri pada orang itu adakah lebih bernilai dari apa yang kita terima. Lumrah manusia nak yang terbaik tapi tak nak bagi yang terbaik.

Disini saya bagi beberapa contoh. Yang pertamanya biasalah dalam berkasih sayang. Seorang isteri mahukan perhatian sepenuhnya dari suaminya tapi adakah isteri memberi perhatian kepada suami? Seorang kekasih mengharap kesetiaan dan kejujuran dalam perhubungan tapi adakah benda yang sama diberikan kepada kekasihnya itu? Ibubapa mengharapkan perhatian anaknya ketika mereka telah tua tetapi adakah mereka memberi perhatian yang sama ketika anak mereka kecil dahulu? Seorang hamba mengharapkan rezeki dari Allah tetapi apa yang dia beri untuk agama Allah? Semua ini adalah satu kitaran yang bermula dengan kita dan akan berakhir pada kita.

Adakah anda setuju apabila dikatakan apa yang kita beri itu yang kita dapat. Kita sering persoalkan kenapa kita dapat macam ini dan sebagainya tapi pernahkah kita fikirkan yang kita dapat ini adalah dari apa yang kita telah berikan. Jadi saya nak biarkan perbicaraan mengenai memberi dan menerima ini tergantung. Jawapannya adalah berdasarkan pemikiran kita.

Ingatlah bahawa kita akan menerima sesuatu yang baik apabila kita memberikan sesuatu yang baik dan yang merupakan kesayangan kita pada orang lain. Namun sebaliknya akan berlaku dimana kita akan menerima sesuatu yang buruk bila kita memberikan sesuatu yang buruk dan kita pun tak nak benda tu. Allah Maha Adil kepada hamba-hambaNya. Tidak pernah Allah menzalimi hambanya melainkan hambaNya sendiri yang menzalimi diri mereka sendiri. Kadang-kadang kita telah beri yang terbaik tapi kita terima yang buruk jugak. Kenapa itu berlaku? Ia berlaku tidak lain sebagai ujian dan bagi memantapkan lagi keimanan kita kepada Allah. Pecayalah kata saya terdapat hikmah di atas segala kesulitan yang diberikan kepada kita. Seperti saya tiada kerja sehingga hari ini tapi apa hikmahnya? Hikmahnya saya dapat menulis artikel ini untuk anda semua. Semuanya bergantung pada mind set kita. Usik-usiklah hati untuk menyentuh iman demi mengenali hakikat kehidupan. Sekian dulu untuk kali ini. Jika ada apa2 cadangan atau teguran untuk saya anda boleh tinggalkan di ruangan komen di bawah.

Wassalam………


Sila tinggalkan komen anda selepas membaca........ Terima Kasih.......

10
Comment
Hukum Pengguguran Kandungan Menurut Islam


Soalan:

Assalamualaikum wbt., saya ingin bertanya. Apa hukumnya pengguguran kandungan dalam pandangan Islam? Jika hukumnya harus, bilakah saat yang dibenarkan melakukannya? Ini kerana ada yang berpandangan bahawa sejak sperma bercantum dengan ovum (sel telur), hukum menggugurkannya adalah haram. Tetapi ada yang berpandangan bahawa sebelum janin berusia 40 hari, hukum menggugurkannya adalah mubah. Mana satu pandangan yang benar? Mohon penjelasan.

Jawapan:

Pendahuluan
Pertamanya mesti difahami bahawa pengguguran kandungan bukanlah semata-mata merupakan masalah perubatan atau kesihatan masyarakat, melainkan ianya juga adalah masalah kemasyarakatan yang berhubungkait dengan fahaman kebebasan (freedom/liberalisme) yang dianuti oleh sesebuah masyarakat.

Fahaman asing ini tidak diragui lagi telah menjadi pintu masuk bagi berleluasanya amalan pengguguran kandungan, dalam mana-mana masyarakat sekalipun. Perangkaan rasmi telah membuktikannya. Di luar negara, khasnya di Amerika Syarikat, dua pertubuhan utama, iaitu Federal Centers for Disease Control (FCDC) dan Alan Guttmacher Institute (AGI), telah mengumpulkan data pengguguran kandungan yang menunjukkan bahawa jumlah nyawa yang melayang dalam kes pengguguran kandungan di Amerika — iaitu hampir 2 juta — lebih banyak dari jumlah mangsa perang mana pun dalam sejarah negara itu. Sebagai gambaran, jumlah mangsa perang tentera AS dalam tiap-tiap peperangan adalah: Perang Vietnam 58 151orang, Perang Korea 54.246 orang, Perang Dunia II 407 316 orang, Perang Dunia I 116 708 orang, Civil War (Perang Sipil) 498 332 orang.

Secara keseluruhan, dalam sejarah dunia, jumlah kematian karena pengguguran kandungan jauh melebihi jumlah mangsa seluruh peperangan jika digabungkan keseluruhannya (www.genetik2000.com).
Data tersebut ternyata selari dengan perangkaan yang menunjukkan bahawa majoriti rakyat Amerika (62 %) berpendirian bahawa hubungan seksual dengan pasangan luar nikah lain, adalah boleh dilakukan. Mereka beralasan ianya biasa diamalkan dan semua orang mesti melakukannya (James Patterson dan Peter Kim, 1991, The Day America Told The Thruth dalam Dr. Muhammad Bin Saud Al Basyr, Amerika di Ambang Keruntuhan, 1995, hal. 19).

Bahkan, kes kehamilan tidak dirancang ini di seluruh dunia mencecah 80 juta setahun dengan anggaran 58 peratus membabitkan pengguguran janin. Data terkini juga menunjukkan kadar pengguguran paling tinggi di seluruh dunia membabitkan mereka yang berusia antara 20 hingga 24 tahun.

Oleh itu dapat disimpulkan bahawa pengguguran kandungan sememangnya adalah masalah sosial yang terkait dengan fahaman kebebasan (freedom/liberalisme) yang lahir dari fahaman sekularisme, iaitu pemisahan agama dari kehidupan (Abdul Qadim Zallum, 1998).

Walau bagaimanapun, hukum pengguguran kandungan itu sendiri memang wajib difahami dengan baik oleh kaum muslimin, sama ada dari kalangan pengamal perubatan mahupun masyarakat amnya. Sebab bagi seorang muslim, syariat Islam merupakan kayu ukur bagi seluruh perbuatannya. Selain itu mengikatkan diri dengan syariat Islam adalah kewajiban bagi seorang muslim sebagai bukti keimanannya terhadap Islam. Allah SWT berfirman:
“Maka demi Tuhanmu, mereka pada hakikatnya tidak beriman sehingga mereka menjadikan kamu (Muhammad) sebagai pemutus perkara yang mereka perselisihkan di antara mereka.” [Qs. an-Nisaa` (4): 65].
“Dan tidak patut bagi seorang mu`min laki-laki dan mu`min perempuan, jika Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, kemudian mereka mencari pilihan (yang lain) dalam urusan mereka.” [TQS. al-Ahzab (33): 36].

Sekilas Fakta Pengguguran Kandungan
Pengguguran di definisikan sebagai pembuangan embrio atau janin dari rahim disebabkan oleh kematiannya atau menyebabkan kematiannya. (www.infosihat.gov.my)

Pengguguran kandungan secara umum adalah berakhirnya suatu kehamilan (oleh sebab-sebab tertentu) sebelum bayi tersebut mampu hidup di luar kandungan. (JNPK-KR, 1999) (www.jender.or.id)

Ensiklopedia Bahasa Malaysia mengatakan pengguguran merupakan penyingkiran atau pengeluaran embrio atau fetus dari uterus(rahim) ibu , dan mengakibatkan kematian embrio atau fetus itu.

Dalam dunia perubatan terdapat tiga jenis pengguguran kandungan, iaitu:
1.Pengguguran kandungan spontan/semulajadi atau Abortus Spontaneus

2.Pengguguran kandungan buatan/sengaja atau Abortus Provocatus Criminalis

3.Pengguguran kandungan Therapeutik/ Perubatan atau Abortus Provocatus Therapeuticum

Pengguguran kandungan spontan/ Abortus spontaneous berlangsung tanpa tindakan apapun. Kebanyakannya disebabkan karena kualiti sel telur dan sel sperma yang kurang baik.

Pengguguran kandungan buatan/sengaja/ Abortus Provocatus Criminalis adalah usaha mengakhiri kehamilan sebelum usia kandungan 20 minggu atau berat janin kurang dari 500 gram sebagai suatu akibat tindakan yang disengajakan dan disedari sepenuhnya oleh calon ibu maupun si pembantu pengguguran kandungan (contohnya doktor, bidan atau bomoh).

Pengguguran kandungan therapeutik / Abortus Provocatus Therapeuticum adalah pengguguran kandungan buatan yang dilakukan atas pertimbangan perubatan. Sebagai contoh, calon ibu yang sedang hamil tetapi mempunyai penyakit tekanan darah tinggi kronik atau penyakit jantung yang ktitikal yang dapat membahayakan kedua-dua ibu mahupun bayi yang dikandungnya. Tetapi ini semua atas pertimbangan perubatan yang matang dan tidak tergesa-gesa (www.genetik2000.com).

Pelaksanaan pengguguran kandungan adalah seperti berikut.:
Untuk usia kehamilan yang lebih muda, lebih senang dilakukan. Semakin dewasa bertambah sukar untuk dilakukan dan risikonya juga bertambah besar bagi si ibu.

Terdapat berbagai cara pengguguran yang dilakukan di klinik-klinik pengguguran kandungan dan pada kebiasaanya bergantung kepada usia dan saiz bayi di dalam kandungan ibu.

1. Pengguguran untuk kehamilan sehingga usia kandungan 12 minggu biasanya dilakukan dengan MR/ Menstrual Regulator iaitu dengan penyedutan (di gambarkan seperti alat penyedut debu yang biasa, tetapi berkekuatan 2 kali ganda).

2. Pada janin yang lebih besar (sehingga usia 16 minggu) dengan cara Dilatasi & Curetage.

3. Janin berusia sehingga 24 minggu, pada peringkat ini janin sudah cukup besar, oleh itu biasanya mesti dibunuh terlebih dahulu dengan memasukkan racun. Misalnya dengan larutan garam yang pekat seperti saline(sejenis air garam). Dengan jarum khusus, larutan itu disuntik secara terus ke dalam rahim, sehingga menimbulkan kesan keracunan pada bayi, kulitnya terbakar, kemudian ianya mati.

4.Usia kandungan melebihi 28 minggu biasanya dilakukan dengan suntikan prostaglandin (sejenis hormon) sehingga berlaku proses kelahiran buatan dan bayi dipaksa keluar dari rahim ibu.

5. Ada juga yang menggunakan kaedah operasi Caesarian seperti pada kehamilan yang biasa (www.genetik2000.com).

Dengan berbagai alasan seseorang melakukan pengguguran kandungan tetapi alasan yang paling utama adalah alasan-alasan yang tiada kena mengena dengan perubatan. Di Amerika Syarikat alasan pengguguran kandungan antara lain ialah:

1. Tidak ingin memiliki anak karena khuatir mengganggu kerjaya, persekolahan, atau tanggung jawab yang lain (75%)

2. Tidak memiliki cukup wang untuk merawat anak (66%)

3. Tidak ingin memiliki anak tanpa ayah (50%)

Alasan lain yang sering dikemukakan adalah masih terlalu muda (terutama mereka yang hamil di luar nikah), aib keluarga, ataupun sudah memiliki ramai anak.

Data ini juga disokong oleh kajian Aida Torres dan Jacqueline Sarroch Forrest (1998) yang menyatakan bahawa hanya 1% daripada kes pengguguran kandungan disebabkan perkosaan atau incest (sumbang mahram), 3% kerana membahayakan nyawa bakal ibu, dan 3% kerana janin akan membesar dengan kecacatan yang serius. Manakala 93% daripada kes pengguguran kandungan adalah disebabkan alasan-alasan yang bersifat mementingkan diri sendiri termasuk khuatir tidak mampu membiayai, takut dipencilkan masyarakat, malu, atau keinginan menjaga imej (www.genetik2000.com).

Pengguguran Kandungan Menurut Hukum Islam
Dr. Abdurrahman Al Baghdadi (1998) dalam bukunya Persamaan hak, Adakah Dalam Islam ms.127-128 menyebutkan bahawa pengguguran kandungan biasanya dilakukan sebelum atau sesudah ruh (nyawa) ditiupkan. Jika dilakukan setelah ditiupkannya ruh, iaitu setelah 4 (empat) bulan masa kehamilan atau 16 minggu, maka semua ulama ahli fiqih (fuqaha’) sepakat akan keharamannya. Tetapi para ulama fiqih berbeza pendapat jika pengguguran kandungan dilakukan sebelum ditiupkannya ruh. Sebahagian membolehkannya dan sebahagian lain mengharamkannya.

Yang membolehkan pengguguran kandungan sebelum ditiupkan ruh, di antaranya adalah Muhammad Ramli (w. 1596 M) dalam kitabnya An Nihayah dengan alasan kerana belum wujud makhluk yang bernyawa. Ada pula yang memandangnya makruh, dengan alasan kerana janin sedang mengalami pertumbuhan.

Yang mengharamkan pengguguran kandungan sebelum peniupan ruh antara lain Ibnu Hajar (w. 1567 M) dalam kitabnya At Tuhfah dan Al Ghazali dalam kitabnya Ihya` Ulumiddin. Bahkan Mahmud Syaltut, bekas Rektor Universiti Al Azhar Mesir berpendapat bahawa sejak bertemunya sperma dengan ovum maka pengguguran kandungan adalah haram, sebab sudahpun ada kehidupan pada kandungan yang sedang mengalami pertumbuhan dan persiapan untuk menjadi makhluk baru yang bernyawa yang bernama manusia yang harus dihormati dan dilindungi kewujudannya. Semakin kejam dan besar dosanya, jika pengguguran kandungan dilakukan setelah janin bernyawa, dan akan lebih besar lagi dosanya kalau bayi yang baru lahir dari kandungan itu dibuang atau dibunuh. (Masjfuk Zuhdi, 1993, Masail Fiqhiyah Kapita Selekta Hukum Islam, ms. 81; M. Ali Hasan, 1995, Masail Fiqhiyah Al Haditsah Pada Masalah-Masalah Kontemporari Hukum Islam, ms.57; Cholil Uman, 1994, Agama Menjawab Tentang Berbagai Masalah Abad Moden, ms.91-93; Mahjuddin, 1990, Masailul Fiqhiyah Berbagai Kes Yang Dihadapi Hukum Islam Masa Kini, ms.77-79).

Pendapat yang disepakati fuqaha, iaitu bahawa haram hukumnya melakukan pengguguran kandungan setelah ditiupkannya ruh (usia kandungan empat bulan), didasarkan pada hakikat bahawa peniupan ruh berlaku setelah 4 (empat) bulan masa kehamilan.

Abdullah bin Mas’ud berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
“Sesungguhnya setiap kamu terkumpul kejadiannya dalam perut ibumu selama 40 hari dalam bentuk ‘nuthfah’, kemudian dalam bentuk ‘alaqah’ selama itu pula, kemudian dalam bentuk ‘mudghah’ selama itu pula, kemudian ditiupkan ruh kepadanya.” [HR. Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Ahmad, dan Tirmidzi].

Oleh itu, pengguguran kandungan setelah berusia 4 bulan adalah haram, kerana ini bermakna membunuh makhluk yang sudah bernyawa. Maka ianya juga termasuk di dalam kategori pembunuhan yang diharamkan.

Antara dalilnya adalah seperti berikut.:
Firman Allah SWT:
“Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu karena kemiskinan. Kami akan memberikan rezeki kepada mereka dan kepadamu.” [TMQ al-An’aam (6): 151].

“Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu karena takut miskin. Kami akan memberikan rezeki kepada mereka dan kepadamu.” [TMQ al-Isra` (17): 31]

“Dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan (alasan) yang benar (menurut syara’).” [TMQ al-Isra` (17): 33].

“Dan apabila bayi-bayi yang dikubur hidup-hidup itu ditanya karena dosa apakah ia dibunuh.” [TMQ at-Takwiir (81): 8-9].

Berdasarkan dalil-dalil ini maka pengguguran kandungan adalah haram pada kandungan yang bernyawa atau telah berusia 4 bulan dan lebih, sebab dalam keadaan demikian bererti pengguguran kandungan itu adalah suatu tindakan jenayah pembunuhan yang diharamkan Islam.

Adapun pengguguran kandungan sebelum usia kandungan 4 bulan, seperti dihuraikan di atas, para fuqaha berbeza pendapat dalam masalah ini. Walau bagaimanapun dalam pandangan Syaikh Abdul Qadim Zallum (1998) dan Dr. Abdurrahman Al Baghdadi (1998), hukum syara’ yang lebih rajih (kuat) adalah sebagai berikut.

Jika pengguguran kandungan dilakukan setelah 40 (empat puluh) hari, atau 42 (empat puluh dua) hari dari usia kehamilan dan pada saat permulaan pembentukan janin, maka hukumnya haram. Dalam hal ini hukumnya sama dengan hukum keharaman pengguguran kandungan setelah peniupan ruh ke dalam janin.

Manakala pengguguran kandungan yang usianya belum mencapai 40 hari, maka hukumnya boleh (ja’iz) dan tidak apa-apa. [Abdul Qadim Zallum, 1998, Beberapa Masalah Kontemporari Dalam Pandangan Islam: Kloning, Pemindahan Organ, Pengguguran Kandungan, Bayi TabungUji, Penggunaan Organ Tubuh Buatan, Definisi Hidup dan Mati, ms.45-56; Dr. Abdurrahman Al Baghdadi, 1998, Persamaan hak, Adakah Dalam Islam, ms.129 ].

Dalil syar’i yang menunjukkan bahawa pengguguran kandungan haram bila usia janin 40 hari atau 40 malam adalah hadits Nabi SAW berikut:

“Jika nutfah (gumpalan darah) telah melalui empat puluh dua malam, maka Allah mengutus seorang malaikat padanya, lalu dia membentuk nutfah tersebut; dia membuat pendengarannya, penglihatannya, kulitnya, dagingnya, dan tulang belulangnya. Lalu malaikat itu bertanya (kepada Allah), ‘Ya Tuhanku, apakah dia (akan Engkau tetapkan) menjadi laki-laki atau perempuan?’ Maka Allah kemudian memberi keputusan…” [HR. Muslim dari Ibnu Mas’ud ra].

Dalam riwayat lain, Rasulullah SAW bersabda:
“(jika nutfah telah melebihi)empat puluh malam…”

Hadits di atas menunjukkan bahawa permulaan penciptaan janin dan penampakan anggota-anggota tubuhnya, adalah setelah melebihi 40 atau 42 malam. Dengan demikian, penderaan terhadapnya adalah suatu penderaan terhadap janin yang sudah mempunyai tanda-tanda sebagai manusia yang terpelihara darahnya (ma’shumud dam). Tindakan penderaan tersebut merupakan pembunuhan terhadapnya.

Berdasarkan penjelasan di atas, maka pihak ibu si janin, bapanya, ataupun doktor, diharamkan menggugurkan kandungan ibu tersebut bila kandungannya telah berumur 40 hari.

Siapa saja dari mereka yang melakukan pengguguran kandungan, bererti telah berbuat dosa dan telah melakukan tindakan jenayah yang mewajibkan pembayaran diyat bagi janin yang gugur, iaitu seorang hamba lelaki atau perempuan, atau sepersepuluh diyat manusia sempurna (10 ekor unta), sebagaimana telah diterangkan dalam hadits sahih dalam masalah tersebut. Rasulullah SAW bersabda :

“Rasulullah SAW memberi keputusan dalam masalah janin dari seorang perempuan Bani Lihyan yang gugur dalam keadaan mati, dengan satu ghurrah, iaitu seorang hamba lelaki atau perempuan…” [HR. Bukhari dan Muslim, dari Abu Hurairah r.a.] [Abdul Qadim Zallum, 1998)].

Manakala pengguguran kandungan pada janin yang usianya belum mencapai 40 hari, maka hukumnya boleh (ja’iz) dan tidak apa-apa. Ini disebabkan bahawa apa yang ada dalam rahim belum menjadi janin karena dia masih berada dalam tahapan sebagai nutfah (gumpalan darah), belum sampai pada fasa penciptaan yang menunjukkan ciri-ciri minima sebagai manusia.

Di samping itu, pengguguran nutfah sebelum menjadi janin, dari segi hukum dapat disamakan dengan ‘azl (coitus interruptus) yang dimaksudkan untuk mencegah terjadinya kehamilan. ‘Azl dilakukan oleh seorang laki-laki yang tidak menghendaki kehamilan perempuan yang digaulinya, sebab ‘azl merupakan tindakan mengeluarkan sperma di luar vagina perempuan. Tindakan ini akan mengakibatkan kematian sel sperma, sebagaimana akan mengakibatkan matinya sel telur, sehingga akan mengakibatkan tiadanya pertemuan sel sperma dengan sel telur yang tentu tidak akan menimbulkan kehamilan.

Rasulullah SAW telah membolehkan ‘azl kepada seorang laki-laki yang bertanya kepada baginda mengenai tindakannya mempergauli hamba perempuannya, sedangkan dia tidak menginginkan hamba perempuannya itu hamil. Rasulullah SAW bersabda kepadanya:
“Lakukanlah ‘azl padanya jika kamu suka!” [HR. Ahmad, Muslim, dan Abu Dawud].

Walau bagaimanapun, seandainya terdapat kes yang disahkan oleh seseorang doktor yang pakar bahawasanya dengan meneruskan kehamilan mahupun kewujudan janin di dalam perut seseorang ibu itu dikhuatiri akan mengakibatkan kematian ibu dan sekaligus janin yang dikandungnya, maka dalam keadaan seperti ini, pengguguran kandungan sama ada pada tahap usia penciptaan janin, ataupun setelah berlaku peniupan ruh pada janin, adalah dibenarkan menurut syarak sebagai satu usaha untuk menyelamatkan nyawa ibu. Menyelamatkan kehidupan adalah sesuatu yang diperintahkan oleh Islam, sesuai firman Allah SWT:
“Barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya.” [TMQ al-Maa’idah (5): 32] .

Selain itu pengguguran kandungan dalam kondisi seperti ini dikira sebagai usaha rawatan kerana Rasulullah SAW telah memerintahkan umatnya untuk berubat. Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla setiap kali menciptakan penyakit, Dia menciptakan pula ubatnya. Maka berubatlah kalian!” [HR. Ahmad].

Kaedah fiqh dalam masalah ini menyebutkan:
“Idza ta’aradha mafsadatani ru’iya a’zhamuha dhararan birtikabi akhaffihima”

Bermaksud “Jika berkumpul dua mudharat (bahaya) dalam satu hukum, maka dipilih yang lebih ringan mudharatnya.” [Abdul Hamid Hakim, 1927, Mabadi` Awaliyah fi Ushul Al Fiqh wa Al Qawa’id Al Fiqhiyah, ms.35].

Berdasarkan kaedah ini, seorang wanita dibolehkan menggugurkan kandungannya jika kandungan itu akan mengancam hidupnya, meskipun ini bermakna dia mesti membunuh janinnya. Memang menggugurkan kandungan adalah suatu mafsadat. Begitu pula hilangnya nyawa sang ibu jika tetap mempertahankan kandungannya juga suatu mafsadat. Namun adalah jelas bahawa menggugurkan janin didalam kandungan itu lebih ringan mudharatnya daripada menghilangkan nyawa ibunya, atau membiarkan kehidupan ibunya terancam dengan kewujudan janin tersebut. [Dr. Abdurrahman Al Baghdadi, 1998].

Pendapat yang menyatakan bahawa pengguguran kandungan diharamkan sejak pertemuan sel telur dengan sel sperma dengan alasan karena sudah ada kehidupan pada kandungan, adalah pendapat yang tidak rajih (kuat). Ini kerana kehidupan sebenarnya tidak hanya wujud setelah pertemuan sel telur dengan sel sperma, tetapi bahkan dalam sel sperma itu sendiri sudah ada kehidupan, begitu pula dalam sel telur,walaupun sejak kedua sel itu belum bertemu. Kehidupan (al hayah) menurut Ghanim Abduh dalam kitabnya Naqdh Al Isytirakiyah Al Marksiyah (1963) ms.85 adalah “sesuatu yang ada pada organisma hidup.” (asy syai` al qa`im fi al ka`in al hayyi). Ciri-ciri adanya kehidupan adalah adanya pembesaran, pergerakan, kepekaan, keperluan terhadap makanan, berkembangbiak, dan sebagainya. Dengan pengertian kehidupan sebegini, maka dalam sel telur dan sel sperma (yang masih baik, belum rosak) sebenarnya sudah terdapat kehidupan, sebab jika dalam sel sperma dan sel telur tidak ada kehidupan, niscaya tidak akan dapat terjadi pembuahan sel telur oleh sel sperma. Jadi, kehidupan (al hayah) sebenarnya terdapat dalam sel telur dan sel sperma sebelum terjadinya pembuahan, bukan hanya ada setelah persenyawaan.

Berdasarkan penjelasan ini, maka pendapat yang mengharamkan pengguguran kandungan setelah pertemuan sel telur dan sel sperma dengan alasan sudah adanya kehidupan, adalah pendapat yang lemah, sebab tidak didasarkan pada pemahaman fakta yang tepat akan pengertian kehidupan (al hayah). Pendapat tersebut secara tak langsung menyatakan bahawa sebelum terjadinya pertemuan sel telur dan sel sperma, tidak ada kehidupan pada sel telur dan sel sperma. Padahal faktanya tidak demikian. Andaikata pendapat itu diterima, niscaya segala sesuatu aktiviti yang menghilangkan kehidupan adalah haram, termasuk ‘azl. Ini kerana didalam amalan‘azl terdapat upaya untuk mencegah terjadinya kehidupan, iaitu maksudnya kehidupan pada sel sperma dan sel telur (sebelum bertemu). Padahal ‘azl telah dibolehkan oleh Rasulullah SAW. Dengan kata lain, pendapat yang menyatakan haramnya pengguguran kandungan setelah pertemuan sel telur dan sel sperma dengan alasan sudah adanya kehidupan, akan bercanggah dengan hadits-hadits yang membolehkan ‘azl.

Kesimpulan
Pengguguran kandungan bukan sekadar masalah perubatan atau kesihatan masyarakat, namun ianya juga adalah masalah masyarakat yang muncul kerana manusia dipengaruhi oleh Tamadun Barat. Maka pemecahannya mestilah dilakukan secara komprehensif-fundamental-radikal, yang intipatinya adalah dengan mencabut sikap taqlid kepada tamadun Barat dengan menghancurkan segala nilai dan institusi peradaban Barat yang bercanggah dengan Islam, untuk kemudian digantikan dengan tamadun Islam yang manusiawi dan adil.

Hukum pengguguran kandungan dalam pandangan Islam menegaskan keharaman pengguguran kandungan jika umur kehamilannya sudah 4 (empat) bulan, yakni sudah ditiupkan ruh pada janin.

Manakala bagi janin yang berumur di bawah 4 bulan, memang wujud khilafiyah/perbezaan pendapat di kalangan para ulama. Namun menurut kefahaman kami, pendapat yang rajih (kuat) adalah jika pengguguran kandungan dilakukan setelah 40 (empat puluh) hari, atau 42 (empat puluh dua) hari dari usia kehamilan dan pembentukan janin, maka hukumnya haram. Manakala pengguguran kandungan yang usianya belum mencapai 40 hari, maka hukumnya boleh (ja’iz) dan tidak apa-apa.
Wallahu a’lam [M. Shiddiq al-Jawi].

Rujukan
Abduh, Ghanim, 1963, Naqdh Al Isytirakiyah Al Marksiyah, t.p., t.tp
Al Baghdadi, Abdurrahman, 1998, Persamaan Hak, Adakah Dalam Islam, Gema Insani Press, Jakarta
Hakim, Abdul Hamid,1927, Mabadi` Awaliyah fi Ushul Al Fiqh wa Al Qawa’id Al Fiqhiyah, Sa’adiyah Putera, Jakarta
Hasan, M. Ali, 1995, Masail Fiqhiyah Al Haditsah Pada Masalah-Masalah Kontemporari Hukum Islam, RajaGrafindo Persada, Jakarta
Mahjuddin, 1990, Masailul Fiqhiyah Berbagai Kes Yang Dihadapi Hukum Islam Masa Kini, Kalam Mulia, Jakarta
Uman, Cholil, 1994, Agama Menjawab Tentang Berbagai Masalah Abad Moden, Ampel Suci, Surabaya
Zallum, Abdul Qadim, 1998, Beberapa Masalah Kontemporari Dalam Pandangan Islam : Kloning, Pemindahan Organ, Pengguguran Kandungan, Bayi Tabung Uji, Penggunaan Organ Tubuh Buatan, Definisi Hidup dan Mati, Al-Izzah, Bangil
Zuhdi, Masjfuk, 1993, Masail Fiqhiyah Kapita Selekta Hukum Islam, Haji Masagung, Jakarta

Sumber : MyKhilafah



Sila tinggalkan komen anda selepas membaca........ Terima Kasih.......

22
Comment
Terbaik Dari Ladang : Syarikat Telekomunikasi Akan Kenakan Cukai Perkhidmatan 6% Untuk Tambah-Nilai Prabayar


Perkara ini mungkin agak mendukacitakan para pengguna pelan dan talian prabayar seluruh negara. Kini, semua penyedia telekomunikasi tempatan akan mula mengenakan caj perkhidmatan sebanyak 6% bermula daripada 15 September ini untuk setiap pembelian tambah nilai prabayar dan juga pembelian kad-SIM parbayar yang baru.

Dengan perkara ini, sekiranya seseorang pengguna itu ingin membeli tambah nilai berharga RM10, maka mereka akan mula dikenakan caj sebanyak RM10.60, dimana 60 sen akan dikira sebagai caj cukai perkhidmatan untuknya.

Semua syarikat telekomunikasi dijangka akan mula menghantar SMS kepada para pengguna talian prabayar mereka bermula hari ini, untuk memaklumkan perkara ini.

Sumber : Amanz

Kalau perkhidmatan tu bagus takpe jugak. tp yang selalunya takde line je...... 
Sayang Malaysia.....


Sila tinggalkan komen anda selepas membaca........ Terima Kasih.......

13
Comment
Kesihatan Mental


Kesihatan mental berkait rapat dengan kehidupan kita. Orang ramai sering mengaitkan kesihatan mental dengan penyakit mentalm tetapi kenyataan ini adalah kurang tepat.

Ia melibatkan kehidupan harian yang merangkumi:
-Memupuk perasaan, fikiran dan tingkahlaku yang positif dalam diri sendiri.
-Kemampuan untuk berinteraksi secara sihat dengan orang lain, kumpulan dan persekitarannya.
-Bagaimana seseorang itu mengendalikan tanggungjawab, masalah dan tekanan yang timbul dari kehidupan harian.

Ciri-ciri kesihatan mental yang positif

Terhadap diri sendiri
-Menyedari kelemahan dan kekuatan diri sendiri.
-Berupaya mengawal perasaan.
-Sanggup menerima kegagalan.
-Mampu menghindari kegiatan yang tidak bermoral.
-Menghargai diri sendiri.

Terhadap orang lain
-Mampu berkomunikasi secara berkesan dengan orang lain.
-Mampu memberi dan menerima kasih sayang.
-Tahu menghargai dan mempercayai orang lain.
-Dapat menerima pendapat orang lain secara terbuka.

Terhadap cabaran
-Berupaya menghadapi dan menyelesaikan masalah.
-Mampu mengatasi konflik dengan bijak.
-Mampu membuat keputusan untuk diri sendiri.
-Bersedia mendapatkan pertolongan sekiranya gagal menyelesaikan masalah harian.

10 Langkah Ke Arah Kesihatan Mental Yang Positif

-Menerima kenyataan diri secara realistik.
-Mengendali masa dengan baik (time management)
-Merancang perubahan dalam kehidupan secara bijak.
-Memupuk hubungan harmoni dan kasih sayang dengan ahli keluarga dan orang lain.
-Menjaga kesihatan fizikal.
-Menyediakan masa untuk aktiviti fizikal dan riadah.
-Memastikan rehat dan tidur yang cukup.
-Mengendalikan tekanan mental secara berkesan.
-Mengamalkan asas-asas kerohanian yang baik.
-Berkongsi masalah dengan orang lain dan mendapat pertolongan profesional sekiranya perlu.

Akibat Kesihatan Mental Yang Diabaikan Seseorang Itu Mungkin Mengalami:

-Perasaan rendah diri.
-Tekanan dalam hidup.
-Pertelingkahan dan keruntuhan rumahtangga / keluarga.
-Kecenderungan melakukan kegiatan tidak bermoral (minum arak, bohsia, penyalahgunaan najis dadah, sumbang muhrim dan perzinaan)
-Suasana tempat kerja yang tidak menyenangkan.
-Kecenderungan menggunakan keganasan untuk menyelesaikan masalah (penderaan kanak-kanak /  pasangan, buli jalanraya, buli sekolah)
-Peningkatan risiko penyakit mental.

Diterbitkan oleh Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia

Sumber : eMas Sabah
Sila tinggalkan komen anda selepas membaca........ Terima Kasih.......

17
Comment
Kelebihan Puasa Enam Di Bulan Syawal


Kesempurnaan ibadat seseorang Islam bukan sekadar terletak kepada amalan-amalan fardhu yang diwajibkan oleh Allah S.W.T., malah ia turut ditampung oleh amalan-amalan sunat di dalam memperindahkan lagi mutu ibadat yang dilakukan.

Seumpama solat yang menjadi amalan terawal dihisab di Padang Mahsyar kelak, dinilai terlebih dahulu akan solat wajib yang dilakukan, dan jika terdapat kekurangan, ia akan dilihat melalui amalan solat sunat bagi menampung mana-mana kekurangan solat fardhu. Begitu juga amalan berpuasa. Kecantikan puasa wajib Ramadhan jika ditambah dengan puasa-puasa sunat adalah terlebih indah dan baik daripada hanya bergantung kepada puasa Ramadhan semata-mata.

Terdapat banyak jenis puasa-puasa sunat yang boleh dilaksanakan seperti berpuasa sunat hari Isnin dan Khamis, puasa 10 Muharram, puasa tiga hari dalam sebulan dan puasa enam hari di bulan Syawal.

Menjadi kebiasaan kepada orang-orang Islam di Malaysia berpuasa sunat selama enam hari di bulan Syawal selepas mereka menamatkan puasa sebulan Ramadhan kerana meyakini ganjaran dan pahala yang akan dikurniakan oleh Allah S.W.T.

Abu Ayyub al-Ansari ada meriwayatkan satu hadith daripada Rasulallah s.a.w. di dalam menerangkan tentang kelebihan puasa enam Syawal yang maksudnya “sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikutinya puasa enam hari Syawal samalah seperti dia berpuasa sepanjang tahun” ( Dikeluarkan oleh Imam Muslim di dalam sahihnya, juga dikeluarkan oleh sekalian ramai ulama hadith seperti al-Tirmizi, al-Nasaie dan Ibn. Majah ). Imam al-Syafie menjelaskan bahawa hadith ini adalah hadith sahih.

Imam al-Tabrani pula ada mengeluarkan di dalam susunan hadithnya yang turut berkaitan dengan fadhilat puasa enam Syawal maksudnya “sesiapa yang berpuasa Ramadhan dan diikuti kemudiannya puasa enam hari dalam bulan Syawal, keluarlah dari dirinya segala dosa seperti hari dia dilahirkan oleh ibunya”

Terdapat beberapa persoalan tentang perlaksanaan puasa enam Syawal adakah terus langsung dilaksanakan selepas hari raya pertama dan dibuat secara berturut-turut atau boleh dilakukan pada bila-bila masa sepanjang Syawal sama ada secara berturut-turut atau sebaliknya.

Pendapat di dalam mazhab Syafie menyebut bahawa yang terlebih afdhal di dalam perlaksanaannya ialah sejurus selepas hari raya pertama dan dilakukan enam hari berturut-turut.

Ini tidak pula bermakna, jika seseorang itu melaksanakan secara terputus-putus (tidak berturutan) atau dilakukan pada pertengahan atau akhir Syawal dianggap satu kesalahan atau tidak mendapat pahala, malah semuanya diterima Allah dan dikira sebagai satu ibadah juga.

Perlu difahami bahawa yang dimaksudkan dengan puasa sepanjang tahun itu bukan terletak kepada puasa 6 hari Syawal dengan meninggalkan puasa Ramadhan, tetapi kelebihan puasa setahun itu diperolehi setelah dilengkapkan puasa Ramadhan dan disambung dengan puasa Syawal.

Imam al-Nawawi di dalam kitab Syarah Sahih Muslim ada menyebut kewajaran pahala diberikan seumpama puasa setahun kepada mereka yang berpuasa 6 Syawal. Merujuk kepada satu hadith Rasulullah s.a.w. yang bermaksud “Setiap satu amalan kebajikan itu digandakan pahalanya sebanyak 10 kali ganda”.

Ini bermakna bahawa puasa sehari dalam bulan Ramadhan samalah seperti puasa sepuluh kali, dan jika sebulan Ramadhan itu gandaan pahalanya seumpama puasa 10 bulan kerana ianya adalah sepuluh kali ganda. Manakala puasa sehari bulan Syawal seumpama 10 kali puasa dan 6 hari menyamai 60 hari iaitu 2 bulan. Maka jika ditambah 10 bulan dengan 2 bulan samalah seperti puasa setahun.

Apakah hukumnya jika seseorang itu berniat untuk qadha puasanya dan dibuat 6 hari dalam Syawal adakah akan mendapat pahala puasa 6 Syawal?

Syeikh al-Marhum Atiyyah Saqar (salah seorang ulama terkenal al-Azhar) di dalam kitab himpunan fatwanya ada menyebut bahawa hukumnya dibolehkan kepada seseorang untuk qadha puasanya dan ditunaikan 6 hari dalam bulan Syawal dengan niat qadha, maka terhasillah baginya pahala qadha dan pahala puasa 6 Syawal. Tetapi yang lebih afdhal ialah diasingkan antara puasa qadha dan puasa 6 Syawal kerana puasa qadha itu hukumnya wajib dan puasa Syawal itu hukumnya sunat, maka adalah lebih baik tidak disatukan niat kerana antara yang sunat dan wajib itu tidak boleh disatukan.

Para ulama mazhab Syafie menyebut bahawa pahala puasa 6 Syawal itu akan terhasil juga apabila seseorang itu melakukan puasa qadha selama 6 hari walaupun niatnya adalah qadha dan bukan niat puasa 6 Syawal, tetapi pahalanyanya untuk puasa 6 Syawal itu kurang sedikit. Ini menurut kata-kata Imam al-saya’rawi “Jika seseorang itu berpuasa di dalam bulan Syawal sebagai qadha daripada puasa Ramadhan atau puasa nazar atau lain-lain puasa sunat, maka akan diperolehi pahala sunat Syawal itu kerana terlaksananya puasa 6 hari dalam bulan Syawal tetapi kesempurnaan pahala tidak diperolehi sepenuhnnya melainkan jika diniatkan untuk puasa sunat 6 hari bulan Syawal”.

Sebagai kesimpulannya, adalah terlebih baik jika puasa sunat 6 Syawal dibuat berasingan dengan puasa lain sama ada qadha, nazar, kaffarah ataupun puasa sunat yang lain. Selesaikan dahulu 6 hari puasa qadha dan ditambah kemudiannya dengan niat puasa 6 Syawal. Ini akan lebih menyeragamkan amal ibadat yang dilakukan agar tidak bercampur aduk antara satu sama lain.

Antara hikmat disyariatkan puasa 6 hari bulan Syawal ialah sebagai satu latihan kepada orang-orang Islam bahawa amal ibadat itu bukan terletak pada bulan-bulan tertentu seperti Ramadhan bahkan amalan itu perlu konsisten untuk sepanjang kehidupan manusia.

Ia juga sebagai satu cabaran kepada orang-orang Islam supaya tidak menjadikan Syawal itu bulan bergembira semata-mata dan jika puasa itu dilakukan seawal mungkin di permulaan Syawal, ini akan menjadikan seseorang manusia itu benar-benar ingin menyahut seruan dari Allah untuk terus beribadat secara istiqamah dan berpanjangan.

Sumber: Ukhawah

 
Powered by Blogger