What I Want To Share

9
Comment
Hukum menyambut Halloween

Ehsan Blog Azfar



31 Oktober ...Kalau ditanya tarikh ni ada apa-apa sambutan rasmi kat Malaysia ke, semestinya tak ada, melainkan nak sambut hari jadi ke, ulangtahun perkahwinan ke, tapi itu semua tolak tepi..


Mesti ramai yang tahu tarikh 31 Oktober ni berkaitan dengan sambutan/festival di luar negara, yang dikenali sebagai Halloween.

Hari Halloween, secara kasarnya, adalah sambutan peristiwa yang berkaitan dengan kematian dan roh si mati (hantulah kiranya). Mengikut sejarah, orang-orang zaman dulu menyambut hari ni (yang dulu dikenali sebagai hari All Hallows Eve, All Saints) untuk menghormati saudara atau rakyat sebangsa yang dah mati dengan bersembahyang dan mengadakan sedikit jamuan, agar roh-roh (hantu) tenang.

Sumber: www.theholidayspot.com/halloween/history.htm

Sambutan orang dulu dengan yang sekarang tak banyak bezanya, cuma orang sekarang lebih kreatif sikit untuk jadikan sambutan ni lebih meriah.

Kalau kita lihat mana-mana sumber, tak kira gambar atau video, kanak-kanaklah yang lebih seronok menyambut Hari Halloween. Kalau kita tengok balik yang Halloween ni berkaitan dengan roh si mati atau hantu, tak rasa takut ke budak-budak yang menyambutnya? Sebenarnya, sambutan ni tidaklah melibatkan orang-orang untuk pergi ke kubur, cari hantu dan kemudian sambut dengan hantu-hantu sekali..Kalau tak, mungkin mereka takkan sambut sampai sekarang rasanya...:P

Aktiviti yang terlibat lebih kepada jamuan makan dan sembahyang bersama saudara dan rakan sebangsa yang lain. Zaman sekarang ni pula, aktiviti menyambut Halloween menjadi lebih meriah...Salah satunya dengan memakai pakaian kostum yang berkaitan dengan hantu atau raksasa seperti ahli sihir (witch), raksasa Frankenstein, goblin, tengkorak dan macam-macam jenis lagi. Bagi mereka yang memakai kostum tersebut (biasanya budak-budak), akan pergi bersama-sama rakan yang lain dari ke rumah ke rumah, meminta gula-gula untuk sambutan Halloween yang dikenali sebagai Trick Or Treat.

Aktiviti lain pula melibatkan ramai orang ketika jamuan dilakukan, dimana kebanyakannya lebih kepada permainan yang menyeronokkan seperti 'apple bobbing' (permainan dengan cara mengambil epal yang terapung dalam besen air dengan menggunakan mulut saja).

Biasanya, mereka yang menyambut Halloween akan menghias rumah mereka dengan hiasan labu yang diukir dalam bentuk muka Jack O' Lantern, satu simbolik untuk perayaan Halloween untuk dijadikan sebagai tanglung. Selain tu, labu boleh diukir dalam mana-mana bentuk yang disukai.

Jadi, itulah sedikit sebanyak perkara tentang Hari Halloween ni. Info-info lain boleh cari kat ruang angkasa internet..:D

Jikalau peristiwa ni disambut di Malaysia, sudah tentulah yang beragama Islam tidak perlu menyambutnya kerana sambutan ni diadakan untuk menyembah dan memperingati semangat, roh bagi si mati, jadi dah tahulah hukumnya. Kalau semata-mata nak sambut hanya kerana niat nak berseronok tu, rasanya sambutan kat kenduri kahwin lebih meriah lagi...heh

Hujjah dan Dalil
Islam sangat prihatin dan menghendaki supaya umatnya mempunyai identiti yang tersendiri dan berbeza dengan identiti umat yang lain. Kerana itu penghayatan akidah Islam, pelaksanaan ibadah, muamalah dan akhlak serta tradisi-tradisi yang ada pada umat Islam tidak boleh sama dan serupa dengan umat lain. Dalam erti kata lain umat Islam tidak boleh mencampur adukkan akidah dan peribadatan agamanya dengan akidah dan peribadatan agama lain. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T. Bermaksud:

“Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.” (Al-Kafirun ayat 1-6)

Demikian juga penampilan peribadi umat Islam tidak boleh sama dengan umat lain dalam hal-hal bersifat individu, misalnya dalam hal berpakaian, minuman, hiasan rumah, gaya hidup, penampilan dan sebagainya. Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan hadith Rasulullah S.A.W. bermaksud :

“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak. ( Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus. (Al-Hajj ayat 67)


Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya, budaya dan amalan meraikan Halloween adalah DILARANG SAMA SEKALI oleh agama Islam. Ini adalah kerana perayaan tersebut mengandungi unsur-unsur ritual dan kepercayaan agama Kristian.

Sesungguhnya Allah itu tuhan yang maha penerima taubat. Bersegeralah bertaubat kepada-Nya.

Akhir kata
“Wahai kaumku! Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (untuk sementara waktu sahaja) dan sesungguhnya hari akhirat itulah sahaja negeri yang kekal.” (Al-Ghafir ayat 39)

 Sumber : Blog Azfar
             : Dakwah Islam

Sila Tinggalkan Komen Anda Selepas Membaca.
Tekan Like Jika Anda Suka Entri Ini .
Azmi Khan

3
Comment
Gambar Khinzir Jadi Pilihan


Susulan dari harga tiket yang mahal untuk final Piala Malaysia, Laman Web FAM telah di gondam  dan gambar haiwan yang bernama khinzir atau biasa orang panggil babi menjadi pilihan pengondam tersebut. kemarahan ini tercetus akibat kenyataan bongkak pihak FAM di dalam surat khabar

Berikut merupa keratan kenyataan FAM di dlm surat khabar :

Tajuk Utama : Harga Tiket RM50 wajar


SEKALIPUN berdepan banyak bantahan, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak berganjak dengan keputusannya menetapkan harga tiket RM50 bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia antara Terengganu dan Negeri Sembilan di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.


Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad (gambar) berkata pihaknya tidak bercadang menurunkan harga tiket kerana selepas kajian, Jawatankuasa Pertandingan Tempatan mendapati harga tiket itu adalah wajar.


“Harga tiket itu dianggap wajar kerana FAM terpaksa menanggung beberapa kos termasuk bayaran kepada pihak stadium, keselamatan dan beberapa faktor lain,” katanya semalam.


Penyokong kedua-dua pasukan turut membantah harga tiket itu yang selaras bagi semua tempat duduk stadium.


Beliau berkata, Malaysia adalah sebuah negara demokrasi dan penyokong bebas memilih untuk memulau perlawanan akhir nanti dan FAM tidak mempunyai sebarang kuasa bagi menyekat keputusan mereka.


Mengulas permintaan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek supaya FAM mengkaji semula harga tiket itu, beliau berkata FAM menghormati permintaan itu namun tidak akan berganjak daripada keputusan asal.


Ketika menggesa demikian kelmarin, Ahmad Shabery berkata harga tiket itu membebankan peminat dan rakyat.


Sementara itu, Kelab penyokong Bola Sepak Terengganu (Peteh) turut membidas kenaikan harga tiket secara mendadak itu.


Setiusaha Peteh, Wan Mohd Azmi Wan Ngah, berkata tindakan FAM disifatkan tidak profesional dan menyentap semangat penonton yang datang dari jauh bagi menyokong pasukan kesayangan mereka.


“Rata-rata penyokong bukannya daripada golongan berada dan RM50 adalah jumlah yang besar buat kami,” katanya.

Dipetik dari laman web Harian Metro

Di antara isi kandungan laman FAM yg telah digondam

1. Gambar logo FAM yang tertera gambar khinzir. selain itu nama Persatuan Bola Sepak Malaysia ditukar kepada Tuan Bola Sepak Malaysia. terdapat juga logo sign dollar yg membawa maksud gila duit. (agak2 je).

2. Terdapat dua buah video yang mengutuk FAM dan Polis.

3. Terdapat juga kata2 seperti berikut :
So hang ckp ni negara demokrasi eh? So kami tak puas kami godam ja.. Don`t blame us shithead u ask for it dlm suratkhabar ni. Penyokong bebas buat apex2 je

ade lagi ayat die dipenghujungnya tapi saya tak nak tulis kat cini.

Nak tengok ke? pergi la ke website FAM. Sementara stok masih ada. sy tidak mahu memaparkan logo tersebut di site ini.

kepada yang hack tu takde manafaat pun buat mcm tu sbb harga tiket bkn turun pun. wat tambah dosa korang je. Kepada FAM pulak, bola sepak negara baru je nak maju sikit so jangan la buat hal. mahal tu RM50. gaji sehari bekerja tu. tak masuk lagi tambang kenderaan nak g studium. dah kalau main mcm EPL takpe la jugak. ingat la sikit semuanye nak bg mahal je tp gaji bila lagi nak bagi naik. Renung-renungkan dan selamat berfikir. Majulah Sukan Untuk Negara.

Sumber : http://fam.org.my/


Sila Tinggalkan Komen Anda Selepas Membaca.
Tekan Like Jika Anda Suka Entri Ini .
Azmi Khan

2
Comment
Nabi Ishak A.S



Ishak (sekitar 1761 SM – 1638 SM) adalah putra kedua Nabi Ibrahim setelah Ismail yang beribu Sarah dan merupakan orang tua dari Nabi Yaqub.

Ishak diutus untuk masyarakat Kana’an di wilayah Al-Khalil Palestina. Kisah Nabi Ishak sangat sedikit diceritakan dalam Al-Qur’an. Nabi Ishak disebutkan dalam Al-Qur’an sebanyak 15 kali. Sedangkan keutamaan Nabi Ishak disebutkan 9 kali dan kenabian Ishak 10 kali. Dikatakan bahwa ia memiliki 2 anak dan meninggal di Alkhalil Hebron Palestina.

Nama Ishak berasal dari bahasa Yahudi Yiṣḥāq yang berarti tertawa / tersenyum. Kata itu didapatkan dari ibunya, Sarah yang tersenyum tidak percaya ketika mendapatkan kabar gembira dari malaikat Jibril.

Ishak bin Ibrahim bin Azara bin Nahur bin Suruj bin Ra’u bin Falij bin ‘Abir bin Syalih bin Arfahsad bin Syam bin Nuh. Ishaq menikah dengan Revkah binti Bethul menikah pada tahun 2088 SM. Dari pernikahan ini Ishaq memiliki dua anak kembar Yaqub dan Eswa (Isu).

Sebelum kelahiran Ishak, Sarah dan suaminya, Ibrahim mendapat kabar gembira dari Allah melalui malaikat Jibril. Dalam pesan itu malaikat Jibril menyampikan pesan bahwa Sarah akan melahirkan seorang anak laki-laki bernama Ishak yang kelak akan menjadi seorang nabi. Namun, Sarah tersenyum karena merasa heran dan aneh. Dia merasa aneh karena tidak mungkin dia dan suaminya dapat memberi keturunan jika usia mereka sudah cukup tua, aitu Sarah berusia 90 tahun dan Nabi Ibrahim 100 tahun. Ishaq pun akhirnya terlahir di kota Kana’an pada tahun 1761 SM.

Ishak merupakan anak kedua dari Nabi Ibrahim dan Sarah setelah Ismail. Bersama Ismail, ia menjadi penerus ayahnya untuk berdakwah di jalan Allah. Ketika Ibrahim telah sangat tua, Ishak belum juga menikah. Ibrahim tidak mengizinkan Ishak menikah dengan wanita Kana’an karena masyarakatnya tidak mengenal Allah dan asing terhadap keluarganya. Karena itu, Ibrahim memerintah seorang pelayan untuk pergi ke Harran, Irak dan membawa seorang perempuan dari keluarganya. Perempuan yang dimaksud itu adalah adalah Rafqah binti Batuwael bin Nahur, saudara Ibrahim yang kemudian dinikahkan dengan Ishak.

Setelah 10 tahun Ishaq menikah dengan Rafqah, lahirlah dua anak kembar. Anak pertama diberi nama Al-Aish dan anak kedua Yaqub yang lahir dengan memegang kaki saudaranya. Ishak lebih menyayangi Al-Aish daripada Yaqub. Dari Ishak-lah kemudian terlahir nabi-nabi Bani Israil. Menurut salah satu riwayat, Ishaq meninggal pada usia 180 tahun.

NABI ISHAK, anak kedua Nabi Ibrahim daripada perkahwinannya dengan Sarah adalah seorang anak yang soleh. Perkataan Ishak berasal daripada bahasa Ibrani, iaitu Yashhak. Ia diistilahkan demikian kerana ibunya tertawa bersendirian apabila mengetahui dia bakal melahirkan anak.

Nabi Ishak dilahirkan ketika ibunya berusia 90 tahun, manakala bapanya 100 tahun. Ini disebabkan Sarah sebelum itu mandul dan kelahiran Ishak terlalu lama jaraknya dengan kelahiran Ismail oleh ibunya, Hajar. Jadi, tidak hairan Sarah tertawa bersendirian kerana gembira apabila diberitahu malaikat dia bakal melahirkan anak.

Jika keturunan Nabi Ismail melahirkan bangsa Arab Musta’ribah, keturunan Nabi Ishak pula melahirkan Bani Israel. Bermula daripada anaknya, Yaakub, muncul ramai nabi dari kalangan Bani Israel. Firman Allah: “Dan Kami jadikan kenabian dan al-Kitab pada keturunannya.”

Ishak adalah seorang yang soleh. Keberkatannya dikhususkan Allah seperti keberkatan pada bapanya, Nabi Ibrahim. Firman Allah yang bermaksud: “Dan Kami beri dia khabar gembira dengan (kelahiran) Ishak, seorang nabi yang termasuk orang soleh. Kami limpahkan keberkatan atasnya dan atas Ishak dan antara cucunya ada yang berbuat baik dan ada yang zalim terhadap dirinya sendiri dengan nyata.”

Allah menghuraikan kebijaksanaan Ibrahim, anaknya, Ishak dan cucunya, Yaakub dalam firmannya: “Dan ingatlah hamba Kami bahawa Ibrahim, Ishak dan Yaakub mempunyai perbuatan besar dan ilmu yang tinggi. Sesungguhnya Kami telah menyucikan mereka dengan (menganugerahkan mereka) akhlak tinggi, iaitu sentiasa mengingatkan (manusia) kepada akhirat. Dan mereka pada sisi Kami benar-benar termasuk orang pilihan yang paling baik.”

Kenabian Ishak juga dijelaskan Allah melalui firman-Nya yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami telah memberikan wahyu kepadanya sebagaimana Kami telah memberikan wahyu kepada Nuh dan nabi yang kemudiannya. Dan Kami telah memberikan wahyu kepada Ibrahim, Ismail, Ishak, Yaakub dan anak cucunya, Isa, Yunus, Harun, Sulaiman. Dan Kami berikan Zabur kepada Daud.”

Al-Quran tidak menjelaskan mengenai Nabi Ishak secara khusus. Namun menurut riwayat, pada saat Nabi Ibrahim hampir menemui ajal, Nabi Ishak mahu berkahwin. Tetapi Nabi Ibrahim tidak mahu Ishak berkahwin dengan wanita Kan’an kerana mereka tidak mengenali Allah.

Bapanya kemudian mengutuskan seorang hamba untuk melamar gadis di Hanan (Iraq). Gadis yang dipilih bernama Rifqah binti Bitauel bin Nahur. Nahur adalah saudara Nabi Ibrahim, manakala Rifqah adalah cucu saudaranya.

Genap 10 tahun perkahwinan mereka, Ishak dikurniakan dua anak lelaki, iaitu ‘Iso (dalam bahasa Arab disebut Al-Ish) dan Yaakub. Ishak lebih menyayangi Al-Ish daripada Yaakub kerana berasa tidak senang berikutan Rifqah menyayangi Yaakub.

Ishak selalu meminta Al-Ish menghidangkan makanan untuknya, namun pada satu ketika Rifqah meminta Yaakub terlebih dulu menghidangkan makanan. Kemudian Ishak terus makan dan mendoakan kebaikan untuk Yaakub. Al-Ish yang nampak keadaan itu lantas memarahi Yaakub, lalu mengugut saudaranya itu.

Rifqah yang melihat kejadian itu meminta kebenaran Ishak untuk menyuruh Yaakub pergi ke rumah saudaranya bernama Laban di kawasan Haron, Iraq. Ini bertujuan supaya Yaakub akhirnya tinggal di sana dan berkahwin dengan anak saudaranya. Setiba di Haron, Yaakub menghambakan diri kepada ibu saudaranya itu.

Dia ingin berkahwin dengan anak gadis ibu saudaranya yang bernama Rahil. Tetapi bapa saudaranya mahu mengahwinkannya dengan Lai’ah, iaitu kakak kepada Rahil.

Yaakub berkata: “Saya hanya mahu berkahwin dengan Rahil, puteri pak cik yang lebih cantik berbanding kakaknya.” Bapa saudaranya berkata: “Menurut kebiasaan, kami tidak memperkenankan perkahwinan anak yang lebih muda mendahului kakaknya. Jika kamu mahukan adiknya, kamu perlu bekerja lagi selama tujuh tahun.”

Bagaimanapun, akhirnya Yaakub mengahwini kedua-dua anak bapa saudaranya itu (syariat yang diizinkan ketika itu). Yaakub tinggal selama 20 tahun bersama ibu dan bapa saudaranya sebelum kembali ke pangkuan keluarganya di Kan’an (Palestin). Yaakub berasa kepulangan akan dihalang saudaranya, Al-Ish.

Bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini, Yaakub mengutuskan anaknya supaya memberikan hadiah kepada Al-Ish, sekaligus menggembirakannya. Al-Ish mengosongkan kediamannya kepada Yaakub, manakala dia sendiri berpindah ke gunung Sya’ir.

Yaakub terus berada di samping bapanya. Selepas itu, Nabi Ishak memberikan tempat tinggal di Habrun kepada Yaakub. Kawasan itu kemudian dipanggil Al-Halil.

Ahli sejarah menjelaskan nama Yaakub digunakan sebagai perkataan Israel. Isra membawa erti hamba, kesucian, manusia atau muhajir, manakala el bererti Allah. Jadi, Israel adalah merujuk kepada hamba daripada kesucian Allah.

Nabi Ishak yang wafat ketika berusia 180 tahun dikebumikan di Jirun (kini Madinah). Ada juga mengatakan nabi Ishak disemadikan di al-Mughirah, tempat bapanya dikebumikan.

Sumber : Jalan Akhirat

Sila tinggalkan komen anda selepas membaca........ Terima Kasih.......

12
Comment
Sekadar Bekongsi : Gambar Ilusi Mainan Mata

 
 

Goyangkan kepala anda ke kiri dan kanan dengan laju baru anda akan nampak imej manusia dalam gambar ni.

Pastu cuba orang bagi tau gambar siapa kat gambar tu....

Nasihat ikhlas saya jangan goyang kepala waktu ramai orang nanti orang ingat korang giler lak... haha....



Sila Tinggalkan Komen Anda Selepas Membaca.
Tekan Like Jika Anda Suka Entri Ini .
Azmi Khan

10
Comment
Pengakuan Seorang Lelaki : Aku Sayang Gila Awek Aku


saya suka tengok jari awek saya...cantik betul..
sungguh! sampai takut nak pegang...bukan takut
patah... tapi takut nanti jari kitorang tak boleh
tolong each other di satu hari yang giler forever
depan yang maha Esa...

saya suka tengok rambut awek saya...cantik
betol... sungguh! sebab tu saya belikan tudung...
bukan sebab jeles orang lain tgk jugak.... tapi
sebab saya nak tgk rambut iklan pantene dia
sampai bila2... takut nanti terbakar dek api
neraka di suatu hari yang giler forever

saya suka tgk body awek saya...cantik betol...
sungguh! sebab tu saya belikan dia telekong
supaya mase die dating dengan Kekasih die
Yang Utama dia lagi cantik dan berseri
menghadapNya. saya pun tumpang dapat pahala.
pheh syoknye...

saya sedih tengok awek saya tak tido tak makan
rindu kat saya... saya pun macam tu jugak,ada
problem yang sama.. die tanya apa ubatnya?
saya pun bagi die Quran untuk penenang jiwa...
semoga lebih cintakanNya dari saya...

saya sedih tengok awek saya selalu pesan
macam2 kat saya.. "makan, minum, drive elok2
tau.. nanti awak sakit saye susah ati bla bla bla
bla" katenya.. tapi bila tengok movie sama2 burn
asar maghrib gitu aje die tak kata satu aper pun..
berdosanye saya....

kesimpulannya saya memang sayang dia.. nak
jumper die giler forever.. yang forever punye
forever.. di dunia dan akhirat terutamanya,
janji nak share heaven sama2.. bahagia
selamanya...

semoga kami saling mengingati, dosa sendiri pun
infiniti... nak tanggung dosa dia lagi pulak lepas
ni... semoga kami menginsafi diri... Ya Allah
ampunkanlah kami.... semoga kami dapat
bersama selamanya nanti...

Amin..



Sila Tinggalkan Komen Anda Selepas Membaca.
Tekan Like Jika Anda Suka Entri Ini .
Azmi Khan

15
Comment
Apabila Manusia Mula menjadi Kejam

Kes Pertama : Pembunuhan Kejam Ke Atas Makhluk Allah Yang Bernama Haiwan



Kesian bila kita melihat haiwan kesayangan Nabi di perlakukan sebegini. Dimanakah rasanya nilai kasih sayang sebagai manusia. Lihatlah kucing ini di bakar secara hidup-hidup.
Sumber : Facebook Wanita Melayu Islam Jangan Pakai Baju Ketat Di Tempat Awam

Kes Kedua : Pembunuhan Kejam Ke Atas Makhluk Allah Yang Bernama Manusia



*Bila hidup tidak berpandukan iman yg sempurna,maka syaitanlah yg akan menjadi penunjuk jalannya...nauzzubillahiminzaliq.

BETONG: Hanya kerana teman lelaki tidak mahu menerima anak luar nikah dalam kandungannya, seorang pelajar berusia 16 tahun mengelar bayi perempuan baru dilahirkannya sehingga mati dan perut terburai di bilik asrama sekolahnya di sini, semalam.

Kejadian menggemparkan itu berlaku kira-kira jam 7.40 pagi dan pelajar tingkatan empat terbabit dikatakan melahirkan bayi cukup sifat sebelum dia mengelar bayinya yang masih hidup itu dengan pisau pemotong sayur sepanjang 15 sentimeter.

Sumber berkata, sebelum kejadian, pelajar terbabit dikatakan gagal hadir ke kelas sehingga menimbulkan rasa curiga seorang guru lelaki berusia 41 tahun yang kemudian ke bilik asramanya.

Menurutnya, sebaik tiba di bilik pelajar berkenaan, guru itu terkejut apabila mendapati satu mayat bayi perempuan cukup sifat berlumuran darah di atas lantai berhampiran katil suspek...

Sumber : Nur Mujahidah

Kes nie jadi top list 9 bulan selepas Tahun Baru, 9 bulan selepas Hari Kekasih, dan 9 bulan selepas Hari Kemerdekaan Negara.


Kes Ketiga : Manusia Yang Tidak Berperikemanusiaan



Budak kecil umur 2 tahun je di perlakukan seperti binatang. nie kes langgar lari dimana budak kecil ini dilanggar oleh sebuah van dan dibiarkan tanpa sebarang bantuaan. yang lalu lalang cuma melihat je mcm tgk wayang plak.


Sila share dengan klik butang LIKE
Sila Tinggalkan Komen Anda Selepas Membaca.
Tekan Like Jika Anda Suka Entri Ini .
Azmi Khan

9
Comment
Alkohol Dalam Makanan, Minuman, Pewangi Dan Ubat-Ubatan


FATWA MAJLIS FATWA KEBANGSAAN

Berikut ini adalah petikan dari kertas kerja perbincangan Majlis Fatwa Kebangsaan mengenai hukum alkohol. Anda boleh mendapatkan secara lengkap kertas kerja ini dengan menulis surat kepada Pusat Islam.
Dan, kami memohon kemaafan atas kesilapan ejaan yang berlaku (jika ada).


Alkohol terdiri daripada berbagai-bagai bahan bahan kimia iaitu Ethanol atau ethyl alkohol, Bothanal dan lain-lain lagi. Dalam
minuman keras ethanol, ialah bahan yang menyebabkan mabuk dan ia merupakan bahan yang terbanyak sekali dicampurkan.

1) Setiap minuman arak mengandungi alkohol bukan alkohol itu dari arak. Alkohol dari proses pembuatan arak hukumnya haram dan najis, tetapi alkohol yang dibuat bukan melalui proses pembuatan arak maka hukumnya tidak najis dan tidak haram diminum.

2) Minuman ringan yang dibuat sama caranya dengan arak samaada mengandungi sedikit alkohol atau alkoholnya disulingkan adalah haram diminum.

3) Minuman yang dibuat bukan untuk dijadikan arak atau bukan yang memabukkan dan tidak sama caranya dengan proses arak adalah halal diminum.

4) Alkohol yang terjadi sampingan dalam proses pembuatan makanan tidak najis dan halal dimakan.

5) Ubat-ubatan dan pewangi yang ada kandungan alkohol adalah dimaafkan.

1. Penggunaan alkohol dalam bahan citarasa (Flavour) minuman ringan ini.
2. Proses pembuatan minuman ringan tidak sama dengan pembuatan arak, oleh itu minuman ringan halal diminum kerana ia tidak memabukkan dan tidak memberi mudharat kepada orang yang meminumnya.

Menurut kitab"AlFiqh Al-Muzahibil ar'baah " dalam bab "An najasat juzu 1, Alkohol yang dimasukkan ke dalam minyak wangi untuk menahan minyak wangi agar tahan lama atau untuk menaikkan roti adalah harus.

Bersandarkan kepada kenyataan ini boleh dikiaskan kepada penggunaan alkohol dalam minuman ringan.

Jawatan kuasa fatwa telah memberitahu bahawa alkohol ialah nama yang digunakan di dalam kaedah saintifik kepada sebatian yang mempunyai kumpulan (Ho). Dua jenis alkohol yang paling baik ialah
1. Methyl alkohol (Methanol) atau alkohol (kayu)
2. Ethily alkohol (Ethanol) atau alkohol biji-bijian.

· Methyl alkohol (methanol) tidak digunakan untuk minuman kerana ia merupakan racun yang kuat, manakala ethly alkohol digunakan sebagai campuran di dalam minuman keras.

Penyediaan alkohol boleh dibuat melalui dua cara, iaitu:
a. Penyediaan dalam makmal
b. Penyediaan dalam industri.

Alkohol amat berguna sebagai bahan aktif dalam minuman, makanan dan ubat-ubatan dan sebagai bahan pelarut seperti untuk bawa alat solek dan minyak wangi.

Pada umunnya alkohol adalah bahaya dan beracun ia ada daya pembunuh dan memabukkan serta merosakkan anggota tubuh badan. Arak adalah memabukkan dan ia adalah haram seperti sabda nabi S.A.W "Setiap yang memabukkan itu
haram. Setiap yang memabukkan arak. Setiap yang memabukkan itu arak dan setiap yang memabukkan itu haram."(HR Muslim)

Lembaga Fatwa Al-Azhar berpendapat bahawa alkohol itu tidak najis manakala arak tetap najis.

Setelah membincangkan perkara ini dengan panjang lebar maka jawatankuasa mengambil keputusan bahawa minuman ringan yang dibuat sama caranya dengan arak adalah haram alkohol yang terjadi sampingan dalam proses pembuatan makanan tidak
najis dan boleh di makan.

Ubat-ubatan dan pewangi yang ada kandugan alkohol adalah harus dan dimaafkan.

*****************
Berikut ini adalah nukilan hasil muzakarah Majlis Muzakarah al-Azhar Panji Masyarakat (Islam dan masalah-masalah kemasyarakatan, terbitan pustaka panjimas, Jakarta, tahun 1983, hal. 427):

MEMAKAI ALKOHOL DAN MINYAK WANGI


Dari M. Arif Bizrie Mardani, Banjarmasin Kalsel dan MZ Bondowoso, Pondok Pasentren Nurul Jadid, Probolinggo, Jatim.

Pertanyaan:
Bagaimana hukum alkohol dalam minyak wangi?

Jawaban:
Mengenai alkohol di dalam minyak wangi, telah majelis terangkan. Bimbingan pribadipun telah menguraikannya pada Panjimas yang baru lalu. Hukumnya tidak haram. Memakai minyak wangi, malah disunatkan. Namun sekedar tambahan bagi saudara, Majelis terangkan jualah, sepanjang Majelis ketahui, yakni:
Alkohol, adalah sebangsa gas cair (fluida).

Gas mempunyai sifat:
- Kemampuan berpindah tempat dengan kecepatan yang besar dan mempunyai tenaga kinetik tinggi. Energi kinetik akan menaik, bila temperatur menaik (dinaikkan).
- Campuran molekul-molekul gas, adalah merata. Molekul gas bergerak bebas ke segala arah dalam garis lurus dan tidak hilang energinya, akibat tubrukan antara sesama molekul tadi itu.
- Menempati volume yang lebih besar, dibandingkan dengan zat padat atau cair dalam berat yang sama.

Oleh kerana sifat-sifat yang diterangkan di atas, maka setetes minyak wangi, yang telah beremulasi dengan gas (dalam hal ini alkohol yang dicairkan tadi), maka bau wangi itu ikut idbawa sebar dengan cepat dan ruang sebar (volume sebar)nya pun sama dengan ruang alkohol tadi yang mempunyai energi kinetik: Ek=1/2 mv2.

****************
Berikut ini pula adalah pendapat almarhum Syeikh Sya'rawi rh di dalam Anta tas'al Wa Islam tujib.:

Soal: Apakah memakai perfume yang mengandungi alkohol haram hukumnya?

Jawab: Memakai perfume yang mengandungi alkohol halal hukumnya. Alkohol menjadi haram jika diminum untuk bermabuk-mabuk.

Jika ia dipakai untuk tujuan baik, contohnya untuk bahan bakar, hukumnya tidak haram. Alkohol tidak najis. Ada beberapa negara Islam melarang import Eau'De Cologne yang mengandungi alkohol. Misalnya disalahgunakan untuk diminum dan bermabuk-mabuk.

Wanita boleh memakai perfume hanya di dalam rumah sahaja. Jika keluar rumah, dilarang memakainya. Sebab, dapat mengundang perhatian lelaki dan memberi rangsangan.

Kesimpulan

Berdasarkan penjelasan di atas, dapat kita fahami bahawa alkohol yang terdapat di dalam perfume adalah suci dan boleh dipakai untuk mengerjakan sembahyang tanpa ragu-ragu lagi.

Mengapa ia perlu diterima tanpa ragu-ragu? Kerana fatwa ini dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Perbincangan yang dilakukan bukan dari kalangan para ulamak sahaja, malah telah membabitkan sekali mereka yang berkepakaran dalam bidang berkenaan.

Ini dikuatkan dengan fatwa dari Lembaga Fatwa al-Azhar, yang semua orang tahu dengan ketokohan para ulamaknya.

Begitu kuat, di kukuhkan lagi dengan pandangan almarhum Syeikh al-Sya'rawi r.h., yang juga masyhur dengan penguasaannya bukan sahaja dalam ilmu-ilmu agama bahkan ilmu pengetahuan umum lainnya.

Mahu ikut yang mana.. ? Alkohol najis ataupun tidak? Ada sebahagian ulamak yang mengatakannya sebagai najis (tidak dibahaskan) dan sebahagiannya mengatakan tidak najis?

Firman Allah:
"Bertanyalah kepada orang yang tahu (ahli) jika kamu tidak mengetahui." (Al-Anbiya':7)

Menurut al-Amidi, Ibnu al-Najib dan Kamal al-Humam, bahawa bertaqlid kepada seorang mujtahid tertentu tidak wajib. Dalam satu masalah seseorang boleh mengikut fatwa seorang mujtahid dan dalam satu masalah yang lain dia boleh mengikut pendapat dari mujtahid yang lain. Atas dasar inilah maka seseorang yang mengikut satu-satu mazhab tidak wajib melazimi (terus mengikut mazhab itu sahaja) dalam setiap masalah yang difatwakan oleh imam mazhab berkenaan.

Bermakna, kita boleh mengikut fatwa di atas tanpa merasa rimas dengan keterikatan kita kepada mana-mana pandangan mazhab sebelum ini.

Jika saudara membaca kenyataan dan fatwa di atas, dan faham dengan hujah-hujahnya, maka tanpa ragu-ragu.. saudara ikut fatwanya, bermakna saudara tidak buta-buta bertaqlid. Saudara tahu dan faham hujahnya. Cara inilah yang patut diikuti oleh setiap umat Islam. Sikap taqlid membabi-buta dan bertindak berdasarkan desas-desus adalah satu sikap yang tidak diterima di dalam Islam. Umat Islam dahulu boleh bergerak maju kerana tindakannya berdasarkan hujah dan fakta yang jelas. Bukan
desas-desus dan khbar-khabar angin.

Seperkara lagi ialah, masalah alkohol di dalam perfume ini adalah masalah khilafiyah. Jumhur ulamak bersepakat menyatakan bahawa khamar dan jenis-jenis arak yang lain adalah najis. Kemudian mereka berbeda pendapat pula mengenai apakah kandungan alkohol yang ada pada benda-benda selain arak juga termasuk najis atau tidak?

Sebagaimana yang sering AL-AHKAM serukan, janganlah pula kita berkelahi hanya kerana masalah alkohol dalam perfume itu najis ataupun tidak.. Tidak tentu juga, kerana khuatir juga, nanti satu kampung berkelahi sebab masalah ini.

Sekian adanya. Wallahu a'lam.
Sumber : Halaqah.net

p/s : Minyak wangi beralkohol boleh dibawa solat . Ubat-ubatan yang dicampur Alkohol adalah harus dan dimaafkan.


Sila Tinggalkan Komen Anda Selepas Membaca.
Tekan Like Jika Anda Suka Entri Ini .
Azmi Khan

8
Comment
Kanser Hati : Pembunuh Secara Senyap


Apakah itu kanser hati?
Kebanyakan kanser mengambil sempena nama bahagian tubuh di mana kanser tersebut bermula. Kanser hati primer terjadi apabila sel-sel hati berubah dan menjadi malignan. Ia berasal dari hati bukan hasil perebakan (metastasis). Metastasis berlaku apabila sel-sel kanser yang berasal dari bahagian lain dalam tubuh manusia merebak ke hati. Kanser hati ini juga dikenali sebagai hepatoma.

Bagaimanakah kanser hati ini boleh diperjelaskan?
Kanser hati ataupun hepatoma ini biasanya lebih lazim berlaku di negara-negara Asia. Secara purata, pesakit kanser ini kebanyakannya berumur antara 40 hingga 50 tahun. Ia didapati empat kali ganda lebih kerap berlaku di kalangan kaum lelaki berbanding dengan kaum wanita .

Tumor hati merupakan sejenis kanser yang jarang berlaku di dunia Barat. Tetapi ia merupakan antara beberapa jenis kanser yang paling biasa menyerang penduduk-penduduk Asia dan Afrika.

Tumor hati primer iaitu tumor yang bermula dari tisu hati itu sendiri boleh di bahagikan kepada tumor benigna dan tumor malignan.

Tumor benigna hati:
Adalah lebih biasa berlaku berbanding dengan tumor hati malignan.
Ianya termasuk hemangioma, adenoma dan hiperplasia nodul fokal.

Tumor malignan hati:
Termasuklah hepatoma (kanser hati primer), kanser kolangioselular, gabungan kanser hepato-kolangioselular dan angiosarkoma.

TUMOR BENIGNA HATI

a)Hemangioma
Hemangioma merupakan tumor hati yang paling biasa berlaku.
Kerapkalinya ia dikesan secara kebetulan melalui pengimbasan CT atau ultrasound.
Pengimejan resonan magnetik (MRI) juga digunakan untuk membuat diagnosis hemangioma.
Rawatan bagi kebanyakan penyakit ini termasuklah:
Apabila ketumbuhan menimbulkan gejala, pembedahan merupakan rawatan pilihan. Pembedahannya bergantung pada saiz dan kedudukan atau lokasi ketumbuhan tersebut. Ia mungkin merupakan hanya satu pembedahan kecil (reseksi) atau satu pembedahan lanjutan hepatektomi (eksisi organ hati).
Jika pembedahan dilakukan, ia biasanya diikuti dengan rawatan sinaran atau radiasi.

b)Adenoma
Tumor jenis ini lebih lazim berlaku di kalangan kaum wanita muda yang mengambil pil perancang keluarga (kontraseptik) terlalu lama.
Selalunya terdapat ketulan dalam abdomen dan terasa sakit.
Kira-kira 1/3 dari pesakit mengalami pendarahan sekunder dalam abdomen dan tumor pecah.
Kebanyakan pesakit yang mendapat tumor ini akan dibedah. Tujuannya adalah sama ada disebabkan oleh pendarahan itu ataupun untuk mengesahkan diagnosis ketumbuhan tersebut.

c)Hiperplasia nodul fokal
Ketumbuhan ini selalunya tidak menimbulkan sebarang gejala dan ditemui secara kebetulan.
Pesakit yang mengalami kesakitan sebagai gejala awal atau primer mungkin memerlukan pembedahan. Rawatan pembedahan biasanya dilakukan ke atas mereka yang ada gejala atau di kalangan mereka yang diagnosisnya tidak dapat dipastikan.


TUMOR MALIGNAN HATI YANG LAIN

a)Kolangiokarsinoma
Kolangiokarsinoma merupakan tumor malignan hati yang berasal dari duktus hempedu. Ia boleh dibezakan dengan hepatoma (kanser hati primer) melalui perkaitannya dengan penghasilan musin dan tindak balas tisu berseratnya yang tebal. Pesakit selalunya diserang demam, jaundis (kekuningan kulit dan bahagian mata yang putih) dan kesakitan.

Tumor ini sukar dirawat kerana ia tidak dapat dibedah disebabkan ia multisentrik (mempunyai banyak pusat). Terapi sinaran dan kemoterapi didapati tidak berkesan untuk merawat kanser jenis ini.

b)Angiosarkoma
Kanser hati jenis ini jarang berlaku. Ia biasanya multisentrik. Tumor ini lazimnya besar, multisentrik dan mudah merebak. Pesakit selalunya mengadu sakit abdomen, terasa letih, penurunan berat badan, anoreksia (hilang selera makan) dan perut membuncit. Pesakit juga mungkin mendapat jaundis.

Diagnosis dibuat melalui arteriografi dan diikuti oleh pengimbasan CT. Prognosis (kesan) bagi penyakit ini adalah tidak baik - kemandirian hanya beberapa bulan sahaja dan tidak banyak yang boleh dilakukan untuk menyelamatkan pesakit.

Bagaimanakah kanser hati ini terbentuk?
Hati merupakan organ utama dalam tubuh manusia yang bertanggungjawab menyingkirkan toksin, dadah dan racun keluar dari tubuh. Ini dilakukan dengan memecahkan toksin tersebut kepada sebatian berpigmen dan kemudiannya diangkut keluar melalui duktus ke dalam usus. Apabila virus, dadah atau alkohol merosakkan hati, sebatian berpigmen ini akan terkumpul, menyebabkan berlakunya jaundis, atau kekuningan bahagian mata putih. Biasanya sel-sel hati inilah yang menjadi kanser.

Terdapat pelbagai bentuk atau pola histologi bagi hepatoma. Hepatoma boleh wujud dalam dua bentuk: Tumpuan (fokus) dan berbaur. Bentuk fokus atau tumpuan ini dapat dilihat sebagai jisim yang bulat atau berlobul, biasanya wujud dalam jumlah yang banyak. Bentuk berbaur atau tersebar pula lebih sukar untuk didiagnoskan.

Dari sampel spesimen yang telah dipotong didapati kebanyakan kes hepatoma ini telah merebak ke bahagian vena portal. Ini boleh melibatkan vena hepatik, vena kava, dan vena portal dan dipercayai merupakan punca utama metastasis.

Apakah faktor-faktor yang boleh meningkatkan risiko kanser hati?
Mereka yang berisiko termasuklah:
Peminum alkohol.
Pembawa Hepatitis B.

Ingat:
Elakkan pengambilan alkohol yang berlebihan. Ia dikaitkan begitu rapat sekali dengan masalah kanser hati terutama di negara-negara maju.
Pembawa Hepatitis B berisiko lebih tinggi untuk mendapat kanser hati terutamanya jika mereka memiliki virus yang aktif ataupun jika mereka mengalami kerosakan hati*.


Apakah tanda-tanda dan gejala kanser hati?
Terdapat beberapa gejala yang anda perlu ketahui:
Gejala-gejala yang utama adalah kesakitan di bahagian abdomen, susut berat badan dan hilang selera makan. Gejala-gejala ini juga wujud apabila hati dijangkiti virus seperti Hepatitis A atau B. Berwaspadalah kerana hampir 30% dari pesakit tidak menunjukkan sebarang gejala.
Demam yang tidak diketahui puncanya juga merupakan gejala yang biasa berlaku.
Asites atau busung (pengumpulan cecair dalam rerongga peritoneum yang menyebabkan abdomen menjadi kembung). Cecair ini biasanya mengandungi kandungan protein yang tinggi dan mungkin bercampur dengan darah.

Bagaimanakah kedudukan penyakit ini?
Kanser hati merupakan penyebab utama yang ketiga kematian akibat kanser di seluruh dunia (450,000 - 1,000,000 kematian setahun di seluruh dunia). Secara globalnya, kira-kira 80% daripada jumlah kematian dikaitkan dengan jangkitan Hepatitis B (dengan atau tanpa pendedahan kepada aflatoksin) manakala 15% lagi dikaitkan dengan sirosis Hepatitis C yang kronik.

Angka sebenar mengenai kanser di Malaysia masih tidak diketahui. Kanser merupakan di antara tiga penyebab utama kematian di hospital-hospital kerajaan di Semenanjung Malaysia dan akan terus menjadi semakin penting untuk diberi perhatian. Insidens atau kejadian kanser di Malaysia dianggarkan sebanyak 130 bagi setiap 100,000 penduduk. Berdasarkan kepada Laporan Kementerian Kesihatan*, kanser hati merupakan di antara 10 kanser yang paling kerap dikesan di Institut Radioterapi & Onkologi, Hospital Kuala Lumpur. Pada tahun 1997, kematian yang disebabkan oleh kanser hati merangkumi sebanyak 9.1% dari kematian yang disebabkan oleh kanser di Malaysia.

Apakah komplikasi yang mungkin boleh terjadi?

Metastasis - kanser tersebut boleh merebak ke bahagian-bahagian badan yang lain.

Apakah ujian yang boleh dilakukan untuk mengesan kanser hati?

Ujian darah untuk mengukur kandungan alfa-fetoprotein (AFP) - sejenis penanda tumor - bagi pesakit kanser hati, ia akan menunjukkan peningkatan sebanyak 80%. AFP juga boleh meningkat semasa kehamilan ataupun dalam kanser-kanser jenis lain. Ujian fungsi hati juga berfaedah untuk menentukan tahap kerosakan pada hati.

Ultrasonografi ataupun pengimbas CT (Tomografi Berkomputer) untuk mengimbas hati adalah penting dalam membuat diagnosis. Apabila diagnosis telah dibuat, angiografi mungkin diperlukan untuk memastikan sama ada pembedahan boleh dilakukan ataupun tidak. Ketika angiografi dijalankan, sejenis pewarna X-ray akan disuntik ke dalam saluran darah di bahagian kelangkang pesakit. Kemudiannya, beberapa pengimejan X-ray hati akan diambil. Pewarna yang disuntik itu akan bergerak menuju ke hati dan menunjukkan garis bentuk kedudukan serta keadaan kanser yang dipaparkan dalam X-ray.

Biopsi - teknik biopsi perkutaneus meliputi penyedutan sitologi menggunakan jarum halus (FNA - Fine Needle Aspiration) ataupun biopsi jarum teras (Core Needle Biopsy). Biopsi jarum ini boleh dilaksanakan secara langsung dengan bantuan ultrasound ataupun CT, secara tidak langsung ke dalam jisim yang boleh dirasa, ataupun dengan menggunakan peralatan laparoskop.


Apakah jenis rawatan yang boleh diberikan?

Kemoterapi menggunakan dadah untuk merawat kanser. Dadah-dadah ini bertindak dengan mengganggu pertumbuhan sel-sel kanser dan seterusnya membunuh sel-sel kanser tersebut. Kemoterapi boleh diberikan dengan pelbagai cara. Rawatan keseluruhan badan dikenali sebagai 'kemoterapi sistemik', manakala rawatan di sesuatu bahagian tertentu dikenali sebagai 'kemoterapi setempat'. Kemoterapi diberikan melalui pelbagai cara: secara oral (melalui mulut), melalui vena (intravena) ataupun melalui arteri (intra-arteri).

Kemoterapi dan radioterapi memainkan peranan yang kecil sahaja dalam rawatan kanser hati. Dadah-dadah kemoterapi hanya mampu mengecutkan kanser di kalangan kira-kira 30% pesakit. Kesan sampingan seperti keguguran rambut yang sementara, rasa loya dan muntah-muntah, penurunan jumlah sel darah putih dan rasa letih (letargi) boleh berlaku. Rawatan hormon juga merupakan rawatan yang masih di dalam percubaan di beberapa negara.

Terapi radiasi atau sinaran memainkan peranan yang kecil sahaja di dalam merawat kanser hati ini. Kebanyakan tumor primer yang merebak ke hati mewujudkan pertentangan terhadap terapi sinaran, manakala hati yang sihat sangat mudah terjejas oleh radiasi. Terapi pancaran sinaran luaran ataupun gabungannya dengan kemoterapi digunakan sebagai rawatan paliatif (rawatan untuk melegakan sahaja tetapi tidak boleh memulihkan) bagi hepatoma. Rawatannya akan menjadi lebih berkesan jika kanser tersebut dikesan awal.

a) RAWATAN AM
Rawatan pilihan utama kanser hati ialah pembedahan dan diikuti dengan kemoterapi dan terapi sinaran atau radiasi.

b) RAWATAN BUKAN FARMAKOLOGI
Walaupun pelbagai kemajuan telah dicapai dalam kaedah rawatan pelbagai jenis kanser sejak sedekad yang lalu tetapi, rawatan bagi kanser hati tetap sukar dan mencabar. Keadaan hati yang teruk disebabkan sirosis dan juga hepatitis kronik selalunya membataskan pemilihan terhadap rawatan. Sehingga kini, pemilihan rawatan adalah amat terhad.

c) Pembedahan
Pembedahan bergantung kepada saiz dan lokasi kanser hati dan juga keadaan bahagian hati yang lain. Hepatoma berbaur dan juga hati yang mengalami sirosis teruk biasanya dianggap sebagai tidak boleh lagi dibedah. Bagi ketumbuhan yang kecil, cuma sebahagian daripada segmen atau satu segmen pada hati sahaja akan dibuang. Ini merupakan pilihan yang selalu dibuat terutamanya jika terjadinya sirosis. Ketumbuhan atau lesi yang lebih besar memerlukan pembedahan untuk membuang bahagian yang lebih besar atau beberapa segmen hati. Kadar kematian disebabkan pembedahan bergantung pada jumlah tisu yang dibuang dan jumlah tisu yang kekal selepas pembedahan. Jenis dan keterukan kanser, kewujudan sirosis dan hepatitis menentukan kemandirian pesakit.

Apakah prognosis bagi kanser hati?
Purata pesakit kanser hati dilapor dapat meneruskan hidup hanya untuk jangka 4-8 bulan sahaja selepas didiagnos. Keterukan kanser hati, kerosakan hati yang awal disebabkan oleh hepatitis B atau pengambilan alkohol dan kebolehbedahan kanser tersebut, akan menentukan kemandirian pesakit kanser hati. Jika pembedahan mampu memulihkan kanser, peluang untuk pesakit meneruskan hidupnya selama 5 tahun lagi adalah tinggi, hampir 46%.

Bagaimanakah kanser hati ini boleh dicegah?
Antara langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil ialah:
Dapatkan imunisasi Hepatitis B seperti yang dijadualkan.
Elakkan pengambilan alkohol berlebihan.
Menjalani pemeriksaan kesihatan apabila terdapatnya perubahan tertentu pada kesihatan anda khususnya yang berkaitan dengan tanda-tanda amaran kanser

Sumber : Info Sihat

Sila tinggalkan komen anda selepas membaca........ Terima Kasih.......

23
Comment
20 Tips Untuk Cepat Kaya


Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:

1. Menyempatkan diri beribadah-Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:
"Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar-Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.:
Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3. Tinggalkan perbuatan dosa-Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:
… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

4. Sentiasa ingat Allah -Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:
(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)

5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa-Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:
Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)
Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:
Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah-Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:
Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain-Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:
Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat-Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak -Ibnu Abbas berkata:
“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10. Berpagi-pagi -Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11. Menjalin silaturrahim-Nabi s.a.w. bersabda:
Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

12. Melazimi kekal berwuduk-Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda:
Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah-Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14. Melazimi solat malam (tahajud)-Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah .

15. Melazimi solat Dhuha-Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:
Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah -Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:
Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu-Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.
Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.
Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya ‘Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18. Berdoa-Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar sehabisnya-Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)
Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20. Bertawakal-Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah . Firman-Nya:
Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).” (At-Thalaq: 3)
Nabi s.a.w. bersabda:
Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)
Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan), dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3)

Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberianNYA.

Sumber : Buku 101 Petua Murah Rezeki Dan Jauhi Hutang

Tambahan : 
Berikut merupakan kombinasi amalan dan doa yang boleh di amalkan untuk murah rezeki
   
1) Membaca SURAH AL-WAQIAH

- Sabda Rasulullah SAW:

مَنْ قَرأ سُورَةَ الوَاقِعَةِ فِي كُلّ لَيْلَةٍ لَمْ تُصِبْهُ فاقَة

"Sesiapa yang membaca surah al-Waqiah pada setiapa malam ia tidak akan ditimpa kefakiran.”
(Riwayat daripada Ibn Mas‘ud: al-Azkar, al-Jami al-Soghir).

- Sabda Rasulullah SAW:

سُوْرَةُ الوَاقِعَةِ سُوْرَةُ الغِنَى فَاقْرَؤُوْهَا وَعَلِّمُوْهَا أَوْلاَدَكُمْ

"Surah al-Waqiah adalah surah kekayaan. Hendaklah kamu membacanya dan ajarkanlah ia kepada anak-anak kamu.”
(Riwayat Ibn Mardawaih daripada Anas: Kasyf al-Khafa’).


2) Membaca SURAH AL-IKHLAS:

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ ، اللَّهُ الصَّمَدُ ، لَمْ يَلِـدْ وَلَمْ يُولَـدْ ، وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُواً أَحَدٌ

"Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; "Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; "Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; "Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".”

- Sabda Rasulullah SAW: Sesiapa yang membaca Qulhuwallu ahad ketika masuk ke rumahnya, nescaya dihindarkan kefakiran daripada ahli rumahnya dan jirannya.
(Daripada Jarir bin Abdullah: Kanzu al-‘Ummal, Mu‘jam al-Tabarani; daripada Ibn Mas‘ud: Mujma‘ al-Zawaid)


3)
قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَن تَشَاءُ وَتَنْزِعُ الْمُلْكَ مِمَّن تَشَاءُ ، وَتُعِزُّ مَن تَشَاء ، وَتُذِلُّ مَن تَشَاء ، بِيَدِكَ الْخَيْرُ ، إِنَّكَ عَلَىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ ، تُولِجُ اللَّيْـلَ فِي الْنَّهَارِ ، وَتُولِجُ النَّـهَارَ فِي اللَّيْلِ ، وَتُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ ، وَتُخْرِجُ الْمَيِّـتَ مِنَ الْحَيِّ ، وَتَرْزُقُ مَن تَشَاء بِغَيْرِ حِسَـابٍ ، رَحْمَنَ الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ وَرَحِيْمَهُمَا ، تُعْطِي مَنْ تَشَاءُ مِنْهُمَا وَتَمْنَعُ مَنْ تَشَاءُ ، اِرْحَمْنِي رَحْمَةً تُغْنِيْنِي بِهَا عَنْ رَحْمَةِ مَنْ سِوَاكَ

“Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

"Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya".

Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang di dunia dan akhirat. Engkau memberi kedua-duanya kepada sesiapa yang Engkau mahu. Engkau menahan kedua-duanya terhadap sesiapa yang Engkau mahu. Rahmatilah aku dengan suatu rahmat yang mencukupi untukku berbanding rahmat yang ada pada selainMu.”

4)

وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجاً وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لاَ يَحْتَسِبُ

“Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.”

- Sabda Rasulullah SAW:” Wahai sekalian manusia, jadikanlah taqwa sebagai suatu perniagaan, nescaya rezeki akan datang kepada kamu tanpa modal dan niaga.” Kemudian Baginda membaca ayat di atas.



5) 
الَّلهُمَّ اكْفِنِي بِحَلاَلِكَ عَنْ حَرَامِكَ ، وَاغْنِنِي بِفَضلِكَ عَن سِواكَ 

“Ya Allah, ya Tuhanku! Cukupkanlah aku dengan suatu yang halal berbanding suatu yang haram yang telah Engkau tetapkan. Dan berilah aku kekayaan dengan kelebihan daripada Engkau berbanding selain Engkau.”

- Saidina Ali mengatakan kepada seseorang yang datang kepadanya: “Aku mahu mengajar kamu kalimah yang diajar oleh Rasulullah kepadaku. Jika engkau menanggung segunung hutang tentu Allah akan tunaikannya. Bacalah: اللهم اكفني بحلالك... (Doa di atas).”
(Riwayat daripada ‘Ali: Sunan al-Tirmizi; dinilai Hasan Gharib).

6) 

الَّلهُمَّ إِنِّي أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ العَجْزِ وَالكَسَلِ ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ البُخْلِ ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ غَلَبَةِ الدَّينِ وقَهْرِ الرِّجَالِ 

“Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada dukacita dan rasa sedih; aku berlindung denganMu daripada lemah dan malas; aku berlindung denganMu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung denganMu daripada bebanan hutang dan penindasan orang.”

- Pada suatu hari Rasulullah SAW masuk ke masjid lalu terserempak seorang yang dipanggil Abu Umamah. Rasulullah SAW bersabda kepadanya: “Wahai Abu Umamah, aku lihat engkau duduk di masjid bukan pada waktu solat, kenapa?” Jawab Abu Umamah: “Dukacita dan hutang menyelubungiku, wahai Rasulullah!” Jawab Rasulullah: “Mahukah kamu aku ajarkan suatu bacaan jika kamu membacanya Allah akan menghilangkan rasa dukacitamu dan melangsaikan hutangmu.” Abu Umamah menjawab: “Ya, wahai Rasulullah.” Baginda bersabda: “Apabila tiba waktu pada dan petang bacalah: اللهم إني أعوذ بك من الهم والحزن... (Doa di atas). Kata Abu Umamah: “Aku membaca doa tersebut, lalu Allah menghilangkan rasa dukacitaku dan melangsaikan hutangku.”
(Riwayat Abu Daud daripada Abu Said al-Khudri).




7) Sabda Rasulullah SAW:

الَّلهُمَّ فَارِجَ الْهَمِّ ، كَاشِفَ الغَمِّ ، مُجِيْبَ دَعْوَةَ الْمُضْطَّرِّيْنَ ، رَحْمَنَ الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ وَرَحِيْمَهُمَا ، أَنْتَ تَرْحَمُنِي فَارْحَمْنِي بِرَحْمَةٍ تُغْنِيْنِي بِهَا عَنْ رَحْمَةِ مَنْ سَوَاكَ 

"Ya Allah, Yang Meleraikan dukacita, Yang Melapangkan kekusutan, Yang Menyahut seruan orang yang susah, Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang di dunia dan akhirat, Engkau mengasihi aku, maka rahmatilah aku dengan suatu rahmat yang mencukupi untukku berbanding rahmat yang ada pada selainMu.” Diriwayatkan daripada ‘Aisyah RA katanya: “Abu Bakar datang kepadaku lalu berkata: Adakah engkau telah mendengar daripada Rasulullah SAW sebuah doa Baginda ajarkan kepada. Aku bertanya: Apakah doa itu? Jawab beliau: Pada waktu dahulu, Isa Ibn Maryam mengajar sahabat-sahabat baginda: Seandainya sesiapa di kalangan kamu yang berhutang sejumlah emas satu bukit lalu ia berdoa dengan doa ini nescaya Allah tunaikan untuknya.” Kata Abu Bakar: “Aku telah berdoa dengan doa tersebut lalu Allah memberikan aku suatu ganjaran sehingga aku dapat melangsaikan hutang aku.” Kata ‘Aisyah: Aku pernah menanggung hutang lalu aku mengamalkan tersebut, tidak lama kemudian Allah memberi rezeki kepadaku sehingga aku dapat bersedekah dan mewariskan harta.”
(Riwayat al-Bazzar, al-Hakim dan al-Asbahani)


Sila tinggalkan komen anda selepas membaca........ Terima Kasih.......

11
Comment
Ustazah Pilihan Ke Ustazah Pameran?

"Ustazah Pilihan ke Ustazah Pameran?" Jawapan para ustaz condong kepada TIDAK WAJAR program seperti ini. ini sedar perkongsian dari saya......

Ehsan Rakan-Rakan Di Facebook


 Pandangan para Ustaz saya kagumi mengenai Program Ustazah Pilihan......

1. Ustaz Kazim Elias (Pada 03 Oktober 2011)



2. Ustaz Azhar Idrus (Pada 30 September 2011)



3. Ustaz Fathul Bari (Pada 03 Oktober 2011)



Apa pula kata anda dengan pandangan dari Ustaz-Ustaz itu......

Sila tinggalkan komen anda selepas membaca........ Terima Kasih.......

14
Comment
Fenomena Moon Halu (Lingkaran Bulan), 9 Oktober 2011





Apa yang sedang anda perhatikan bulan pada malam ini ialah satu fenomena dinamakan Moon Halu/Halo. Pelik bunyinya.

Bulan boleh menghasilkan kesan optik yang menarik apabila keadaan betul. Yang paling biasa yang cincin bulan, haluan bulan, yang sama dengan pelangi, anjing bulan dan tiang bulan.

Pelangi dihasilkan apabila cahaya matahari dibiaskan melalui titisan air – kesan yang sama dihasilkan apabila cahaya bulan membiaskan melalui hablur ais.

Macam mana tuh?

Cahaya Kalung yang mengililingi (Cincin di seluruh Bulan) adalah disebabkan oleh pembiasan Moonlight (yang tentu saja dapat dilihat cahaya matahari) dari kristal ais di atmosfera atas. Hasil bentuk kristal ais dalam memfokus cahaya ke dalam cincin.

Katanya akan berlaku banjir?? Betul ker??

Cerita bahawa cincin di sekitar bulan menandakan cuaca buruk akan datang, dan dalam banyak kes ini mungkin benar. Jadi bagaimana cincin di sekitar bulan boleh menjadi ramalan cuaca akan datang? Kristal ais yang meliputi halo menandakan ketinggian tinggi, tipis awan sirus yang biasanya mendahului depan yang hangat oleh satu atau dua hari. Lazimnya, arus udara panas akan dikaitkan dengan sistem tekanan rendah yang biasanya dirujuk sebagai ribut.

Adalah dipercayai bahawa bilangan bintang dalam halo bulan menunjukkan bilangan hari sebelum cuaca buruk akan tiba. Sejauh bernar, aku kurang pasti. Mungkin akan dikupas lagi nanti.

Berikut adalah beberapa gambar-gambar dan contoh tentang fenomena yang menarik ini. Layan.



Yang ini dekat melaka.



Fuhh, biru seyh.





Diambil dari Ustaz Azhar idrus.



BLOK A Putra – IPG KSM.



Kalau perasan ada Kalimah Allah. Subhanallah.

Sumber : Zikri Husaini

Sila tinggalkan komen anda selepas membaca........ Terima Kasih.......

12
Comment
Sekadar Berkongsi : Keajaiban Mata

1. Focus on red dot in the center. 









2. Click a 'Like' Button if the blue circle disappeared.

Sumber : Facebook 

Blue circle yg kecil mengambil masa yang lama untuk hilang berbanding dengan blue circle yang besar.



Pandang pada 3 titik hitam di tengah-tengah tu selama 10 saat dan alihkan pandang ke dinding. atau pun klip mata 3 kali dan lihat dinding.......

Sekadar berkongsi untuk renungan kita bersama. Selamat Mencuba......

Sila tinggalkan komen anda selepas membaca........ Terima Kasih.......

24
Comment
Rapid KL Oh Rapid KL


Assalamualaikum…..

Hari ini saya nak buat entri mengenai sikap pemandu bas Rapid KL yang saya kira agak biadab. Telah lama saya perhatikan bahawa pemandu bas ini terlalu biadab atau pun kurang sopan dengan penumpang. Saya biasa menaiki bas bernombor U432 dari Putra Permai, Seri Kembangan ke mana sahaja yang akan saya tuju. Setiap kali saya naik bas mesti ada kes kurang sopan pemandu bas ini. Kalau nak dibandingkan perkhidmatan dan layanan di antara bas Rapid KL dengan bas Metro, pada saya bas metro lagi bagus. Walaupun penuh selalu tapi saya senang sebab takde kes biadab yang berlaku.

Kes pertama berlaku kepada seorang lelaki tua berbangsa India. Jika nak dibandingkan umur di antara lelaki tua itu dengan pemandu bas ibarat bapa dan anak tetapi layanan nauzubillahimin zalik. Orang tua tersebut di marah dan dihalau keluar dari bas kerana tiada memiliki kad Touch N Go. Sikap yang saya klasifikasikan sebagai kurang ajar. Apa yang buat saya terkilan ialah permandu tersebut tidak lain orang islam.

Kes kedua pula berlaku ketika tersebut hari hujan dimana seorang perempuan cina yang berumur lingkungan 40an disuruh turun dari bas tersebut di dalam hujan. Kesnya kad dia kehabisan dan tiada duit kertas RM5 atau RM10 untuk topup kad Touch N Go dia. Agak tiada perikemanusian disitu. Sekurang-kurangnya bagi la dia turun ditempat yang boleh berteduh. Ini bagi turun tepi lebuhraya. Macam mana nak berteduh.

Kes Ketiga berlaku pada seorang lelaki india yang masih muda. Dia ditengking kerana tiada Kad Touch N Go. Muka lelaki ini agak pucat dan turun dari bas tersebut. Ketika itu semua penumpang terarah kepada pemandu dan lelaki tadi. Bertapa malunya lelaki itu dapat saya rasakan ketika itu.

Dari ketiga – tiga situasi tersebut, bayangkan anda atau ahli keluarga anda yang berada ditempat mereka. Apa yang anda semua rasakan? Seronok ke? Gembira ke? Marah ke? Biasanya kalau tak kena kat diri sendiri mamang kita buat bodoh je. Seolah – olah ia tidak mungkin terjadi pada kita di masa hadapan.

Jadi persoalan saya apa relevannya sistem yang menggunakan hanya kad Touch N Go ini sahaja? Adakah menyenangkan pengguna atau menyusahkan pengguna? Betul kita di zaman serba canggih tapi bukan semua orang yang menggunakan perkhidmatan bas tu hari – hari. Takkan hanya untuk sehari kita perlu membeli kad yang berharga RM10 sedangkan tambang baru RM3. Sistem ini sebenarnya tidak disukai oleh kebanyakkan pemandu pun kerana sistem yang terlalu cerewet. Cerewet yang macam mana? Nak topup kena guna duit kertas RM5 tau RM10. Selain itu duit tu tak boleh kedut kalau tak sistem reject keluar balik.siapa yang jadi mangsa pemandu melepaskan kemarahan? Pengguna. Siapa bayar tambang? Pengguna. Siapa kaya? Tu bukan pengguna. Tapi siapa yang kena marah? Pengguna lagi. Tambang nak naik je tapi kualiti dan layanan semakin menurun.

Saya bukanlah anti teknologi. Kalau saya anti teknologi taklah saya belajar di bidang teknologi. Teknologi itu perlu tapi perlu diseimbangkan dengan kehandak dan kesenangan pengguna. Tidak salah jika menggunakan kedua – dua sistem sekali gus iaitu sistem kad Touch N Go dan sistem tiket. Tapi rugi la Rapid KL kalau buat keduanya sekali sebab takde orang nak beli kad Touch N Go. Tapi apa guna kemajuan kalau matlamat asal iaitu memudahkan pengguna menggunakan pengangkutan awam tidak tercapai. Jangan hanya memikirkan keuntungan sebelah pihak sahaja. fikirkan pengguna sama. Tak saya nafikan ada juga pemandu yang bertanggungjawab dan baik hati. Tapi kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Akhir kalam Rakyat DIDAHULUKAN Pencapaian diUTAMAkan. Sekian sahaja dulu untuk kali ini. Apa kata anda pula utarakan pendapat dan komen anda di ruangan komen di bawah.

Sila tinggalkan komen anda selepas membaca........ Terima Kasih.......

40
Comment
Gereja Terbesar Di Asia Di Bina Di Bukit Jalil, Malaysia


Masya-Allah.. Dalam tak sedar, satu gereja terbesar sedang dibina di Bukit Jalil.. Gereja yang diberi nama Calvary Convention Centre (CCC) itu bertempat di Bukit Jalil Golf & Country Club berhadapan Anjung Hijau Kondominium.




Gereja 6 tingkat yang tercanggih di dunia ini sedang disiapkan dan dimaklumkan menelan belanja RM100 juta tak termasuk kos tanah yang bernilai RM35 juta. Hoho. Mahal tuu. Auditorium gereja ini juga mampu menempatkan lebih kurang 5 ribu orang pada satu-satu masa. Aku rasa memang sesak la kawasan tu nanti.

“The CCC is a non-profit project that is being developed by Calvary Church in line with the principles of the Rukun Negara, i.e. to inculcate spiritual values, right morals, good behaviour, social and civil responsibility. - Cavalry Convention Centre






Bila dah habis pembinaan gereja ini ianya bakal dipenuhi oleh penduduk negara kita. Tapi yang lebih membimbangkan kalau ia dipenuhi oleh orang Islam yang murtad.

Yang peliknya, perlu ke pembinaan gereja yang sangat besar ini. Macam nak mencabar kewibawaan umat Islam je. Aku rasa masjid di Malaysia pun tak ada yang sebesar ini.

Tapi persoalan di sini, siapa yang akan merasmikan pembukaan gereja terbesar, Calvary Convention Centre di Bukit Jalil ni?

Sumber : Umar Faruq 
            : Cavalry Convention Centre

Ini adalah berita yang saya perolehi dari Facabook yang di link ke blog tersebut. Apa yang saya nak katakan ye... Anda je la yang komen tp komen yg sopan2 ye......

Sila tinggalkan komen anda selepas membaca........ Terima Kasih.......

6
Comment
Kisah Nabi Ismail A.S


Sampai Nabi Ibrahim yang berhijrah meninggalkan Mesir bersama Sarah, isterinya dan Hajar, dayangnya di tempat tujuannya di Palestin. Ia telah membawa pindah juga semua binatang ternaknya dan harta miliknya yang telah diperolehinya sebagai hasil usaha niaganya di Mesir.
Al-Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a.berkata:
Pertama-tama yang menggunakan setagi {setagen} ialah Hajar ibu Nabi Ismail tujuan untuk menyembunyikan kandungannya dari Siti Sarah yang telah lama berkumpul dengan Nabi Ibrahim a.s. tetapi belum juga hamil. tetapi walaubagaimana pun juga akhirnya terbukalah rahsia yang disembunyikan itu dengan lahirnya Nabi Ismail a.s. Dan sebagai lazimnya seorang isteri sebagai Siti Sarah merasa telah dikalahkan oleh Siti Hajar sebagai seorang dayangnya yang diberikan kepada Nabi Ibrahim a.s. Dan sejak itulah Siti Sarah merasakan bahawa Nabi Ibrahim a.s. lebih banyak mendekati Hajar karena merasa sgt gembira dengan puteranya yang tunggal dan pertama itu, hal ini yang menyebabkan permulaan ada keratakan dalam rumahtangga Nabi Ibrahim a.s. sehingga Siti Sarah merasa tidak tahan hati jika melihat Siti Hajar dan minta pada Nabi Ibrahim a.s. supaya menjauhkannya dari matanya dan menempatkannya di lain tempat.

Utk sesuatu hikmah yang belum diketahui dan disadari oleh Nabi Ibrahim Allah s.w.t. mewahyukan kepadanya agar keinginan dan permintaan Sarah isterinya dipenuhi dan dijauhkanlah Ismail bersama Hajar ibunya dan Sarah ke suatu tempat di mana yang ia akan tuju dan di mana Ismail puteranya bersama ibunya akan di tempatkan dan kepada siapa akan ditinggalkan.
Maka dengan tawakkal kepada Allah berangkatlah Nabi Ibrahim meninggalkan rumah membawa Hajar dan Ismail yang diboncengkan di atas untanya tanpa tempat tujuan yang tertentu. Ia hanya berserah diri kepada Allah yang akan memberi arah kepada binatang tunggangannya. Dan berjalanlah unta Nabi Ibrahim dengan tiga hamba Allah yang berada di atas punggungnya keluar kota masuk ke lautan pasir dan padang terbuka di mana terik matahari dengan pedihnya menyengat tubuh dan angin yang kencang menghembur-hamburkan debu-debu pasir.

Ismail dan Ibunya Hajar Ditingalkan di Makkah

Setelah berminggu-minggu berada dalam perjalanan jauh yang memenatkan tibalah pada akhirnya Nabi Ibrahim bersama Ismail dan ibunya di Makkah kota suci dimana Kaabah didirikan dan menjadi pujaan manusia dari seluruh dunia. di tempat di mana Masjidil Haram sekarang berada, berhentilah unta Nabi Ibrahim mengakhiri perjalanannya dan disitulah ia meninggalkan Hajar bersama puteranya dengan hanya dibekali dengan serantang bekal makanan dan minuman sedangkan keadaan sekitarnya tiada tumbuh-tumbuhan, tiada air mengalir, yang terlihat hanyalah batu dan pasir kering . Alangkah sedih dan cemasnya Hajar ketika akan ditinggalkan oleh Ibrahim seorang diri bersama dengan anaknya yang masih kecil di tempat yang sunyi senyap dari segala-galanya kecuali batu gunung dan pasir. Ia seraya merintih dan menangis, memegang kuat-kuat baju Nabi Ibrahim memohon belas kasihnya, janganlah ia ditinggalkan seorang diri di tempat yang kosong itu, tiada seorang manusia, tiada seekor binatang, tiada pohon dan tidak terlihat pula air mengalir, sedangkan ia masih menanggung beban mengasuh anak yang kecil yang masih menyusu. Nabi Ibrahim mendengar keluh kesah Hajar merasa tidak tergamak meninggalkannya seorang diri di tempat itu bersama puteranya yang sangat disayangi akan tetapi ia sedar bahwa apa yang dilakukan nya itu adalah kehendak Allah s.w.t. yang tentu mengandungi hikmat yang masih terselubung baginya dan ia sedar pula bahawa Allah akan melindungi Ismail dan ibunya dalam tempat pengasingan itu dan segala kesukaran dan penderitaan. Ia berkata kepada Hajar :

"Bertawakkallah kepada Allah yang telah menentukan kehendak-Nya, percayalah kepada kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya. Dialah yang memerintah aku membawa kamu ke sini dan Dialah yang akan melindungi mu dan menyertaimu di tempat yang sunyi ini. Sesungguh kalau bukan perintah dan wahyunya, tidak sesekali aku tergamak meninggalkan kamu di sini seorang diri bersama puteraku yang sangat ku cintai ini. Percayalah wahai Hajar bahwa Allah Yang Maha Kuasa tidak akan melantarkan kamu berdua tanpa perlindungan-Nya. Rahmat dan barakah-Nya akan tetap turun di atas kamu untuk selamanya, insya-Allah."

Mendengar kata-kata Ibrahim itu segeralah Hajar melepaskan genggamannya pada baju Ibrahim dan dilepaskannyalah beliau menunggang untanya kembali ke Palestin dengan iringan air mata yang bercurahan membasahi tubuh Ismail yang sedang menetak. Sedang Nabi Ibrahim pun tidak dapat menahan air matanya keetika ia turun dari dataran tinggi meninggalkan Makkah menuju kembali ke Palestin di mana isterinya Sarah dengan puteranya yang kedua Ishak sedang menanti. Ia tidak henti-henti selama dalam perjalanan kembali memohon kepada Allah perlindungan, rahmat dan barakah serta kurniaan rezeki bagi putera dan ibunya yang ditinggalkan di tempat terasing itu. Ia berkata dalam doanya:" Wahai Tuhanku! Aku telah tempatkan puteraku dan anak-anak keturunannya di dekat rumah-Mu { Baitullahil Haram } di lembah yang sunyi dari tanaman dan manusia agar mrk mendirikan solat dan beribadat kepada-Mu. Jadikanlah hati sebahagian manusia cenderung kepada mrk dan berilah mrk rezeki dari buah-buahan yang lazat, mudah-mudahan mrk bersyukur kepada-Mu."

Mata Air Zamzam

Sepeninggal Nabi Ibrahim tinggallah Hajar dan puteranya di tempat yang terpencil dan sunyi itu. Ia harus menerima nasib yang telah ditakdirkan oleh Allah atas dirinya dengan kesabaran dan keyakinan penuh akan perlindungan-Nya. Bekalan makanan dan minuman yang dibawanya dalam perjalanan pada akhirnya habis dimakan selama beberapa hari sepeninggalan Nabi Ibrahim. Maka mulailah terasa oleh Hajar beratnya beban hidup yang harus ditanggungnya sendiri tanpa bantuan suaminya. Ia masih harus meneteki anaknya, namun air teteknya makin lama makin mengering disebabkan kekurangan makan .Anak yang tidak dapat minuman yang memuaskan dari tetek ibunya mulai menjadi cerewet dan tidak henti-hentinya menangis. Ibunya menjadi panik, bingung dan cemas mendengar tangisan anaknya yang sgt menyayat hati itu. Ia menoleh ke kanan dan ke kiri serta lari ke sana ke sini mencari sesuap makanan atau seteguk air yang dpt meringankan kelaparannya dan meredakan tangisan anaknya, namun sia-sialah usahanya. Ia pergi berlari harwalah menuju bukit Shafa kalau-kalau ia boleh mendapatkan sesuatu yang dapat menolongnya tetapi hanya batu dan pasir yang didapatnya disitu, kemudian dari bukit Shafa ia melihat bayangan air yang mengalir di atas bukit Marwah dan larilah ia berharwahlah ke tempat itu namun ternyata bahawa yang disangkanya air adalha fatamorangana {bayangan} belaka dan kembalilah ke bukit Shafa karena mendengar seakan-akan ada suara yang memanggilnya tetapi gagal dan melesetlah dugaannya. Demikianlah maka karena dorongan hajat hidupnya dan hidup anaknya yang sangat disayangi, Hajar mundar-mundir berlari sampai tujuh kali antara bukit Shafa dan Marwah yang pada akhirnya ia duduk termenung merasa penat dan hampir berputus asa.

Diriwayatkan bahawa selagi Hajar berada dalam keadaan tidak berdaya dan hampir berputus asa kecuali dari rahmat Allah dan pertolongan-Nya datanglah kepadanya malaikat Jibril bertanya:" Siapakah sebenarnya engkau ini?" " Aku adalah hamba sahaya Ibrahim". Jawab Hajar." Kepada siapa engkau dititipkan di sini?"
tanya Jibril." Hanya kepad Allah",jawab Hajar.Lalu berkata Jibril:" Jika demikian, maka engkau telah dititipkan kepada Dzat Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih, yang akan melindungimu, mencukupi keperluan hidupmu dan tidak akan mensia-siakan kepercayaan ayah puteramu kepada-Nya."

Kemudian diajaklah Hajar mengikuti-nya pergi ke suatu tempat di mana Jibril menginjakkan telapak kakinya kuat-kuat di atas tanah dan segeralah memancur dari bekas telapak kaki itu air yang jernih dengan kuasa Allah .Itulah dia mata air Zamzam yang sehingga kini dianggap keramat oleh jemaah haji, berdesakan sekelilingnya bagi mendapatkan setitik atau seteguk air daripadanya dan kerana sejarahnya mata air itu disebut orang " Injakan Jibril ".
Alngkah gembiranya dan lega dada Hajar melihat air yang mancur itu. Segera ia membasahi bibir puteranya dengan air keramat itu dan segera pula terlihat wajah puteranya segar kembali, demikian pula wajah si ibu yang merasa sgt bahagia dengan datangnya mukjizat dari sisi Tuhan yang mengembalikan kesegaran hidup kepadanya dan kepada puteranya sesudah dibayang-bayangi oleh bayangan mati kelaparan yang mencekam dada.

Mancurnya air Zamzam telah menarik burung-burung berterbangan mengelilingi daerah itu menarik pula perhatian sekelompok bangsa Arab dari suku Jurhum yang merantau dan sedang berkhemah di sekitar Makkah. Mereka mengetahui dari pengalaman bahwa di mana ada terlihat burung di udara, nescaya dibawanya terdapat air, maka diutuslah oleh mrk beberapa orang untuk memeriksa kebenaran teori ini. Para pemeriksa itu pergi mengunjungi daerah di mana Hajar berada, kemudian kembali membawa berita gembira kepada kaumnya tentang mata air Zamzam dan keadaan Hajar bersama puteranya. Segera sekelompok suku Jurhum itu memindahkan perkhemahannya ke tempat sekitar Zamzam ,dimana kedatangan mrk disambut dengan gembira oleh Hajar karena adanya sekelompok suku Jurhum di sekitarnya, ia memperolehi jiran-jiran yang akan menghilangkan kesunyian dan kesepian yang selama ini dirasakan di dalam hidupnya berduaan dengan puteranya saja.

Hajar bersyukur kepada Allah yang dengan rahmatnya telah membuka hati orang-orang itu cenderung datang meramaikan dan memecahkan kesunyian lembah di mana ia ditinggalkan sendirian oleh Ibrahim.

Nabi Ismail Sebagai Qurban

Nabi Ibrahim dari masa ke semasa pergi ke Makkah untuk mengunjungi dan menjenguk Ismail di tempat pengasingannya bagi menghilangkan rasa rindu hatinya kepada puteranya yang ia sayangi serta menenangkan hatinya yang selalu rungsing bila mengenangkan keadaan puteranya bersama ibunya yang ditinggalkan di tempat yang tandus, jauh dari masyarakat kota dan pengaulan umum.
Sewaktu Nabi Ismail mencapai usia remajanya Nabi Ibrahim a.s. mendapat mimpi bahwa ia harus menyembelih Ismail puteranya. Dan mimpi seorang nabi adalah salah satu dari cara-cara turunnya wahyu Allah , maka perintah yang diterimanya dalam mimpi itu harus dilaksanakan oleh Nabi Ibrahim. Ia duduk sejurus termenung memikirkan ujian yang maha berat yang ia hadapi. Sebagai seorang ayah yang dikurniai seorang putera yang sejak puluhan tahun diharap-harapkan dan didambakan ,seorang putera yang telah mencapai usia di mana jasa-jasanya sudah dapat dimanfaatkan oleh si ayah , seorang putera yang diharapkan menjadi pewarisnya dan penyampung kelangsungan keturunannya, tiba-tiba harus dijadikan qurban dan harus direnggut nyawa oelh tangan si ayah sendiri.

Namun ia sebagai seorang Nabi, pesuruh Allah dan pembawa agama yang seharusnya menjadi contoh dan teladan bagi para pengikutnya dalam bertaat kepada Allah ,menjalankan segala perintah-Nya dan menempatkan cintanya kepada Allah di atas cintanya kepada anak, isteri, harta benda dan lain-lain. Ia harus melaksanakan perintah Allah yang diwahyukan melalui mimpinya, apa pun yang akan terjadi sebagai akibat pelaksanaan perintah itu.
Sungguh amat berat ujian yang dihadapi oleh Nabi Ibrahim, namun sesuai dengan firman Allah yang bermaksud:" Allah lebih mengetahui di mana dan kepada siapa Dia mengamanatkan risalahnya." Nabi Ibrahim tidak membuang masa lagi, berazam {niat} tetap akan menyembelih Nabi Ismail puteranya sebagai qurban sesuai dengan perintah Allah yang telah diterimanya.Dan berangkatlah serta merta Nabi Ibrahim menuju ke Makkah untuk menemui dan menyampaikan kepada puteranya apa yang Allah perintahkan.

Nabi Ismail sebagai anak yang soleh yang sgt taat kepada Allah dan bakti kepada orang tuanya, ketika diberitahu oleh ayahnya maksud kedatangannya kali ini tanpa ragu-ragu dan berfikir panjang berkata kepada ayahnya:" Wahai ayahku! Laksanakanlah apa yang telah diperintahkan oleh Allah kepadamu. Engkau akan menemuiku insya-Allah sebagai seorang yang sabar dan patuh kepada perintah. Aku hanya meminta dalam melaksanakan perintah Allah itu , agar ayah mengikatku kuat-kuat supaya aku tidak banyak bergerak sehingga menyusahkan ayah, kedua agar menanggalkan pakaianku supaya tidak terkena darah yang akan menyebabkan berkurangnya pahalaku dan terharunya ibuku bila melihatnya, ketiga tajamkanlah parangmu dan percepatkanlah perlaksanaan penyembelihan agar menringankan penderitaan dan rasa pedihku, keempat dan yang terakhir sampaikanlah salamku kepada ibuku berikanlah kepadanya pakaian ku ini untuk menjadi penghiburnya dalam kesedihan dan tanda mata serta kenang-kenangan baginya dari putera tunggalnya."Kemudian dipeluknyalah Ismail dan dicium pipinya oleh Nabi Ibrahim seraya berkata:" Bahagialah aku mempunyai seorang putera yang taat kepada Allah, bakti kepada orang tua yang dengan ikhlas hati menyerahkan dirinya untuk melaksanakan perintah Allah."

Saat penyembelihan yang mengerikan telah tiba. Diikatlah kedua tangan dan kaki Ismail, dibaringkanlah ia di atas lantai, lalu diambillah parang tajam yang sudah tersedia dan sambil memegang parang di tangannya, kedua mata nabi Ibrahim yang tergenang air berpindah memandang dari wajah puteranya ke parang yang mengilap di tangannya, seakan-akan pada masa itu hati beliau menjadi tempat pertarungan antara perasaan seorang ayah di satu pihak dan kewajiban seorang rasul di satu pihak yang lain. Pada akhirnya dengan memejamkan matanya, parang diletakkan pada leher Nabi Ismail dan penyembelihan di lakukan . Akan tetapi apa daya, parang yang sudah demikian tajamnya itu ternyata menjadi tumpul dileher Nabi Ismail dan tidak dapat berfungsi sebagaimana mestinya dan sebagaimana diharapkan.

Kejadian tersebut merupakan suatu mukjizat dari Allah yang menegaskan bahwa perintah pergorbanan Ismail itu hanya suatu ujian bagi Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail sampai sejauh mana cinta dan taat mereka kepada Allah. Ternyata keduanya telah lulus dalam ujian yang sangat berat itu. Nabi Ibrahim telah menunjukkan kesetiaan yang tulus dengan pergorbanan puteranya. untuk berbakti melaksanakan perintah Allah sedangkan Nabi Ismail tidak sedikit pun ragu atau bimbang dalam memperagakan kebaktiannya kepada Allah dan kepada orang tuanya dengan menyerahkan jiwa raganya untuk dikorbankan, sampai-sampai terjadi seketika merasa bahwa parang itu tidak lut memotong lehernya, berkatalah ia kepada ayahnya:" Wahai ayahku! Rupa-rupanya engkau tidak sampai hati memotong leherku karena melihat wajahku, cubalah telangkupkan aku dan laksanakanlah tugasmu tanpa melihat wajahku."Akan tetapi parang itu tetap tidak berdaya mengeluarkan setitik darah pun dari daging Ismail walau ia telah ditelangkupkan dan dicuba memotong lehernya dari belakang.

Dalam keadaan bingung dan sedih hati, karena gagal dalam usahanya menyembelih puteranya, datanglah kepada Nabi Ibrahim wahyu Allah dengan firmannya:" Wahai Ibrahim! Engkau telah berhasil melaksanakan mimpimu, demikianlah Kami akan membalas orang-orang yang berbuat kebajikkan ."Kemudian sebagai tebusan ganti nyawa Ismail telah diselamatkan itu, Allah memerintahkan Nabi Ibrahim menyembelih seekor kambing yang telah tersedia di sampingnya dan segera dipotong leher kambing itu oleh beliau dengan parang yang tumpul di leher puteranya Ismail itu. Dan inilah asal permulaan sunnah berqurban yang dilakukan oleh umat Islam pada tiap hari raya Aidiladha di seluruh pelosok dunia.

Sumber : Bebas Klik

Sila tinggalkan komen anda selepas membaca........ Terima Kasih.......

 
Powered by Blogger