Epilepsi ialah satu gejala gangguan saraf disebabkan oleh kecacatan atau gangguan pada isyarat elektrik yang mengawal operasi otak. Ia juga dikenali sebagai gila babi dalam masyarakat Malaysia khususnya kaum melayu.
Otak biasanya menerima dan menghantar maklumat dalam bentuk impuls elektrik. Jika berlaku aktiviti/penghantaran impuls elektrik yang luar biasa atau pertambahan mengejut impuls elektrik di dalam otak, ia akan dilahirkan dalam bentuk sawan yang merupakan kejadian sementara sahaja.
Epilepsi dikategorikan sebagai kejadian sawan yang berulang-ulang, berlaku secara tiba-tiba dan sekejap sahaja. Sifat dan kekuatannya berbeza-beza daripada seorang ke seorang. Epilepsi tidak menjejaskan kepintaran. Kebanyakan orang yang menghidap epilepsi berupaya mendapatkan pendidikan yang normal, malah mampu memperolehi ijazah. Kita tidak perlu takut kepada penyakit epilepsi atau mengubah sikap apabila berhadapan dengan mereka yang menghidap epilepsi. Seseorang yang menghidap epilepsi masih boleh menikmati gaya hidup yang aktif jika sawannya dapat dikawal dengan baik.
Sebab-sebab berlakunya epilepsi
Penyebab gangguan sawan dalam lebih kurang 70 peratus kes epilepsi adalah tidak diketahui (Epilepsi idiopatik).
Bagi sesetengah pesakit (lebih kurang 30 peratus), kejadian sawan mungkin disebabkan oleh:
• Janin mengalami kecedaraan otak semasa dalam kandungan
• Trauma kelahiran seperti pendarahan dalam otak atau kekurangan bekalan oksigen ke otak.
• Tumor otak dan angin ahmar (strok)
• Kecederaan kepala yang teruk.
• Saluran darah ke otak menjadi sempit.
• Penyakit berjangkit, contohnya meningitis atau ensefalitis bakteria (keradangan otak).
• Sebab-sebab genetik.
• Perubahan paras gula darah, contohnya hipoglisemia dan kerosakan hati atau buah pinggang.
• Keracunan disebabkan oleh penyalahgunaan bahan seperti dadah atau pencemaran alam sekitar seperti keracunan plumbum.
Faktor-faktor pencetus
• Serangan epilepsi kemungkinan dicetus oleh:
• Kekurangan tidur
• Tekanan
• Haid
• Alkohol
• Jangkitan kuman
• Sesetengah jenis ubat-ubatan
• Berhenti mengambil ubat-ubatan tertentu dengan tiba-tiba
Jenis-jenis epilepsi
Terdapat banyak jenis epilepsi. Sawan ini boleh dikelaskan kepada 2 jenis utama iaitu:
1. Separa (sebahagian)
Sawan separa berlaku apabila gangguan elektrik terjadi di sebahagian otak sahaja . Satu contoh yang biasa ialah sawan separa kompleks. Perlakuan pesakit mungkin menjadi automatik dan selalu disalahanggap sebagai masalah emosi atau mental. Pesakit mungkin akan berlari dalam satu bulatan, merasa pening dan keliru, kelihatan seperti berkhayal atau tidak bertindak balas dengan orang lain. Sesetengahnya merasa sangat pelik/ganjil. Keadaan ini mungkin berlarutan untuk beberapa saat hingga beberapa minit.
2. Keseluruhan
Apabila seluruh otak terganggu, hasilnya ialah sawan menyeluruh. Jenis-jenis yang paling lazim ialah:
• Sawan Tonik-Klonik
Semasa berlakunya sawan tonik-klonik, seseorang mungkin tidak sedarkan diri dan jatuh, badan menjadi kaku dan menggeletar atau menyintak. Air liur pesakit mungkin meleleh keluar atau pernafasannya menjadi kuat. Sawan ini akan berlarutan lebih kurang 3 minit. Pesakit mungkin merasa letih selepas mengalami sawan dan memerlukan rehat sebelum melakukan aktiviti seperti biasa.
• Sawan Absens
Kebanyakannya berlaku di kalangan kanak-kanak sekolah rendah. Sawan jenis ini biasanya menyerang untuk suatu tempoh yang pendek dan mungkin tidak dapat dikesan oleh orang lain. Mangsa kelihatan seperti berkhayal. Ia akan berhenti daripada aktiviti yang sedang dilakukannya dan merenung kosong selama 5 hingga 30 saat. Matanya mungkin memandang ke atas atau berkedip dan kelihatan seolah-olah seperti sedang berkhayal. Jika dibiarkan tanpa rawatan, sawan ini akan berulang lebih kerap dalam sehari. Kanak-kanak ini mungkin akan menghadapi masalah untuk belajar dan memberi tumpuan di dalam kelas.
Komplikasi sawan menyeluruh yang tidak dikawal dan diubati.
• Kecederaan fizikal (seperti kepala terhantuk di permukaan yang keras semasa rebah)
• Kerosakan otak disebabkan kejadian sawan yang kerap atau berlarutan.
• Kematian, dalam sesetengah kes.
Pengurusan sendiri
• Memahami mengenai epilepsi yang anda hidapi. Ambil ubat seperti yang diarahkan supaya ia dapat dikawal dan anda boleh menjalani kehidupan yang normal. Ubat-ubatan tidak dapat menyembuhkan epilepsi tetapi ia membantu menghilangkan sawan atau mengurangkan kekerapannya. Pengambilan ubat mestilah diteruskan walaupun tiada serangan dalam tempoh beberapa tahun kecuali jika doktor mengarahkan sebaliknya.
• Pakai topi keledar keselamatan apabila menunggang basikal, kuda dan lain-lain.
• Pakai gelang amaran perubatan.
• Apabila berenang pastikan anda tidak bersendirian.
• Elakkan faktor-faktor yang boleh mencetuskan epilepsi anda.
• Elakkan melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh menyebabkan kecederaan/membahayakan diri anda ataupun orang lain di sekeliling anda (contohnya, mendaki gunung, memandu kereta atau mengendalikan mesin) kecuali sawan anda dapat dikawal dengan baik dan doktor telah mengesahkan bahawa anda mampu melakukannya.
Berbincang dengan doktor atau pegawai farmasi anda mengenai:
• Apa yang perlu dibuat jika ada dos ubat yang tertinggal/terlangkau.
• Pengambilan ubat-ubatan yang lain - sesetengah ubat boleh mengurangkan kesan ubat epilepsi.
• Sebelum menukar jenama ubat yang digunakan
• Jika anda merancang untuk mengandung.
Apa yang boleh dilakukan oleh orang lain untuk anda?
• Menerima seseorang yang menghidap epilepsi sebagai seorang yang normal dan memberikan sokongan positif untuk membantunya menjalani kehidupan yang normal.
• Belajar rawatan pertolongan cemas supaya dapat membantu orang yang diserang sawan.
• Pertolongan cemas untuk sawan yang teruk:
• Jangan panik
• Cuba pegang mangsa semasa dia rebah atau jatuh dan baringkan perlahan-lahan untuk mengelakkan kecederaan pada kepalanya.
• Bersikap tenang. Mangsa sebenarnya tidak merasa sakit dan tidak akan menggigit atau menelan lidahnya.
• Alihkan benda-benda yang keras dan tajam yang boleh mencederakannya.
• Selepas sawan reda, letakkan mangsa dalam kedudukan pemulihan dan longgarkan pakaian yang ketat. Kedudukan ini akan menghalang mangsa daripada tercekik akibat gigi palsu, lidah atau muntahnya sendiri.
Jangan...
• Hentikan pergerakan mangsa.
• Memasukkan sesuatu ke dalam mulutnya.
• Memberi makanan atau minuman kepada mangsa sejurus selepas sawan.
Hubungi doktor jika..
Sawan berlarutan lebih daripada 10 minit atau serangan sawan berulang-ulang dan mangsa langsung tidak sedarkan diri di antara serangan-serangan tersebut.
"Usik-Usiklah Hati Untuk Menyentuh Iman Demi Mengenali Hakikat Kehidupan"
Sila Tinggalkan Komen Anda Selepas Membaca. Tekan Like Jika Anda Suka Entri Ini . Azmi Khan
Tagline Blog Ini : ===> "Usik-Usiklah Hati Untuk Menyentuh Iman Demi Mengenali Hakikat Kehidupan"
Sebab Pilih Tagline : ===> sebab hati memainkan peranan penting di dlm kehidupan seseorg. jadi hanya dengan mengetuk pintu hati kita dan memilih yg positif dlm hidup maka secara automatik ia akan mengusik iman kita untuk berbicara dan dengan cara itu kita dpt mengenali hakikat kehidupan kita di dunia ini yg hanya bersifat sementara.
Header Blog ini
Sy pilih kategori 1
p/s : Maaf klu ia terasa mcm menunjuk baik @ nampak poyo ke pe ke. sbb asal blog nie sy buat tuk blog islamik totally. tp disebabkan penerimaan kurang baik sy olah dan masih ada islamik tp diselitkan dgn kesihatan dan hal semasa.
"Usik-Usiklah Hati Untuk Menyentuh Iman Demi Mengenali Hakikat Kehidupan"
Sila Tinggalkan Komen Anda Selepas Membaca. Tekan Like Jika Anda Suka Entri Ini . Azmi Khan
Nabi Yusuf a.s. - (نبي يوسف عليه السلام) - merupakan salah seorang daripada golongan nabi dan rasul yang wajib diketahui. Kisah baginda dikisahkan dalam al-Qur'an iaitu dalam Surah Yusuf. Kisah baginda turut dikisahkan dengan nama Joseph, dalam Perjanjian Lama, (Yosef, Hebrew: יוֹסֵף).
Keluarga
Baginda merupakan putera ketujuh (ada sumber mengatakan anak kesebelas) Nabi Ya'akub a.s. dan baginda berkongsi ibu yang dikenali sebagai Rahil dengan adiknya, Bunyamin. Baginda mempunyai 12 orang adik beradik lelaki dan baginda mempunyai rupa paras yang tampan dan dimanjai oleh bapanya. Walau bagaimanapun, ibu kandungnya wafat ketika baginda berusia 12 tahun.
Kasih sayang yang diperolehi dan kelebihan pada baginda dan Bunyamin mendorong 10 adik-beradik lelaki dari ibu yang lain berasa iri-hati dan dengki yang mewujudkan komplot menarik perhatian bapa mereka. Mereka bercadang untuk membunuh baginda.
Yahudza, anak lelaki keempat dari Nabi Ya’akub dan yang paling cekap dan bijaksana di antara mereka tidak bersetuju dengan cadangan pembunuhan memandangkan perlakuan tersebut adalah dilarang. Maka, demi menghalau Yusuf, dia mencadangkan untuk mencampakkan baginda ke dalam sebuah "perigi buta" yang terletak di persimpangan jalan kafilah-kafilah dagang dan para musafir beristirehat. Dengan itu, berkemungkinan Yusuf akan diselamatkan dari perigi tersebut dan di bawa oleh sesiapa sahaja untuk dijadikan hamba.
Mimpi agung
Pada malam saudara baginda mengadakan komplot tentang baginda, Yusuf sedang tidur dan bermimpikan suatu yang aneh lalu menceritakan kepada ayahnya:
(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku". Bapanya berkata: "Wahai anakku! Janganlah engkau ceritakan mimpimu kepada saudara-saudaramu, kerana aku khuatir mereka akan menjalankan sesuatu rancangan jahat terhadapmu. Sesungguhnya syaitan adalah musuh yang nyata bagi manusia." Dan demikianlah caranya Tuhanmu memilihmu dan akan mengajarmu tafsir mimpi serta akan menyempurnakan nikmatNya kepadamu dan kepada keluarga Ya’akub sebagaimana Dia telah menyempurnakannya kepada datuk nenekmu dahulu: Ibrahim dan Ishak. Sesungguhnya Tuhanmu Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (12:4-6)
Mimpi tersebut menunjukkan kelebihan yang diberikan Tuhan kepada baginda Nabi Yusuf. Amatlah berbahaya untuk membongkarkan mimpi tersebut kepada adik-beradiknya yang lain memandangkan dia dan adiknya, Bunyamin sudahpun dicemburui.
Yusuf dimasukkan ke dalam perigi
Pada hari sebelum mereka menjalankan rancangan, adik beradik Yusuf menghadap Nabi Yaakub a.s. untuk meminta izin membawa Yusuf bermain bersama mereka tetapi bapanya bimbang akan keselamatan Yusuf yang berkemungkinan baginda akan dimakan serigala jika mereka tidak menjaganya.
Mereka berjaya menjalankan rancangan mereka dengan mencampakkan Yusuf ke dalam sebuah perigi buta dan pulang ke rumah pada senjanya dengan berpura-pura menangis dan mengatakan kepada Nabi Yaakub bahawa Yusuf dimamah serigala sambil menunjukkan baju Yusuf yang dilumuri darah kambing biri-biri (kibash) .
Nabi Yaakub tetap tidak percaya dan mengatakan anak-anaknya berdusta kerana cerita mereka itu tidak masuk akal. Meskipun demikian Nabi Yaakub hanya bersabar sahaja sambil memohon pertolongan dari Allah semata-mata.
Kehidupan di Mesir
Sementara itu, baginda Nabi Yusuf telah ditemui oleh rombongan pedagang yang berhenti untuk mengambil air di perigi. Rombongan pedagang itu terkejut apabila melihat bahawa perigi yang disangka mempunyai takungan air itu hanya terdapat seorang kanak-kanak kecil sahaja, lalu rombongan pedagang tersebut mengeluarkan Yusuf dari telaga/perigi dan membawa baginda ke Mesir. Di sana, baginda dijual dengan harga beberapa dirham sahaja. Baginda dibeli oleh seorang bangsawan berbangsa Qibti atau Mesir yang bernama Futhifar (dalam al-Qur'an digelar al-Aziz - diceritakan bahawa beliau adalah Ketua Polis Mesir). Baginda berkhidmat sebagai hamba di Mesir sehingga dewasa.
Isteri Futhifar (Zulaikha)
Yusuf hidup tenang dan tenteram di rumah Futhifar, Ketua Polis Mesir, sejak ia menginjakkan kakinya di rumah itu dan kepercayaan penuh dari kedua majikannya. Nabi Yusuf yang telah dewasa mempunyai rupa yang menawan dan menarik minat ramai perempuan Mesir dan salah satu daripadanya ialah isteri kepada tuannya.
Setelah lama menahan kehendak, isteri Futhifar memancing Yusuf agar baginda terlebih dahulu mendekatinya dan bukannya dia dulu yang mendekati Yusuf demi menjaga kehormatan dirinya sebagai isteri Ketua Polis. Dia selalu berdandan dan berhias malah menggoda Yusuf apabila baginda berada di rumah. Sikap dingin dan acuh tak acuh baginda terhadap rayuan dan ajakan Zulaikha membuat Zulaikha terdesak dengan nafsunya dan memerangkap baginda untuk ke bilik tidurnya dan menawarkan dirinya. Penolakan baginda membuatkan wajah Zulaikha kemerahan, tanda marah yang meluap-luap kerana merasakan dirinya dihina dan diremehkan oleh Yusuf dan menganggapnya suatu perbuatan kurang ajar dari seorang hamba terhadap seorang tuan .
Akhirnya, Yusuf terperangkap apabila Futhifar pulang ketika Zulaikha menarik koyak belakang baju baginda ketika mengejar baginda yang hendak ke pintu. Tanpa sempat Yusuf membuka mulut, Zulaikha memfitnah baginda di hadapan suaminya. Walau bagaimanapun, baginda terselamat dengan bukti yang berada di hadapan mereka iaitu baju baginda koyak di belakang dan bukan di hadapan. Akhirnya, Futhifar menyebelahi Yusuf dan berita itu sampai ke masyarakat umum.
Cacian dan cemuhan yang diterima Zulaikha membuatkan Zulaikha mempunyai niat untuk mengenakan Yusuf kembali. Lalu diadakan satu jamuan (di kalangan wanita) dan para jemputan diberikan pisau untuk memotong makanan mereka. Kemudian, Yusuf disuruh untuk keluar di hadapan para jemputan lalu rupa parasnya membuatkan mereka ternganga hingga mereka tidak sengaja telah melukai jari-jari tangan sendiri dan mengatakan yang Yusuf bukanlah manusia biasa tetapi malaikat.
Dengan mengambil kesempatan tentang apa yang terjadi, Zulaikha menerangkan betapa Yusuf tidak mendengar arahan tuannya dan betapa Zulaikha tidak bersalah dalam hal ini dengan mengatakan pasti dia takkan jatuh hati kepadanya kalau bukan kerana paras rupanya. Maka, ramai undangan bersetuju dan menggesa Yusuf untuk menurut sahaja. Yusuf yang tidak rela dengan gesaan itu berdoa agar dia lebih rela dimasukkan ke dalam penjara.
Futhifar, Ketua Polis Negara, suami Zulaikha memang pasti Yusuf bersih dari tuduhan yang dilemparkan dan sedar isterinya yang mencemarkan nama baik keluarganya. Kerana itu dia sanggup mengikut kata isterinya untuk memenjarakan Yusuf agar orang berpendapat yang Yusuf bersalah untuk mengembalikan nama baiknya.
Penjara dan tafsiran mimpi
Yusuf dimasukkan ke dalam penjara bukan disebabkan telah melakukan kesalahan, tetapi kerana tuannya ingin meletakkan kesalahan pada diri baginda. Walau bagaimanapun, bagi baginda, penjara adalah tempat yang aman untuk menghindari segala godaan dan tipu daya yang akan menjerumuskannya ke dalam kemaksiatan dan perbuatan mungkar dan keadaan yang sempit dan tidak selesa membolehkan baginda beribadat.
Yusuf dipenjarakan bersama dua orang pegawai istana Firaun yang dituduh hendak meracuni Firaun atas perintah dan dengan kerjasama pihak musuh istana. Salah seorang daripada mereka ialah penjaga gudang makanan dan seorang lagi ialah pelayan meja istana. Pada suatu hari, kedua tahanan itu menceritakan kepada baginda bahwa mereka telah mendapat mimpi.
Si pelayan bermimpi dia akan memerah anggur dan si penjaga gudang melihat dirinya menjunjung roti sambil dipatuk dan disambar burung. Mereka berharap agar Yusuf mentafsirkan mimpi tersebut memandangkan mereka melihat baginda sebagai orang yang boleh berbuat demikian.
Yusuf memberi tafsiran bahawa si pelayan yang memerah anggur akan dibebaskan manakala yang disambar burung akan dihukum mati. Maka, benarlah apa yang dikatakan baginda dan si pelayan itu dibebaskan.
Baginda memesan agar si pelayan itu menyebut namanya di hadapan siapa dia bekerja iaitu Firaun dan memberitahu yang dia dipenjarakan bukan atas kesalahannya. Walau bagaimanapun, si pelayan itu telah terlupa dan menyebabkan baginda terperangkap di dalam penjara untuk beberapa tahun lagi.
Ganjaran Firaun
Pada suatu hari, firaun Mesir mengumpulkan para pembesar, penasihat dan cendekiawan untuk mentafsir mimpi yang telah merunsingkan dan menakutkannya. Firaun itu bermimpi melihat tujuh ekor lembu gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus-kurus. Dia juga melihat dalam mimpinya tujuh tangkai gandum hijau di samping tujuh tangkai yang lain kering.
Tiada siapapun yang dapat memberikan tafsiran bagi mimpi Firaun bahkan sebahagian mereka menganggapnya hanyalah mimpi kosong yang tidak bererti dan menganjurkan Firaun agar melupakan saja mimpinya itu.
Pelayan Firaun, pemuda yang pernah berjumpa Yusuf di dalam penjara teringat pesan Nabi Yusuf kepadanya sewaktu dia dikeluarkan dari penjara. Lalu dia memberanikan diri untuk menghampiri Firaun mengesyorkan agar Firaun merujuk kepada Yusuf.
Dengan izin Firaun, pelayan tersebut mengunjungi Nabi Yusuf di dalam penjara dan menceritakan apa yang berlaku kisah mimpi Firaun dan jawapan penasihat Firaun. Dia mengatakan kepada Nabi Yusuf jika Firaun dapat dipuaskan dengan tafsir mimpinya, berkemungkinan baginda akan dikeluarkan dari penjara setelah bertahun lamanya.
Yusuf menjawab: "Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu tuai biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya; kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan. Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemarau yang besar, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya; kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan (untuk dijadikan benih). "Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun yang padanya orang ramai beroleh rahmat hujan, dan padanya mereka dapat memerah (hasil anggur, zaitun dan sebagainya)". (12:47-49)
Nabi Yusuf yang sudah cukup derita hidup sebagai banduan yang tidak berdosa enggan keluar dari penjara sebelum peristiwanya dengan isteri Ketua Polis Negara diselesaikan terlebih dahulu dan fitnah yang dituduh ke atasnya. Baginda ingin keluar dari penjara sebagai orang yang suci bersih.
Firaun Mesir yang sudah banyak mendengar tentang Nabi Yusuf dan terkesan oleh tafsir mimpi baginda, membantu baginda lalu Firaun Mesir mengeluarkan titah untuk mengumpulkan para wanita yang telah menghadiri jamuan makan Zulaikha dan terhiris jari ketika itu. Mereka menceritakan tentang apa yang mereka lihat dan alami dalam jamuan itu dan mengatakan Nabi Yusuf adalah ia seorang yang jujur, dan bersih. Zulaikha pula mengaku dialah yang bersalah.
Hasil pertemuan itu diumumkan ke seluruh lapisan masyarakat dan atas perintah Firaun, Nabi Yusuf dikeluarkan dari penjara secara hormat dan bersih dari segala tuduhan.
Sebagai wazir Mesir
Kecerdasan, pengetahuan, kesabaran , kejujuran, keramahan dan akhlak serta budi pekerti baginda membuatkan Firaun terfikir untuk menyerahkan tugas untuk membantunya memimpin negara dan rakyat. Maka, Yusuf ditawarkan untuk tinggal di istana dan mewakili Firaun menyelenggarakan pemerintahan serta pengurusan negara serta memimpin rakyat Mesir yang diramalkan akan menghadapi masa-masa sukar dan sulit.
Nabi Yusuf tidak menolak tawaran Firaun Mesir itu. Baginda meminta agar diberi kuasa untuk pada bahagian perbendaharaan (kewangan dan pengedaran makanan). Pada hari penobatan yang dihadiri oleh para pembesar dan bangsawan, Nabi Yusuf dinaikkan sebagai wazir dengan mengenakan pakaian kerajaan dan hiasan yang mewah.
Kemudian, Firaun Mesir berkenan untuk mengahwinkan Yusuf dengan Zulaikha, janda majikannya yang telah mati ketika Nabi Yusuf masih dalam penjara. Yusuf menerima dan mendapat dua orang putera (menurut pendapat ulama, putera baginda dinamakan Ifratsim dan Minsya).
Dalam masa tujuh tahun pertama Nabi Yusuf menjalankan pemerintahan di Mesir, rakyat merasakan hidup tenteram, aman dan sejahtera. Barang-barang keperluan untuk semua tanpa terkecuali. Baginda juga tidak lupa peringatan yang terkandung dalam mimpi Firaun Mesir, lalu mempersiapkan gudang bagi penyimpanan makanan untuk musim kemarau yang bakal tiba. Maka, tempoh kemarau telah dilalui tanpa sebarang kesukaran.
Pertemuan kembali
Musim kemarau membuatkan ramai orang luar Mesir seperti dari Palestin datang untuk meminta bantuan. Antara mereka ialah adik-beradik Nabi Yusuf sendiri. Walau bagaimanapun, mereka tidak tahu bahawa Yusuf masih hidup malah menjadi orang besar memimpin negara Mesir sebagai wakil Firaun.
Abang-abang Nabi Yusuf yang tinggal di Palestin pergi ke Mesir bagi menukar barangan dengan makanan. Mereka masuk ke bandar Mesir dan pergi menemui Nabi Yusuf yang menjaga gudang simpanan makanan. Dalam pertemuan itu Nabi Yusuf serta-merta telah mengenali abang-abangnya tetapi mereka tidak mengenalinya.
Yusuf ingin menguji abang-abangnya dengan meragukan identiti dan mengesyaki mereka sebagai musuh dan meminta bukti. Oleh kerana mereka adalah orang-orang musafir gharib, maka sukar sekali bagi mereka untuk memberi bukti atau membawa saksi. Nabi Yusuf memberi peluang kepada mereka dengan membenarkan mereka membeli gandum dari gudang dengan syarat mereka harus membawa Bunyamin atau mereka tidak akan mempunyai peluang lagi. Mereka kini sukar untuk membawa Bunyamin memandangkan bapa mereka Ya’akub menyayanginya dan lebih berat untuk meninggalkannya selepas khabar akan “kematian” Yusuf.
Yusuf bukanlah ingin menganiaya atau membalas dendam tetapi hanya sekadar ingin mengetahui keadaan ayah dan adik bongsunya, Bunyamin yang sudah bertahun-tahun ditinggalkan dan hanya sekadar taktik untuk mempertemukan kembali dengan ayah dan saudara-saudaranya yang sudah lama terpisah. Kemudian baginda memerintahkan pegawai-pegawainya mengisi karung-karung dengan makanan yang perlu tanpa mengambil sedikitpun barangan mereka untuk ditukar.
Tanpa mengetahu hal itu, mereka kembali di Palestin dan memberitahu Ya'akub tentang perjalanan mereka dan bagaimana Yusuf menerima mereka. Tetapi ayah mereka tidak mengizinkan mereka membawa Bunyamin kerana tidak mempercayai mereka lagi setelah apa yang berlaku ke atas Yusuf. Setelah mengetahui bahawa barang untuk ditukar dengan makanan dipulangkan kembali, mereka lebih mudah meyakinkan ayah mereka, Bunyamin dibenarkan mengikuti mereka ke Mesir.
Setibanya di istana, mereka disambut oleh Yusuf yang masih mereka belum menyedari hakikat bahawa itu adalah adik mereka. Mereka disediakan jamuan dan tempat penginapan untuk setiap dua orang sebuah rumah tetapi, Bunyamin diajak bersamanya menginap di istana. Di istana, Yusuf memberitahu segalanya kepada adiknya dan adiknya memberitahu tentang ayahnya pula.
Bunyamin ditahan
Kemudian, Allah telah memberi ilham kepada Nabi Yusuf supaya Nabi Yusuf menyediakan barang-barang makanan untuk dibawa pulang oleh abang-abangnya, baginda Nabi Yusuf telah meletakkan piala minuman Raja Mesir di dalam karung barang-barangan yang diletakkan di atas unta Bunyamin.
Kemudian Nabi Yusuf menyuruh pembantunya berpura-pura menjerit mengatakan Raja Mesir (Firaun) telah kehilangan piala minuman baginda dan menuduh abang-abang Nabi Yusuf yang mencuri piala raja itu.
Selepas meminta diri, mereka pulang tetapi dikejar oleh pengawal istana berkuda untuk memeriksa barangan mereka. Para pengawal mengatakan piala minuman firaun telah hilang dan mungkin salah seorang daripada mereka telah mencurinya. Mereka mengatakan mereka ke sana bukan untuk mencuri tetapi penggeledahan tetap dilakukan lalu mereka menemui piala minuman itu.
Oleh kerana piala minuman itu ditemui dalam karung kepunyaan Bunyamin, maka Bunyamin ditahan dan tidak dibenarkan menyertai rombongan untuk pulang. Kerisauan muncul dalam fikiran yang lain kerana khuatir akan ayah mereka yang telahpun sengsara dengan kehilangan Yusuf.
Lalu mereka menghadap Yusuf dan merayu agar Bunyamin digantikan dengan sesiapa daripada mereka. Oleh kerana rayuan mereka tidak diterima, Yahudza sanggup menemani Bunyamin. Yang lain pula pulang ke Palestin untuk memberitahu ayah mereka.
Pertemuan kembali keluarga Ya'akub
Apabila berita itu disampaikan kepada ayah mereka, Nabi Yaakub tersangat berdukacita dan sentiasa menitiskan air mata sehingga dia menjadi buta. Selepas beberapa waktu, Nabi Yaakub menyuruh abang-abang Nabi Yusuf pergi semula ke Mesir membeli barang makan dan mencari berita tentang Nabi Yusuf dan Nabi Bunyamin.
Maka mereka pun sekali lagi pergi ke Mesir. Setibanya di sana mereka terus pergi menemui Nabi Yusuf dengan membawa barang-barang tukaran yang kurang elok mutunya bagi membeli bahan makanan, kerana itu mereka merayu supaya mereka dikasihani.
Pada saat itulah Nabi Yusuf memperkenalkan siapa dirinya yang sebenar dan memperingatkan abang-abangnya akan apa yang telah mereka lakukan kepadanya suatu masa dahulu.
Kemudian apabila abang-abangnya sudah bersedia pulang ke Palestin, Nabi Yusuf mengirimkan bajunya dengan pesanan supaya baju itu disapukan ke muka Nabi Yaakub. Nabi Yusuf juga menyuruh abang-abangnya datang semula ke Mesir dengan membawa ibu bapanya bersama (untuk berpindah dan bermastautin di Mesir).
Semasa abang-abang Nabi Yusuf masih dalam perjalanan pulang, Nabi Yaakub memberitahu saudara-maranya dia tercium-cium bau badan Nabi Yusuf, tetapi mereka tidak percaya sebab pada sangkaan mereka Nabi Yaakub sudah sangat tua dan kata-katanya itu adalah kata-kata orang tua yang nyanyuk.
Sebaik-baik abang-abang Nabi Yusuf tiba di Palestin dari Mesir, mereka menyapukan baju Nabi Yusuf ke muka Nabi Yaakub lalu ayah mereka dapat melihat kembali. Abang-abang Nabi Yusuf mengaku telah berdosa dan meminta supaya ayah mereka meminta ampun bagi pihak mereka lalu Nabi Yaakub memohon Allah mengampun anak-anaknya yang sudah insaf.
Abang-abang Nabi Yusuf kemudian membawa ibu bapa mereka ke Mesir bagi berjumpa semula dengan Nabi Yusuf. Apabila mereka berjumpa, Nabi Yusuf memeluk kedua ibu bapanya lalu menjemput mereka duduk di atas kerusi kebesaran. Dan setelah itu mereka semuanya termasuk abang-abangnya tunduk memberi hormat kepada Nabi Yusuf.
Kata Nabi Yusuf, itulah makna taabir mimpinya dahulu, iaitu bapanya, ibunya dan sebelas adik-beradiknya menghormati dirinya sebagai manusia yang mulia di sisi Allah.
Menurut cerita riwayat tradisi, baginda Nabi Yusuf wafat ketika berumur 110 tahun di Mesir dan kerandanya di bawa oleh Nabi Musa a.s. ketika baginda berhijrah keluar dari Mesir agar dapat dikebumikan di Palestin.
Maqam Nabi Yusuf
Sejarahnya, Muslims juga beranggapan bahawa Maqam Yusuf yang dicatat dalam kisah biblikal sebagai maqam atau tempat jasad Nabi Yusuf disemadikan. Namun tahun-tahun kebelakangan ini, mereka menuntut bahawa Sheikh ul Islam Sheikh Yussuf Dawiqat, telah dikebumikan disana pada 2 abad yang lalu. Berdasarkan tradisi Islam, Yusuf biblikal telah dikebumikan di Hebron, bersebelahan dengan Gua Para Patriak dimana struktur binaan pertengahan yang dibina di maqam itu dikenali sebagai Yussuf-Kalah, "Istana Nabi Yusuf", berada.
"Usik-Usiklah Hati Untuk Menyentuh Iman Demi Mengenali Hakikat Kehidupan"
Sila Tinggalkan Komen Anda Selepas Membaca. Tekan Like Jika Anda Suka Entri Ini . Azmi Khan
Oh dengan ini saya akan menyertai segmen dari blog Mialiana.com . segmen pencarian Blogger Aktif. Sy pun aktifkan berblogging. aktif juga blogwalking jadi boleh la sy join segmen ini. kepada yang berminat boleh join segmen nie. Kalau korang nak join boleh je asalkan penuhi syarat2 di bawah ini......
Syarat-syaratnya :
1. Terbuka kepada semua blogger.
2. Buat entri bertajuk Pencarian Blogger Aktif Oleh Mialiana.com
3. Sila copy coding segmen ini dan masukkan ke dalam entri tersebut ( Koding Copy Kat Sini )
4. War-warkan tentang penyertaan anda kepada pengunjung-pengunjung blog anda.
5. Blog anda wajib ada shoutbox a.k.a kotak menjerit supaya senang nak tinggalkan jejak.
6. Anda mestilah seorang yang selalu update blog dan yang rajin blogwalking.
Talasemia ialah satu penyakit yang diwarisi iaitu penyakit kekurangan hemoglobin dalam sel darah merah. Hemoglobin merupakan bahan yang mengangkut oksigen dan memberi warna merah kepada darah.
Setiap tahun, lebih kurang 100,000 bayi di seluruh dunia dilahirkan mengalami talasemia major. Talasemia major paling kerap berlaku di kalangan mereka yang berketurunan Itali, Greek, Timur Tengah, Asia Tenggara dan Afrika.
Nama lain bagi Talasemia Major Ialah Talasemia Beta Homozigus, Anemia Mediterranean dan Anemia Cooley.
Gejalanya
• Keletihan yang teruk.
• Sesak nafas.
• Jaundis.
• Limpa membesar.
• Kecacatan tulang (muka berupa mongoloid).
Jenis-jenis Talasemia
Talasemia Beta
• Ia disebabkan oleh mutasi yang terjadi dalam gen globin beta.
• Individu yang mewarisi satu gen Talasemia Beta dari ibu atau bapa dikenali sebagai Talasemia minor atau trait (ciri). Talasemia trait bukanlah suatu penyakit dan individu yang mempunyainya boleh meneruskan kehidupan yang dikira normal. Mereka merupakan pembawa kepada gen yang abnormal ini dan selalu digelar 'pembawa Talasemia yang sihat'. Mereka mempunyai paras hemoglobin yang rendah sedikit daripada biasa. Kekurangan ini selalunya lebih ketara ketika hamil. Sel darah merah mereka juga bersaiz kecil sedikit daripada biasa.
• Individu yang mewarisi dua gen Talasemia Beta, satu gen abnormal daripada ibu dan satu daripada bapa dikenali sebagai penghidap Talasemia major. Ia merupakan penyakit yang biasa terjadi di Malaysia.
• Individu Talasemia major menghasilkan rantaian beta globin yang sedikit berbanding normal.
• Sumsum tulang mereka tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang mencukupi kerana ia tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang mencukupi.
• Kanak-kanak yang menghidap penyakit ini selalunya mengalami anemia diantara 6-18 bulan selepas dilahirkan.
• Mereka memerlukan pemindahan darah yang berkala untuk meneruskan kehidupan.
• Kanak-kanak yang tidak dirawat biasanya akan sakit ketika berumur di antara 2-4 tahun. Mereka menjadi pucat, tumbesaran terbantut dengan kecacatan tulang dan limpa membesar.
Talasemia Alfa
• Ia disebabkan kehilangan 1 gen atau lebih daripada rantaian globin alfa.
• Tahap keterukan talasemia ini bergantung kepada bilangan gen alfa globin yang hilang. Sesetengah individu mungkin memerlukan pemindahan darah sekali-sekala sementara yang lain memerlukan pemindahan darah yang berkala (berterusan). Sesetengahnya pula langsung tidak memerlukan pemindahan darah. Kesemua ini bergantung kepada tahap keterukan penyakit tersebut.
• Ia boleh menyebabkan kejadian lahir mati akibat hydrops foetalis (sembab yang teruk di keseluruhan badan bayi yang dikaitkan dengan anemia teruk) jika tiada globin alfa yang dihasilkan semasa hayat janin.
Hemoglobin E/ Talasemia Beta
• Hemoglobin E mempunyai struktur yang berubah dan kadangkala menunjukkan ciri-ciri yang berubah/berlainan.
• Hemoglobin E/Talasemia Beta adalah keadaan yang biasa berlaku di Malaysia terutamanya di kalangan orang Melayu.
• Dalam kes ini, individu mewarisi 1 gen Talasemia Beta dan 1 gen hemoglobin E yang abnormal masing-masing daripada ibu atau bapa.
• Ia boleh menyebabkan masalah terhadap individu berkenaan dan pemindahan darah yang berterusan/berkala mungkin diperlukan ataupun tidak.
• Darah individu yang menghidap hemoglobin E/ Talasemia Beta mengangkut oksigen lebih baik berbanding individu dengan Talasemia Beta sahaja. Oleh itu mereka boleh bertahan dengan paras hemoglobin yang lebih rendah.
Penyebab Talasemia Beta major
Talasemia major berlaku apabila gen yang cacat diwarisi daripada kedua-dua ibu dan bapa. Jika ibu atau bapa merupakan pembawa ciri Talasemia, mereka boleh menurunkan ciri ini kepada anak-anak mereka. Jika kedua-dua ibu bapa pembawa ciri tersebut maka anak-anak mereka mungkin merupakan pembawa atau mereka akan menghidap penyakit tersebut seperti yang ditunjukkan dalam rajah .
Faktor risiko dan langkah pencegahan
Mereka yang mempunyai sejarah keluarga menghidapi Talasemia major atau merupakan pembawa kepada ciri ini adalah sangat berisiko.
Bagaimana kita dapat mencegah Talasemia major?
• Menjalani penyaringan bagi mereka yang mempunyai sejarah keluarga menghidap Talasemia.
• Jika anda mempunyai ciri Talasemia dan ingin berkahwin, anda perlu bersikap terbuka dan berbincang mengenainya dengan pasangan anda. Bakal pasangan anda perlu menjalani ujian darah untuk mengetahui sama ada beliau juga mempunyai ciri Talasemia atau tidak.
• Jika kedua-dua pasangan membawa ciri Talasemia, mereka perlu mendapatkan nasihat dan keterangan lanjut mengenainya dengan menghadiri kaunseling genetik. Kini terdapat ujian yang boleh dilakukan semasa awal kehamilan untuk mengetahui sama ada janin menghidapi Talasemia major ataupun tidak.
Penjagaan sendiri
• Ingatkan kanak-kanak supaya mengelakkan makanan dengan kandungan ferum yang terlalu tinggi seperti daging merah dan makanan lain yang kaya ferum seperti hati. Ingatlah bahawa ferum dalam daging lebih mudah diserap berbanding sumber-sumber ferum yang lain seperti bijirin dan roti.
• Sesetengah makanan seperti jus oren boleh meningkatkan penyerapan ferum manakala yang lain seperti teh, hasil tenusu dan kopi boleh mengurangkan penyerapannya. Bagaimanapun, jika anda menggunakan Desferral, anda disyorkan mengambil 250mg vitamin C selepas memulakan infusi untuk meningkatkan keluaran ferum.
• Kanak-kanak dinasihatkan untuk mendapatkan imunisasi mengikut jadual terutama pelalian Hepatitis B untuk melindungi mereka daripada jangkitan akibat pemindahan darah seperti Hepatitis B.
• Sesetengah kanak-kanak yang lebih tua terutama yang telah baligh cenderung mendapat ulser kaki terutamanya di keliling buku lali. Ini disebabkan kekurangan bekalan oksigen pada kulit akibat anemia dan peredaran darah yang lambat apabila seseorang itu berdiri atau duduk. Dengan itu mereka yang mengalami ulser ini dinasihat mengelakkan diri dari terhantuk buku lali dan memakai stoking dengan melipat bahagian atasnya atau memakai gelung dari kain khas yang tebal untuk melindungi tulang kering.
• Tingkatkan peredaran darah sebaik mungkin di bahagian buku lali. Ini boleh dilakukan dengan meninggikan kaki melebihi paras jantung. Tidur dengan kaki ditinggikan sedikit dan meletakkan kaki di atas kerusi /sofa ketika berehat, contohnya semasa menonton televisyen.
• Kebersihan dan kesihatan individu mestilah memuaskan dan kebersihan perlu dipelihara terutama di tempat Desferral disuntikkan/dimasukkan ke dalam badan.
• Jangan lambat mendapatkan rawatan susulan di hospital atau pemindahan darah. Adalah penting bagi pesakit mengekalkan paras hemoglobin purata sehampir normal yang mungkin supaya tumbesaran yang hampir normal juga diperolehi. Tumbesaran dan perkembangan pesakit mesti diawasi dengan teliti.
• Talasemia merupakan penyakit yang memerlukan pemahaman tentang genetik dan fisiologi. Adalah penting untuk individu yang mengalaminya dan pembawa ciri ini menjadi ahli Persatuan Talasemia yang aktif bagi menimba pengetahuan dan maklumat terkini daripada mereka yang berkelayakan.
Rawatan
Talasemia minor
Rawatan tidak diperlukan.
Talasemia major
• Pemindahan darah yang berkala diperlukan supaya kanak-kanak membesar dengan sihat. Pemindahan darah boleh mengubah sesetengah manifestasi penyakit ini, tetapi pengumpulan ferum daripada pemecahan hemoglobin akibat pemindahan darah boleh merosakkan organ hati, jantung dan endokrin. Suntikan Desferral (agen pengkelat ferum) membantu mengikat lebihan ferum dan mengeluarkannya melalui air kencing.
• Mengambil tambahan Folat (asid folik) harian.
• Pemindahan sumsum tulang untuk pesakit yang sesuai.
Sumber : Infosihat
p/s : Talasemia tiadak mengira usia mangsanya. Jika korang ada kesan gejala seperti talasemia, tidak salah jika korang pergi periksa dengan doktor. mencegah lebih baik dari merawat. ada ke yang kena penyakit talasemia ini? cuba share pengalaman korang kat sini......
"Usik-Usiklah Hati Untuk Menyentuh Iman Demi Mengenali Hakikat Kehidupan"
Sila Tinggalkan Komen Anda Selepas Membaca. Tekan Like Jika Anda Suka Entri Ini . Azmi Khan
JITRA – Biarpun sudah hampir sebulan berkhatan, dua beradik masih menderita kesakitan kerana doktor dikatakan tersilap teknik dan tidak memotong hujung kulit zakar mereka sepenuhnya.
Selain sakit setiap kali mahu membuang air kecil dan masih memakai kain, Mohd Iskandar Zulkifli, 10, dan adiknya, Mohd Shah Ikmal, 7, bertambah kecewa apabila doktor memberitahu mereka terpaksa dikhatankan sekali lagi dalam tempoh setahun akan datang. “Sudah hampir sebulan kami menderita kerana menahan sakit akibat lebihan kulit zakar kami tidak putus sepenuhnya. Kami malu sebab rakan lain sudah boleh berjalan dan bermain, tapi kami masih memakai kain pelekat,” kata Mohd Iskandar. Dua beradik itu yang tinggal di Taman Mahsuri di sini, dikhatankan seorang doktor wanita ketika menyertai program berkhatan di Alor Setar, dekat sini, pada 26 November lalu.
“Saya dan adik trauma sehingga sekarang malu bertemu rakan kerana kami masih belum sembuh dan dikatakan masih belum masuk Jawi sepenuhnya,” kata Mohd Iskandar ketika ditemui di rumahnya, semalam. Ibunya, Rosni Ahamad, 48, berkata dia mengesan masalah dihadapi dua anaknya ketika membuat pemeriksaan pada kemaluan mereka dan mendapati bahagian itu seperti tidak berkhatan, malah berlaku pendarahan kerana luka masih belum kering. Rosni berkata, dia dan suami, Zulkifli Zabidi, 55, membuka balutan luka pada kemaluan anaknya untuk memeriksa disebabkan mereka mengadu terlalu sukar dan berasa sakit ketika membuang air kecil.
“Saya dan suami terkejut melihat pendarahan agak teruk dan keadaan zakar anak saya seperti tidak berkhatan. Selepas membuat pemeriksaan, saya dapati ada luka pada pangkal zakar anak sedangkan bahagian kulit yang sepatutnya dibuang tidak dipotong. “Sejurus selepas itu, kami terus membawa anak ke sebuah klinik swasta, namun mereka meminta kami merujuk perkara berkenaan ke hospital kerana bimbang ia akan memburukkan keadaan. “Kami kemudian pergi ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar, namun doktor memberitahu secara teknikal anak kami belum berkhatan,” katanya.
Menurutnya, doktor di HSB itu turut menasihatkannya mengkhatankan semula Mohd Iskandar dan Mohd Shah dalam tempoh agak panjang iaitu sehingga setahun akan datang.
Sumber : Metro Online
p/s : Kecuaian yg kira2 menyusahkan orang tp nak buat mcm mana doktor tu pun manusia mesti buat silap. Hope kejadian seumpama ini tidak berulang lagi. Kesian budak 2 orang nie kena sunat lagi tahun depan. kpd yg belum bersunat jgn takut pulak.
"Usik-Usiklah Hati Untuk Menyentuh Iman Demi Mengenali Hakikat Kehidupan"
Sila Tinggalkan Komen Anda Selepas Membaca. Tekan Like Jika Anda Suka Entri Ini . Azmi Khan
Untuk hari ini saya ingin menceritakan mengenai kesempurnaan. Siapa yang tidak mahu akan kesempurnaan dalam hidup. Kesempurnaan yang kita cari tak pernah berpenghujung. Ada sahaja yang kita rasa tidak sempurna. Ada saja yang tak cukup. Ada saja yang tak kena. Persoalannya bilakah kita akan menjumpai kesempurnaan itu?
Diantara kesempurnaan yang biasa kita cari
I.Kesempurnaan rupa paras @ kecantikkan
Lumrah manusia di dunia mahukan kecantikkan yang kekal abadi. Untuk apakah kecantikkan itu? Itu semua hanya tuntutan nafsu semata – mata. Pernahkan kita compare diri kita dengan orang yang cacat mukanya, buta matanya, pekak telinganya, kudung kakinya, kudung tangannya. Jika anda belum compare lagi baik anda compare dulu. Selepas itu kita fikir siapa lebih lebih baik. Kita atau mereka.
II.Kesempurnaan hidup
Siapa yang tak nak jadi kaya. Hidup mewah boleh beli apa saja yang kita mahu. Rumah banglo, kereta Ferrari, orang gaji, perusahaan sendiri, dan sebagainya. Tapi tahukah kita bahawa semakin kaya kita semakin besar tanggungjawab kita pada keluarga, masyarakat dan agama. Adakah kita compare hidup kita sekarang dengan hidup mereka yang berada di Afghanistan, Iraq, Palestin, dan yang terkini di Jepun yang mengalami kemusnahan teruk akibat tsunami. Siapakah yang lebih sempurna kehidupannya. Kita atau mereka.
III.Kesempurnaan di dalam mencari pasangan hidup
Dalam mencari pasangan hidup pula, siapa yang tidak mahu pasangan hidupnya seorang yang kacak @ cantik, beharta, ada rumah besar, ada kereta, dan lain – lain lagi. Tak kisah la kalau pasangan kita tua janji beharta. Adakah itu menjamin kesempurnaan hidup? Bukankah kita sebagai umat islam dianjurkan memilih pasangan kerana 4 perkara iaitu kerana rupanya, hartanya, keturunannya dan agamanya. Di antara keempat – empat perkara ini hendaklah kamu utamakan agamanya. Adakah kita memilih pasangan berdasarkan 4 perkara ini? Jika Ya Alhamdulillah. Pernahkah kita bandingkan pasangan kita yang sempurna tanpa cacat cela dengan pasangan orang lain. Ada yang buta, lumpuh, tiada kaki dan tangan dan sebagainya.
IV.Kesempurnaan dalam menuntut ilmu & beramal ibadah
Ini di antara kesempurnaan yang perlu dalam hidup kita. Menuntut ilmu tak kira la ilmu apa pun. Berkaitan computer ke, mesin ke, dan bermacam lagi semuanya ilmu Allah. Wajib kita menuntutnya. Bukan sahaja ilmu dunia tapi juga ilmu akhirat. Secara jujurnya berapa ramai yang pernah berfikir untuk inginkan kesempurnaan dalam beramal ibadah. Bila sebut sahaja ibadah orang akan fikir solat dan zikir. Tidakkah kita tahu bahawa kerja seharian yang kita lakukan juga ibadah. Jadi adakah kita pernah terfikir untuk menjadikannya lebih sempurna dari sekarang.
Ini di antara kesempurnaan yang kita cari. Tapi tahukah kita apa yang kita cari itu sebenarnya telah ada pada diri kita. Betul ke memang ada pada kita? Tanya suara hati kita adakah kita pernah merasa bersyukur dengan apa yang kita ada? Allah dah sempurnakan setiap sesuatu kepada kita. Rupa paras yang baik, kehidupan yang baik, ilmu yang berguna, pasangan yang baik dan lain – lain lagi. Tiada salah kita mencari kesempurnaan tapi biarlah berpada-pada dan tidak melampaui batas. Jangan kesempurnaan yang kita cari ini menuntut kita untuk melakukan sesuatu yang melanggar batas dan peraturan Allah. Ingatlah kesempurnaan yang tidak berlandaskan agama tidak akan pernah sempurna dan bertambah kecelaannya. Kesimpulanya kita memang manusia yang tidak akan pernah mengecapi kesempurnaan melainkan kita bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang. Kesempurnaan hanya milik Allah SWT. Pemilik segala sesuatu yang ada di langit dan dibumi. Berpeganglah kepada prinsip jika kita merasakan kita sempurna maka ada yang lagi sempurna dari kita. Jika kita merasa diri kita tidak sempurna ada yang lebih tidak sempurna dari kita.
Cuba kita fikir sejenak. Kita mencari yang sempurna dalam hidup. Contohnya pasangan yang sempurna dari pelbagai aspek tapi adakah kita ni sempurna dari aspek yang kita cari tu. Kesempunaan tidak menjamin bahagia. Percayalah kata-kata saya ini melainkan kita mencari kesempurnaan dalam agama.
Ada satu cerita menarik mengenai kesempurnaan untuk saya kongsikan bersama. Berikut ini adalah kisahnya.
Ini kisah perjumpaaan dua orang sehabat yang sudah puluhan tahun berpisah. Mereka amat merindui antara satu sama lain, berbual, bersenda sambil minum kopi di sebuah cafe.Awalnya topik yang dibicarakan adalah soal2 nostalgia zaman sekolah dulu, namun pada akhirnya menyangkut kehidupan mereka sekarang ini.
"Mengapa sampai sekarang kamu belum menikah?" ujar seorang kepada temannya yang sampai sekarang masih membujang. "Sejujurnya sampai sekarang ini saya masih terus mencari wanita yang sempurna. Itulah sebabnya saya masih membujang. Dulu waktu saya di Utara, saya berjumpa dengan wanita yang cantik yang amat bijaksana. Saya fikir inilah wanita ideal untuk saya dan sesuai menjadi isteri saya.Namun kebelakangan selepas itu pada masa berpacaran baru aku tahu dia sebenarnya amat sombong. Hubungan kami putus sampai disitu.
Di Ipoh saya ketemu seorang perempuan yang cantik jelita, ramah dan dermawan. Pada perjumpaan pertama aku begitu takjub dan seronok. Hatiku berdesir kencang, inilah wanita idealku. Namun selepas itu baru saya tahu, ia banyak tingkahlaku yg tak baik dan tidak bertanggung jawab.
Dan ketika aku di JB, aku bertemu wanita yang manis, baik, periang dan pintar. Dia sangat menyenangkan bila diajak berbicara, selalu menyambung perbualan kami dan penuh humor. Tapi terakhir aku ketahui kalau dia dari keluarga yang berantakan yakni berpecahbelah dan selalu menuntut sesuatu yang kita tidak mampu memenuhinya. Akhirnya kami berpisah.
Saya terus mencari, namun selalu mendapatkan kekurangan dan kelemahan pada wanita yang saya temui. Sampai pada suatu hari,saya bersua dengan wanita ideal yang saya dambakan selama ini. Ia begitu cantik, pintar, baik hati, dermawan dan penuh humor.Dia juga sangat perhatian dan sayang kepada orang lain. Saya fikir inilah pendamping hidup saya yang dikirim oleh Tuhan untuk saya".
"Lantas", sergah temannya yang dari tadi tekun mendengarkan "Apa yang terjadi? Mengapa kamu tidak terus meminangnya?".
Yang ditanya diam sejenak dan akhirnya dengan suara perlahan si bujang itu menjawab, "Baru sekarang aku mengetahui bahawa ia juga sedang mencari lelaki yang sempurna".
Kesimpulan : Sudah diketahui maksud daripada cerita itu ? .... Nobody's perfect. Jadi jangan menyia-nyiakan apa yang sudah ada di hadapan kita,belum tentu nanti kita mendapatkan yang lebih baik dari yang kita ada sekarang. Kalau kita mau mencari yang sempurna, check dulu diri kita sendiri,apakah sudah sempurna di hadapan orang lain.
Sekian dulu untuk kali ini. Jika anda mempunyai pendapat kemukakan di bahagian komen untuk kita bincangkan. Saya juga insan yang lemah dan tidak sempurna dan mungkin ada kesilapan yang saya lakukan sepanjang menulis artikel ini. Jadi saya mengharapkan teguran anda semua. Semoga catatan saya ini berguna untuk kita semua. Usik-usiklah hati untuk menyentuh iman demi mengenali hakikat kehidupan.
Wassalam………
"Usik-Usiklah Hati Untuk Menyentuh Iman Demi Mengenali Hakikat Kehidupan"
Sila Tinggalkan Komen Anda Selepas Membaca. Tekan Like Jika Anda Suka Entri Ini . Azmi Khan
p/s : Sy nak mintak maaf pada siapa yg komen dan shout sy tak balas tu bersabar ye. Internet sy mcm kura2 nak beranak bertelur kembar. jadi ssh cikit nak balas komen dan jejak kasih korang tu. Blog pun x update dah lama. so sy update dgn entri nie......
"Usik-Usiklah
Hati Untuk Menyentuh Iman Demi Mengenali Hakikat Kehidupan"
Sila Tinggalkan Komen Anda Selepas Membaca. Tekan Like Jika Anda Suka Entri Ini . Azmi Khan
Entri hari nie bersesuaian dengan tajuk dia la kan. Bakat Terpendam sy. Oh yeah. Ok secara seriusnya sy sebenarnya memang tak nak cerita bakat terpendam saya ini sebab saya dah boleh agak mulut2 yang bakal mengata nanti (dah pernah kena). Tapi lepas difikir2kan sy rasa saya patut cerita bakat saya. Mesti korang tanye nak cerita wat pe? Nak belagak ke? Ok disini saya bercakap secara jujur dan terus terang saya takde niat nak belagak atau nak tunjuk2 bakat saya. Tapi lebih kepada berkongsi kurniaan Allah SWT kepada saya. Mana la tau satu masa nanti korang memerlukan bakat terpendam saya ini untuk keperluan korang. Ops… termelalut sebentar. Just untuk mukaddimah. Oo… ok dah cukup mukaddimahnya. Nanti orang malas baca.
Ok saya buat entri ini untuk memenuhi aktiviti yg dianjurkan oleh group sy sayangi di Facebook iaitu GENG fiQ'Ra. Sebab aktiviti sebelum2 ini saya tak dapat turut serta sibuk dengan kerja yg banyak. Aktiviti ke-4 nie kena hujung minggu jadi boleh la join.
Oh sebelum itu ini IC Blogger saya ye adik admin.
No. Blogger Card - A06fiQ'Ra02
Dan ini pula banner untuk aktiviti ke-4.
Straight to the highway sy nak bagi tahu bakat terpendam saya. Mungkin orang yg rapat2 dengan saya boleh menjadi saksi kepada bakat saya ini. Berikut adalah bakat2 terpendam dan yg tak terpendam (macam ada byk je). Huhu…..
1. Saya suka mendengar masalah orang dan akan memberi jalan terbaik dengan cara memotivasikan seseorang mengikut teori berlandaskan islam. Normally orang boleh terima tp takde la saya 100% cakap pasal agama je. Sy akan bagi contoh2 logik juga sbb mereka yg cerita masalah kat saya terdiri dari mereka yg sy kenal dan sy tahu latar belakang mereka. Jadi saya tahu nasihat macam mana yang saya perlu berikan. Sy suka juga bg kata2 yg membuat org terfikir2 dan berhenti sejenak. Bukti? Tiada bukti yg dpt dikemukakan. Harap maaf. Kalau kata2 perangsang atau kata2 motivasi mungkin boleh tgk kat FB Official Page blog nie (jgn lupa like sekali). Bakat saya ini terasah semasa saya di Politeknik Sabak Bernam. Sy join Pebimbing Rakan Siswa Politeknik. Sy suka dengar masalah org sbb ia menambahkan pengetahuan saya dan mengelakkan sy melakukan masalah yang sama.
2. Kalau yang kedua ni mungkin biasa kot kat GENG fiQ'Ra ada tengok saya bantu org dalam IT dan sebagainya. Berbekalkan bakat dan minat yang mendalam kepada IT jadi sy sambung study pun dalam bidang IT pengkhususan pengaturcaraan computer. Bab repair2, virus2, itu semua minat + ingin tahu + tanye orang = menjadi kelebihan. Semasa saya tingkatan 3 kalau tak silap, saya dah boleh baiki computer yg basic2 la. Bukti? Juga tetap tiada bukti.
3. Ok yang ketiga saya suka mencipta. Nak kata lirik lagu tak mcm lirik lagu. Nak kata puisi tak macam puisi. Tapi minat ini terbantut sebab semua ciptaan saya hilang bersama2 dengan external hard disk yg rosak. Jadi dengan itu saya masih mencipta untuk entri2 yg memerlukannya. Bukti? Ok kali nie sy ada bukti. Sy sertakan salah satu ciptaan saya yg sebenarnya berkaitan dengan entri yg akan sy post dlm masa terdekat ini. Tapi untuk GENG fiQ'Ra sy keluarkan ia awal cikit.
Tajuk : Kau Yang Bernama Cinta
Kau yang bernama cinta,
Begitu mudah untuk diungkapkan,
Begitu mudah untuk dilafazkan,
Tapi amat sukar untuk dilaksanakan.
Kau yang bernama cinta,
Adakah kau memberi bahagia,
Atau mengundang derita,
Adakah kau memberi cahaya,
Atau mencampakkan aku dalam gelita.
Kau yang bernama cinta,
Hadirlah kau untukku mencintaiNya,
Hadirlah kau sebagai kekuatan minda,
Hadirlah kau sebagai pelengkap jiwa.
Kau yang bernama Cinta,
Jangan kau biarkan aku terleka,
Sehingga lupa hakikat penciptaan,
Sehingga lupa cinta yang kekal abadi hanya kepadaNya.
p/s : maaf la kalau tak best tapi saya berbangga kerana sy yg menciptanya. Kalau tak best maknanya ia bakat saya tidak sesuai untuk tatapan anda.
Cukup tak 3? Ke nak tambah lagi. Oh dah la malas nak taip lak. Tengok kalau esk2 rajin sy taip lagi. Sy becerita bukan untuk menang tapi untuk berkongsi. Sekian untuk kali ini. Jangan hanya tahu merunggut dengan kekurangan yg kita ada tp sebaliknya bersyukurlah dengan kelebihan yg dianugerahkan kerana bukan semua orang memiliki kelebihan yang kita miliki. Salam persahabatan dari saya.
Wassalam…..
“Usik-usiklah hati untuk menyentuh iman demi mengenali hakikat kehidupan”
p/s : sedang berusaha dgn gigih untuk buat header menggunakan Flash. Kalau blog tak berat boleh kekalkan kat blog. Kalau berat jawapannya simpan dalam tang sampah komputer.
Sila Tinggalkan Komen Anda Selepas Membaca. Tekan Like Jika Anda Suka Entri Ini . Azmi Khan
Alhamdulillah hari nampaknye semakin pulih dr kesakitan yang di alami. penat dah nak keluakan darah dr mulut dan hidung sy nie. ok hari ni saya terpanggil untuk menulis mengenai rancangan pendidikan islam iaitu 30 Minit Ustaz Don. bagi pendapat peribadi saya dan saya rasa ramai juga yang bersetuju bahawa rancangan seperti ini yang kita perlukan di Malaysia. Dengan penelitian dan penerangan secara detail mengenai tajuk yang diajar. melalui rancangan ini ia menjelaskan kepada kita mengenai perkara2 fardu ain dan hukum tajwid yg betul.
Sinopsis Ehsan TV ALHIJRAH
Sebuah rancangan kuliah interaktif khusus bersama Ustaz Don Daniyal Don Biyajid langsung dari studio Tv Alhijrah. Setiap Isnin dan Rabu, Ustaz Don akan membincangkan topic-topik berkaitan dengan fardhu ain dan setiap Selasa, hukum-hukum tajwid akan disentuh.
Pengacara
Pengacaranya memang popular meniti dibibir orang ramai iaitu Ustaz Don Daniyal Don Biyajid yang juga merupakan Pensyarah Muda Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. (Maklumat Dari FB Ustaz Don)
Download 30 Minit Ustaz Don
Anda terlepas @ tidak dapat menonton rancangan ini? jgn risau anda boleh download di Youtube khas untuk Ustaz Don.
Hari ini saya dah putuskan hubungan saya dengan kekasih saya sebab saya dah dapat kekasih baru yang mampu temani saya lepas nie. Kini dengan sah saya clash dengan SHOUTMIX dan berkasih pula dengan ISHOUTBOX. Mula2 tu nak juga ikut juga kata2 rakan2 blogger yg lain supaya tiada shoutbox di blog tp…….
Dengan adanya ISHOUTBOX ini diharap dapat membantu para pengunjung blog ini untuk meninggalkan link dan sebagainya. Boleh saja saya buang terus tanpa sebarang shoutbox tapi memikirkan untuk kepentingan pelbagai pihak terutamanya bloggers baru yang nak bertapak (macam saya dulu dan kini) maka biarkan saja blog ini bershout box.
Apa-apa pun saya ingin berterima kasih kepada BEKAS kekasih saya, SHOUTMIX kerana telah menabur jasa selama 2 TAHUN saya berblog. Kita terpaksa clash sebab kamu sekarang lebih pentingkan duit. Selamat tinggal SHOUTMIX.
Selamat datang untuk kekasih baru, ISHOUTBOX yg buat masa ini tidak mementingkan duit. Semoga kamu boleh menjadi setia dan tidak pentingkan duit.
p/s : sy nak mintak tolong jangan la letak link iklan kat shoutbox tu. Kasihani la saya yang memiliki internet yg lembab (yg mana kalau bertanding dgn kura2 mesti kalah) yg kena load page iklan anda yang suruh saya join skim cepat kaya tu. Saya tak percaya dan tak pernah berminat. Sia2 je korang letak pun. Selain itu bahasa tu jaga la cikit jgn menggunakan bahasa yg kotor/lucah ye…. Tu je la.
Ok saya nak sambung wat keje-keje opis yg pending 2 hari dah nie. Kena siapkan ari nie jugak. Salam Ukhwah dari saya. Usik-usiklah hati untuk menyentuh iman demi mengenali hakikat kehidupan. Sekian dulu untuk kali ini.
Wassalam…….
Sila Tinggalkan Komen Anda Selepas Membaca. Tekan Like Jika Anda Suka Entri Ini . Azmi Khan
Hak nie nak ucap selamat tinggal pada ShoutMix yg dgn bangganya akan mengenakan bayaran kepada penggunanya mulai januari 2012. Mungkin pengguna shoutmix dah ramai sangat jadi terpaksa la mereka kurangkan dengan mengenakan bayaran sebegini rupa. Jadi sama ada nak cari kekasih baru atau nak biarkan single mingle tanpa shoutmix?
Shoutmix pada sy penting untuk berhubung dan mempelkenalkan blog. Jadi dengan ini saya mengambil keputusan untuk mencari kekasih baru untuk menggantikan shoutmix. Buat masa ini CBox adalah calon yang akan menjadi kekasih baru blog ini. Tapi takpe kita tunggu hingga hujung bulan ini sebelum saya dapat putuskan yang mana satu bakal menjadi kekasih baru blog ini.
Sila Tinggalkan Komen Anda Selepas Membaca. Tekan Like Jika Anda Suka Entri Ini . Azmi Khan
Sinus merupakan rerongga yang terletak di belakang tulang pipi dan dahi dan disetar mata. Ia melembapkan udara yang kita sedut. Apabila rerongga ini dijangkiti kuman atau bengkak ia tidak dapat menyalur keluar udara dan kumbuhan dengan sempurna. Di dalam perubatan Melayu tradisional ia secara umumnya dikenali sebagai resedung.
Apakah Itu Sinusitis?
Sinusitis merupakan keradangan pada selaput sinus. Apabila berlakunya sinusitis, mukus seperti hingus tidak dapat mengalir keluar dengan baik dari sinus. Oleh yang demikain ia akan dipenuhi oleh rembesan. Biasanya, "penyapu-penyapu" kecil dalam sinus yang dipanggil silia akan menolak mukus keluar dari sinus ke dalam hidung. Apabila kerosakan berlaku pada fungsi silia atau bila bukaan yang terletak di antara sinus dengan laluan hidung tersumbat anda akan mendapat sinusitis.
Selalunya, sinusitis disebabkan oleh jangkitan bakteria yang akan berakhir dalam beberapa hari. Kadang-kadang ia bermula dengan jangkitan virus yang mencetuskan selesema dan menyebabkan berlakunya kesesakan dalam sinus yang akhirnya membawa kepada jangkitan sinus oleh kuman bakteria. Sinusitis jenis ini dipanggil sinusitis akut.
Sinusitis yang kronik (kadangkala disebut sebagai sinusitis berterusan) ialah merujuk keradangan sinus yang berlaku beterusan sehingga berbulan-bulan atau kadang kadang bertahun-tahun. Jika anda sering diserang sinusitis atau jangkitan tersebut berlarutan hingga lebih dari 3 bulan, ia mungkin merupakan sinusitis kronik. Gejala sinuisitis kronik mungkin tidak seteruk sinuisitis akut tetapi sinusitis kronik boleh mencetuskan komplikasi yang serius seperti jangkitan pada otak dan kebutaan.
Apakah Yang Menyebabkan Sinusitis Dan Gejalanya?
Sinusitis biasanya berlaku selepas mendapat selesama dan selalunya dikaitkan dengan demam alergi atau demam alahan (rinitis alergik), asma atau pencemaran udara yang boleh menyebabkan keradangan. Ia boleh terjadi kepada semua kumpulan umur.
Petanda yang klasik penyakit ini ialah sakit di bahagian muka, sakit gigi, tekanan di muka, hidung tersumbat, sakit kepala, keluar hingus yang berwarna kuning kehijauan dan berbau busuk. Sakit kepala sinus akan terasa apabila bangun dan menjadi teruk apabila membongkok. Seseorang itu merasakan dirinya tidak sihat. Membran mukus dalam hidungnya kelihatan merah dan bengkak dan mungkin terdapat nanah terkeluar dari hidung.
Di kalangan kanak-kanak, simptom yang lazimnya berlaku ialah pengap hidung. Ini akan menyebabkan sakit di mata dan bengkak disekitarnya. Keadaan ini memerlukan rawatan kecemasan.
Sakit tekak dan batuk adalah sangat lazim bagi kedua-dua sinusitis akut dan kronik.
Pencegahan
• Apabila terkena selesema dapatkan rawatan segera. Hembuskan hidung anda perlahan-lahan
• Banyakkan meminum cecair apabila anda diserang selesema, untuk mencairkan mukus dan mengalirkannya keluar.
• Jauhkan diri anda dari asap tembakau/rokok dan udara yang tercemar. Ia boleh meradangkan laluan hidung anda. Perokok lebih mudah mendapat sinusitis.
• Jangan pergi berenang atau menyelam ketika anda diserang sinusitis kerana bahan klorin yang terdapat pada air di kolam renang itu akan mengganggu pengalas lapisan hidung dan sinus. Penyelam biasanya akan mengalami kesesakan hidung. Penjagaan Diri
• Minum lebih banyak cecair untuk mencairkan mucus. Minum segelas air atau jus setiap jam.
• Menyedut wap mentol adalah sangat baik. Ia meningkatkan pergerakan silia hidung untuk menyapu kekotoran keluar.
• Gunakan penyembur hidung salina. Dicampurkan sama ada dengan < sudu teh garam ataupun < sudu teh soda penaik dalam 8 ouns (240ml) air. Dengan menggunakan picagari, cuci dengan mengairkan hidung anda. Dengan ini ia membersih dan melegakan laluan dalam hidung anda.
• Jangan membeli penyembur hidung dari mana mana kedai ubat tanpa nasihat atau preskripsi dari doktor. Jika digunakan 7 hari berturut-turut ia akan memburukkan lagi simptom anda.
• Makanlah ubat seperti yang dinasihatkan, terutamanya ubat antibiotik. Adalah penting anda mematuhi regimen pengubatan ini.
• Anda boleh membeli ubat penghilang kesakitan untuk mengurangkan sakit kepala dan sakit di muka disebabkan oleh keradangan sinus.
• Berehatlah secukupnya.
• Makan makanan seimbang dan banyakkan memakan buah-buahan. BERJUMPALAH DOKTOR JIKA...
Kadangkala begitu sukar untuk mendiagnoskan sinusitis kerana simptomnya hampir seakan-akan sama dengan simptom selema dan alahan. Anda perlu menilai semula dan memastikan tanda-tanda dan simptomnya. Anda perlu berjumpa doktor, jika:
• anda mendapat lebih dari 3 kali serangan sinusitis.
• simptom selesema anda berpanjangan sehingga melebihi dari 10 hingga 14 hari atau semakin lama semakin teruk
• mendapat sakit kepala yang kuat, berbeza dengan yang pernah anda alami dan tidak dapat hilang dengan ubat analgesik yang anda biasa belikan. 7 tekanan di bahagian muka
• terdapatnya hingus yang berwarna kuning-kehijauan atau bercampur darah.
• Demam dan batuk
• Kesesakan hidung atau hidung tersumbat
• Bengkak di sekeliling mata dan dahi. Jika anda didiagnoskan dengan betul dan mengambil ubat rawatan yang diberi, simptom sinusitis anda - seperti rasa sakit dan dedar, akan hilang. Anda akan bernafas dengan lega semula.
Sumber : Infosihat
p/s : Sebenarnya sy salah seorg yg mengalami sinusitis die peringkat awal. Doakan agar sy pulih dgn segera. Amin....
Sila Tinggalkan Komen Anda Selepas Membaca. Tekan Like Jika Anda Suka Entri Ini . Azmi Khan
Pastikan Anda telah mendirikan Solat sebelum membaca blog ini.
Firman Allah Dalam Surah Al Maa'uun Ayat 4 Dan 5 :
(Kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendustakan ugama), maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli Sembahyang - (laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya.
Surah Al Asr :
Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar....