What I Want To Share

12
Comment
Di Sebalik Tirai Besi Itu

Gambar Hiasan : Ehsan Google Images

Assalamualaikum……
Untuk entri kali nie tajuk pun macam ape2 je kan….. takpe nie ape yang saya nak sampaikan terpulang orang kata apa pun….. sebab ending kejadian ini berlaku beberapa hari yg sudah. ok entri ini saya nak kisahkan mengenai mereka-mereka yang berada di sebalik tirai besi atau pun kita selalu sebut penjara. Penjara bagaikan sesuatu mimpi ngeri bagi mereka yang menghuninya. Tetapi lebih ngeri apabila mereka yang tidak bersalah yang mengisi penjara itu. Mindset kebanyakkan dari kita ialah mereka yang berada dipenjara semua jahat. Kita telah silap jika itu penilaian kita. Sikap suka menghukum yang ada pada kita telah menjadikan kita seorang yang tersalah menilai. Ingin sekali saya coretkan sebuah cerita yang membuktikan bukan semua yang berada di balik tirai besi itu jahat. Ada yang dizalimi atau menjadi kambing hitam, ada yang mempertahankan diri, ada yang tidak sengaja. Cerita yang akan saya coretkan ini amat sedih sekali. berlaku beberapa hari yg lepas ketika semua sedang gembira menyambut Tahun Baru.....

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Coretan ini mengenai seorang pemuda yang bernama Ahmad(bukan nama sebenar) yang bekerja sebagai seorang pembaikpulih elektrik yang bekerja di sekitar Bandaraya yang penuh dengan tipu muslihat ini. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang cahaya mata. Ahmad ini tidak dicemburui oleh rakan baiknya, Azam(bukan nama sebenar) kerana Ahmad lebih disayangi oleh majikan kerana kerajinan dan kecerdikkan yang ada pada Ahmad. Jadi untuk membalas dendam yang tak pernah diketahui oleh Ahmad itu, Azam telah memasang perangkap untuk menyingkirkan Ahmad dari tempat kerjanya. Azam telah berpakat dengan teman wanitanya untuk mengenakan Ahmad. Pada suatu hari, Ahmad diarahkan untuk ke sebuah rumah yang memerlukan khidmatnya untuk membaiki alatan elektrik yang rosak. Tanpa disangka-sangka rumah tersebut merupakan rumah teman wanita Azam yang mana sengaja memanggil Ahmad untuk memerangkapnya. Apabila sedang leka melihat barang yang dikatakan rosak itu, tiba-tiba polis datang ke rumah tersebut. Apa yang lebih mengejutkan adalah wanita itu tadi telah memberitahu polis bahawa dia telah dirogol oleh Ahmad. Dipendekkan cerita Ahmad didapati bersalah atas tuduhan merogol dan di hukum penjara selama 10 tahun dan 2 sebatan untuk kesalahan yang tidak pernah dilakukannya. Di dalam penjara Ahmad baru sedar yang dia tersimpang jauh dari landasan agama dan kembali mendekatkan diri pada Allah. Dipendekkan cerita lagi apabila telah dibebaskan, Ahmad dipandang hina disisi masyarakat yang menganggap tuduhan itu benar. Lebih menyedihkan keluarganya juga tidak menerimanya. Ahmad yang tidak dapat menerima ujian itu. Dia mula berubah menjadi seorang yang jahat dengan mencuri, minum arak, hisap dadah dan pelbagai lagi hanya kerana hinaan dari masyarakat dan keluarga. Ahmad akhirnya meninggal dunia kerana pengambilan dadah yang berlebihan.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Itu kisah hidup seorang lelaki yang baik tetapi matinya dalam keadaan yang teruk sekali. Hanya kerana hukuman yang diberikan oleh masyarakat dan keluarga. Jadi saya terpanggil juga untuk memperbetulkan kembali cara pemikiran kita. Atas alasan apa kita menghina mereka yang keluar dari penjara? Kenapa kita hina mereka? Suci sangatkan kita dari melakukan kesalahan? Suci sangatkah kita sehingga kita boleh menghina orang dan menyebabkan dia berpatah dari taubatnya? Tepuk dada tanya iman.

Cuba kita bayangkan jika perkara yang sama berlaku kapada diri kita atau ahli keluarga kita. Apa yang kita rasa? Seronokkah? Gembirakah? Atau kita akan menghina mereka? Kalau berlaku pada diri kita. Nak hina diri sendiri ke? Tentu sekali tidak. Betul tak. Kenapa bila kena kat orang lain kita hina dia? Kita herdik dia? Renung-renungkan la sahabat-sahabat yang saya sayangi. Jangan sampai terkena pada diri sendiri baru nak sedar.

Kita semua dah besar. Kata dah merdeka. Kenapa tidak dimerdekakan sekali cara pemikiran kita. Jika kita suka memikirkan sesuatu dengan pemikiran yang negetif, maka jawapan yang kita dapat adalah negetif. Jika kita memikirkan sesuatu dengan pemikiran yang positif, maka jawapan yang kita dapat sesuatu yang positif juga.

Marilah kita sama-sama mengubah cara pemikiran kita ke arah yang lebih positif. Jgn tanya siapa dia, bila berlaku, ape hubungan sy dgn dia tetapi tanya diri kita knp ia berlaku. masih dalam mood kesedihan. sekian....

Wassalam……

Al - Fatihah Buat Arwah

"Usik-Usiklah Hati Untuk Menyentuh Iman Demi Mengenali Hakikat Kehidupan" 
Sila Tinggalkan Komen Anda Selepas Membaca.
Tekan Like Jika Anda Suka Entri Ini .
Azmi Khan

12 comments:

Nisa Greennnpanda said...

penah ade experience ngan org yg penah kne penjara.. tp xpandang hina pun ngan die, cume arap die b'taubat & insaf je..

mmg kite xptt pndang hina & negatif kat org, huhu~..

CekbOlat-bOlat said...

sdihnye.. hm.. bolat tak hina.. tpi ksian pda mereka =="

nuyui a.k.a miss YUI said...

xperlu kt nk pndg hina kan..semua org ada slhnya..

cuma nmpk xnmpk aje..

amirahyusoff said...

sedihnya baca cerita ni :(

Eza Boom Boom :) said...

Entry yang cukup bermakna. Stigma pemikiran masyarakat kita kena di brain-wash balik. Eza sebagai adik kepada pegawai penjara dan uztaz untuk banduan, kerana dua2 abang Eza berbakti untuk jabatan penjara, setia mendengar kisah-kisah banduan di penjara. Tak semua dorang tu jahat, ada yang kena aniaya. Jadi, kita sebagai masyarakat ni jangan dok kata kita ni baik sangat. Semua kita ni ada buat salah, just diantara dapat balasan atau tak je kat dunia.

p/s: komen panjang plak dahhh :P

DOMU-KON said...

fisrt..blog nie berwajah baru..

dan cerita itu..insha Allah memberi pengajaran..

islam itukan the way of life.. jadikan apa pun, jngn pisah agama dgn hidup.. ujian datang dalam pelbagai bntuk.. moga kita ditabahkan hati dan tidak diterjerumus seperti arwah..amin..

::ini belog saya . cinta hati saya:: said...

kesian nye ,

Danghilal said...

Q berharap tak akan kesana.. hehe

Pendamba Mawar said...

cerita yang ,memberikan kesedaran..nice. bagi PM.. kita tak pernah merdeka..:) kita terang terangan masih dijajah

suzie rahman said...

huuu kesian nya ahmad. azam jht lh.

NiaLidia. said...

nice. suka cerita ni :) tp betullah, mindset org kita boleh dikatakan terlalu kolot dan pada mereka , mereka adalah yg terhebat tp tanpa sedar sebenarnya kita lebih teruk dr yg dalam penjara. apa yg perlu kita sedar , semua manusia melakukan kesilapan dan semua manusia ada silapnya.mereka , masih manusia sama seperti kita.

Puan Gojes said...

al-fatihah buat arwah. sesungguhnya arwah tidak minta untuk di hormati apatah lagi untuk di kasihani selepas keluar dari penjara. hanya tuhan sahaja tahu sesulit dan sesukar mana keadaan yg arwah hadapi. saya sangat setuju dgn kata2 'kenapa pemikiran org tidak semerdeka dengan negara yg kita yg telah lama merdeka' menilai yg jahat hanya dengan sekali pandang. tidak ada manusia yg sempurna, i hope so wife juga anak2 arwah tidak membenci arwah evendo masyarakat telah menjatuhkan hukumannya sendiri. wife dan anak2 adalah kekuatan arwah..saya sangat sedih dengan ini...

Post a Comment

Adab Meninggalkan Komen :

1. Bahasa Sopan

2. Tiada Unsur Menghina

3. Jgn gatal nak spam. Spam sy delete

Terima Kasih Kerana Meninggalkan Komen Di Entri ini

 
Powered by Blogger