What I Want To Share

9
Comment
Ingatkan Kawasan Ini Dah hilang Dari Peta


SERDANG,12 JANUARI : Penduduk di kawasan Seri Kembangan boleh menarik nafas lega daripada berhadapan kesesakan lalu lintas yang menghantui penduduk kawasan itu sejak sekian lama apabila projek hampir RM37 juta diperuntukkan untuk memperbaiki lalulintas di kawasan itu.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata penyelesaian kesesakan jalan raya iitu adalah untuk membuat jalan satu hala di seluruh kawasan Seri Kembangan supaya dapat mengatasi masalah persimpangan dua hala yang begitu banyak.

” Pengajaran kesesakan yang berlaku begini akan memberi kita peluang untuk mengingatkan pihak berkuasa tempatan dan perancang bandar supaya meneliti perancangan-perancangan masa depan,” kata Abdul Khalid semasa ucapan perasmian Majlis Pecah Tanah Projek Sistem Sirkulasi Lalulintas di Seri Kembangan.

Abdul Khalid berharap penduduk bersabar dan dapat memberi kerjasama apabila berlaku kesesakan kelak semasa projek memperbaiki aliran trafik ini berjalan.

” Anggaran kos melebihi RM37 juta, tetapi projek ini akan dilaksanakan secara berfasa dan yang fasa pertama ialah pembinaan jalan yang baru dipersimpangan dan juga jalan bertingkat serta mengubah jalan-jalan yang berkaitan.

” Dengan berlakunya ini, masalah kesesakan aliran trafik dapat dikurangkan,Seri Kembangan adalah tempat yang mempunyai rekod yang mempunyai banyak persimpangan dalam jarak yang begitu dekat,” kata Abdul Khalid.

Turut hadir dalam majlis ini ialah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Ronnie Liu dan Pengarah Jabatan Kerja Raya Selangor Datuk Abdullah Abdul Rahman.

Sementara itu, ADUN Seri Kembangan Ean Yong Hian Wah berkata kesesakan jalan raya yang di hadapi penduduk di Seri Kembangan pada waktu puncak mengganggu perkembangan ekonomi setempat.

” Masalah kesesakan adalah masalah yang kritikal yang dihadapi oleh masyarakat setempat, ini jelas telah menyebabkan rakyat menderita dan hidup dalam satu keadaan yang penuh dengan tekanan,” katanya.

Menurut Ean lagi,masalah kesesakan ini menyebabkan Seri Kembangan yang dahulunya dikenali sebagai ‘Pekan Kasut’ mengalami kemerosotan perkembangan ekonomi.

” Saya yakin dengan kejayaan projek ini akan menambah baik situasi trafik dan memberi manfaat kepada pengguna jalan di masa hadapan,” katanya.

Sumber : Selangor Kini

p/s : Ingatkan seri kembangan takde dlm peta Malaysia. Syukurlah ade gak inisetif kerajaan negeri untuk mengurangkan kesesakan yg sy rasa tension jugak kadang2 nak laluinya. Bayangkan la. perjalanan yang sepatutnya mengambil masa kurang lebih setengah jam je tp sebab kesesakan di mana dr 3 lorong ke 1 lorong menyebabkan perjalanan menjadi kurang lebih 2 jam untuk sampai. kesian kat orang yang keje KL walaupun keluar kul 6 pg tp tetap sampai lewat. semoga dgn buat jalan baru akan mengurangkan kesesakan di Seri Kembangan yg semakin pesat membangun.

"Usik-Usiklah Hati Untuk Menyentuh Iman Demi Mengenali Hakikat Kehidupan"


Sila Tinggalkan Komen Anda Selepas Membaca.
Tekan Like Jika Anda Suka Entri Ini . Azmi Khan

9 comments:

Pendamba Mawar said...

masalah kawasan?

Eza Boom Boom :) said...

Alhamdulillah dah ada penyelesaian untuk masalah kesesakan tu. Tau tak mana tempat Eza?? Macam takde dalam peta jugak. daerah kecil kat sarawak. tengah-tengah brunei. :). Nak g daerah ke daerah yang lain dalam sarawak ni pun, kena guna passport. Ehem..

nuyui a.k.a miss YUI said...

alhmdulillah..bguslah gtu..

j O C y said...

Happy monday to you my friend..

Koding said...

kenderaan bertambah setiap hari...

DOMU-KON said...

huhu..sabarlah yer incik azmi..biasalah, bukan xd dalam peta..mereka tak nampak jer..ngeh2

Hanif said...

bila jalan sesak..hati jadi panas..bila panas dapat darah tinggi...bila dapat darah tinggi tu nak jadi samseng jalanraya..hahhahaha

Nisa Greennnpanda said...

isy, msti la seri kembangan ade kat dlm peta, hehe..
bgus la k'jaan nk tlg slesaikn msalah tue.. >_<

Bandar Putra Permai said...

Alhamdulillah..mudahlah sedikit penduduk Bandar Putra Permai e-Community nak pergi kerja

Post a Comment

Adab Meninggalkan Komen :

1. Bahasa Sopan

2. Tiada Unsur Menghina

3. Jgn gatal nak spam. Spam sy delete

Terima Kasih Kerana Meninggalkan Komen Di Entri ini

 
Powered by Blogger