What I Want To Share

13
Comment
Satu Wajah Satu Kisah


Assalamualaikum Semua……
Mungkin kelihatan lama saya menghilang. Tak update blog mahu pun Facebook. Rindu rasa pada rakan-rakan semua. Saya mengalami gangguan kesihatan yang membataskan pergerakkan saya. Jadi maafkan saya kerana itu.

Setiap orang dalam dunia ni pasti ada masalah yang pasti akan menjergah ke atas kita. Sama juga seperti saya. Mempunyai masalah dan pasti setiap masalah mempunyai kisahnya tersendiri. Setiap pada kita pasti ada masalah dan sebab itu saya letak tajuk entri satu wajah satu kisah.

Kelekaan kita pada keduniaan menyebabkan terpalitnya satu kisah @ masalah. Masalah itu kadang2 datang dari kesilapan kita sendiri. Dan kebanyakkannya adalah dari Allah yg sedang menguji kita dan iman kita ini. Adakah iman kita selemah2 duit kertas yang mudah dikoyak @ sekuat2 duit syiling yang sukar di patahkan.

Mungkin kita terlalu seronok dan bangga dengan kehidupan kita yang senang lenang, banyak duit, banyak harta, punyai darjat, punyai pangkat, punyai keluarga, punyai anak. Kalau ditanya saya sama ada saya nak jadi kaya @ tak? Nak jadi popular @ tak? Nak ada peminat tersendiri @ tak? Jawapan saya hanya satu iaitu TIDAK. Knp tidak? Kerana saya bimbang dan takut sy tidak mampu untuk mengelakkan sifat riak, bangga diri @ sombong. Saya hipokrit? Silakan apa sahaja yg korang nak katakan.

Persoalan saya adakah semua org kaya hidup dgn tenang apabila sudah kaya? Adakah kekayaan dan kemasyhuran kita itu membuatkan kita tenang dan bahagia? Nanti dulu. Jangan jawab menggunakan nafsu kita kerana jawapan yang akan terbit tidak sampai 2 saat adalah YA walaupun pada hakikat mereka2 ini menghadapi krisis dalam kehidupan walaupun KAYA.

Jom kita layan dulu kisah ini :
Pada suatu hari ada orang membuka tawaran kepada Seorang Hamba Allah untuk membeli apa sahaja yg Hamba Allah itu inginkan dgn syarat tertentu (adik-beradik rasuah). Hamba Allah itu seorang yang miskin dan tak beharta. Untuk menyedarkan orang kaya itu, Hamba Allah minta dia membelikannya Syurga dan memberi jaminan dia akan bersama dengan Nabi di Syurga itu dan sekiranya mampu maka Hamba Allah itu akan tunaikan permintaan dia. Dan Hamba Allah itu telah membuka mata lelaki kaya tadi bahawa ada yang tidak mampu dibeli dengan harta yang banyak itu. Usahkan Syurga tapi Kesihatan, hujan, udara, oksigen, bulan, bintang, dan yang paling utama Nyawa kita pun tidak mampu dibeli dgn harta yang banyak itu.

Jadi orang kaya pun tak bahagia? Betul ke? Dalam Malaysia sendiri ada kes di mana anak Datuk, Datuk Sri, Tan Sri yang melakukan kesalahan jenayah. Di tanya knp? Kerana ibu bapa mereka sibuk dengan kerja hingga anak2 salah memilih jalan.

Walaupun saya berkehidupan serdahana tapi saya bersyukur. Bersyukur kerana jika saya membandingkan diri saya dgn mereka2 yang berada di Palastin, Iraq, Afganistan, Sy lebih beruntung dan kaya dari mereka. Jadi kenapa saya nak sedih takda harta banyak2? Saya memegang 1 prinsip : Jika Kaya Itu datangnya dgn Iman Maka Tiada Yang Dapat lebih baik dari itu. Namun Jika Kaya itu hanya dengan Wang ringgit, maka suatu masa nnt kita akan menangis kerana menjadi kaya. Knp kita menangis pulak ye? Sebab kita tak mampu berkata apa2 pun depan Allah bila disoal mengenai ke mana harta kita dihabiskan.

Saya terkilan dengan beberapa org yg melemparkan tuduhan dan menyalahkan saya di atas sesuatu permasalahan. Sy dan sy pasti semua orang tidak pernah berdoa nakkan masalah dalam kehidupan (kalau ada boleh tempah bilik kat hospital bahagia). Tapi kenapa masalah tu datang pada kita? Knp kita? Knp pada sy yang bernama Azmi dan bukan orang lain yang bernama Zaki ke, Ahmad ke? Jadi persoalannya knp? Saya tahu jawapannya dan cuba korang usik2 hati tu untuk mengetahui jawapannya. Hanya Iman mampu menjawabnya.

Satu Kisah Satu Wajah. Kita mungkin mengetahui 100 kisah dari 100 wajah tp belum tentu 10 daripada 100 wajah itu ingin mengetahui satu wajah dan satu kisah kita.

Wassalam…….

p/s : mood kecewa dgn beberapa makhluk yg bernama manusia. tengok kiri tengok kanan baru cakap ye. Anyway thanks to Kak Mia kerana memberi saya cenderahati semperna hari lahir Kak Mia.

"Usik-Usiklah Hati Untuk Menyentuh Iman Demi Mengenali Hakikat Kehidupan"


Photobucket

13 comments:

Rapunzel Cikilolo said...

satu wajah mungkin ade 1000 kisah dalamnya. bhagia, derita, zaman baek, zaman jahat. hnya Allah SWT mengetahui

gnesop.com said...

malah x lahir daeri kehidupan..
tp cam ner nak atasi plg penting

Nisa Greennnpanda said...

Salam Azmi-kun..
arap awk makin sihat ye..

yup, mmg xdinafikn tiap org ade kisah & masalahnye t'sndri.. nape kite yg ditimpa masalah tue & bkn org lain? well, Azmi-kun penah tnye bnde yg same kat sy ari tue, & now I know the answer.

Thanks so much Azmi-kun~... sy arap awk tabah m'hadapi sgale masalah.. ^_^<3

nuyui a.k.a miss YUI said...

setiap org ada kisahnya tersendiri kan..

Aida Omar said...

kaya dengan wang ringgit tidak menjamin kebahagian akhirat, jadi carilah harta untuk kebahagian di akhirat sana nanti..

Setiap manusia dibumi ini mempunyai kisahnya tersendiri..Sama ada yang kita tahu dan juga yang kita tak tahu, tanpa dugaan kita tak jadi sekuat kini. :)

Nazri Hanafiah said...

semoga cepat sembuh :)

Eza Boom Boom :) said...

Assalamualaikum,Azmi. Alhamdulillah, dapat jugak eza menjejakkan diri untuk baca entry penuh pengertian ni. Masa study dulu, uztaz ada gtau Eza bila dipilih jadi orang kehormat nanti, jangan la nak dan mahu. Sebab, ketua dalam masyarakat akan ditanya segala kebajikan rakyat di bawahnya, adakah cukup makan atau sebagainya. banyak tanggungjawab. So, kita tanya diri kita. Layakkah kita menjadi yang terbaik untuk org lain?:) Seribu wajah punya seribu kisah yang tak sama. Kisah yang tak sapa sudi nak ambik tau. :) mungkin ada. cuba seorang dua.

tunz said...

semoga dikurniakan kesihatan yg baik.terima kasih kerana sering kongsikan info yang bermanfaat untuk semua.
syukran

Mr. Sepet said...

nize . really nice . .

DOMU-KON said...

semoga awak cepat sembuh... :)

biasalah..manusia suka tunding jari ke atah orang laen..padahal dia lupa satu jari tunding ke arah orang laen, yang selebihnya untuk diri sendiri.. misz domu pernah berada dalm situasi itu.. tapi percayalah..Allah sedang menguji kamu.. bersabarlah yer...

sabar itu separuh dari iman... :)

puteri kasih said...

jaga kesihatan yer :)

BlogS of Hariyanto said...

semoga cepat kembali sehat seperti semula kawan,
selalu bersyukur akan apa yang kita miliki kan membuat kita selalu bahagia dan tidak merasa kekurangan sedikitpun..karena ALLAH selalu memeberikan kecukupan rezeki pada semua hamba-NYA

Accountant Melbourne said...

Hello... Being contented with what you brings happiness in life in all circumstances.

Post a Comment

Adab Meninggalkan Komen :

1. Bahasa Sopan

2. Tiada Unsur Menghina

3. Jgn gatal nak spam. Spam sy delete

Terima Kasih Kerana Meninggalkan Komen Di Entri ini

 
Powered by Blogger