Derita

Home » , , , , , » Derita

Nikmat Keamanan Yang Telah Mereka Hilang
Mereka diuji dan terus diuji
Dari hari ke Hari
dari bulan ke bulan 
dari tahun ke tahun
Hanya derita yang mereka rasa
Tapi mereka tidak pernah berputus asa
mereka terus melawan dan melawan
mereka perjuangkan hak mereka
mereka gadaikan nyawa mereka
apa yang kita lakukan untuk membantu mereka?
Bukankah mereka saudara kita?


Buka mata dan lihatlah..
Insan kecil yang tak berdosa
Jadi mainan dan hinaan semua
Manusia tiada berpedoman...


Apakah salah mereka
Menjadi mangsa yang terbiar..
Dia disiksa tanpa rasa simpati
Hanya melihat darah merah mengalir ke bumi...


Sengsara kan terasa...
Di sepanjang hayatnya...
Tangisan tak bersuara
Insan yang sekecil tu... Merasa
Peritnya derita....
Ditanggung jua...


Mengapa dia disiksa
Hingga lesu tak bermaya
Haruskah kita menyaksikan
Penderitaan pada mereka


Apa nasib mereka jika ini masih terjadi
Kita sama sama membantu
Melindungi hidup mereka..


Mereka perlukan perhatian
Bukan penyiksaan yang diminta
Berikan kasih dan belaian mesramu
Moga diberi petunjuk dan hidayah yang sejati...


Saya tujukan soalan ini kepada diri saya sendiri dan diri pembaca:
“Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan ?” Surah Ar-Rahman.



Jom Hayati Bait2 Lirik lagu ini. Dan lihat video ini. Semoga ia bebekas dihati kita.


Tajuk Lagu : Derita 
Artis : Okid (Kumpulan Tahun 90an)

Saya bukanlah seorang yang sempurna dan hebat tapi saya berusaha untuk menjadi hamba Allah yg terbaik. Semoga kita semua sama2 menjadi hamba Allah yang terbaik. Insyaallah. Amin....

p/s : Kita di Malaysia hidup aman je. takde pun peperangan, pembunuhan kejam oleh penjajah, tidak hidup dlm ketakutan, tidak kebuluran, cukup tempat tinggal, ada pekerjaan, ada ibu bapa, ada adik beradik dan saudara mara, jadi bersyukurlah kepada Allah kerana diberi kita nikmat keamanan jika nak dibandingkan dgn saudara2 kita di Palestin. Semoga entri spontan ini memberi ikhtibar kepada kita semua. Amin..... 


Alhamdulillah syukur sy panjatkan kepada Allah kerana blog ini telah mendapat tempat ke-2 dalam Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular anjuran saudara Anuar pemilik blog Catatan Anuar. Terima kasih kepada korang semua yang tolong vote blog ini. Semoga Allah Membalas jasa2 kalian. Amin.....

"Usik-Usiklah Hati Untuk Menyentuh Iman Demi Mengenali Hakikat Kehidupan"
Photobucket

5 comments:

  1. semoga penderitaan masyarakat palestin berakhir secepatnya..

    Tahniah, incik Azmi dapat tempat ke-dua dalam Pertandingan Blog Paling Popular. Rezeki tu. :)

    ReplyDelete
  2. Moga ada yang membela nasib mereka
    yang telah menderita sekian lama....

    ReplyDelete
  3. btul3.. kite kne b'syukur coz idup aman damai..
    sy hnye mampu doakn kesejahteraan seluruh umat Islam pas solat & time bc yassin.. tue je yg sy mampu.. T_T

    moge kite sumer dpt jd umat yg t'baik, amin~...

    ReplyDelete
  4. btw, congrats ye atas kemenangan tue..
    sy xtau lak Azmi-kun msuk b'tanding..
    kalo tau, dh lame sy vote, hehe.. ^_^

    ReplyDelete

Adab Meninggalkan Komen :

1. Bahasa Sopan

2. Tiada Unsur Menghina

3. Jgn gatal nak spam. Spam sy delete

Terima Kasih Kerana Meninggalkan Komen Di Entri ini