Assalamualaikum…..
Entri ini sape nak baca silakan bc sampai abis..... Rugi sape tak bc entri nie......
Cinta itu begitu indah dan begitu luas untuk kita tafsirkan. Cinta lahir dari hati yang yang menuntut sebuah kasih sayang dan cinta yang sempurna. Tapi sesempurna manakah yang mampu kita berikan kepada orang yang kita kasihi?
Tidak dinafikan cinta sesama manusia diperlukan dalam hidup kita. Tapi sebelum kita memberikan cinta kita kepada sesama manusia kita perlu mencari cinta itu sendiri untuk menjadi kekuatan dalam hidup kita. Cinta apa yang boleh menjadikan kita begitu kuat? Cinta kita pada Allah. Cuba kita Tanya diri kita adakah kita ada mencari cinta ini sebelum kita mencari cinta sesama manusia? Anda Tanya diri anda dan anda jawab pada diri anda dengan sejujurnya. Anda tipu saya tak tahu sebab tu di dalam hati tapi ALLAH tahu.
Apakah yang dimaksudkan dengan cinta? menurut islam, cinta adalah nikmat teragung kurniaan Allah kepada makhluk yang bernama insan. Ia adalah fitrah dan hakikat yang tidak dapat disangkal. Cinta yang paling teragung ialah cinta kepada Allah diikuti kepada rasul dan ibubapa.
Kenapa kita perlu cari cinta abadi iaitu pada Allah sebelum kita cari cinta sesama manusia. Baik disini saya ada satu kisah untuk diceritakan. Moga anda dapat apa yang cuba saya sampaikan dan kenapa kita perlu mencari cinta pada Allah sebelum cari cinta sesama manusia.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Nora (bukan nama sebenar) seorang perempuan yang cukup cerdik dan pandai. Dan menjadi kegilaan ramai lelaki. Jadi dipendekkan cerita dia jatuh cinta pada Azman (bukan nama sebenar) dan bercintalah mereka lebih kurang 4 tahun. Seperti kebanyakkan kisah cinta muda mudi mereka selalu keluar bersama, dan mereka juga sudah banyak kali telanjur. Tapi bagi Nora dia tak kisah kerana itu menjadi bukti dia mencintai Azman. Sehingga pada suatu hari Nora dapat tahu yang dia mengandung 2 bulan. Dia begitu rungsing dan menceritakan hal tersebut pada Azman. Tapi Azman dengan selumbernya berkata dia tak tahu anak yang dikandung Nora tu anak siapa dan dia tidak mahu bertanggungjawab atas kandungan Nora itu. Nora menjadi begitu tertekan. Dia pergi ke hospital untuk mengugurkan kandungannya itu. Malangnya kandunganya tidak boleh digugurkan kerana boleh membahayakan nyawa Nora. Nora menjadi semakin buntu. Dengan menggunakan akal yang tumpul dia mengambil keputusan untuk membunuh diri. Agak terkejut saya mendengarnya. Tapi dia ta sempat bunuh diri kerana Berjaya diselamatkan oleh anggota penyelamat. Kalau dia Berjaya bunuh diri tak dapat la saya cerita ni. Selepas diselamatkan dia dihantar ke salah satu rumah perlindungan wanita dan menjalani sesi kaunsling dan dia mula sedar akan kesilapannya. Dan menurut Nora punca utama dia melakukan kesilapan ini adalah kerana lupa pada Allah. Dia tidak solat jauh sekali puasa. Tapi Alhamdulillah dia mula insaf dan telah berubah. Dia meninggal dunia ketika melahirkan anak yang dikandungnya itu. Semoga Allah terima taubat Nora.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jadi sekarang anda tahu tak kenapa kita perlu mencari cinta Allah dulu sebelum kita mencari cinta manusia?
Diantara kesalahan yang dilakukan oleh Nora
1. Berzina
3. Cubaan Membunuh Diri
Jangan anda yang sedang membaca ini menjadi seperti Nora. Baiklah sekarang saya akan beritahu kenapa kita perlu mencari cinta Allah dulu.
1. Kita mengaku kita islam tapi adakah kita melakukan apa yang islam suruh lakukan?
2. Pada Hari kiamat nanti kita akan di nilai dari amal ibadah kita dan cinta kita pada Allah akan melahirkan keikhlasan dalam beribadah.
3. Apabila kita beribadah maka kita akan tahu bezakan yang baik dan buruk.
4. Apabila kita tahu bezakan baik buruk, kita akan tahu cinta sesama manusia yang bagaimanakah yang harus kita cari.
5. Apabila kita tahu cinta yang bagaimana kita perlu cari, Insya’Allah kita akan terhindar dari maksiat.
Ada juga yang tertanya-tanya, saya buat amal ibadat banyak dah kenapa saya boleh melakukan perkara yang mendatangkan dosa? Cuba muhasabah diri anda, anda beramal kerana Allah atau kerana takut masuk neraka. Selain itu juga adakah kita betul-betul pasti yang cara kita berwudhu dan bersolat mengikut cara-cara yang betul. Adakah kita pasti yang bacaan kita di dalam solat itu betul. Kebanyakkan dari kita tidak membaca Al-Fatihah dengan betul. Jadi cuba cari ustaz untuk membetulkan bacaan kita termasuk bacaan Al-Quran.
Nasihat saya buat perempuan – perempuan di luar sana, jangan mudah percaya kepada orang baru anda kenali. Janganlah baru kenal 2 - 3 bulan terus couple. Kenali dulu sedalamnya seseorang tu. Sekurang – kurangnya ambillah masa setahun untuk mengenali antara satu sama lain. Jangan duk percaya sangat kata – kata lelaki sebab banyak dustanya dari yang nyata tapi bukan semua la. Bak kata orang kerana nila setitik rosak susu sebelangga. Jangan duk sibuk – sibuk nak buktikan cinta sebelam sah ikatan anda semua. Hukum still hukum. Ingatlah setiap kesalahan yang kita lakukan akan ada balasan azabnya di dunia, di dalam kubur dan di akhirat.
Cubalah anda fikir – fikirkan dan renung – renungkan situasi ini. Ketika anda sedang membuat maksiat tiba – tiba malaikat maut datang menjemput anda untuk memenuhi janji bahawa kematian itu pasti. Anda rasa mana yang anda akan pergi waktu di akhirat? Apa yang akan anda dapat ketika di dalam kubur? Apa yang akan anda jawab dengan soalan – soalan malaikat di dalam kubur? Adakah anda sanggup menghadapinya? Sanggupkah kita di temani ular, kala jengking, kegelapan di dalam kubur dan kesempitan hidup di dalam kubur? Sedangkan panas matahari pun kita tak tahan apatah lagi panasnya api neraka. Nauzubillahi min zalik. Ingatlah wahai wanita sekalian, wanita yang paling mudah masuk syurga dan wanita juga yang paling mudah masuk neraka. Lelaki pula harus menghormati seorang perempuan. Bayangkan jika perkara sama berlaku pada adik atau kakak kita. Sanggup kita terima? Pilihan di tangan kita sendiri. Ibu bapa dah buat apa yang patut untuk kita. Didikkan yang cukup dah diberi. Apabila besar kita pilih haluan dan halatuju kita di akhirat.
Cinta yang meminggirkan cinta Allah amat rendah mutunya dan tidak tahan apabila diuji. Apabila wajah kendur cinta pun luntur. Apabila kemudaan hilang sayang pun terus melayang. Sebaliknya cinta Allah mampu mengekalkannya, malah boleh meningkatkan lagi rasa cinta walaupun perubahan fizikal berlaku kerana nampak cinta itu di hati bukan di mata. Cinta di mata boleh dipisahkan dengan jarak dan usia tetapi cinta di hati tidak ada sesiapa yang mampu menjarakkannya apatah lagi memisahkannya.
Hidup kita memang memerlukan cinta tapi jangan sampai cinta itu memaksa kita melanggari sesuatu yang dilarang Allah. Cinta itu indah jika kita tahu memberi dan menerimanya. Cinta itu suci dan jangan kotorinya. Cintailah Allah lebih dari diri sendiri. Mungkin kita tak dapat lakukan seperti Rasulullah tapi kita boleh lakukan sebaik mampunya kita lakukan. Bajailah cinta itu selalu dengan solat, zikir, membaca Al-Quran dan sedekah. Usik-usiklah hati untuk menyentuh iman demi mengenali hakikat kehidupan. Sekian Dulu untuk kali ini. Sebarang pendapat boleh tinggalkan diruangan komen dibawah ini.
Wassalam……
UNIC - Atas Nama Cinta
Tika mata
Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan
Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta
Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempuna
Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murka-Nya menghukum leka
Diatas nama cinta
Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redha-Nya
Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa
Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai
Nikmat-Nya
Syurga-Nya
Cinta-Nya
Okid - Wasilah Cinta (Maksud Mendalam tersirat dalam lagu ini)
Tidak ku cintamu kekasih
Kerana balasan yang engkau janjikan dulu
Untuk ku sebuah taman
Yang mengalir sungai kebahagiaan
Sungguh tidak kesampaian cintaku padamu
Seandai terikat dan bersyarat
Pada hukuman cinta kita serasa pula adanya
Tawar menawar penuh tanda tanya
Hanya satu pengucapanmu
Yang kupegang kini menjadi nadi
Hiduplah aku kerananya
Bersama janjimu restu penuh pasti
Berpisah bukan kekasih zahir kau yang hilang
Ku cari pada gambaran nyata
Tidak kutemu kau kekasih bayangmu oh dimana
Hinggakan aku kehilangan punca
Lalu aku kembali ke alam abadi
Bersama amanah janji
Kulihat engkau disana setia menanti
Kekasih kuserahkan
Cinta satu kita lebih bermakna
Dari balasan kau janjikan
Walau kau duga bintang kejora
Menjadi intan tak kuhirau
Dalam sedar aku kembali
Di dalam lena ku kita seabadi
Siang malam hanyalah mimpi
Demi engkau kasih tidak ku peduli
p/s : dah lama dah menulis entri nie. tp pada saat ini br berkesempatan untuk post. so harap2 korang semua faham ape nak sy sampaikan. tak paham sila bertanya. klu tak nnt sesat tak jumpa jln pulang. sy pun bkn pandai sgt. tp klu boleh jawab sy jawab... Oh ye... kpd yg meninggal jejak kat shout tu maaf klu lambat balas sbb sy agak bz cikit... sy akan balas jejak korang semua secepat mungkin... TQ kerana memahami...
"Usik-Usiklah Hati Untuk Menyentuh Iman Demi Mengenali Hakikat Kehidupan"












hemm mendalam betul entri ni~ sekarang byk dah jadi mcm kes nora..harap3 gadis3 sert gades dapat menjaga diri
ReplyDeletebyk jd camni dan byk yg belum sedar lg..
ReplyDeletekes Nora tue kisah bnar eh Azmi-kun?
ReplyDeletesian die kn.. nsb baik die dh sdar.. ^_^
Thanks ye coz bg peringatan kat sumer, esp kaum pmpuan..
entry Azmi-kun nie sgt2 useful tau...
moge kite sumer dpt mengecapi cnta abadi di samping menyemai cnta ngan org t'syg.. amin3...
alhamdulillah, tergerak mouse untuk klik link entry ni kat dashboard. (exceli hati yang sebenar'e hehe)
ReplyDeletewalaupun entry panjang, namun banyak manfaatnya, selit hiburan sebagai pemanis. nice one, Azmi.
teruskan lagi usaha anda untuk berpesan-pesan kepada kebaikan :)
Alhamduilillah nadia sempat bertaubat..
ReplyDeleteentri nie sangat bermakna.. cinta kepada Allah memang cinta yang paling agung, setia dan taat..
dalam cerita punya cerita..?
ReplyDeletepringatan n pngajaran untuk ira nieee.. :)
ReplyDeletehrp sgt x trjadik pd ira,aminnn ;)