Sebelum Kita Mengeluh...

Home » , , , » Sebelum Kita Mengeluh...


Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.
Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.
Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.
Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.
Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.
Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.
Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.
Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.
Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.
Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !

“Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.”




Sumber

p/s : Hidup ini pasti penuh makna jika kita susuli setiap sesuatu dgn rasa bersyukur. bersyukur itu nikmat yg paling hebat. Setiap yg berlaku jgn hanya tahu nak mengeluh. cuba santapkan rohani kita dgn perkara2 positif disebalik segala yg berlaku. positifkan minda, merdekakan hati, dan sy berdoa  semoga kita semua mengecapi kebahagiaan dunia dan akhirat. Amin. Selamat bercuti kepada semua yg cuti semperna hari wilayah yg merupakan tarikh mak cik saya meninggal dunia. Al Fatihah Buat Arwah. Semoga Dicucuri rahmat dan bahagia di alam yang baru. AL-FATIHAH........ 


"Usik-Usiklah Hati Untuk Menyentuh Iman Demi Mengenali Hakikat Kehidupan"
Photobucket

11 comments:

  1. uih~.. t'kena kat batang hidung sndri.. "-_-
    thanks la Azmi-kun coz igtkn sy, huhu~..
    moge2 sy akn kurg mengeluh psl nsb sy & byk kn b'syukur..

    Al-Fatihah sy sedekahkn wat arwah makcik Azmi-kun tue..

    ReplyDelete
  2. kt kena sntiasa bersyukur..

    al-Fatihah utk arwah mkck..

    ReplyDelete
  3. wah...betul tu..kita x spttnya cepat mengeluh terhadap sesuatu perkara...nasihat yg sangat bgus..kita patut bersyukur dgn apa kita ada..dan cepat mengeluh. Kalau ada sesuatu yg tidak puas hati..pintalah kepada Allah S.W.T jika kita seorang muslim.. :)

    ReplyDelete
  4. ubat sgla musibah adalh dgn brsyukur.. nampaknya Allah sygkan kita lagi.. thanks sebb mngingatkn..

    al-fatihah untuk mak cik kamu...

    ReplyDelete
  5. entah lah , kadang2 kesedihan tu dtg dan mulalah mengeluh. sama ke bersedih dgn mengeluh ? huhu

    ReplyDelete
  6. kdg2 pun, mengeluh juga... al-fatihah untuk arwah. Azmi,boleh e-mail kan entry ni pd kpah tak... chepahkamal@yahoo.com dan boleh tak buat follow by email utk blog ini, kpah nak subscribe.. ok. terima kasih.

    ReplyDelete
  7. brsyukur dgn ape yg kite ade..Alhamdulillah.. =)

    ReplyDelete
  8. muhasabah diri selalu bila Eza ditimpa musibah. banyak lagi yang lebih teruk nasibnya berbanding kita. Redhakan dengan ikhlas.

    ReplyDelete
  9. betul tu, bersyukur diciptakan sebagai sebaik2 ciptaan dimuka bumi ini..

    ReplyDelete
  10. bersyukur adalah sifat yang harus ada dalam diri manusia :)

    ReplyDelete

Adab Meninggalkan Komen :

1. Bahasa Sopan

2. Tiada Unsur Menghina

3. Jgn gatal nak spam. Spam sy delete

Terima Kasih Kerana Meninggalkan Komen Di Entri ini