Dia Lebih Mengerti | What I Want To Share
![]() |
| Ehsan Google Images |
Alhamdulillah, kesedaran semakin menebal dalam kalangan penggiat seni untuk kita jadikan mereka sebagai teladan dan sempadan. Almaklum mereka dalam kalangan manusia yang menjadi perhatian masyarakat, justeru itu mudah mereka tunjukkan teladan yang baik buat pengikut mereka.
Bagaimanapun, dua tiga hari lalu, seorang teman membisikkan pertanyaan kepada saya berkaitan anak-anak seni dan agama Islam, yang lebih memperlihatkan penghijrahan itu sebagai perubahan baru atau kata lain, mengikut trend kerana itu yang dipandang peminat atau masyarakat hari ini.
Saya terkedu seketika sebelum memintanya agar tidak menjatuhkan hukum sewenang-wenangnya dan tugas itu pun bukan kerja kita, biarlah Allah yang Maha Mengetahui dan Maha Melihat membuat keputusan sendiri. Malah katanya, bukan niat untuk meletakkan hukuman, tetapi apa yang cuba diperkatakannya adalah berdasarkan pengalamannya bekerjasama dengan beberapa artis.
Walaupun tidak menamakan nama-nama artis berkaitan, cukup membuatnya terfikir mengenai keikhlasan diri sendiri dalam menjalinkan hubungan kerjasama itu. Kebanyakan katanya, menggunakan jalur agama sebagai tarikan untuk peminat menyertai sama apa yang dianjurkan.
Kalau dilihat secara makronya, usaha-usaha itu sangat sihat dan menggemburkan keimanan dalam kalangan pengusaha dan pemerhati. Bagaimanapun kata teman tadi, selepas puluhan kali bekerjasama, dia semakin nampak arah sebenar matlamat anak-anak seni itu.
Saya menulis secara umum supaya tidak timbul salah sangka dan tidak sesekali saya jelaskan perincian yang diberitahu teman tadi. Tetapi timbul kesal padanya. Bukan menyesal terasa rugi dengan masa, tenaga dan wang ringgit dihabiskan untuk membesarkan sesebuah acara tetapi kesal kerana mereka menggunakan agama sebagai landasan meraihkan keuntungan dan menebalkan poket sendiri.
Cukup kompleks untuk menjelaskan situasi ini. Bimbang jika ramai yang akan berkecil hati tetapi mohon saya, tulisan ini dibuat renungan untuk mencari yang lebih baik dalam perjalanan kehidupan kita seharian. Barangkali bukan 100% betul apa yang dijelaskan di sini, tetapi pertanyaan teman yang juga rapat dengan ramai teman artis ini menjentik ‘kepala’ saya untuk bercakap mengenainya.
Percakapan dengannya itu turut mengingatkan saya kepada isu beberapa tahun lalu yang bersangkut paut dengan pendakwah atau penceramah bebas yang dikatakan sebagai ‘menjual agama’ untuk meraihkan keuntungan mudah. Mereka mengenakan harga tertentu (sebilangan besarnya angka harga mereka mengejutkan), sehingga ada pihak yang mempertikaikan keikhlasan mereka berdakwah. Lebih-lebih lagi kalau seseorang pendakwah popular, kelibatnya sudah ditonton di kaca televisyen atau di akhbar.
Mungkin ada pihak yang menganggap ini isu lama, tetapi ketika berbual dengan teman tadi, isu ini turut berbangkit. Namun jelas saya, jangan mudah menjatuhkan hukum kerana pastinya ada ilmu yang positif walaupun sedikit daripada setiap apa yang berlaku. Sering saya percaya dan yakin akan hikmah di sebalik setiap kejadian dan perlakuan. Jadi tidak perlulah untuk kita mempertikaikan usaha-usaha dakwah mereka kerana Allah Maha Menilai.
Namun dalam pada cerita-cerita teman yang agar jarang saya temui itu, ada benarnya juga untuk dijadikan teladan dan sempadan buat semua. Harapnya jangan ada benci dalam kalangan kita, sebaliknya mengambil yang baik untuk kita memperbaiki kelemahan semalam.
Seperti juga saya melihat artis-artis wanita yang bertudung hari ini, rambut dilitup rapi dengan fabrik cantik agar tertutup aurat namun saya ‘terasa hati’ apabila mereka (bukan semua) membiarkan lekukan tubuh jelas membentuk walaupun dibaluti kain. Maaf kerana saya tidak panda menilai hal aurat ini tetapi saya percaya, ramai teman pembaca kolum Transkripsi Abie bersetuju termasuk teman dari Brunei yang tidak putus-putus berkongsi cerita.
Banyak kali saya bercakap perkara serupa. Bukan mempertikai tetapi cubalah menganggap paparan tulisan ini sebagai peringatan bersama. Saya pun bukannya 100% baik tetapi usaha sedang dilakukan untuk menjadi lebih baik daripada semalam dan kelmarin. Termasuk melalui Transkripsi Abie ini yang saya anggap sebagai medan untuk kita membentangkan dan membincangkan apa yang berlaku semasa serta berkaitan dengan kehidupan dunia akhirat kita.
Seperti juga apa yang dibualkan oleh teman tadi mengenai segolongan artis dan selebriti yang menggunakan landasan agama sebagai cara mudah dan cepat meraih keuntungan diri sendiri. Pun begitu seperti juga yang saya katakan, lihatlah daripada pandangan positif kerana setiap apa yang berlaku itu, ada kebaikannya. Baik secara jelas yang tersurat, mahupun yang tersembunyi di balik tersirat.
Tegur menegur demi kebaikan adalah lebih bermakna daripada memberi hukuman untuk menjatuhkan seseorang. Saling ingat mengingati untuk memperbaiki diri sebelum menuju ke alam kekal abadi.
Wassalam!
Penulis Artikel : Abie Abdullah (abie@hmetro.com.my)


Harap2 ramai lagi yg dapat berhijrah ke arah kebaikan
ReplyDeletesmoga mereka benar2 ikhlas berhijrah ke arah kebaikan...
ReplyDeleteAssalammualaikum..
ReplyDeleteSaya ada juga terfikir perkara ini..
Tapi, soal nawaitu dan keikhlasan, biarlah tuan empunya badan saja yang mengetahui..
Apapun, saya selalu berfikir begini, sekurang2nya mereka telah mengambil satu langkah kehadapan, biarpun tidak melakukan penghijrahan penuh, tpi skurg2nya, mereka sudah berjalan setapak.
Dan kita pula, bantulah dengan sokongan dan dorongan.. tidak perlu mencari kesalahan, atau, sikit2 nak buat pembetulan.. Silap haribulan, gara2 kita yg asyik bersangka buruk, elok2 golongan ini sudah melangkah setapak ke hadapan,sudahnya mereka berpatah balik kebelakang. Kita tak mahu begitu..
Oh ea azmi, tima kasih berkongsi artikel metro ni..maklumlah, tak beli metro le katakan,hak3
ReplyDeleteWalaikumussalam Tinta Lana.....
ReplyDeleteAlhamdulillah sy bersetuju dgn pendapat nawaitu seseorg mmg kita tak tau.
husnuzon itulah yg terbaik buat kita. tp jika ada kesilapan yg kita lihat yg kita perlu tegur, maka tegurlah.
Sy begini, bukan sy bukan mencari kesalahan org lain, tetapi lebih kepada niat membantu org lain. Kadang2 org tak tau pun pasal benda2 mcm apa itu aurat yg sebenar bg lelaki dan perempuan. Sebab itu sy share ilmu yg org tak tahu walaupun ia kelihatan seperti pelajaran budak2 tadika bg gologan cerdik pandai...
Ilmu Allah luas. tak habis kalu kita nak belajar.
Anyway pendapat saudari tetap sy setuju. tegur yg patut sahaja. Terima kasih kerana sudi komen...... :)
Saya hanya komen ringkas...semoga niat mereka kepada satu perubahan adalah yang ikhlas dan kerana Allah swt. Bukan kepada tujuan lain.
ReplyDeleteDan tegur menegur pula, kita insan biasa sedialah untuk memberi ruang bagi membina diri melalui teguran. Manakala, Bagi pemberi teguran berhemah semasa menegur.
Salam
Doakan penghijrahan ini sememangnya daripada kesedaran tentang kewujudan Illahi
ReplyDeleteharap perubahan mereka itu ikhlas dari hati mereka :) mendoakan yang terbaik buat mereka.
ReplyDeleteberhijrah lah kearah kebaikan.itu lebih baik..renung-renungkan
ReplyDelete