April Fool's Day




Berkurun-kurun lama dahulu, kerajaan Islam Sepanyol yang telah lama bertapak di sana telah menghadapi kekalahan di tangan tentera Kristian. Maka penduduk-penduduk Islam di Sepanyol terpaksa berlindung di dalam rumah mereka untuk menyelamatkan diri dari tentera Kristian. Namun tentera Kristian tidak berpuas hati kerana tidak dapat menghapuskan orang Islam. Maka tersebarlah berita bahawa orang Islam yang ingin selamat boleh menyelamatkan diri mereka dengan menaiki kapal yang berlabuh di pelabuhan dan untuk memastikan berita itu benar mereka sendiri pergi menyiasat adakah berita itu benar. Setelah pasti dengan khabar berita itu, maka beramai-ramailah orang Islam Sepanyol ke pelabuhan dengan harapan mereka boleh menyelamatkan diri dari tentera Kristian. Namun sebaliknya yang berlaku. Tentera Kristian mengambil kesempatan menghapuskan umat Islam dengan membakar rumah dan kapal-kapal di pelabuhan dan orang-orang Islam di Sepanyol dibunuh beramai-ramai termasuklah lelaki, perempuan dan kanak-kanak pada tanggal 1 April. Inilah hari yang diraikan oleh rakyat Sepanyol setiap tahun untuk mengingati kemenangan tentera Kristian ke atas orang Islam yang dibunuh oleh mereka dan inilah sejarah yang mengaitkan April Fool dengan orang Islam.

Namun malangnya tarikh ini disambut juga oleh sesetengah umat Islam di seluruh dunia. Banyak sejarah April Fool yang dipaparkan di dalam internet hingga ke akhbar untuk mengingatkan umat Islam bahawa April Fool ini tidak digalakkan dalam Islam.

Sejak dari dahulu lagi, terutamanya pelajar-pelajar yang tinggal di asrama, budaya April Fool ini sudah menjadi kebiasaan bagi mereka. Setiap tahun menjelang 1 April, ramailah yang menjadi mangsa dari sambutan April Fool. Bukan mangsa bunuh ataupun rompakan tetapi mangsa kepada mereka yang suka mengenakan dan menganiayai orang lain. Sedangkan Islam sangat melarang kita menganiayai orang lain dengan niat yang jahat. Muka diconteng, barang disorok dan sebagainya menjadi kebiasaan pada hari April Fool.

Dari sini kita boleh ketahui apakah relevan dan faedahnya dengan April Fool ini. Menganiayai, menipu, menghina, menyakitkan hati, dan perasaan orang lain, semuanya buruk dan tidak berfaedah tentang April Fool. Sepertimana firman Allah yang bermaksud:

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kaum laki-laki menghinakan kaum laki-laki (yang lain), kerana boleh jadi kaum yang dihinakan itu, lebih baik dari kaum yang menghinakan, dan jangan pula kaum perempuan (menghinakan) kaum perempuan yang lain, kerana boleh jadi perempuan yang dihina itu, lebih baik dari perempuan yang menghinakan. Janganlah kamu cela-mencela sesama kamu dan jangan pula panggil-memanggil dengan gelaran (yang tidak baik). Seburuk-buruk nama ialah fasik sesudah keimanan. Barang siapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang yang aniaya." (Surah Al-Hujurat: 48)

Namun mengapa ianya terus menerus disambut dan dilakukan oleh sebahagian masyarakat Islam terutamanya di Malaysia. Rakyat Malaysia sememangnya banyak terdedah dengan budaya Barat yang telah lama bertapak di Malaysia sejak dari dulu lagi. Valentine's Day dan sebagainya telah lama disambut di Malaysia dan umat Islam juga tidak terkecuali untuk menyambutnya. Kata mereka ianya nampak lebih moden dan cool untuk disambut.

Tanpa disedari, sambutan-sambutan sebeginilah yang akan menghancurkan dan merosakkan maruah umat Islam sedikit demi sedikit. Bayangkan sekiranya sejarah pembunuhan umat Islam pada 1 April di Sepanyol itu adalah sejarah yang betul-betul mengaitkan kita dengan April Fool, maka apakah pandangan Barat apabila melihat umat Islam turut sama menyambutnya. Menyambut hari dimana kekejaman tentera Kristian terhadap umat Islam dan tipu daya yang telah dilakukan oleh mereka kepada umat Islam. Sudah tentu mereka menganggap umat Islam mudah terpadaya dengan tipu daya Barat sepertimana yang mereka anggap umat Islam telah diperbodohkan oleh mereka suatu masa dahulu. Adakah kita mahu dianggap oleh dunia seperti itu? Menjadi umat yang tidak tahu menjaga maruah agama sendiri.

Kesimpulannya, walau apa pun sejarah ataupun walau apapun yang terjadi pada 1 April samaada ianya berkaitan dengan agama Islam atau tidak, umat Islam tidak sepatutnya dan tidak harus menyambut dan membudayakannya kerana sudah jelas ianya berasal dari Barat dan tidak ada faedahnya. Umat Islam hendaklah berfikiran secara rasional tentang perkara-perkara ini kerana tujuan utama Barat adalah untuk menghapuskan dan menjatuhkan kedudukan dan maruah umat Islam di mata dunia.

Disediakan oleh,
Bahagian Dakwah,
Jabatan Agama Islam Selangor



http://nurulimankehidupan.blogspot.com/

Kemalangan Ngeri



Kepala Tertembus Besi


Lalu Menjadi Mangsa Tayar Lori


Dan Ini Yang Paling Dasyat Sekali


Pesanan Khidmat Masyarakat


Kalau Tak Ikut Pesanan Di Atas Baca Pesanan Kat Bawah Ini


Amalkan Ini Sebelum Memulakan Perjalanan





http://nurulimankehidupan.blogspot.com/

Dari Sujud Ke Sujud



Bagaimana ku jelaskan cinta
Karna itu tak dapat dijabarkan
Sesuatu yang indah terlahir dari rasa
Dan rasa itu karunia ilahi

Dari Sujud ke Sujud

Bagaimana ku jelaskan cinta
Bila malu selalu melandaku
Semua rasa itu malu rasa bahagia
Takut dan cemburu pun karunia ilahi

Dari Sujud ke Sujud

Sejuta doa ku lantun untuk cinta
Dalam hati anak-anak manusia hablumminannas

Dari Sujud ke Sujud
Ku tasbihkan hanya untuk cinta
Subhanallah cinta kita terus bertasbih

Bagaimana ku jelaskan cinta
Karna itu tak dapat dijabarkan
Sesuatu yang indah terlahir dari rasa
Dan rasa itu karunia ilahi

Bagaimana ku jelaskan cinta
Bila malu selalu melandaku
Semua rasa itu... rasa bahagia
Takut dan cemburu pun karunia ilahi...

Dari sujud ke sujud

Sejuta doa ku lantun untuk cinta
Dalam hati anak-anak manusia hablumminannas

Dari Sujud ke Sujud
Ku tasbihkan hanya untuk cinta
Subhanallah cinta kita terus bertasbih

Dari Sujud ke Sujud
Ku tasbihkan hanya untuk cinta
Subhanallah cinta kita terus bertasbih...

Subhanallah
Subhanallah
Subhanallah
Dari Sujud ke Sujud


Tajuk Lagu : Dari Sujud Ke Sujud
Penyanyi : Marshanda | Oki Sentiana Dewi | Dude Harlino | Andy Arsyil Rahman Putra | 
Kholidi Asadil Alam
Komposer : Melly Goeslow

Lagu ini merupakan original Sountrack (OST) Drama Ketika Cinta Bertasbih - Dari Sujud Ke Sujud yang telah ditayangkan di Astro indo pack (tak ingat pulak kat astro pelangi atau astro Bintang). Di bawah ni saya sertakan sinopsis Dari Sujud Ke Sujud :-

DAARUL Quran, Wangen, Polanharjo, Klaten masih lagi dalam asuhan Ustadz Azzam (Kholidi) dan Anna (Oki Setiana), isterinya. Kyai Luthfi, ayahanda kepada Anna, masih menginginkan hidup beribadah di samping Masjidil Haram. Azzam dan Anna dibantu oleh Ustaz Mujab, iparnya, menjadikan pesantren sebagai tempat belajar, bertanya, berteduh, dan tempat mencari perlindungan bagi masyarakat luas.

Suatu hari pesantren kedatangan seorang gadis yang tampak begitu ketakutan, Shofia (Marshanda). Shofia mengadukan permasalahannya pada Azzam dan Anna, karena dia telah dinikahkan dengan Syamsun Niam tanpa sepengetahuannya.

Shofia merasa dizalimi, akad nikah telah dilangsungkan tanpa persetujuan darinya. Dia menolak akad nikah itu. Dia tidak suka dengan Niam. Shofia meminta perlindungan pada pesantren dan ingin tinggal di sana. Pesantren mencari klarifikasi. Ternyata, orang tua Shofia memiliki alasan kuat. Tujuannya adalah untuk memisahkan Shofia dari Niko yang merupakan seorang yang liar. Namun Shofia tetap memilih Niko. Makanya Pak Sunar, ayah Shofia memaksa Shofia menikah dengan Niam.

Shofia dijemput secara paksa dari pesantren. Oleh kerana pihak pesantren merasa tak punya hak untuk menahan Shofia, akhirnya Shofia dilepaskan. Orang tua Shofia memulangkan Shofia ke rumah Niam. Demi untuk tidak mahu terus bersama Niam, Shofia pura-pura gila. Ini semata-mata untuk mempermalukan keluarga Niam, sehingga orang tua Niam menganggap Shofia tak layak dijadikan menantu.

Namun Niam yakin Shofia hanya pura-pura gila. Merasa harga dirinya telah diinjak-injak Shofia, Niam bertekad menaklukkan Shofia. Niam menuduh pesantren mencuci otak Shofia. Azzam dan Anna membantah. Mereka tidak takut meski Niam mengancam akan melaporkan masalah ini ke polisi. Shofia yang pura-pura gila melarikan diri untuk menemui Niko.

Hal ini tidak disia-siakan oleh Niko. Dia berniat menodai Shofia. Sementara Azzam dan Anna pun sebenarnya tidak bebas dari masalah. Anna yang hamil tua terpaksa melahirkan secara premature gara-gara Azzam menghindari sebuah motor yang mengarah ke arahnya. Akibat kejadian itu, bayi Anna tidak selamat dan mengalami keguguran.

Masalah semakin pelik saat perniagaan eskport mebel Azzam ke Australia mengalami masalah. Azzam mengalami kerugian besar dan didesak agar membayar denda yang bernilai besar. Bahkan rumah Kyai Luthfi diancam untuk disita oleh pihak bank.

Ilyas (Dude Harlino) dan Husna (Meyda Sefira) tak luput dari konflik. Ilyas sempat menjatuhkan talak pada Husna. Azzam berusaha keras mendamaikan keduanya karena tak mau rumah tangga adiknya menjadi contoh buruk bagi masyarakat.

Biaya perawatan jantung buatan Husna ternyata sangat mahal. Ilyas sudah menjual tanah milik orang tua untuk perawatan. Ibu Ilyas meminta Ilyas untuk menceraikan Husna. Namun Ilyas enggan, karena Husna tidak bersalah. Husna yang mendengar itu mengadu ke rumah Azzam.

Ilyas meminta istrinya pulang. Kalau sampai shubuh masih tidak pulang, maka talaknya jatuh. Husna minta dijemput. Tapi Ilyas yang emosi minta Husna datang sendiri. Sampai Shubuh menjelang, Husna tidak pulang. Ilyas menyesal, berniat rujuk. Tapi ibunya tidak setuju. Pada saat bersamaan, Ilyas menolong seorang gadis yang pengsan di tengah hujan. Ilyas membawa ke RS dan bahkan mendermakan darahnya.

Vivi (Asmirandah), nama gadis itu dan dia adalah seorang dokter Pusat Kesehatan Pesantren yang telah diperkosa oleh Niko. Terkesan dengan kebaikan Ilyas, Vivi bertanya apakah Ilyas mau menikahinya. Ilyas terkejut. Terlebih saat itu hubungannya dengan Husna sedang tidak baik.

Masalah lain timbul apabila Haji Samingan sering menyesatkan masyarakat dengan memberikan fatwa-fatwa menyimpang. Seperti shalat tidak perlu wudhu, juga daging anjing dan ular itu halal. Bagaimana akhir kisah ini? Kena la tengok cerita ni. 

Nak Download Ketika Cinta Bertasbih - Dari Sujud Ke Sujud ? Cari Sendiri.... Saya nak perdengarkan lagu nie je... jgn marah.....


http://nurulimankehidupan.blogspot.com/

Kisah Nabi Syu'aib A.S


Nabi Syu'aib a.s. atau Shoaib , (Bahasa Arab: شعيب‎; juga Shu‘ayb, Shu‘aib, Shuaib, Å uaib, Åžuayb. "Siapa yang menunjukkan jalan yang benar", ialah seorang Nabi dan Rasul yang wajib diketahui dalam Islam yang juga namanya turut disebut didalam al-Qur'an. Baginda Nabi Syu'aib dipercayai ialah berasal dari keturunan Nabi Ibrahim a.s. [perlu rujukan]. Baginda Nabi Syu'aib telah dipertanggungjawabkan oleh Allah untuk menjadi Rasul kepada kaum Midian, membimbing mereka kearah kebenaran serta memberi peringatan, teguran, bencana dan berita gembira kepada mereka. Namun kebanyakan kaumnya telah ingkar, lalu Allah menurunkan azab sengsara kepada kaum Madian dan memusnahkan mereka.

Kisah Nabi Syu'aib a.s.
Kaum Madyan, kaumnya Nabi Syu'ib, adalah segolongan bangsa Arab yang tinggal di sebuah daerah bernama "Ma'an" di pinggir negeri Syam. Dikhabarkan juga Kaum Madyan ini diambil sempena salah seorang anak kepada Nabi Allah Ibrahim. Mereka terdiri dari orang-orang kafir yang tidak mengenal Tuhan Yang Maha Esa (Allah). Mereka menyembah kepada "Aikah" iaitu sebidang padang pasir yang ditumbuhi beberapa pohon dan tanam-tanaman. Cara hidup dan istiadat mereka sudah sangat jauh dari ajaran agama dan pengajaran nabi-nabi sebelum Nabi Syu'aib a.s. Nabi Syuaib juga disebut Jethro berdasarkan versi Injil Kristian. Selain sebagai seorang Nabi dan Rasulullah bagi kaum Madyan, Nabi Syu'aib turut merupakan bapa mertua kepada Nabi Musa a.s., selepas baginda Nabi Syu'aib merestui Ṣaffūrah anak perempuannya menikahi Nabi Musa.

Kemungkaran, kemaksiatan dan tipu menipu dalam pergaulan merupakan perbuatan dan perilaku yang lumrah dan rutin dalam kehidupan sehari-harian kaum Madyan atau Midian ini. Kecurangan dan perkhianatan dalam hubungan dagang seperti pemalsuan barang, kecurian dalam takaran dan timbangan menjadi ciri yang sudah sebati dengan diri mereka. Para pedagang dan petani kecil selalu menjadi korban permainan para pedagang-pedagang besar dan para pemilik modal, sehingga dengan demikian yang kaya makin bertambah kekayaannya, sedangkan yang lemah semakin merosot modalnya dan semakin melarat hidupnya.

Sesuai dengan sunnah Allah sejak Adam diturunkan ke bumi bahawa dari waktu ke waktu bila manusia sudah lupakan kepada-Nya dan sudah jauh menyimpang dari ajaran-ajaran nabi-nabi-Nya, dan bila Iblis serta syaitan sudah menguasai sesuatu masyarakat dengan ajaran dan tuntutannya yang menyesatkan maka Allah mengutuskan seorang rasul dan nabi untuk memberi penerangan serta tuntutan kepada mereka agar kembali ke jalan yang lurus dan benar, jalan iman dan tauhid yang bersih dari segala rupa syirik dan persembahan yang bathil.

Kepada kaum Madyan diutuslah oleh Allah seorang Rasul iaitu Nabi Syu'aib, seorang daripada mereka sendiri, sedarah dan sedaging dengan mereka. Baginda mengajak mereka meninggalkan persembahan kepada Aikah, sebuah benda mati yang tidak bermanfaat atau bermudharat dan sebagai gantinya melakukan persembahan dan sujud kepada Allah Yang Maha Esa, Pencipta langit dan bumi termasuk sebidang tanah yang mereka puja sebagai tuhan mereka. Nabi Syu'aib menyeru kepada mereka agar meninggalkan perbuatan-perbuatan dan kelakukan-kelakuan yang dilarang oleh Allah serta membawa kerugian bagi sesama manusia serta mengakibat kerosakan dan kebinasaan masyarakat. Mereka diajak agar berlaku adil dan jujur terhadap diri sendiri dan terutama terhadap orang lain, meninggalkan perkhianat dan kezaliman serta perbuatan curang dalam hubungan dagang, perampasan hak milik seseorang dan penindasan terhadap orang-orang yang lemah dan miskin.

Diingatkan oleh Nabi Syu'aib akan nikmat Allah dan kurniaan-Nya yang telah memberi mereka tanah subur serta sarana-sarana kemakmuran yang berlimpah-ruah dengan pertumbuhan jumlah penduduk dan anak cucu yang pesat. Semuanya itu menurut seruan Nabi Syu'aib, patut diimbangi dengan rasa bersyukur dan bersembah kepada Allah Maha Pencipta yang akan melipat gandakan nikmat dan kurnia-Nya kepada orang-orang yang beriman dan bersyukur. Diingatkan pula Nabi Syu'aib bahawa mereka tidak mahu sedar dan kembali kepada jalan yang benar mengikuti ajaran dan perintah Allah yang dibawanya, nescaya Allah akan mencabut nikmat dan kurnia-Nya kepada mereka, bahkan akan menurunkan azabnya atas mereka di dunia selain seksa dari azab yang menanti mereka kelak di akhirat bila di bangkitkan kembali dari kubur.

Kepada mereka Nabi Syu'aib dikisahkan seksa dan azab yang diturunkan oleh Allah terhadap kaum Nuh, kaum Hud, kaum Saleh dan paling dekat kaum Luth yang kesemua telah menderita dan menjadi binasa akibat kekafiran, keangkuhan dan keengganan mereka mengikuti ajaran serta tuntutan nabi-nabi yang diutus Allah kepada Mereka. Diingatkan oleh Nabi Syu'aib agar mereka beriktibar dan ingat bahwa mereka akan mengalami nasib yang telah dialami oleh kaum-kaum itu jika mereka tetap melakukan persembahan yang bathil serta tetap melakukan perbuatan-perbuatan yang buruk dan jahat.

Dakwahnya
Dakwah dan ajakan Nabi Syu'aib disambut oleh mereka terutama penguasa, pembesar serta orang-orang kaya dengan ejekan dan olok-olok. Mereka berkata: "Adakah kerana solatmu, engkau memerintahkan kami menyembah selain apa yang telah kami sembah sepanjang hayat kami. Persembahan mana pula telah dilakukan oleh nenek moyang kami dan diwariskan kepada kami. Dan apakah juga karena solatmu engkau menganjurkan kami meninggalkan cara-cara hidup sehari-hari yang nyata telah membawa kemakmuran dan kebahagian bagi kami bahkan sudah menjadi adat istiadat kami turun temurun. Sungguh kami tidak mengerti apa apa tujuanmu dan apa maksudmu dengan ajaran-ajaran baru yang engkau bawa kepada kami. Sungguh kami menyaksikan kesempurnaan akalmu dan keberesan otakmu!"

Ejekan dan olok-olok mereka didengar dan diterima oleh Syu'aib dengan kesabaran dan kelapangan dada. Ia sesekali tidak menyambut kata-kata kasar mereka dengan marah atau membalasnya dengan kata-kata yang kasar pula. Ia bahkan makin bersikap lemah lembut dalam dakwahnya dengan menggugah hati nurani dan akal mereka supaya memikirkan dan merenungkan apa yang dikatakan dan dinasihatkan kepada mereka. Dan sesekali ia menonjolkan hubungan darah dan kekeluargaannya dengan mereka, sebagai jaminan bahwa ia menghendaki perbaikan bagi hidup mereka di dunia dan akhirat dan bukan sebaliknya. Ia tidak mengharapkan sesuatu balas jasa atas usaha dakwahnya. Ia tidak pula memerlukan kedudukan atau menginginkan kehormatan bagi dirinya dari kaumnya. Ia akan cukup merasa puas jika kaumnya kembali kepada jalan Allah, masyarakatnya akan menjadi masyarakat yang bersih dari segala kemaksiatan dan adat-istiadat yang buruk. Ia akan menerima upahnya dari Allah yang telah mengutuskannya sebagai rasul yang dibebani amanat untuk menyampaikan risalah-Nya kepada kaumnya sendiri.

Kaumnya
Kaum Syu'aib akhirnya merasa jengkel dan jemu melihat Nabi Syu'aib tidak henti-hentinya berdakwah bertabligh pada setiap kesempatan dan di mana saja ia menemui orang berkumpul. Penghinaan dan ancaman dilontar kepada Nabi Syu'aib dan para pengikutnya akan diusir dan akan dikeluarkan dari Madyan jika mereka mahu menghentikan dakwahnya atau tidak mahu mengikuti agama dan cara hidup mereka. Berkata mereka kepada Nabi Syu'aib dengan nada mengejek: "Kami tidak mengerti apa yang kamu katakan. Nasihat-nasihatmu tidak mempunyai tempat di dalam hati dan kalbu kami. Engkau adalah seorang yang lemah fizikalnya, rendah kedudukan dalam pengaulan maka tidak mungkin engkau dapat mempengaruhi atau memimpin kami yang berfizikal lebih kuat dan berkedudukan yang lebih tinggi dari mu. Cuba tidak kerana kerabatmu yang kami segani dan hormati, nescaya engkau telah kami rejam dan sisihkan dari pengaulan kami."

Nabi Syu'aib menjawab: "Aku tidak akan hentikan dakwahku kepada risalah Allah yang telah diamanahkan kepadaku dan janganlah kamu mengharapkan bahwa aku mahupun para pengikutku akan kembali mengikuti agamamu dan adat-istiadatmu setelah Allah memberi hidayahnya kepada kami. Pelindunganku adalah Allah Yang Maha Berkuasa dan bukan kaum kerabatku, Dialah yang memberi tugas kepadaku dan Dia pula akan melindungiku dari segala gangguan dan ancaman. Adakah sanak saudaraku yang engkau lebih segani daripada Allah yang Maha Berkuasa?"

Sejak berdakwah dan bertabligh menyampaikan risalah Allah kepada kaum Madyan, Nabi Syu'aib berhasil menyedarkan hanya sebahagian kecil dari kaumnya, sedangkan bahagian yang terbesar masih tertutup hatinya bagi cahaya iman dan tauhid yang diajar oleh beliau. Mereka tetap berkeras kepala mempertahankan tradisi, adat-istiadat dan agama yang mereka warisi dari nenek moyang mereka. Itulah satu-satunya alasan yang mereka kemukakan untuk menolak ajaran Nabi Syu'aib dan itulah benteng mereka satu-satunya tempat mereka berlindung dari serangan Nabi Syu'aib atas persembahan mereka yang bathil dan adat pengaulan mereka yang mungkar dan sesat. Di samping itu jika mereka sudah merasa tidak berdaya menghadapi keterangan-keterangan Nabi Syu'aib yang didukung dengan dalil dan bukti yang nyata kebenaran, mereka lalu melemparkan tuduhan-tuduhan kosong seolah-olah Nabi adalah tukang sihir yang ulung. Mereka telah berani menentang Nabi Syu'aib untuk membuktikan kebenaran risalahnya dengan memdatangkan bencana dari Allah yang ia sembah dan menganjurkan orang menyembah-Nya pula.

Mendengar tentangan kaumnya yang menandakan hati mereka telah tertutup rapat-rapat bagi sinar agama dan wahyu yang ia bawa dan bahwa tiada harapan lagi akan menarik mereka ke jalan yang lurus serta mengangkat mereka dari lembah syirik dan kemaksiatan serta pergaulan buruk, maka bermohonlah Nabi Syu'aib kepada Allah agak menurunkan azzab seksanya kepada kaum Madyan bahwa wujud-Nya serta menentang kekuasaannya untuk menjadi ibrah dan peringatan bagi generasi-generasi yang akan datang.

Allah Yang Maha berkuasa berkenan menerima permohonan dan doa Syu'aib, maka diturunkanlah lebih dahulu di atas mereka hawa udara yang sangat panas yang mengeringkan kerongkongan kerena dahaga yang tidak dapat dihilangkan dengan air dan membakar kulit yang tidak dapat diubati dengan berteduh di bawah atap rumah atau pohon-pohon. Di dalam keadaan mereka yang sedang bingung, panik berlari-lari ke sana ke mari, mencari perlindungan dari terik panasnya matahari yang membakar kulit dan dari rasa dahaga karena keringnya kerongkong tiba-tiba terlihat di atas kepala mereka gumpalan awan hitam yang tebal, lalu berlarilah mereka ingin berteduh dibawahnya. Namun setelah mereka berada di bawah awan hitam itu seraya berdesak-desak dan berjejal-jejal, jatuhlah ke atas kepala mereka percikan api dari jurusan awan hitam itu diiringi oleh suara petir dan gemuruh ledakan dahsyat sementara bumi di bawah mereka bergoyang dengan kuatnya menjadikan mereka berjatuhan, tertimbun satu di bawah yang lain dan melayanglah jiwa mereka dengan serta-merta.

Nabi Syu'aib merasa sedih atas kejadian yang menimpa kaumnya dan berkata kepada para pengikutnya yang telah beriman: "Aku telah sampaikan kepada mereka risalah Allah, menasihati dan mengajak mereka agar meninggalkan perbuatan-perbuatan mungkar serta persembahan bathil mereka dan aku telah memperingatkan mereka akan datangnya seksaan Allah bila mereka tetap berkeras hati, menutup telinga mereka terhadap suara kebenaran ajaran-ajaran Allah yang aku bawa, namun mereka tidak menghiraukan nasihatku dan tidak mempercayai peringatanku. Kerenanya tidak patutlah aku bersedih hati atas terjadinya bencana yang telah membinasakan kaumku yang kafir itu.'

Kisah Nabi Syu'aib dikisahkan oleh Al-Quran dalam 39 ayat pada 4 surah, di antaranya surah "Asy-Syu'ara" ayat 176 sehingga 191 sebagai berikut :~
"176.~ Kaum Aikah telah mendustakan rasul-rasul.177.~ Ketika Syu'aib berkata kepada mereka: "Mengapa kamu tidak bertakwa?"178.~ Sesungguhnya aku adalah seorang rasul kepercayaan.179.~ maka bertakwalah kepada Allah dan taatlah kepadaku.180.~ dan aku sesekali tidak meminta upah kepadamu atas ajakan itu, upahku tidak lain hanyalah dari Tuhan semesta alam.181.~ Sempurnakanlah takaran dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang merugikan.182.~ dan timbanglah dengan timbang yang lurus.83.~ Dan janganlah kamu merugikan manusia pada hak-haknya dan janganlah kamu bermaharajalela di bumi dengan membuat kerosakan.184.~ Dan bertakwalah kepada Allah yang telah menciptakan kamu dan umat-umat yang terdahulu.185.~ Mereka berkata: "Sesungguhnya kamu adalah seorang daripada orang-orang yang kena sihir.186.~ Dan kamu tidak lain melainkan seorang manusia seperti kami dan sesungguhnya kami yakin bahwa kamu benar-benar termasuk orang-orang yang berdusta.187.~ MAka jatuhkanlah atas kami gumpalan dari langit jika kamu termasuk orang-orang yang benar.188.~ Syu'aib berkata: "Tuhanku lebih mengetahui apa yang engkau kerjakan".189.~ Kemudian mereka mendustakan Syu'aib lalu mereka ditimpa azab pada hari mereka dinaungi awan. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda {kekuasaan Allah} tetapi kebanyakan mereka tidak beriman.191.~ Dan Tuhanmu benar-benar Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang." { Asy-Sua'ara : 176 ~ 191 }

Surah "Hud" ayat 84 sehingga ayat 95 sebagai berikut :~
"84.~ Dan kepada {penduduk} Madyan {Kami utus} saudara mereka Syu'aib. Ia berkata: "Hai kaumku sembahlah Allah sekali-kali tiada Tuhan bagimu selain Dia. Dan janganlah kamu kurangi sukatan dan timbangan sesungguhnya aku melihat kamu dalam keadaan yang baik {mampu} dan sesungguhnya aku khuatir terhadapmu akan azab hari yang membinasakan {kiamat}.85.~ Dan Syu'aib berkata: "Hai kaumku cukupkanlah sukatan dan timbangan dengan adil dan jgnlah kamu merugikan manusia terhadap hak-hak mereka dan janganlah kamu membuat kejahatan di muka bumi dengan membuat kerusakan.86.~ Sisa {keuntungan dari Allah adalah lebih baik bagimu jika kamu adalah orang-orang yang beriman}. Dan aku bukanlah seorang penjaga atas dirimu."87.~ Mereka berkata: "Hai Syu'aib apakah sembahyangmu menyuruh kami agar kami meninggalkan apa yang disembah oleh bapa-bapa kami atau melarang kami membuat apa yang kami kehendaki tentang harta kami. Sesungguhnya kamu adalah orang yang sgt penyantun lagi berakal."88.~ Syu'aib berkata: "Hai kaumku bagaimana fikiranmu jika aku mempunyai bukti yang nyata dari Tuhanku dan anugerahi-Nya aku daripada-Nya rezeki yang baik {patutlah aku menyalahi perintah-Nya}? Dan aku tidak mahu menyalahi kamu {dengan mengerjakan} apa yang aku larang kamu daripadanya. Aku tidak bermaksud kecuali {mendatangkan} kebaikan selama aku masih bersanggupan. Dan tidak apa taufik bagiku melainkan dengan {pertolongan} Allah. Hanya kepada Allah aku bertawakkal dan hanya kepada-Nyalah aku kembali.89.~ Hai kaumku janganlah hendaknya pertentangan antara ku {dengan kamu} menyebabkan kamu menjadi jahat hingga kamu ditimpa azab seperti yang menimpa kaum Nuh atau kaum Hud atau kaum Saleh sedang kaum Luth tidak {pula} jauh {tempatnya/masanya} dari kamu.90.~ Dan mohonlah ampun daripada Tuhanmu kemudian bertaubatlah kepada-Nya.Sesungguhnya Tuhanku Maha Penyayang lagi Maha Pengasih."91.~ Mereka berkata: "Hai Syu'aib? Kami tidak banyak mengetahui tentang apa yang kamu katakan itu dan sesungguhnya kami benar-benar melihat kamu adalah seorang yang lemah di antara kami kalaulah tidak karena keluargamu tentulah kami akan merejam kamu sedang kamu pun bukanlah seorang yang berwibawa di sisi kami."92.~ Syu'aib menjawab: "Hai kaumku! Apakah keluargaku lebih terhormat menurut pandanganmu daripada Allah sedang Allah kamu jadikan sesuatu yang terbuang di belakangmu? Sesungguhnya {pengetahuan} Tuhanku meliputi apa yang kamu kerjakan."93.~ Dan {dia berkata}: "Hai kaumku perbuatlah menurut kemampuanmu sesungguhnya aku pun berbuat {pula}. Kelak kamu akan mengetahui siapa yang akan kedatangan azab yang menghinakannya dan siapa yang berdusta. Dan tunggulah azab {Tuhan}. Sesungguhnya aku pun menunggu bersama kamu."94.~ Dan tatkal datang azab Kami, Kami selamtkan Syu'aib dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengan dia dengan rahmat dari Kami dan orang-orang yang zalim dibinasakan oleh suatu suara yang mengguntur lalu jadilah mereka mati bergelimpangan di rumahnya.95.~ Seolah-olah mereka belum pernah berdiam di tempat itu. Ingatlah kebinasaanlah bagi penduduk Madyan sebagaimana kaum Tsamud telah binasa." { Hud : 84 ~ 95 }

Surah "Al-A'raaf" ayat 85 sehingga 93 sebagai berikut :~
"85.~ Dan {Kami telah mengutuskan} kepada penduduk Madyan saudara mereka Syu'aib. Ia berkata: "Hai kaumku! sembahlah Allah, sesekali tiada Tuhan bagimu selain-Nya. Sesungguhnya telah datang kepadaku bukti yang nyata dari Tuhanmu. Maka sempurnakanlah sukatan dan timbangan dan janganlah kamu kurangkan bagi manusia barang-barang sukatan dan timbangannya, dan janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi sesudah Tuhan memperbaikinya. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika betul-betul kamu orang yang beriman".86.~ Dan janganlah kamu duduk di tiap-tiap jalan dengan menakut-nakuti dan menghalang-halangi orang yang beriman dari jalan Allah dan menginginkan agar jalan Allah itu menjadi bengkok. Dan ingatlah di waktu dahulunya kamu berjumlah sedikit kemudian di perbanyak {oleh Allah}. Maka perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang berbuat kerusakan.87.~ Jiak ada segolongan daripada kamu beriman kepada apa yang aku diutus untuk menyampaikannya dan ada pula segolongan yang tidak beriman , maka bersabarlah sehingga Allah menerapkan hukuman-Nya di antara kita dan Dia adalah Hakim yang sebaik-baiknya.88.~ Pemuka-pemuka drp kaum Syu'aib yang menyombongkan diri berkata: "Sesungguhnya kami akan mengusir kamu hai Syu'aib dan orang-orang yang beriman bersamamu dari kota kami atau kamu kembali kepada agama kami." Berkata Syu'aib: "Dan apakah {kamu akan mengusir kami}, meski pun kami tidak menyukainya?"89.~ Sungguh kami mengada-adakan kebohongan yang besar terhadap Allah, jika kembali kepada agamamu, sesudah Allah melepaskan kami daripadanya, Dan tidaklah patut kami kembali kepadanya, kecuali jika Allah , Tuhan kami menghendakinya. Pengetahuan Tuhan kami meliputi segala sesuatu. Kepada Allah sajalah kami bertawakkal. Ya Tuhan kami, berilah keputusan antara kami dan kaum kami dengan hak {adil} dan Engkaulah Pemberi keputusan yang sebaik-baiknya".90.~ Pemuka-pemuka kaum Syu'aib yang kafir berkata {kepada sesamanya}: "Sesungguhnya jika kamu mengikuti Syu'aib, tentu kamu jika berbuat demikian {menjadi} orang-orang yang merugi".91.~ Kemudian mereka ditimpa gempa, maka jadilah mereka mayat-mayat yang bergelimpangan di dalam rumah-rumah mereka.92.~ {iaitu} orang-orang yang mendustakan Syu'aib seolah-olah mereka belum pernah berdiam di kota itu, orang-orang yang mendustakan Syu'aib mereka itulah orang-orang yang rugi.93.~ Maka Syu'aib meninggalkan mereka seraya berkata: "Hai kaumku sesungguhnya aku telah menyampaikan kepadamu amanat-amanat Tuhanku dan aku telah memberi nasihat kepadamu. Maka bagaimana aku akan bersedih hati terhadap orang-orang yang kafir." { Al-A'raf : 85 ~ 93 }

Dan surah "Al-Hijr" ayat 78 sehingga 79 sebagai berikut :~
"Dan sesungguhnya penduduk Aikah itu benar-benar kaum yang zalim.79.~ Maka Kami membinasakan mereka. Dan sesungguhnya kedua kota itu {Aikah dan Sadum kota kaum Luth} benar-benar terletak di jalan umum yang terang." { Al-Hijr : 78 ~ 79 }

Makam Nabi Syu'aib
Makam Nabi Syu'aib dikatakan terletak di Jordan; kira-kira 2 km ke barat pekan Mahis didalam sebuah kawasan yang dikenali sebagai Wadi Syu'aib. Tempat lain yang diperakui oleh golongan Duruzi sebagai Makam Nabi Syu'aib terletak di Hattin di Galilee. Tapak ini merupakan tempat suci bagi penganut Duruzi.

Rujukan :
Al-Araf - Verse 85
Al-Araf - Verse 85 - 91
Wikipedia




http://nurulimankehidupan.blogspot.com/

Penduduk Surabaya Diserang Serangga Pelik



JAKARTA — Serangan serangga Tomcat atau kumbang Paederus sejak beberapa hari lalu kini semakin menggemparkan penduduk beberapa kawasan di Surabaya, Jawa Timur apabila jumlah mangsa semakin meningkat.

Sehingga hari ini sejumlah 48 orang dilaporkan tercedera akibat bersentuhan dengan serangga itu dan terkena racunnya.

Mangsa yang bersentuhan dengan serangga itu biasanya mengalami masalah kulit timbul bintik-bintik, gatal berair dan meninggalkan bekas hitam pada kulit.

Ketua Pengarah Pengendalian Penyakit dan Kesihatan Alam Sekitar Kementerian Kesihatan Indonesia Tjandra Yoga Aditama dalam kenyataan media pada Selasa, berkata sebahagian daripada pesakit yang diberikan rawatan sudah sembuh sementara yang lain keadaan kulit mereka tidak begitu serius.


Jabatan Kesihatan Jawa Timur telah memberi penerangan kepada masyarakat supaya berwaspada dan menghindarkan diri daripada bersentuhan dengan serangga Paederus itu selain meminta mereka melakukan usaha pencegahan.

Tjandra Yoga menasihatkan masyarakat yang terjumpa serangga itu supaya jangan memicitnya agar racunnya tidak terkena pada kulit mereka.

Bunuh tomcat dengan menyembur racun serangga dan buang tanpa menyentuhnya.

Jika sentuhan pada kulit tidak dapat dielakkan, mereka hendaklah segera mencuci dengan air yang mengalir dan sabun bahagian kulit yang bersentuhan dengan serangga itu.

Penduduk juga dinasihatkan membersihkan kawasan persekitaran rumah dan memeriksa dinding serta siling rumah dekat lampu sebelum tidur.

Oleh Ahmad Fuad Yahya (Bernama)


Sedikit Info Mengenai Tomcat (Charlie)

Nama Am: Kumbang Rove
Nama Saintifik : Staphylinidae (Insecta: Coleoptera: Staphylinidae)
Nama Tempatan: Semut Semai, Semut Kayap, Charlie dan lain-lain)
Spesies: Dianggarkan sekitar 47 000 Spesies
Habitat: Sawah padi dan padang sekolah.

Morfologi
Mempunyai saiz kurang daripada 1 cm panjang. Badannya berwarna kuning kemerahan gelap manakala bahagian atas, bawah abdomen dan kepala berwarna gelap. Bahagian tengah abdomen yang berwarna hijau tua mempunyai sepasang sayap keras dikenali sebagai "elitron". Di bawah sayap keras ini terdapat sepasang sayap lutsinar yang dilipat kemas. Selalunya, kumbang ini kelihatan merangkak dengan pantas di kawasan sekeliling dengan menyembunyikan sayapnya dan sekali pandang ia lebih menyerupai semut. Apabila diganggu kumbang ini akan menaikan bahagian abdomen supaya kelihatan seperti kalajengking untuk menakutkan musuh.

Habitat dan Tabiat Makanan
Kumbang ini boleh ditemui di kawasan sawah padi, padang sekolah - antara rumput dll. Ia merupakan serangga karnivor dan memakan lain-lain serangga yang lebih kecil. Ia merupakan serangga yang memainkan peranan penting dalam kawalan biology untuk mengawal serangga perosak padi. Semasa hujan lebat atau banjir , kumbang ini akan berhijrah ke kawasan yang lebih kering.

Kesan Pada Manusia
Cecair hemolimf yang terdapat di dalam badan (kecuali sayap) kumbang ini mengandungi toksin sentuh haiwan yang paling berbisa di dunia. Toksin ini dikenali sebagai 'pederin' C24 H43 O9 N) dinamakan dalam tahun 1953. Ia mempunyai tahap keracunan 12 kali lebih tinggi daripada venom ular tedung. Kumbang rove yang telah dikeringkan dan disimpan selama 8 tahun masih lagi mempunyai ketoksinannya. bergerak atau tidur atau mengosok dengan jari yang kotor akan menyebabkan konjunktivitis dan penyakit kulit yang teruk yang dikenali sebagai 'dermatitis linearis', 'paederus (kumbang rove/staphylinidae) dermatitis', 'whiplash dermatitis' dan sebagainya. Pada September 2002, wabak dermatitis linearis yang disebabkan oleh kumbang rove telah menjangkiti beribu-ribu orang penghuni rumah pangsa dan asrama pelajar di Pulau Pinang.

Nasihat Kepada Punduduk Yg Dijangkiti
Oleh kerana kumbang ini tertarik kepada cahaya pada waktu malam, tutup atau kurangkan penggunaan lampu dan tutup semua pintu/ tingkap semasa epidemik kumbang tersebut. Gunakan jaringan nyamuk yang halus, semburan aerosol serangga, perangkap berpelekat dan sebagainya. Jangan duduk berhampiran dengan cahaya/ lampu, jangan memukul kumbang yang terdapat pada badan, cuma hembus/ tiup untuk menghindarinya. Jika tersentuh dengan kumbang ini, basuh segera kawasan yang bersentuhan dengan sabun dan air.Sesiapa yang mengalami alahan kulit yang teruk mestilah mendapat rawatan perubatan.

Sumber dari MPSP

p/s : kat Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS), Sabak Bernam sangat popular binang nie. Charlie nama diberi. ade musim bila nak menyerang. sepanjang 3 Semester duk asrama, saya kena serangan charlie nie sebanyak 2 kali. kena kat mata lak tu. derita jgn nak kata la + gatal2 lagi. Korang pernah jumpa @ kena serangan serangga ini tak?




http://nurulimankehidupan.blogspot.com/

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia 2011 ( SPM 2011 )


Situasi Yang Di Alami Meraka Yang Di Alami Oleh Calon2 SPM 2011.


Situasi 1 : Sebelum Ambil Keputusan



Situasi 2 : Selepas Ambil Keputusan

Sama Ada

Atau


Tak Pun


Ucapan Saya Untuk Semua Yang Akan Mengambil Keputusan Hari Ini :






http://nurulimankehidupan.blogspot.com/

AL Fatihah Buat Arwah


Assalamualaikum.....

Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un (Ø¥ِÙ†َّا Ù„ِÙ„ّÙ‡ِ ÙˆَØ¥ِÙ†َّـا Ø¥ِÙ„َÙŠْÙ‡ِ رَاجِعونَ) - dari Allah kita datang kepada Allah kita kembali. (Surah Al-Baqarah, Potongan Ayat 156)


"kullu nafsin zaaiqatul maut.." - setiap jiwa akan merasai mati..!!

Pada 13 Mac 2012 tepat jam 23.45(11.30 Malam) saya sekeluarga telah dikejutkan dengan berita kematian salah seorang daripada ahli keluarga kami. berita yang amat mengejutkan kami semua. disaat keluarga sedang sibuk menguruskan persiapan majlis perkahwinan sepupu saya pada 17 Mac 2012, berita ini menyentap kegembiraan itu. kami sekeluarga dikejutkan dengan berita bahawa Pak Cik saya yang merupakan adik kepada bapa saya meninggal dunia. arwah yang sebelum ini tidak mempunyai sebarang penyakit serius. cuma arwah kerap berasa penat jika berjalan jauh atau beberapa sebab lain.

Pemergian arwah sehingga hari ini bagaikan suatu mimpi kepada saya. Saya terima dengan redha kerana Allah lebih menyanyangi arwah. Terbayang2 lagi raut wajah arwah semasa dikapankan. airmata secara tidak sengaja mengalir ketika melihat anak-anak arwah menangis pada masa melihat jenazah buat kali terakhir. pengurusan jenazah arwah begitu cepat selesai, lebih cepat dari masa yang ditetapkan. pengebumian arwah juga berjalan lancar tanpa sebarang masalah sambil di iringi cuaca yang hujan sedikit. Tapi entah mengapa, saya rasa seperti arwah masih hidup dan wajah arwah sering berlegar di kota pemikiran saya. peristiwa ini juga telah meyentap hati saya dan cuba bermuhasabah diri.

Saya sedang memikirkan tentang diri saya. Kita bersedih 1 bulan @ 2 bulan kemudian perlahan lahan kita makin melupakannya. pernahkan kita memikirkan nasib kita pula. kita masih muda? pak cik saya pun muda dari abg2nya yang lain. faktor usia tidak boleh diguna pakai dan tidak boleh dijadikan pengukur bila kita nak bertaubat. Tolong jangan sesekali kita menangguhkan taubat kita. bukan apa takut kita tidak sempat bertemu hari esok. mungkin ini artikel terakhir saya untuk blog ini. saya pun tak tahu bila masa saya akan tiba. Adakah saya benar bersedia menghadapi kematian? cukup ke amalan saya? layak ke saya menghuni Syurga Allah SWT? kematian akan tiba. ia pasti akan tiba. tidak lewat walau setengah saat. Nikmat di dunia ini hanya sebesar zarah jika dibandingkan dengan nikmat yang dijanjikan Allah di Negara Akhirat. kenapa kita malas solat? kenapa kita malas baca Al Quran? Kenapa itu dan kenapa ini? semua persoalan itu ada jawapannya. dan jawapannya ada di hati kita. sama ada kita nampak jawapan itu atau kita buat-buat tak nampak. Ada beberapa perkara yang saya nak lakukan tapi saya sering menangguhkannya. kini saya tidak boleh lagi menangguh perkara2 tersebut.

Sesungguhnya mati itu pasti, menjawab soalan mungkar dan nangkir juga benar, kita akan dihidupkan semula di Negara Akhirat benar, balasan Syurga dan neraka juga benar.

Firman Allah swt, “Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran.” Surah Al-A’sr



p/s : Mari bersama-sama sedekahkan AL- Fatihah buat arwah pak cik saya juga untuk seluruh umat islam di dunia. AL-Fatihah.


Template asal blog nie buat hal cikit so sy letakkan template sementara ini dan akan sy tukar sekadar segera yg mampu.



http://nurulimankehidupan.blogspot.com/

Sebab-Sebab Penjara Pudu Ditutup


Berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur di suatu ketika dulu. Hanya boleh disebarkan pada orang2 tertentu sahaja...

Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu pernah diceritakan bahawa terdapat satu bilik dipanggil "Bilik Terakhir". Dibilik inilah seringnya berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu ditutup.

Dinamakan "BILIK TERAKHIR " adalah kerana dulu ia merupakan bilik kediaman terkahir bagi si pesalah jenayah berat sebelum menjalani hukuman gantung sampai mati pada keesokan harinya dibilik gantung..

Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah dikatakan akan meratap,menangis, menjerit, bercakap seorang diri dan berbagai lagi perlakuan kerana menyesali kesalahan mereka yang lalu. Mereka menjadi begitu kerana dikatakan tidak kuat semangat menghadapi maut keesokan harinya yang telah diketahui mereka.

Menurut kata warden-warden yang masih ada di Penjara Pudu sewaktu proses pengosongan Penjara Pudu dijalankan, mereka sering terdengar suar a-suara sayu meminta tolong, suara orang menangis dan bermacam-macam lagi dari Bilik Terakhir tesebut.

Tak kurang juga ada diantara warden yang terlihat seekor kambing hitam sering masuk menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka dan kemudian tidak pula kelihatan kambing keluar semula.

Ramai bomoh dan pawang yang dipanggil bagi memulihkan bilik tersebut mengatakan bahawa suara-suara yang sering kedengaran diwaktu malam dari Bilik Terakhir itu adalah akibat roh-roh pesalah yang mati ditali gantung tersebut tidak tenteram kerana mati mereka ditali gantung.

Nak dijadikan cerita pada suatu malam Jumaat ketika hujan renyai-renyai seorang warden telah ditugaskan mengawal kawasan yang berhampiran dengan "Bilik Terakhir" itu. Ketika sedang berkawal kira-kira lebih kurang pukul 01:00 pagi beliau terdengar seperti tapak kaki sedang berlari-lari berhampiran bilik tersebut.

Ia cuba beranikan diri untuk untuk melihat apakah bendanya itu.Sedang ia mengamat-amati maka terlihatlah dalam kesamaran seekor kambing hitam sedang menuju kearah Bilik Terakhir itu lalu lesap begitu saja. Ia berasa harian bagaimana seekor kambing boleh ada dikawasan itu? Oleh kerana ingin tahu ia beranikan juga diri menghampiri Bilik Terakhir itu.

Alangkah terperanjatnya mendapati pintu bilik itu telah bertukar menjadi pintu gua. Mulalah ia berasa gementar, seram serta menggigil ketakutan namun diberanikan juga diri memasuki pintu gua yang samar-samar itu sambil meninjau-ninjau didalamnya jika terlihat akan kambing tadi. Apabila sampai je kedalam gua tersebut alangkah terperanjatnya ia bila didapati banyak harta karun dalamnya. Ia cuba mengambil harta itu tetapi tiba-tiba hilang dari pandangan lalu menjelmalah satu lembaga yang mengerikan seraya berkata,


"Heyyyyyy manusiaaa. Jangan awak
sentuh harta itu. Hartaaaa itu bukan
kauuu yang punyaaaa " " mannnnnnnnnnnnn
belon yang punyaaaaaa " Ha Ha Ha Ha
Ha " Yaaaaaaa, mannnnnnnnnnn belon yang
punyaaaaaa ... "

udah tuuuuuuuuu.. ...... peeee buat keja........ ......... .....

Tahniah kerana minat membaca.

P/s: aku pun dah terkena..haha



Sumber





http://nurulimankehidupan.blogspot.com/

Bahayanya Anaemia



Apakah Anaemia?
Ia adalah suatu keadaan di mana terdapat kekurangan sel darah merah di dalam peredaran darah untuk membawa oksigen ke seluruh tisu badan. Fungsi ini dijalankan oleh protein yang dipanggil haemoglobin. Anaemia biasanya bermaksud haemoglobin yang tidak mencukupi. Paras Haemoglobin yang normal adalah di antara 11.5 hingga 16.5g/dL untuk perempuan dan 12.5 hingga 18.5g/dL untuk lelaki.

Penyebab anemia
-Kehilangan darah (sama ada akut atau kronik).
-Kehilangan darah yang akut boleh berlaku semasa kemalangan jalan raya atau selepas pembedahan. -Kehilangan darah yang melebihi 500ml biasanya memerlukan gantian darah.
-Kehilangan darah kronik biasanya berlaku semasa kedatangan haid yang berlebihan, infestasi cacing dan lain-lain keadaan.
-Kurang penghasilan sel darah merah di dalam sum-sum. ini mungkin disebabkan oleh:
-Kekurangan faktor penting seperti zat besi,, vitamin B12, folate dan erythropoietin.
-Pertumbuhan yang mendadak di kalangan remaja yang menyebabkan peningkatan keperluan zat besi di mana ianya melebihi paras penyerapan zat besi.
-Kitaran haid bagi wanita dengan kehilangan anggaran 30mg zat besi setiap bulan boleh menyebabkan kekurangan zat besi.
-Faktor Toksik : Penyakit Inflamasi, kerosakan hati dan ginjal, ubatan.
-Kekurangan hormone : Paras hormon tiroid rendah.
-Kerosakan sum-sum : kanser darah, penyakit sum-sum.
-Gangguan pembentukan sel darah merah : keadaan seperti Talasemia.
-Pemusnahan sel darah merah yang berlebihan. Berlaku di dalam beberapa jenis jangkitan atau pengambilan sesuatu ubat. Jenis anemia yang biasa berlaku ialah :
-Anemia disebabkan kekurangan zat besi.
-Talasemia.
-Simptom dan gejala

Ramai dewasa menghidapi anaemia tanpa disedari. Simptom termasuk :
-Keletihan setiap masa.
-Pening.
-Sesak nafas apabila melakukan aktiviti fizikal.
-Kulit pucat.
-Kadar denyutan jantung yang cepat.
-Kurang daya ingatan.
-Komplikasi


Anaemia yang teruk boleh menyebabkan :
-Kegagalan jantung di mana fungsi jantung menjadi lemah dan tidak mencukupi.
-Mengalami masalah semasa mengandung seperti melahirkan bayi pramatang dan pertumbuhan janin yang terencat semasa di dalam kandungan.



Rawatan
Pemeriksaan haemoglobin untuk menentukan samada anda menghidapi anaemia atau tidak boleh dilakukan di klinik berhampiran dengan anda. Rawatan bergantung kepada jenis anaemia yang dihadapi :
-Jika ia disebabkan oleh masalah perubatan seperti talasemia, leukaemia, rawatan khusus perlu dilakukan.
-Jika ia disebabkan oleh kekurangan zat besi, maka seseorang itu perlu mengambil makanan seimbang yang mengandungi zat besi yang tinggi dan juga pil suplemen zat besi. Sila lihat Jadual 1 untuk kandungan zat besi dalam makanan.

Tip lain: Untuk merawat kekurangan zat besi :
-Adalah disyorkan agar pil suplemen zat besi dimakan bersama dengan vitamin C untuk meningkatkan penyerapan zat besi.
-Penyebab utama seperti infeksi cacing dan keradangan usus perlu dirawat.

Jadual 1 : Kandungan zat besi dalam makanan

Makanan
Saiz Hidangan
Zat besi (mg
Hati, Ayam105g
12.8
Paha ayam125g
1.0
Daging lembu tanpa lemak268g
5.9
Hati, Lembu124g
11.1
Tuna90g
1.1
Kerang86g (10 biji kerang)
2.0
Paru92g
7.7
Bijiran yang diperkaya dengan 100% zat besi (coco crunches, cornflakes)¾ cawan
18
Oatmeal1 cawan
10
Tauhu1/2 cawan
3.4
Kacang tanah1 cawan
6.6
Bayam½ cawan
3.2
Kismis½ cawan
1.5
Roti1 keping
0.9
Nasi1 cawan
0.3
Rujukan: Malaysian Dietary Guidelines 2005

Pencegahan
Makan makanan seimbang setiap hari. Sila lihat Piramid Makanan.




http://nurulimankehidupan.blogspot.com/

Johan Raja Lawak Kantoi

Johan Raja Lawak Kantoi .....
sape nak jawab nie......



Video nie menunjukkan ke kreatifan Johan Raja Lawak. TAPI......



Buat pertamanya die kantoi dengan orang ini... Selepas tu dia kantoi pulak DENGAN......







http://nurulimankehidupan.blogspot.com/

Sahabat Katak Comel





Assalamualaikum.....

ok hari nie malas nak update so just nak join segmen dari sahabat blogger yg merupakan katak yg sangat comel... hehe... jgn marah ye. ok sbb sy kena tag seorang jadi nak tag Nisa Greenpanda. boleh?

sy tag gak semua korang2 yg baca entri ini. Nak join? berminat? tekan saja banner kat atas nie atau klik di sini.

Segmen : Katak Comel tutup pada 11/03/2012 jam 23:59.......

Selamat mengjoinkan diri.....


http://nurulimankehidupan.blogspot.com/

Slot Zehra - Bunga Bunga Syurga



Seperti yang kita semua maklum Dingin Lavenda yang mengisi slot Zehra di TV3 telah pun tamat pada minggu lepas. entah la. tak tahu nak komen apa pasal cerita itu tapi tidak la mengecewakan. Hari ini slot Zehra bakal di isi dengan cerita baru yang bertajuk Bunga Bunga Syurga. Drama ini menampilkan Johan As'ari, Wawa Zainal, Rozita Che Wan, Hilal Azman, Eyka Farhana, Dato' Eizlan Yusuf dan ramai lagi sebagai pelakonnya. Cerita ini bertemakan ketamakkan sehingga sanggup memakan harta anak yatim. Yang jadi jahat dalam drama ini adalah Rozita Che Wan yang memegang watak Baidah. Hero tetap hero la. semestinya Johan As'ari yang memegang watak Aiman seorang pelajar jurusan perakaunan yang belajar di Australia dalam masa yang sama mendalami ilmu agama islam di Madrasah Pengajian Islam di Australia. Sinopsis penuh cerita ini di bawah ini.

Sinopsis Bunga Bunga Syurga

Drama ini mengisahkan tentang perjuangan seorang pemuda memberi pendidikan agama kepada kanak-kanak dan menyelamatkan kehidupan tiga anak yatim piatu yang dipelihara oleh ibu saudaranya yang kejam selepas ibubapa mereka mati dibunuh. Emilia (Eyka Farhana), 17, Nadia (Eira Hazali), 13 dan Haziq (Daniel Hakim), 12, terpaksa diserahkan kepada bapa saudara mereka, Azmin (Hilal Azman), selepas ibubapa mereka, Imran dan Mira mati dibunuh. Kematian Imran dan Mira masih misteri walaupun kes sudah bertahun berlalu.

Bapa saudara mereka, Azmin sanggup menerima amanah untuk memelihara anak-anak saudaranya tetapi isterinya, Baidah (Rozita Che Wan) berasa terpaksa. Apabila Baidah mengetahui Emilia, Nadia dan Haziq mewarisi harta jutaan ringgit, barulah dia tersenyum untuk menerima kedatangan mereka. Bagaimanapun Azmin mengkhianati amanah tersebut apabila memakan sebahagian daripada harta anak-anak yatim itu kerana hasutan Baidah. Baidah tidak pernah puas dengan apa yang dimilikinya, dia memaksa Azmin mengambil lagi walaupun Azmin tidak berani kerana peguam mula mengesyaki pengeluaran wang yang berlebihan.

Dalam satu pertengkaran, Azmin ditembak oleh Baidah menyebabkan dia lumpuh. Sewaktu lumpuh, Azmin sering bermimpi perkara-perkara buruk seperti dibakar dalam api neraka, meminum darah busuk dan banyak lagi. Ini membuatkan Azmin mula insaf akan perbuatannya dan kembali ke jalan Allah s.w.t. Dia juga enggan menandatangani borang pengeluaran wang yang diminta oleh Baidah. Baidah yang marah pada waktu itu telah menolak kerusi roda Azmin menyebabkan Azmin terjatuh.

Namun kepulangan anak kedua Azmin, Aiman (Johan As’ari) selepas tamat pengajian di Australia memberi sinar harapan buat Emilia, Nadia dan Haziq. Aiman pulang ketika Baidah dan kakak Aiman, Zila (Bea Rameshan) sedang menyeksa mereka bertiga. Aiman bertindak membawa ketiga-tiga anak ini keluar dari rumah tersebut. Walaupun menuntut dalam bidang perakaunan, Aiman banyak menimba ilmu agama di madrasah pengajian Islam di Australia. Aiman mula mengadakan kelas tuisyen dan menghafaz al-Quran bagi pelajar yang berhampiran dengan rumahnya.

Atas bantuan Haji Halim (Dato’ Eizlan Yusof), Aiman pergi ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan tauliah dari Jabatan Agama bagi meneruskan kelas hafazannya. Haji Halim banyak menceritakan tentang anaknya, Shaffiyah yang terpaksa bekerja di bandar untuk membantu membiayai pusat pengajiannya. Haji Halim menceritakan sahsiah Shaffiyah sebagai gadis baik dan pandai mengaji. Bagaimanapun, apabila melihat gambar Shaffiyah, Aiman terkejut kerana Shaffiyah adalah Sofia (Wawa Zainal), perempuan simpanan bapanya, Azmin.

Sofia enggan pulang ke kampung kerana malu dan dihantui rasa bersalah dengan bapanya. Oleh kerana dendam yang menebal, Zila bertindak mencederakan Sofia sehingga Sofia terpaksa menerima rawatan selama sebulan di hospital. Haji Halim membawa Sofia pulang walaupun masih lemah dan memerlukan masa untuk Sofia sembuh sepenuhnya. Pertemuan di surau mengejutkan Sofia kerana Aiman tidak pernah membangkitkan tentang hubungan Sofia dengan bapanya. Akhirnya, Sofia sendiri menceritakan kepada Aiman bagaimana hubungan sulit itu terjadi.

Aiman mahu Sofia berterus-terang tentang perkara sebenar kepada bapanya walaupun Sofia cuba untuk terus merahsiakannya. Apakah yang berlaku seterusnya setelah Haji Halim mengetahui hal sebenar? Apa pula yang bakal dilakukan oleh Baidah dan Zila untuk menuntut ‘hak’ mereka? Bunga-Bunga Syurga di slot Zehra, setiap hari Jumaat jam 9.00 Malam bermula 9 Mac ini. Penonton yang terlepas menyaksikan Bunga-Bunga Syurga boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my.


OST Slot Zehra : Bunga Bunga Cinta ( Hazama - Cinta Teragung )


Promo Bunga Bunga Syurga












http://nurulimankehidupan.blogspot.com/

Kisah Kesabaran Nabi Ayyub A.S


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Firman Allah S.W.T :
“Ingatlah akan hamba-Ku Ayyub, ketika dia berseru kepada tuhanNya: Sesungguhnya aku telah diganggu syaitan sehingga susah dan terseksa.” (Surah Shad ayat 41)

Diceritakan:

Bahawa Nabi Ayyub bin ‘Ish bin Ishaq a.s adalah bangsa Roma, sedangkan ibunya adalah anak puteri Nabi Luth a.s. Dan Nabi Ayyub adalah seorang laki-laki yang pandai, bersih, sopan santun serta bijaksana. Sedangkan ayahnya seorang yang kaya raya, memiliki ternak, unta, lembu, domba, kuda, keldai dan himmar, tidak seorang pun di negeri Syam (Syria) yang dapat menyainginya dalam hal kekayaan.

Ketika dia meninggal dunia, maka semua harata kekayaannya itu diwariskan kepada Nabi Ayyub a.s. Nabi Ayyub telah berkahwin dengan Siti Rahmah anak puteri Afrayin putera Nabi Yusuf a.s. Dan Allah telah menguniakan 12 kali kehamilan yang tiap2 kali hamil melahirkan 2 orang anak, seorang laki-laki dan seorang perempuan.

Kemudian dia diutuskan Allah kepada kaumnya, dan mereka adalah penduduk Hauran dan Tiih. Allah swt menyempurnakanya dengan budi pekerti yang baik, lemah lembut selama orang tidak menyalahi, mendustakan, dan mengingkarinya dalam kemuliaan dirinya dan kedua orang tuanya, ayah dan ibunya.

Maka dia menyampaikan beberapa syariat serta membangun beberapa rumah ibadat untuk mereka. Dan Nabi Ayyub a.s mempunyai meja makan yang khusus disediakan untuk tamunya iaitu orang fakir miskin dan tamu lainnya.

Dan Nabi Ayyub, terhadap anak yatim itu ibarat seorang ayah yang kasih dan penyayang, terhadap janda seperti sang suami yang memperhatikan kasih sayangnya dan terhadap orang-orang yang lemah seperti halnya saudara yang mencintai dengan kasihnya.

Dan demikian juga dia (Nabi Ayyub) telah memerintahkan kepada para wakilnya serta orang-orang kepercayaannya supaya tidak menghalang halangi tanam tanaman serta buah-buahannya diambil dan dipetik(dari orang-orang yang mahu memetiknya/mengambilnya).

Dan adalah ternakanya setiap tahun beranak kembar atau dua-dua namun demikian dia tidak bergembira dengan hal itu sedikitpun dan dia berkata: “Tuhanku, ini semua adalah pemberian Engkau kepada para hamba-Mu di penjara dunia ini, maka bagaimanakah pemberian Engkau di syurga kepada para ahli karamah yang mendapat kemuliaan dari Engkau, di kampong (Hari yang tiada akhirnya) di mana disediakan hidangan?”

Dengan itu semua, Nabi Ayyub a.s tampak tidaklah lupa sedikitpun hatinya bersyukur atas nikmat yang diperolehinya serta lidahnya tidak lupa berzikir kepada Tuhannya.

Maka Iblis dengki kepadanya, seraya berkata: “Sungguh Ayyub telah berhasil di dunia dan di akhirat dan Iblis ingin merosak salah satu atau kedua-duanya; dunia dan akhirat tersebut.

Lalu Iblis terkutuk, di saat itu naik ke langit yang ke tujuh dan berhenti dimana dia dapat sampai, pada suatu hari dia naik sebagaimana biasa, maka Allah Yang Maha Perkasa berfirman kepadanya: “Hai Iblis terkutuk! Bagaimana engkau melihat hambaKu Ayyub? Apaka engkau dapat mengambil daripadanya manfaat walaupuan sedikit?”

Kata Iblis: “Tuhanku, sesungguhnya Ayyub mahu menyembahMu kerana engkau telah memberinya kelapangan hidup(harta yang berlimpah) dan kesihatan; kerana tidak kerana hal itu tentu dia tidak menyembahMu, maka dia sebenarnya hamba kesihatan.” Firman Allah swt kepada Iblis: “Engkau dusta! Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui, bahawa sesungguhnya dia menyembah Aku serta berterima kasih kepadaKu, walaupun dia tidak mempunyai kelapangan rezeki di dunia.

Kata Iblis: “Tuhanku, berilah aku kekutan untuk menggoda Ayyub; maka perhatikanlah bagaimana saya membuat dia lupa mengingatiMu dan menyibukan dia dari berbuat ibadat kepadaMu.”

Maka Allah pun memberikan kekuasaan kepada Iblis terhadap sesuatunya, kecuali jiwa(hati) dan lidah(ucapanya) Nabi Ayyub.

Maka Iblis kembali dan menuju ke tepi laut lalu berseru dengan seruan yang sangat keras, sehingga semua bangsa Jin baik laki-laki dan wanita berkumpul di sisinya seraya berkata: “Apakah gerangan yang menimpa engkau?” Iblis menjawab: “Sesungguhnya saya mendapat kesempatan yang belum pernah saya perolehi seperti hal ini, semenjak saya telah berhasil mengeluarkan Adam dari syurga. Maka oleh sebab itu, bantulah saya dalam memperdayakan Ayyub.”

Maka mereka cepat-cepat bertebaran dan membakar serta merosakan semua harta kekayaan Nabi Ayyub a.s. Lalu Iblis pergi menemui Nabi Ayyub a.s yang dia sedang berdiri menunaikan solat di dalam rumah ibadahnya.

Kata Iblis: “Apakah engkau tetap menyembah Tuhanmu dalam keadaan yang kritikal ini, sesungguhnya Dia Tuhanmu telah menuangkan api dari langit, yang memusnahkan semua harta kekayaanmu, sehingga semuanya menjadi abu?” Nabi Ayyub tidak menjawabnya, sampai dia selesai merampungkan solatnya, lalu berkata: “Alhamdulillah! Dia yang telah memberikan kurnia lalu mengambilnya pula dari saya.” Lalu dia bangkit kembali memulai solatnya.

Maka Iblis pun pulang dengan tangan hampa, serta merasa terhina dan menyesali terhadap kegagalannya. Dan Nabi Ayyub itu mempunyai 14 orang anak, lapan lelaki dan enam orang wanita, dan mereka makan setiap harinya di rumah-rumah saudaranya, sedangkan waktu itu mereka sedang di rumah saudaranya yang terbesar, namanya Hurmula.

Maka berkumpullah para syaitan dan mengelilingi rumah itu serta melemparkan kepada anak-anak Nabi Ayyub a.s sehingga mereka itu mati semuanya di satu meja makan. Di antara mereka, ada yang sedang memasukan sesuap makanan ke dalam mulutnya dan ada pula yang sedang memegang gelas di tanganya.

Maka Iblis pergi kepada Ayyub, sedangkan dia(Ayyub) dalam keadaan berdiri menunaikan solat. Kata Iblis: “Apakah engkau tetap menyembah Tuhanmu! dan sesungguhnya Dia telah melempar ke rumah di mana anak-anak mu berada, sehingga mereka mati semuanya?”

Nabi Ayyub tidak menjawab sedikitpun, sampai dia selesai mengerjakan solatnya. Lalu Nabi Ayyub berkata: “Hai Iblis terkutuk, Alhamdulillah! Dia telah memberi dan mengambilnya pula dari saya. Semua harta dan anak adalah fitnah untuk laki-laki dan wanita, maka Dia (Allah) mengambilnya dari saya, sehingga saya dapat bersabar lagi tenang untuk beribadah kepada Tuhan saya.”

Iblis pun kembali dengan tangan hampa, rugi besar dan terkutuk. Lalu Iblis datang kembali, sedangkan Nabi Ayyub sedang mengerjakan solat. Maka ketika Nabi Ayyub sujud, Iblis meniupkan di hidung dan mulutnya sampai badan Nabi Ayyub a.s berkembang dan berpeluh banyak sekali dan dia merasa badannya menjadi berat.

Berkata isterinya Rahmah: “Ini semua adalah dari sebab dari kesusahanmu terhadap harta yang telah musnah dan anak-anak yang telah mati, sedangkan engkau tetap beribadah di waktu malam dan berpuasa di siang hari tanpa henti-hentinya, walaupun satu saat dan masih juga tidak merasa cukup.” Lalu Nabi Ayyub a.s terkena penyakit kudis seluruh tubuhnya, mulai dari kepala sampai ke kakinya, bahkan mengalir dari badannya darah bercampur nanah serta berulat yang berjatuhan dari kudis di badannya. Sampai-sampai sanak keluarganya dan teman-temannya menjauhkan diri daripadanya.

Nabi Ayyub a.s mempunyai tiga isteri; maka yang dua minta cerai dan diapun menceraikannya dan tinggal satu iaitu Rahmah, yang selalu melayaninya siang malam sehingga datanglah para wanita tetangganya seraya berkata: “Hai Rahmah! Kami semua takut kalau penyakit suamimu Ayyub akan menjalar kepada anak-anak kami. Maka keluarkanlah dia dari lingkungan kita bertetangga ini dan kalau tidak maka kami akan mengeluarkan engkau disini dengan cara paksa!!”

Maka Siti Rahmah pergi dengan membungkus pakaiannya, serta membawanya (Nabi Ayyub a.s) dan berseru dengan suara yang keras: “Duhai,berat nian, kami harus pergi merantau dan berpisah; mereka telah mengusir kami dari negeri kami dan kampong kami.” Dan dia mendukung Nabi Ayyub di punggungnya sedangkan air mata mengalir di pipinya, serta pergi jauh sambil menangis ke bekas rumah yang sudah rosak yang dijadikan tempat pembuangan sampah dan meletakkan Nabi Ayyub di atas sampah. Lalu keluarlah penduduk desa itu dan mereka melihat keadaan Nabi Ayyub, maka mereka berkata: “Bawalah suamimu itu jauh-jauh dari kami, kalau tidak maka akan kami bawakan anjing-anjing kami biar memakannya.”

Siti Rahmah pun membawanya sambil menangis ketempat yang jauh dan meletakkannya di tempat itu, kemudian datang lagi dengan membawa kapak dan tali temali, untuk membuat rumah dari kayu. Kemudian dia datang lagi dengan membawa rajutan tikar dan menghamparkannya di bawah Nabi Ayyub dan diambilkannya pula batu untuk bantalnya dan membawa tempat air yang biasa digunakan oleh para penggembala untuk minum binatang-binatang ternak mereka.

Kemudian Siti Rahmah pergi ke sebuah desa, maka Nabi Ayyub memanggilnya: “Kembalikan engkau, dan saya berpesan kepadamu, seandainya engkau hendak pergi bebas dariku dan akan meninggalkan aku di sini.” Kata Siti Rahmah: “Engkau jangan khuatir, wahai suamiku, sesungguhnya saya tidak akan m eninggalkan engkau selama hayat di kandung badan.”

Siti Rahmah lalu pergi ke sebuah desa dan bekerja setiap hari memotong roti dan dia dapat memberi makan suaminya Ayyub. Lalu hal itu diketahui oleh penduduk desa itu, bahawa dia adalah isteri Ayyub. Maka mereka tidak mahu lagi memberinya pekerjaan, malahan mereka berkata: “Pergilah engkau jauh-jauh kerana kami merasa jijik kepadamu.”

Maka Siti Rahmah menangis dan berdoa: “ Ya Tuhanku, Engkau talah melihat keadaanku, sesungguhnya terasa sempit dunia ini bagiku, sedang orang-orang telah merendahkan kami di dunia ini, maka janganlah Engkau kiranya merendahkan kami di akhirat kelak, ya tuhanku. Mereka telah mengusir kami dari Rumah Engkau kelak di hari kiamat.”

Siti Rahmah pun pergi kepada seorang penjual roti sambil berkata: “Sesungguhnya pujaanku Ayyub telah lapar, maka sudilah kiranya engkau memberikan hutang kepada saya berupa roti?” kata wanita itu: “Pergilah engkau jauh-jauh dari saya, supaya suamiku tidak melihatmu, tetapi berilah ikatan sanggulmu.” Siti Rahmah mempunyai dua belas kepang rambut yang panjangnya sampai ke tanah. Panjang rambutnya yang ikal itu indah sekali, sama dengan yang didapatkan oleh Nabi Yusuf a.s.

Nabi Ayyub sangat senang sekali dengan sanggul ikal tersebut. Maka datanglah wanita penjual roti dengan membawa gunting dan memotong kepang rambut serta memberikan 4 potong roti kepada Siti Rahmah. Kata Siti Rahmah: “Wahai Tuhanku, sesungguhnya perbuatanku ini hanya lah kerana ketaatanku kepada suami dan untuk memberi makan kepada Nabi Mu, maka telah ku jual rambutku.”
Maka ketika Nabi Ayyub melihat roti yang masih segar serta utuh, dia sangat memperhatikannya dan menyangka bahawa isterinya telah menjual dirinya maka dia bersumpah, seandainya Allah telah menyembuhkannya, dia akan memukul isterinya 100 jilid.

100 jilid itu seperti yang kemudian difirmankan Allah swt sebagai tebusan dari sumpahnya:
“Dan ambillah dengan tanganmu seikat rumput, lalu pukulkanlah kepadanya(isterimu) dan kamu tidak terkena sumpah.”

Ketika hukuman itu telah dilaksanakan, maka Nabi Ayyub menangis seraya berkata: “Wahai tuhanku! Telah hilang daya upaya ku, sehingga sampai sebuah persoalan, isteri Nabi Mu telah menjual rambutnya, semata-mata untuk memberi nafkah untuk diriku.”

Kata Siti Rahmah: “Wahai suamiku, janganlah engkau bersusah hati pada hari ini, sesungguhnya rambut ku itu akan tumbuh kembali dengan lebih baik(indah) daripada yang sudah.” Lalu Siti Rahmah memotong roti dan memberikan makan kepadanya serta duduk disampingnya.

Adalah Nabi Ayyub, tiap-tiap ada ulat yang terjatuh dari badannya, maka diambilnya dan diletakkannya kembali dibadanya dan dia berkata: “Makanlah olehmu setiap apa-apa yang telah direzekikan kepadamu oleh Allah swt.” Maka tidak tertinggal dagingnya dan hanyalah tinggal tulang-belulang yang dilapisi kulit dengan jaringan saraf saja yang Nampak.

Apabila matahari menyinarinya, maka sinar itu seakan-akan tembus dari bahagian badannya yang tetap utuh adalah hati dan lidahnya. Hatinya tidak pernah kosong dari rasa syukur kepada Allah dan lidahnya tidak pernah diam dari zikir kepada Allah.Ada diriwayatkan bahawa Nabi Ayyub mengalami sakit seperti itu selama 18 tahun.

Pada suatu hari Siti Rahmah berkata kepada Nabi Ayyub: “Engkau adalah seorang Nabi yang mulia terhadap Tuhanmu, seandainya engkau berdoa kepada Allah swt supaya Dia (Allah) menyembuhkanmu?” Kata Nabi Ayyub a.s kepada Siti Rahmah: “Lapan puluh tahun.” Kata Nabi Ayyub: “Sesungguhnya saya merasa malu kepada Allah swt, untuk meminta kepadaNya sebab waktu cubaanNya belumlah memadai dibandingkan masa senangku.”

Dan ketika pada badan Nabi Ayyub sudah tidak ada lagi daging yang akan dimakan, maka ulat-ulat itu saling memakan di antara mereka, hingga akhirnya tinggal 2 ekor ulat yang selalu berkeliaran di badan Nabi Ayyub dalam usaha mencari makan daging, tidak mereka dapatkan kecuali hati dan lidahnya. Maka yang satu pergi ke hati dan memakan hatinya dan satu lagi pergi ke lidah dan menggigitnya.

Disaat itulah Nabi Ayyub a.s berdoa kepada Tuhannya seraya berkata: “Sesungguhnya aku telah ditimpa bahaya yang dahsyat, sedangkan Engkau Zat Yang Maha Pengasih.”Hal ini tidaklah termasuk dalam kategori keluh kesah dan tidak pula bererti keluar dari golongan orang yang sabar. Oleh kerana itu Allah swt berfirman: “Sesungguhnya dia Kami dapatkan sebagai orang yang sabar.”

Kerana sesungguhnya, Nabi Ayyub itu tidak bersusah hati terhadap hartanya dan anak-anaknya, yang telah hilang musnah, bahkan dia merasa susah kerana cemas terputus “dari syukur dan zikir” kepada Allah swt. Maka seakan akan dia berkata: “Tuhanku, aku bersabar atas segala cubaanMu selama hatiku masih sibuk untuk bersyukur kepada Mu dan lidahku dapat berzikir kepada Mu, dan apabila keduanya itu telah rosak (hilang) daripadaku, bererti terputuslah cintaku dan zikirku pada Mu. Maka aku tidak menjadi bersabar terhadap terputusnya keduanya itu, sedangkan engkau Zat Yang Maha Pengasih dan Penyayang.”

Kemudian Allah swt memberikan wahyu kepadanya: “Ya Ayyub, lidah, hati dan ulat adalah milik Ku, sedangkan rasa sakitpun milik Ku, apakah ertinya susah?”

Diterangkan pula: “Bahawa Allah swt memberikan wahyu kepadanya: “Sesungguhnya ada 70 orang Nabi yang meminta, seperti halmu ini kepada Ku, dan Aku hanya memilih engkau sebagai tambahan kemuliaanmu dan ini hanya bentuk lahirnya saja bencana, akan tetapi hakikatnya cinta-kasih.” Dan sesungguhnya Nabi Ayyub merasa susah kalau hati dan lidahnya dimakan ulat, kerana dia selalu sibuk bertafakkur dan berzikir kepada Allah swt, kalau keduanya dimakan, maka dia tidak dapat lagi bertafakkur dan berzikir kepadaNya.

Lalu Allah swt menjatuhkan kedua ulat itu dari diri Nabi Ayyub, maka yang satu jatuh di air, kelak menjadi lintah yang dapat menyebabkan orang sakit kekurangan darah dan yang satu lagi jatuh di darat yang kelak menjadi lebah yang mengeluarkan madu yang mengandungi ubat untuk manusia.

Kemudian datanglah Malaikat Jibril a.s dengan membawa 2 buah delima dari syurga. Kata Nabi Ayyub a.s : “Ya Jibril, apakah Tuhanku masih ingat kepadaKu?” Kata Jibril: “Ya, dan Dia mengirimkan salam kepadamu, serta menyuruh mu memakan kedua buah delima ini, maka akan sembuh normal daging dan tubuhmu.”

Ketika Nabi Ayyub memakan kedua delima itu, Jibril a.s berkata: “Berdirilah dengan izin Allah!” Maka Nabi Ayyub pun berdiri. Jibril berkata lagi: “Berjalanlah dengan kedua kakimu.” Maka Nabi Ayyub memukulkan kakinya yang kanan ke tanah sehinggalah keluar air hangat dan dia lalu mandi dengan air itu, kemudian dari kakinya yang kiri terpancarlah air dingin, sehingga dia minum dari air tersebut.

Kemudian, hilanglah segala penyakitnya, baik yang dibahagian luar mahupun di bahagian dalam. Dan tunuhnya menjadi lebih gagah tegap dari semula, wajahnya lebih bersinar daripada bulan purnama. Sebagaimana firman Allah swt:

“ Maka Kami terima dan kabulkan doanya, dan Kami hilangkan semua penyakit yang membahayakan dan Kami kembalikan semua keluarganya dan seperti mereka dahulu bersama-sama dengannya.”

Kata Imam Muqattil: Allah telah menghidupkan mereka dan member rezeki kepada Nabi Ayyub semula.
Kata Adh Dhahhak: Allah swt member wahyu kepadanya: “Apakah kamu ingin supaya mereka (anak-anakmu) Kami bangkitkan?” Kata Nabi Ayyub: “Ya Tuhanku, biarkanlah mereka itu disyurga”, maka dengan ini, maka datanglah keluarganya di akhirat, dan Allah swt memberikan kepadanya, hal-hal seperti yang diberikan kepada mereka di dunia, dengan telah lahirnya beberapa orang anak, yang demikian itu sebagai “Rahmat” atau “Nikmat” dari Kami”, untuk Nabi Ayyub dan “sebagai peringatan”, atau nasihat bagi orang-orang yang beribadah”, supaya mereka mengetahui bahawa bala bencana atau cubaan yang paling hebat itu kepada para Nabi, lalu kepada para Wali, kemudian kepada yang sepertinya dan demikian seterusnya. Maka hendaklah mereka berbuat seperti mereka telah perbuat dan bersabar seperti mana mereka yang telah bersabar.

Dari sini dapatlah diketahui bahawa jalan kepada Allah untuk perbuatan yang baik itu lebih dekat daripada pemberian yang baik.

Maka tamatlah sudah kisah Kesabaran Nabi Allah Ayyub a.s. Saya sangat berharap para pembaca dapat mengambil iktibar dari kisah tersebut. Kisah di atas dipetik daripada Kitab Duratun Nasihin. Pada bab Kisah Kesabaran Nabi Ayyub. m/s: 722-731. Apa yang baik dari Allah dan apa yang kurang adalah dari kelemahan diri saya.

Wassalam..





http://nurulimankehidupan.blogspot.com/