What I Want To Share

16
Comment
Sambutan Hari Kekasih (Valentine Day) Salah Di Sisi Islam


Tarikh 14 Februari setiap tahun menjadi tarikh yang ditunggu-tunggu oleh pasangan bercinta sebagai hari untuk memperingati dan meluahkan cinta sejati kononnya kepada pasangan masing-masing. Amalan songsang seperti ini sudah menjadi taqwim tahunan remaja dan semestinya penganut agama Kristian. Lantas, remaja Islam di Malaysia diseru agar tidak terpengaruh dan meraikan sambutan Hari Kekasih (Valentine Day) yang disambut pada 14 Februari ini. Sudah jelas bahawa sambutan Hari Kekasih ini salah di sisi agama Islam dan bercanggah dengan aqidah Islam itu sendiri.

Perbuatan untuk meraikan sambutan Hari Kekasih amat bercanggah dengan syara’ kerana ianya mempunyai unsur kepercayaan agama kristian dan menjurus kepada kebobrokkan akhlak. Selain itu, sambutan yang tidak berfaedah ini dirai dengan penuh adegan maksiat seperti berdua-duaan, berpeleseran hatta membawa kepada perbuatan seks bebas. Hari yang dianggap “hari berbulan madu” bagi remaja sehingga mereka sanggup menggadaikan maruah demi membuktikan cinta mereka kepada kekasih masing-masing. Sesungguhnya budaya meniru budaya barat yang terpesong dan mencampurkan perkara aqidah mengikut kepercayaan agama lain adalah salah di sisi Islam.

Dalam erti lain umat Islam tidak boleh mencampur adukkan akidah dan peribadatan agama Islam dengan akidah dan peribadatan agama lain. Ini berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud “Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.” (Surah Al-Kafirun ayat 1-6 )

Nabi SAW dengan tegas telah melarang kita daripada meniru budaya Yahudi dan Nasrani dalam hadis yang bermaksud, “Nescaya kamu akan turut jejak langkah mereka (Yahudi dan Nasrani ) sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga kamu akan turuti mereka walaupun mereka masuk ke dalam lubang biawak. Lantaran sahabat bertanya: Adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani? Baginda menjawab: Siapa lagi kalau bukan mereka.”

Keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor telah menyatakan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 1/2006 pada 21 Februari 2006 telah memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam”.

Para mufti di Malaysia juga telah bersepakat untuk memutuskan bahawa amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam seperti yang dibincangkan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 yang lalu.

Melalui sejarah Valentine, jelas ianya dapat disabitkan dengan budaya Kristian yang menyatakan Valentine’s Day bermula dari kematian tragis seorang Paderi yang bernama St. Valentine yang dibunuh oleh seorang Raja Romawi yang bernama Raja Claudius pada II (268-270M ).

Bermula dari kisah ini mereka telah mengabdikan St. Valentine sebagai seorang tokoh yang hebat dalam mempertahankan cinta dan dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup. Maka, 14 Februari dijadikan sebagai hari perlambangan dalam memperingati kematian St.Valentine dan dianggap sebagai upacara keagamaan masyarakat Kristian.
Justeru, Islam menyeru seluruh umat Islam khususnya remaja-remaja Islam agar tidak meraikan sambutan Hari Kekasih dan menghindari perkara-perkara yang boleh membawa kepada sikap untuk meraikannya. Berikut adalah sikap-sikap yang perlu dihindari oleh remaja Islam pada Hari Kekasih :
1- Sikap untuk keluar berfoya-foya sesama kekasih dan mengadakan majlis untuk menyambut hari tersebut dengan mengadakan parti atau majlis seumpamanya.
2- Menghantar kad-kad ucapan yang tertera kata-kata Valentine Day dan pada kad-kad tersebut terdapat gambar pari-pari yang mempunyai dua sayap yang menjadi simbol kepercayaan agama kristian.
3- Menulis ucapan kata-kata cinta di dalam kad yang diutuskan dengan menyatakan keinginan cinta kepada kekasih kerana ianya juga sikap mempamerkan rasa gembira dan percaya akan hari tersebut.
4- Kebanyakan negara-negara Barat, parti-parti diadakan sempena hari tersebut disambut dengan pesta seks dan tari-menari. Kebanyakan mereka menghantar hadiah-hadiah seperti bunga ros dan sekotak coklat kepada sesiapa yang mereka cintai.
5- Menghantar pesanan ringkas (SMS) kepada kekasih untuk meluahkan rasa sayang bersempena dengan Hari memperingati kekasih (Valentine Day) sebagai tanda percaya akan “keajaiban” hari tersebut.

Namun, segelintir pihak sanggup menaja majlis sambutan Hari Kekasih dan menjual barang-barang cenderahati untuk mempengaruhi remaja memperingati hari tersebut sehingga mengheret ke lembah makisat. Ironinya, remaja menganggap sambutan ini sebagai simbol kecintaan dan kasih sayang yang tidak berbelah bagi kepada pasangan. Islam melarang umatnya berlebih-lebihan dalam bercinta sehinggakan sanggup menyerahkan maruah kepada pasangan yang dicintainya.

Sesungguhnya perbuatan ini juga bercanggah dengan syara’ kerana ianya juga menyumbang berlakunya perkara maksiat dan zina. Firman-Nya:“ Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang membawa kepada kerosakan.” 9Surah Al-Isra’ ;32)

Ibu bapa juga perlu memainkan peranan penting untuk mengawasi anak-anak mereka agar tidak meraikan hari tersebut dan melalukan perkara-perkara yang tidak mendatangkan manfaat. Selain itu, pihak pentadbiran sekolah dan institusi pengajian tinggi juga agar lebih proaktif untuk memastikan tidak wujud program sambutan kepada hari tersebut serta aktiviti bertukar-tukar bunga ros, kad-kad ucapan dan sebagainya.

Secara kesimpulannya, Islam memberi garis panduan yang jelas dan membenarkan hubungan kasih sayang sesama manusia dalam kerangka syariat. Hubungan kasih sayang kepada ibu bapa, sahabat dan sesama masyarakat boleh dilakukan setiap hari dan tujuh golongan manusia yang akan mendapat lindungan `Arasy ialah salah satunya mereka yang berkasih sayang ( bertemu dan berpisah ) kerana Allah SWT.

Firman Allah SWT : 'Wahai kaumku! Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (untuk sementara waktu sahaja) dan sesungguhnya hari akhirat itulah sahaja negeri yang kekal.' Surah al-Ghaafir: 39

Oleh Mohd Hariri Bin Haji Mohamad Daud, (Panel Penulis Luar Jakim), Majalah Cahaya keluaran Februari 2009.
Tarikh : Disember 9, 2009 - 12:38pm
Editor : jakim_root


Sy post awal tajuk nie untuk elak kita dr terlibat ke lembah dosa. Share la dgn org ramai ye..... Nasihat sy jika anda akui dgn akal, lidah, hati serta pebuatan anda sebagai seorang umat islam jd tinggalkan budaya menyambutnya. setiap apa yang kita sambut @ kita ingin lakukan hendaklah kita selidik dulu sejarahnya. Ingatlah jika pada masa anda menyambut hari kekasih tersebut dan nyawa anda ditarik oleh Allah S.W.T dan ketika itu anda tidak sempat bertaubat jd fikirlah apa yg akan terjadi pada anda di dalam kubur dan seterusnya di kerajaan yg kekal abadi iaitu akhirat. jika anda pernah melakukannya mohanlah keampunan kepada Allah sesegera yg boleh. Allah Maha Pengampun dan pastikan anda tidak mengulanginya kembali.

Ini merupakan repost dr entri tahun lepas.

"Usik-Usiklah Hati Untuk Menyentuh Iman Demi Mengenali Hakikat Kehidupan"


Photobucket

5
Comment
Perjalanan Hidup Maher Zain

Atas permintaan ramai sy tolong carikan link untuk rancangan Istemewa Bersama Maher Zain yg bersiaran di TV3 baru2 ini semperna sambutan Maulidur Rasul. Semoga korang berpuas hati.

Hensem x Maher Zain? Dunia semua tu

Ehsan Team Hanna


"Usik-Usiklah Hati Untuk Menyentuh Iman Demi Mengenali Hakikat Kehidupan"

Photobucket

6
Comment
Korang Hebat? Jom Uji Minda Korang



Lagu nie takde kena mengena dengan gambo di atas. cuma tema sama iaitu warna


Mereka berkata
Hidup perlukan cinta
Agar sejahtera aman dan bahagia
Andai tiada atau pudar warnanya
Meranalah jiwa gelaplah dunia

Warna-warna cinta
Yang terlukis di hatimu
Semat pada senyuman dan tangismu
Agar mewarnai
Jiwamu yang tulus
Seperti sang pelangi selepas gerimis

Mereka berkata
Cinta itu merah
Mengalir bersama titisan yang sempurna
Cinta berharga bila sudah tiada
Menjadi sejarah yang mungkin kan di lupa

Apa warna cinta
Bila hidup sengketa
Kabur warnanya

Warna-warna cinta
Yang terlukis di hatimu
Semat pada senyuman dan tangismu
Agar mewarnai jiwamu yang tulus
Seperti sang pelangi selepas gerimis
Uuuuu? selepas gerimis

Artis : Brothers
Tajuk Lagu : Warna-Warna Cinta
Komposer : Syah Mohamed Dan Firdaus Mahmud
Penulis Lirik : Syah Mohamed

"Usik-Usiklah Hati Untuk Menyentuh Iman Demi Mengenali Hakikat Kehidupan"

Photobucket

4
Comment
Hipotiroidisme



Pengenalan
Hipotiroidisme adalah keadaan di mana kelenjar tiroid menjadi kurang aktif. Pengeluaran hormon tiroid akan berkurangan mengakibatkan fungsi badan menjadi perlahan.
15% atau lebih daripada warga emas mempunyai penyakit hipotiroidisme. Penyakit ini adalah 2 kali ganda lebih kerap di kalangan kaum wanita berbanding dengan kaum lelaki.

Penyebab-penyebab
- Untuk kebanyakan pesakit, tiada sebab-sebab spesifik yang dapat dikesan.
- Hashimoto's thyroiditis' adalah penyebab spesifik hipotiroidisme yang paling kerap di mana kelenjar tiroid mungkin membengkak pada permulaannya tetapi apabila penyakit ini berlanjutan, ia akan memusnahkan kelenjar tiroid dan mengakibatkan hipotiroidisme.
- Ubat-ubatan seperti ubat yang digunakan untuk merawat kelenjar tiroid yang terlampau aktif, ubat 'lithium' yang digunakan untuk merawat penyakit sakit jiwa, dan ubat 'amiodarone' yang digunakan untuk merawat penyakit jantung.
- Pembedahan dan pembuangan kelenjar tiroid.
- Radiasi ke atas kelenjar tiroid yang lampau.
- Penyakit ke atas kelenjar hipothalamus atau kelenjar pituitari (jarang-jarang berlaku).

Gejala / Tanda
Pesakit warga emas biasanya kurang menunjukkan gejala hipotiroidisme berbanding dengan orang dewasa dan gejala mereka juga kurang ketara dan jelas.

Tanda-tanda hipotiroidisme
- Tidak tahan kesejukan
- Sembelit
- Berat badan meningkat
- Berasa letih
- Kulit menjadi kering dan kasar, muka membengkak terutamanya di sekeliling mata.
- Kemurungan
- Otot dan sendi mungkin sakit atau lemah dan boleh menjejaskan keupayaan bergerak.
- Tanda-tanda yang tidak spesifik seperti kekeliruan, kehilangan selera makan, kehilangan berat badan, jatuh, tidak dapat mengawal pundi kencing dan kurang pergerakan.
- Pengsan (atau menjadi tidak sedar) jika teruk dan boleh mengakibatkan kematian.

Istilah 'subclinical hypothyroidism' bermaksud seseorang pesakit itu tidak mempunyai gejala hipotiroidisme dan ia hanya boleh dikesan melalui ujian darah.

Diagnosa
- Kelenjar tiroid mungkin membengkak
- Suhu badan mungkin lebih rendah sedikit
- Tanda-tanda hipotiroidisme seperti mata bengkak, kulit kering dan lain-lain
- Dengan mengetuk sendi lutut, buku lali dan siku dengan alat, tindakbalas pergerakan sendi mungkin lebih perlahan
- Walau bagaimanapun, pemeriksaan mungkin juga normal untuk sesetengah kes.

 Ujian Darah
- Paras 'thyroid-stimulating hormone' (TSH) melebihi paras normal (biasanya > 4.5 mU/L) mencadangkan kemungkinan diagnosa hipotiroidisme.
- Paras hormon 'free T4' perlu diukur untuk membezakan hipotiroidisme yang ketara (paras 'free T4' rendah) berbanding dengan 'subclinical hypothyroidism' (paras 'free T4' normal).
- Ujian lain mungkin perlu untuk menentukan penyebab-penyebab yang lain.

Saringan
Untuk golongan yang mempunyai faktor risiko untuk penyakit tiroid, pesakit dengan paras kolesterol yang
tinggi atau mereka yang mempunyai tanda-tanda seperti di atas, paras TSH perlu diukur.

Komplikasi
- Tekanan darah tinggi
- Paras kolesterol yang tinggi dan merupakan faktor risiko untuk penyakit jantung
- Serangan sakit jantung dan lemah jantung adalah akibat yang serius tetapi jarang terjadi.
- Pengsan ('myxedema coma') adalah kecemasan yang boleh mengancam nyawa di mana seseorang boleh mengalami kekeliruan dan seterusnya menjadi tidak sedar diri.

Rawatan
- Warga emas dengan masalah hipotiroidisme perlu mengambil hormon tiroid untuk mengganti hormon yang tidak lagi dihasilkan oleh kelenjar tiroid.
- Rawatan biasanya dimulakan dengan dos yang rendah dan ditambah secara perlahan-lahan setiap 4 minggu.
- Pesakit dengan masalah jantung atau penyakit lain yang serius sepatutnya dimulakan dengan dos yang lebih rendah, di mana ia perlu ditambah dengan lebih perlahan untuk mengurangkan kesan sampingan rawatan.
- Selepas 3 - 4 bulan, dos ubat kadang-kala perlu ditukar, bergantung kepada pengurangan atau penambahan berat badan dan penggunaan ubat-ubatan tertentu.
- Untuk mengenalpasti jika seseorang warga emas itu diberi rawatan yang mencukupi, paras TSH perlu diukur secara berkala.
- Rawatan adalah sangat berkesan untuk menghilangkan atau mengurangkan gejala hipotiroidisme tetapi ia perlu diteruskan untuk sepanjang hayat.

Semakan akhir : 25 Oktober 2010
Penulis             : Dr. Ho Bee Kiau

p/s : Jika korang ada faktor2 yg menyebabkan penyakit ini, sila segera rujuk ke hospital untuk pemeriksaan lanjut sebelum ia menjadi lebih teruk. 

Maafkan sy sbb lama tak balas jejak korang semua sbb sy pun br balik dari P.Pinang menghadiri Majlis Pernikahan sepupu sy. Insya'Allah ari nie sy balas balik semua jejak2 yg ada. Terima kasih kerana melawat blog sy walaupun ketiadaan sy. 

"Usik-Usiklah Hati Untuk Menyentuh Iman Demi Mengenali Hakikat Kehidupan"
Photobucket

8
Comment
Maulidur Rasul (Tak Baca Korang Rugi)


Seperti kelaziman tahunan, umat Islam di Malaysia akan menyambut hari sempena keputraan Rasulullah saw pada 12 Rabiulawal setiap tahun.Umat Islam di Malaysia akan mengadakan berbagai aktiviti dalam acara sambutan Maulidur Rasul. Kerajaan Malaysia mengisyhtiharkan 12 Rabiulawal setiap tahun adalah cuti umum. Diantara acara-acara dalam sambutan Maulidur Rasul ialah Perarakan, Syarahan, Forum, Marhaban dan Jamuan di peringkat kampung sehinggalah ke peringkat kebangsaan.

Dalam menentukan tarikh kelahiran Rasulullah saw, ahli-ahli sejarah Islam berbeza pendapat. Pendapat pertama dan masyhur ialah Rasulullah saw lahir pada malam Isnin 12 Rabiulawal dalam Tahun Gajah sebelum subuh. Ini adalah pendapat Ibnu Ishaq yang dipetik oleh Ibnu Hisham dalam kitabnya yang terkenal, Sirah Ibnu Hisham. Dan pendapat yang kedua ialah pendapat yang mengatakan bahawa Rasulullah saw memang lahir pada malam Isnin, sebelum subuh Rabiulawal tahun Gajah tapi tarikh sebenarnya ialah pada 9 haribulan.

Diantara tokoh ulamak-ulamak yang sependapat mengatakan Rasulullah saw lahir pada 9 Rabiulawal ialah Yunus bin Yazid, Ibnu Hazam, Muhammad bin Musa Al-Khawarizmi dan Ibnu Taimiyyah. Dan diantara tokoh-tokoh falak moden yang membuat kajian semula tentang perbezaan pendapat ini ialah Mahmud Pasya seorang ahli falak Mesir dan Dr.(H) Hj. Kassim Bahali, Persatuan Falak Syarie Malaysia. Mereka menyatakan bahawa Rasulullah saw lahir pada 9 Rabiulawal. Ini adalah berdasarkan kepada Taqwim Qamariah tulen tanpa Nasi' dan dikebelakangkan 53 tahun dari tahun pertama Hijrah.

Moga ada pihak lain yang dapat membuat kajian lebih lanjut dalam menetapkan tarikh kelahiran Rasulullah saw. Kajian-kajian lanjut itu sebenarnya akan lebih memajukan lagi perkembangan ilmu Sejarah dan Falak. Malah tarikh-tarikh peristiwa penting Islam yang lain juga wajar dibuat hitungan semula. Kita umat Islam di alaf baru sekarang telah banyak melahirkan ahli-ahli Sejarah Moden, Falak / Astronomi dan ahli-ahli Sains yang lain yang pastinya akan mengembang dan menyumbang kepada penguasaan ilmu pengetahuan kepada pembangunan ummah, InsyaAllah.

Objektif diadakan sambutan Maulidur Rasul ialah untuk mengembalikan ingatan kita umat akhir zaman terhadap junjungan besar kita Muhammad Rasulullah saw. Dengan mengingatinya akan menambahkan lagi perasaan cinta kasih kepadanya serta mengenang, menghargai serta mengambil iktibar kisah suka duka perjuangannya. Walaupun sambutan Maulidur Rasul ini adalah satu adat sahaja tapi ia adalah adat yang bersifat ibadah dan wajar diteruskan, InsyaAllah.

Hukum Sambutan Maulidur Rasul

Upacara sambutan Maulidur Rasul adalah harus selagi ia tidak melibatkan unsur-unsur pembaziran dan tiada aktiviti yang melanggar syariat. Malah jika perisian sambutan itu ada unsur ilmu dan ibadah ia tetap diberi ganjaran pahala oleh Allah Subhanahu Wa Taala.

Adalah tidak tepat pendapat yang mengatakan bahawa sambutan Maulidur Rasul adalah bid'ah dhalalah dan bertentangan dengan syariat.

Upacara memperingati hari kelahiran Rasulullah saw ini telah dilakukan sejak 300 tahun sesudah Rasulullah wafat. Diantara pembesar yang menganjurkan sambutan ini ialah Malik Muzhaffar Abu Sa'id penguasa Irbil, Iraq. Dan seterusnya ia terus berkembang sehinggalah sekarang. Diantara ulamak besar yang mengatakan bahawa sambutan Maulidur Rasul ini adalah harus dan digalakkan ialah;

1. Said Ahmad Zaini Dahlan dalam kitabnya `Siratun Nabawiyah'. Antara lain beliau menyatakan bahawa; "masyarakat telah terbiasa berdiri tegak ketika mendengar riwayat kelahiran Rasulullah saw. Berdiri tegak menghormati kelahiran baginda adalah baik dan cara-cara seperti ini telah ditiru oleh cerdik cendikiawan lainnya."

2. Imam Jalaluddin As-Sayuti lebih jauh menerangkan dalam kitabnya `Al-Wasail Fi Syarhisy Syamail' , menyatakan; "Apabila diadakan peringatan Maulidur Rasul di sebuah rumah, masjid atau tempat lain maka malaikat mengawal dan mengawasi tempat tersebut sampai upacara selesai dan semua hadhirin mendapat rahmat dari Allah subhanahu wa taala."

3. Ust. Hj. Harun Muhammad Al-Kelantani (1953) dalam kitabnya Senjata Syariat, Pakaian Ahli Sunnah Wal Jamaah menyatakan bahawa "dapat pahala bagi orang yang berdiri yang adalah niat mereka membesarkan Nabi saw.


Salasilah Keturunan Nabi / Rasul

Klik Untuk Paparan Yang Lebik Jelas
Sumber Salasilah

Selawat

Video2 Pilihan

1. Hijjaz - Rasulullah


2. Raihan - Ya Rasulullah (Alangkah Indahnya Hidup Ini)


3. Aeman - Rasulullah Al-Amin


4. Al-Mizan - Junjungan Mulia


5. In Team - Dia Muhammad


p/s : Semoga kita semua dibawah syafaat Nabi Muhammad SAW..... Amin

"Usik-Usiklah Hati Untuk Menyentuh Iman Demi Mengenali Hakikat Kehidupan"




Photobucket

 
Powered by Blogger